Followers

Showing posts with label 2007. Show all posts
Showing posts with label 2007. Show all posts

Sunday, December 25, 2011

Dhamaal (2007)


An essence of Rat Race (Rowan Atkinson) and few Hollywood comedy flick. Itu yang aku nampak pada akhir filem ini. Dhamaal sebuah filem komedi tahap mega dengan masala original tradisi india. Ianya adalah sebuah filem tentang ketamakan, tetapi akhirnya memberi pengajaran bahawa tiada apa yang lebih penting daripada kebajikan. Lakonan hebat Sanjay Dutt, Ritesh Deshmukh, Javed Jaffrey, Arshad Warshi dan ramai lagi. Kisahnya simple. 

Sebuah kisah bagaimana beberapa karakter cuba untuk mendapat sejumlah wang yang telah ditanam untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri. Dhamaal punya komedi yang tahap luar logic. Aku terima sebagai sebuah filem komedi yang memang menarik, walaupun komedinya kadang kadang melebih lebih. Tak banyak yang nak dicakapkan. Cuma aku katakan filem ini memang melucukan dan best!

4/5

Saturday, December 12, 2009

Awarapan (2007)


Hmm.. asyik2 skarang ni review filem lama jer... xpe.. banyak g filem hindi yang belakang2 aku lom tgk. Mungkin sbb teknologi lom wat aku sampai untuk search filem2 lama.

Kali ni aku nak review filem Emran Hashmi.. alah, yang belakon cite Raaz baru tu. Yang slalu blakon ngan Vikram Bhatt. Tajuknyer Awarapan. Cite ni terbit tahun 2007. Mungkin de yg dah tgk. Ada tak?

First impression, ape ada ngn cite ni. Hanya visual Bangkok dan kehidupan gangster india di bangkok. Kisah perdangangan manusia dan kisah yang berlaku sekelilingnya. Tu je... tapi, cite 2 jam ni bergerak ke hadapan bila kisah sebenarnya berlaku sebegini.

Shivam (Emran Hashmi) yang kesepian dan baru je lepas kehilangan cintanya dengan seorang gadis pakistan bekerja dengan sorang gangster. Gangster ni plak, ada la pompuan simpanan. Pompuan simpanan pakistani. Satu hari, sbb bos dia ni percaya giler kat Shivam, dia arahkan Shivam spy pompuan simpanan ni sewaktu dia g luar negara.

Nak dijadikan cite, pompuan ni lak nak mirip2 perangai ex girlfriend dia. Hah, mula la pergolakan. Nak tau, tengok je... cite yang simple tapi agak berat jugak.

Muzik tak banyak nk komen. Takde la muzik yang best. Tapi, kena la ngan storyline. Tapi, skor mantap jugak la..

Lakonan Emran baik. Yang lain biasa je. Lagipun, korang tak payah la cari muka2 yang terlalu terkenal dalam filem ni. Semua nampak biasa je. Pelakon2 yang selalu berlakon ngan produksi Bhatt je la yang korang leyh tgk dalam filem ni.

Papeon, isu yang dimainkan dalam cite ni aku suke. Isu percintaan dua agama. Satu yang ada agama dan satu kosong agama. Persoalan2 yang best.


Wednesday, December 9, 2009

Shoot Out At Lokhandwala (2007)



Shootout At Lokhandwala bukan satu filem biasa. Diinspirasikan dari sebuah kisah benar, cite ni amat penuh dengan keganasan dan realiti dunia mafia india. Dibintangi Vivek Oberoi, Tushar, Arbazz Khan, Sanjay Dutt dan penampilan istimewa Amitabh Bachchan, Shootout At Lokhandwala diarahkan oleh Apoorva Lakhia.

Perlu diingatkan yang Bollywood bukan satu dunia hiburan yang biasa menerbitkan kisah benar yang berlaku dalam kisah mereka. SAL ini adalah satu kelainan yang cuba ditonjolkan Sanjay Gupta. Mengambil kisah benar yang mempersoalkan tindakan pihak polis yang cuba membunuh sekumpulan pemberontak yang membawa kepada keganasan, SAL penuh dengan pelbagai persoalan.

Siapa polis yang berhak menggunakan senjata api?

Polis juga punyai dendam, kalau dendam bersatu dengan kerjanya, bagaimana?

Salahkah polis bertindak ganas?

Siapa ganaz... pemberontak atau polis itu sendiri?

Tindakan yang dilakukan oleh 3 orang polis yang menyerbu sebuah rumah tumpangan demi menangkap sekumpulan pemberontak yang telah dipermainkan ketuanya bermula dengan aman dan berprosedur. Namun, apabila anggota polis yang tidak bertauliah yang diletakkan dalam mengendalikan keadaan sedemikian, tindakan tidak wajar diambil. Dendam, sifat marah dan salah guna kuasa polis menjadikan kejadian yang berlaku pada sekitar 70an itu satu kejadian yang menggemparkan India.

Mungkin kita tidak ketahui hal ni, namun SAL buat kita berfikir. Polis dan pemberontak... sesuatu yang hampir sama... namun, kuasa dan sudut berbeza.

Lakonan Vivek Oberoi cukup mantap, malah Tushar jugak bagus. Snjay Dutt dan the rest biasa. Penampilan istimewa Abhishek Bachchan cacatkan filem ni. Frust tol bila hero sebegitu sanggup dimatikan. Huh...

Movie ni pada aku tidak memerlukan trek lagu. Filem ini harus bergerak ke hadapan dan penggunaan lagu mengurangkan impak filem ni..

Saturday, November 21, 2009

Life In A... Metro (2007)


LIFE IN A METRO... sebuah filem tahun 2007 ...hmm... first look film ni nampak seperti sebuah filem youth yang berbeza dengan filem cinta yang lain. Dibarisi pelakon yang sederhana popular, LIAM amat bagus sekali garapannya. Walaupun dah lama ditayangkan, filem ni amat menarik perhatian aku. LIAM mengingatkan aku terhadap filem SALAAM E ISHQ yang ditayangkan pada tahun 2007. Filem yang berkonsep begini amat sukar di'digest' kadangkala kerana setiap karakter mempunyai hubungkait dalam membina kerangka cerita.

Diarahkan oleh Anurag Basu yang pernah mengarah filem Murder, LIAM membuktikan kehebatan beliau dalam mengarah filem bergenre sebegini. Walaupun filem ini akhirnya berkait-kait dan mempunyai pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh karakter2nya, skrip digarap baik lantas membentuk satu cerita yang tidak pernah membuatkan aku bosan. 2 jam dan satu cerita yang padat. Best.

Tak ada apa sangat yang aku nak komen ttg story ni. Yang penting, muzik memang superb. Pritam sekali lagi menyengat dengan lagu2 slow rock dalam filem ni. Persoalan tentang kecurangan, realiti cinta, dan pelbagai masalah yang menyelubungi insan2 di kota diceritakan dengan baik.

4/5