Followers

Showing posts with label 2008. Show all posts
Showing posts with label 2008. Show all posts

Saturday, June 19, 2010

Phoonk (2008)

Genre horror bukan satu genre biasa bagi bollywood. Namun, Ram Gopal Varma memang tak dapat lari dari menerbitkan filem cam gini. Dahulu, BHOOT pernah hits sedunia. Filem lakonan jay Devgan yang diganding bersama Urmila Matondkar berjaya membuatkan penonton dapat sakit jantung ketika menonton. Filemnya tahun lepas, AGYAAT, cuba meniru PREDATOR, sebuah filem hollywood. Namun, ianya gagal.
Phoonk aku boleh diklasifikasikan antara kerja RGV yang terbaik. Namun, masih tertanam dalam hati bahawa BHOOT adalah the moset finest work of RGV. Tetapi, menonton Phoonk tidaklah seperti menonton filem bodoh. Ianya juga filem seram yang penuh dengan mesej dan bukan sahaja satu filem "kejut mengejut rakan sebelah yang tertidur".

Tema Phoonk bermain disekitar ilmu hitam. Tidak dapat memikirkan filem lain dalam industri bollywood yang bertemakan sebegini, aku rasa Phoonk adalah karya yang cukup baik untuk dilabel sebagai Bollywood's Long Khong. Namun, Long Khong lagi ngeri lah.
Rajeev (Sudeep) adalah jurutera yang memang x percaya tuhan dan perkara karut marut. Kehadiran batu berwajah dewa di tapak pembinaan membuatkan dia menghadapi masalah dari pekerja yang ingin membina kuil untuk menyembah batu tersebut. Pada masa sama, Rajeev juga telah disabotaj oleh Anshuman dan Madhu dan tindakan Rajeev membuang kontrak mereka adalah wajar. Di sini mula keseraman berganda. Anak Rajeev, Raksha diganggu. Namun, Rajeev masih menganggap ini semua hanya penyakit biasa. Adakah Rajeev akan percaya bahawa anaknya sudah dikenakan sumpahan balas dendam?
Pendekatan plot Phoonk amat biasa. Tiada elemen kejutan yang membuatkan orang terkejut beruk. Malah, pada awal filem lagi, sudah dapat diagak antagonis yang akan membalas dendam. Apa yang ada dalam filem ini hanyalah sorotan gangguan yang dilakukan oleh Anshuman terhadap keluarga Rajeev. Keseraman hadir tatkala penggunaan props seram yang dijadikan fokus sebelum shoot bertukar.

Tiada muzik nyanyian diadun dalam filem ini. Cukup eloklah sebab filem seram akan hilang mud seram kerana lagu. Ketiadaan lagu nyanyian menyebabkan Phoonk menjadi filem seram yang cukup memberi impak dari awal filem sehingga akhir.
Lakonan Rajeev dan semua pelakon biasa. Watak bomoh cukup meyakinkan. Walaupun filem ni tak dibarisi aktor ternama, filem mampu untuk memberikan satu keadaan yang cukup baik untuk menggambarkan karakter masing2 melalui lakonan mereka.

Apapun, filem ini sesuai untuk peminat filem seram ala2 ilmu hitam. Phoonk sudah ada sequel. So, cari dan lihat sendiri sambungannya.

Saturday, October 31, 2009

Love Story 2050 (2008)




Beberapa hari lalu, berkesempatan juga meluangkan masa menonton sebuah filem hindi yang bertajuk LOVE STORY 2050. Sebuah filem future time yg memang aku rasa first diterbitkan oleh Bollywood. Dilakonkan oleh Priyanka Chopra, dan pelakon yg kureng terkenal (pada aku) Harman Baweja. Cite ni mengisahkan tentang seorang lelaki yang alone, Karan yang bertemu dengan cinta pertamanya Sana. Malangnya cinta mereka tidak kekal lama apabila Sana terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Di sinilah, twist plot mula ambil alih.

Karan ada sorang pak cik yng pernah bekerja di Nasa, Uncle Ya (Boman Irani).. dan.. cube teka.. apa yg uncle Ya ni buat..?? dia invent time machine. Dan.. disebabkan cinta Karan, Uncle Ya dan Karan travel ke tahun 2050 dimana mumbai bukan seperti sekrang lagi. Pada tahun 2050 itu, seorang saintis jahat juga sedang berusaha merampas time machine uncle Ya. Cinta, aksi dan thriller versi baru Bollywood pon bermula..

Menonton Love Story 2050 bukanlah membuatkan mata aku terpukau.. jalan cerita basi yang rasanya sudah aku tonton dalam filem seperti Kaho Naa Pyaar Hai dan sebagainya. Topik reincarnation bukanlah satu topik yang janggal dalam binaan kerangka cite Bollywood. Even dahulu, Bollywood pernah menggandingkan Shahrukh Khan dan Salman Khan dalam filem Karan Arjun. Malah, baru2 ni pon, Om Shanti Om yang meletup lakonan SRK dan Deepika juga bertitik tolak dari reincarnation.

Namun, even LOVE STORY 2050 hanyalah cite tentang REINCARNATION, Harry Baweja cuba mempertaruhkan kebolehan anak anak muda India dalam menghasilkan special effect canggih dalam filem ini. Ternyata, LOVE STORY 2050 mempunyai kerangka basi tetapi mempunyai visual yang tidak pernah2 ditonjolkan dalam apa apa filem bollywood setakat masa ini.

Filem berkenaan time travel bukan satu yng sinonim di Bollywood. Aku melihat, Harry Baweja menyerapkan unsur filem2 Hollywood seperti filem The Time Machine, dan sedikit pengaruh aksi dari filem Ultraviolet yang dilakonkan oleh Milla Jovovich. Satu sentuhan 'celup'.. tapi, satu perkara yang penting, even 'celup', keberanian untuk menghasilkan satu filem yang sebegini rupa harus dipuji.

Taran Adarsh dalam bollywoodhungama.com menyatakan..
" On the whole, LOVE STORY 2050 rests on a thin plot and that would curtail its reach to a major extent. Disappointing!"

namun, pada aku.. LOVE STORY 2050 bukanlah mengecewakan sangat. Mungkin tujuan Harry hanya nk tunjukkan kebolehan Bollywood dalam menghasilkan filem sebegini. Itu saja.. dan plot itu sndri diabaikan sehinggakan kadangkala, pergerakan jalan cerita menjadi agak lambat lantaran penekanan yang lebih kepada babak2 yang memerlukan visual effect yang banyak.

Priyanka dan Harman biasa je.. Harman dilihat mimik kepada Hrithik Roshan. Priyanka dalam rambut colour2 hmm.. ok2.. dan memang oklah.. hehe..

Musik Anu Malik sederhana.. takde track yang menyengat. Tapi, aku simpulkan lagu2 tahap sederhana dan memang sesuai ngn storyline jer..

Visual tak perlu disangkal lagi.. effect yang setaraf hollywood satu premis yang menjadi perkara utama dlm cite ni. Babak mumbai tahun 2050 well depicted in the story. Superb..

Overall, LOVE STORY 2050 mempunyai cite basi.. dan kalau xde special effect yang superb.. xde masa aku berikan untuk filem ni..

2/5

Friday, September 18, 2009

Karzzz (2008)

Karzzz... pada aku.. filem ni cukup skema dan tak patut meletup di panggung... Himesh Reshamiya yang selalunya berada di belakang tabir sebagai komposer mencuba utk menjadi seorang pelakon melalui filem keduanya ini... sebelum ni, sblm aku tgk KARZZZ, aku terfikir yang Karzzz ini adalah remake utk filem Karz yang dilakonkan oleh Sunny Deol. Namun, atas nama yang sama, Karzzz ini cuba memberi nafas baru dalam filem bergenre 'reincarnation'.

Karzz mengisahkan tentang reincarnation of Ravi Verma (Dino Morea).. Ravi telah ditipu leh bini dia, Princess Tina (Urmila Matondkar).. dan Ravi mati apabila kapal terbang terhempas. 15 tahun kemudian, seorang penyanyi terkenal Monty (Himesh Reshammiya) sedar yang dia adalah kelahiran semula Ravi. Menyedari hal ini, pe lagik, revenge la...

Komen aku.. into film ni cukup ok... scene Dino Morea dan Urmila amat ok.. adegan kapal terbang 2 memang ok.. ada bibit2 cemas di situ. Namun, bila susunan lagu terlalu banyak.. (mungkin Karz ini mengenakan tema muzikal)... dan lagu2 bukan menusuk kalbu sgt, filem ni start jadik boring. Namun, struktur cerita masih bergerak selamat. Cuma lagu itu sudah menjadi masa utk penonton rehat dan pergi bilik air...

Karzz mengingatkan aku kepada Om Shanti Om.. ada scene2 yang hampir sama... bila aku sedar cite ni ttg reincarnation... aku dah mula terfikir Karan Arjun dan Om Shanti Om... scene lagu kat atas pentas yang menceritakan cmne Ravi dibunuh.. mengingtkan aku ttg scene cmne SRK mengingatkan Arjun Rampal dalam Om Shanti Om... coincident??? hmm...

Adegan 25 minit last memang cantik. Adegan akhir digarap dengan style. Pertembungan Princess Tina dan Monty dalam pertarungan akhir amat superb. Aku suke adegan kapal terbang pada scene last. Even ada pertukaran shot yang memang janggal.. ok la.. boleh la.. hehe.. x kisah sgt..

Himesh Reshammiya cukup 'malu2 kucing'. Pe kes?? dia ni nk belakon ke just nk cakap.. tona dia lain ... namun, aku nampak dia sudah mula main ngn emosi bila sampai scene last.. 2 jer scene yang aku nampak dia 'feel' giler dalm hayati wtak..

Urmila biasa jer.. Danny Denzongpa cukup creative.. wataknya yang separa komedi tidak menghampakan... tapi, watak lelaki bisu 2.. huhu.. xde pon xpe.. ape kes, main tekan2 punat pas2 bleh plak bodyguard dia terjemah... x masuk akal...

music himesh dikuasai oleh Himesh sendiri.. semua lagu dinyanyikan dia sndri.. dan dicipta dia sndiri..

2/5

Kismat Konnection (2008)

Kismat Konnection is a story of love, fate and life. Sebenarnya, kisah ini adalah masala bollywood biasa. Namun, dengan pengolahan yg lebih berani, filem ini memang out of track la.. Alkisah tentang Raj (Shahid Kapoor), seorang yg amat berjaya dalam apa jugak bidang sewaktu di kolej dulu. Namun, apabila dia dah masuk ke alam remaja, dia rasa takdir dah mula bermain kotor ngnnya. Dia, yang kini seorang arkitek, susah tol nk dapat kontrak. Nasib malang menimpa-nimpa. Sehinggakan dia sndiri menyalahkan Tuhan atas nasib malang ini..

Satu hari nih, dia dpt tau ttg sorang tukang tilik ... Haseena Bano Jaan (Juhi Chawla).. lalu, utk ubah nasb, dia pon pegi.. dia dpt tau akan ada sorang manusia yg akan memberi tuah kepada hidupnya... siapa??

Dia ialah Priya (Vidya Balan)... sorang aktivis masyarakat... yg giat berusaha pertahankan rumah orang tua yang akan dirobohkan lantaran satu projek besar. Pada masa yang sama, Raj ini sedang berebut untuk mendapatkan projek besar ini, dari pengarah syarikat arkitek... dengan nasib malang yg dia miliki, usaha itu amat sukar...

Namun, Raj akhirnya sedar yang Priya itu adalah pembawa nasib baik dia.. ape lagi.. konflik r... cinta, kerjaya... cukup biasa bukan??

Hmm.. lagu .. still my favourite song composer.. Pritam.. yang besh.. dan masyuk punyer... disco style..

Namun, komen aku, sepanjang menonton cite ni selama 2 jam 30minit, cite dimulakan dgn baik.. then, bila ke tengah.. dah makin boring.. namun, storyline makin bergerak slow bila subplot makin diketepikan.. elemen komedi dah makin kurang... namun, emosi makin memuncak...

Vidya Balan.. hmm.. ook.. mmg sswai ngn karakter... even dia ni x secantik Katrina Kaif, Ayesha Takia mahupun Sameera Reddy.. lakonan dia stabil.. eh.. pandang dua tiga kali, comel gak Vidya nih... hehe... Shahid Kapoor pon stabil jer... payah nk komen sbb aku x pernah g tgk Vidya Balan berlakon.. Shahid Kapoor seingat aku, aku pernah tgk dlm cite FIDA.. ngn Fardeen Khan dan Kareena Kapoor..

Cinematography... biasa je.. xla superb sgt Kanada dari lensa... tapi, bila sampai lagu.. hah.. part ni yg awesome .. cukup cantik.. disco style punye lagu...

Overall.. 3.9/5