Followers

Saturday, June 18, 2011

Dum Maaro Dum (2011)


Abhishek Bachchan memang nampaknya sedang muncul dalam pelbagai filem sejak kebelakangan ini. Zaman Akshay Kumar mungkin sudah abis… mungkin. Dum Maaro Dum adalah sebuah lagi filem yang sempat aku tonton. Keseluruhannya, persembahan filem ini cukup sifat pasa seni sinematografinya yang cukup stylo, apatah lagi dengan bangganya filem ini memberikan twist yang nampak luar biasa. Pada awalnya, aku tak tertarik dengan filem ini, namun aku ambil kesempatan menonton juga kerana aku percaya filem ini bersesuaian dengan selera aku.

Dum Maaro Dum dibintangi Abhishek Bachchan, juga Bipasha Basu di barisan artis utama. Namun, Dum Maaro Dum seolah menyatakan bahawa ‘oo please, pelakon popular pun boleh mati maaa..’. Ya, file mini memberikan kebenaran untuk satu twist yang pastinya akan membuatkan penonton bakar panggung, tetapi rasanya konklusi tersebut bersesuaian dengan apa yang ingin disampaikan. Sejauh mana Dum Maaro Dum bergerak ke hadapan, aku sendiri mengharapkan sesuatu yang selalu penonton harap kan, namun ianya tidak akan ditemui….. percayalah!

Lorry adalah seorang student yang terdesak. Permohonannya ke university tidak mendapat kelulusan biasiswa. Akibat itu, akhirnya dia terjebak ke dalam kumpulan penyeludupan dadah. Kamath (Abhishek Bachchan) adalah polis yang cukup brutal dalam menyelesaikan kes dadah di Goa. Apa yang menjadi persoalan adalah siapa sebenarnya Barbossa. Kisah akhirnya menemukan dua insan ini, dalam sebuah twist yang cukup menarik.

Keseluruhannya, aku suka bahagian pertama filem ini. Permulaan kisah tiga karakter Lorry, Kamath dan Joki begitu menarik. Bahagian kedua, biasa biasa. Walaupun aku rasakan endingnya memang menggeramkan, tapi persembahannya tetap tidak mendukacitakan.

Apa yang menjadi nadi filem ini sudah tentu terletak pada persembahan filem ini. Beberapa element permainan kamera dan effect pertukaran masa yang begitu stylo menjadikan file mini unik dan cantik. Aku suka babak one syot bila Kamath menceroboh kawasan dadah yang berakhir dengan babak polis memotong saliran paip tangki kumbahan dan menapis dadah yang disembunyikan. Hebat! Abhishek Bachchan memang terbaik. Aku akui persembahannya memang tidak mendukacitakan. Malangnya Bipasha tenggelam dan tidak begitu dinaikkan dalam filem ini walaupun namanya berada di turutan kedua kredit awal filem.

Apapun, Dum Maaro Dum tetap menampilkan muzik Pritam yang hebat. Track Dum Maaro Dum hasil gubahan Pritam dengan penampilan khas Deepika Padukone memang seksi dan sedap didengar. Oh ya, Abhishek Bachchan pun rapping gak dalam satu lagu. Nak gelak aku dengar, but it’s nice la… sedap jugak!

Dum Maaro Dum, pada pandangan aku sebuah filem yang bercakap tentang isu yang biasa tetapi dipersembahkan dengan cara berbeza. Twistnya, aksinya memang luar biasa. Tetapi bagi yang mahu menyaksikan sebuah romantika, filem ini bukan untuk anda. Keseluruhannya, Dum Maaro Dum menjanjikan sebuah thrill yang menarik dan pengakhiran yang memang buat korang nak bakar panggung, percayalah!

4/5

Thursday, June 2, 2011

Zokkomon (2011)


Apa yang lebih sikit ada pada filem hindi ini, ternyata pada permulaannya. jangan terkejut kerana ini adalah filem terbitan produksi Walt Disney. Ya, company yang buat filem Mickey Mouse tu la. Percayalah bahawa Zokkomon sebenarnya adalah filem Hindi terbitan produksi animasi terbesar Hollywood itu. Dengan kepercayaan yang dimiliki, aku harap menonton Zokkomon mampu memberikan energi baru dalam sinema filem Bollywood.

Zokkomon bukan superhero dewasa. Malah, villainnya juga bukanlah sehebat villain yang dilawan oleh superman, batman mahupun apa saja man yang ada di dunia. Zokkomon sebenarnya adalah jiwa kita. Sebuah identiti yang dibentuk untuk memberikan satu keyakinan kepada kanak kanak bahawa mereka mampu melakukan apa saja dan tidak mudah ditindas.

Zokkomon mengisahkan tentang seorang budak lelaki yatim yang dikenali sebagai Kunal. Pada suatu hari, pak ciknya mengambilnya untuk tinggal di rumahnya. Tetapi, di sebalik kebaikan pak ciknya, ada niat jahat yang tersembunyi. Kunal, pada suatu hari ditinggalkan di fun fair dan dikhabarkan sudah mati oleh pak ciknya kepada penduduk kampung. Namun, Kunal berjaya mencari jalan pulang dan penduduk mempercayainya ia adalah hantu. Kunal menyorok di sebuah rumah lama dan menemui seorang saintis yang dipulau. Maka, disini bermulalah adventure Zokkomon!

Keseluruhannya, Zokkomon mengecewakan pada aspek plotnya. Wataknya terlalu simple untuk kewujudan satu karakter superhero yang kompleks. Serius filem ini membosankan! Mesejnya ada, semestinya wajib bagi sebuah filem kanak kanak dan terbitan Walt Disney!

Namun, dari satu aspek lain, Zokkomon ada satu perkara kesempurnaan yang luar biasa. Apa lagi kalau sudah mendapat sentuhan Walt Disney, tentulah aspek CGInya menarik. Ada babak babak dalam filem ini ditangani dengan berkesan dengan bantuan CGI. Babak kemunculan Zokkomon setiap kali juga babak Zokkomon terbang dan beraksi adalah antara aspek yang patut dilihat dalam filem ini.

Taree Zameen Par, itulah filem pertama yang memperkenalkan kita kepada Darsheel Safary. Pelakon cilik ini memang terbaik. Malangnya, filem ini terlalu lemah untuk sebuah penghidupan watak superhero. Muzik Shankar Ehsan Loy pun tak menarik. Apapun, Zokkomon sebuah permulaan untuk filem hindi dalam arena Hollywood. Permulaan untuk evolusi filem filem superhero!

2/5

DOWNLOAD FILEM INI DI SINI: http://watchingmovieonline.blogspot.com/2011/06/zokkomon-2011-dvdrip-hindi.html