Followers

Saturday, October 31, 2009

Love Story 2050 (2008)




Beberapa hari lalu, berkesempatan juga meluangkan masa menonton sebuah filem hindi yang bertajuk LOVE STORY 2050. Sebuah filem future time yg memang aku rasa first diterbitkan oleh Bollywood. Dilakonkan oleh Priyanka Chopra, dan pelakon yg kureng terkenal (pada aku) Harman Baweja. Cite ni mengisahkan tentang seorang lelaki yang alone, Karan yang bertemu dengan cinta pertamanya Sana. Malangnya cinta mereka tidak kekal lama apabila Sana terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Di sinilah, twist plot mula ambil alih.

Karan ada sorang pak cik yng pernah bekerja di Nasa, Uncle Ya (Boman Irani).. dan.. cube teka.. apa yg uncle Ya ni buat..?? dia invent time machine. Dan.. disebabkan cinta Karan, Uncle Ya dan Karan travel ke tahun 2050 dimana mumbai bukan seperti sekrang lagi. Pada tahun 2050 itu, seorang saintis jahat juga sedang berusaha merampas time machine uncle Ya. Cinta, aksi dan thriller versi baru Bollywood pon bermula..

Menonton Love Story 2050 bukanlah membuatkan mata aku terpukau.. jalan cerita basi yang rasanya sudah aku tonton dalam filem seperti Kaho Naa Pyaar Hai dan sebagainya. Topik reincarnation bukanlah satu topik yang janggal dalam binaan kerangka cite Bollywood. Even dahulu, Bollywood pernah menggandingkan Shahrukh Khan dan Salman Khan dalam filem Karan Arjun. Malah, baru2 ni pon, Om Shanti Om yang meletup lakonan SRK dan Deepika juga bertitik tolak dari reincarnation.

Namun, even LOVE STORY 2050 hanyalah cite tentang REINCARNATION, Harry Baweja cuba mempertaruhkan kebolehan anak anak muda India dalam menghasilkan special effect canggih dalam filem ini. Ternyata, LOVE STORY 2050 mempunyai kerangka basi tetapi mempunyai visual yang tidak pernah2 ditonjolkan dalam apa apa filem bollywood setakat masa ini.

Filem berkenaan time travel bukan satu yng sinonim di Bollywood. Aku melihat, Harry Baweja menyerapkan unsur filem2 Hollywood seperti filem The Time Machine, dan sedikit pengaruh aksi dari filem Ultraviolet yang dilakonkan oleh Milla Jovovich. Satu sentuhan 'celup'.. tapi, satu perkara yang penting, even 'celup', keberanian untuk menghasilkan satu filem yang sebegini rupa harus dipuji.

Taran Adarsh dalam bollywoodhungama.com menyatakan..
" On the whole, LOVE STORY 2050 rests on a thin plot and that would curtail its reach to a major extent. Disappointing!"

namun, pada aku.. LOVE STORY 2050 bukanlah mengecewakan sangat. Mungkin tujuan Harry hanya nk tunjukkan kebolehan Bollywood dalam menghasilkan filem sebegini. Itu saja.. dan plot itu sndri diabaikan sehinggakan kadangkala, pergerakan jalan cerita menjadi agak lambat lantaran penekanan yang lebih kepada babak2 yang memerlukan visual effect yang banyak.

Priyanka dan Harman biasa je.. Harman dilihat mimik kepada Hrithik Roshan. Priyanka dalam rambut colour2 hmm.. ok2.. dan memang oklah.. hehe..

Musik Anu Malik sederhana.. takde track yang menyengat. Tapi, aku simpulkan lagu2 tahap sederhana dan memang sesuai ngn storyline jer..

Visual tak perlu disangkal lagi.. effect yang setaraf hollywood satu premis yang menjadi perkara utama dlm cite ni. Babak mumbai tahun 2050 well depicted in the story. Superb..

Overall, LOVE STORY 2050 mempunyai cite basi.. dan kalau xde special effect yang superb.. xde masa aku berikan untuk filem ni..

2/5

No comments: