Followers

Showing posts with label 2011. Show all posts
Showing posts with label 2011. Show all posts

Wednesday, October 24, 2012

That Girl in Yellow Boots (2011)

Filem ni bukan sebarangan filem. Ditayangkan di Toronto International Film Festival dan kemudiannya Venice Film Festival, file mini mmg karya Anurag Kashyap yang agak thrill tetapi mengikut acuan filem experimental India. Jangan bandingkan filem ini dengan filem filem mainstream Bollywood sebab bagi aku, those yang mmg mainstream Bollywood punya followers pasti akan bosan dengan cerita ni. Filem ni lebih ke arah yang tersirat dari tersurat. 


Dibintangi Kalki Koechlin yang memang cutest sangat sangatlah sebab gigi arnab dia tu. Dan juga wajah mix dia yang mmg outlandish, filem ni bergerak seperti diari. Ianya mengikut kisah gadis yang memakai Yellow boots, iaitu Ruth (Kalki Koechlin) yang datang ke India untuk quest mencari bapa dia yang tak tahu hilangnya. Untuk survival, dia bekerja di rumah urut. Di situ, dia kenal pelbagai jenis manusia dan sempat pulak kapel ngan mamat drug addict. Kisah berlegar tentang kisah hidupnya dan tujuan utamanya, mencari bapanya. 

Erk, for those yang bawah 18, dinasihatkan janganlah tonton cerita ini. Terlalu banyak F-word digunakan dalam filem ini dengan tujuan untuk memberikan reality, amarah dan juga penekanan terhadap masalah yang dihadapi. Malah, dengan setting rumah urut, penonton sendiri sudah dapat mengagak apa yang bakal disajikan walaupun ianya tak lah seteruk mana. Dengan perkataan perkataan yang agak kasar dan juga words yang menjurus kepada seks, mmg filem ini terarah untuk penonton dewasa. 


Filem ini menggunakan banyak bahasa Inggeris, dan naratifnya pun bukanlah seperti filem biasa Bollywood. Dalam genre yang tersendiri, That Girl In Yellow Boots nampaknya boleh tahan. Dengan kehadiran Naseeruddin Shah, filem ni menambah lagi international value untuk filem ini. Kebanyakan lakonan nampak realistik dan semestinya Kalki Koechlin, yang mana bertindak sebagai co-writer filem ini antara yang wajib dipuji lakonannya.

Tersiratnya, filem ini menyingkap isu sumbang mahram dan nafsu jelik lelaki yang sanggup berkahwin dengan seorang perempuan untuk merogol anak perempuan tersebut. Filem ini antara contoh filem independent dan experimental yang berjaya. Karya Anurag Kashyap yang ini dan yang terdahulu lebih menekankan literature yang tersirat. Bukanlah menggunakan pelakon yang besar, tetapi sebenarnya That Girl In Yellow Boots terletak pada plot dan twist yang powerful dan juga setting yang agak realistic. 

4/5

Monday, March 19, 2012

Desi Boyz (2011)


Gabungan Akshay Kumar dan John Abraham ini pada aku kurang memberikan semangat yang ingin disampaikan. Pada aku, walaupun Desi Boyz sebuah masala asli India dengan setting di kotaraya luar India, aku rasakan idea modernisasi itu tidak masyuk untuk kepala aku. Walaupun begitu, tidaklah aku katakana Desi Boyz sebuah drama bosan, tetapi aku hanya mengatakan, janganlah mengharapkan sesuatu yang luar biasa dalam filem ini. 

Sebuah filem komedi arahan Rohit Dhawan dengan bintang bergemerlapan Akshay Kumar, John Abraham juga heroin pojaan Deepika Padukone. Desi Boyz mengisahkan bagaimana dua orang sahabat yang berbeza taraf pendidikan terpaksa menghadapi kemelut apabila dibuang kerja akibat krisis ekonomi. Dek kerana terdesak, mereka akhirnya menjadi gigolo di Desi Boyz Club. Semuanya bermula dan berakhir dengan tidak sempurna. Dan ketidaksempurnaan itulah bakal diselesaikan ke penghabisan cerita. 


Music gubahan Pritam nampak menarik dan fantastic. Lagu item, Make Some Noise For The Desi Boyz memang best. Subha Hone Na De juga tidak kurang hebatnya. 

Sekali lagi, tidak perlu mengharapkan luar biasa filem ini muncul sampai terbeliak biji mata. Ianya komedi ringan yang taklah komedi sangat. Kalau dikatakan lebih berat ke arah drama pun ok jugaklah. Desi Boyz memang sebuah cerita mengenai desakan hidup, persahabatan, cinta dan juga kehidupan. Sebuah filem yang menarik untuk ditonton, jika anda meminati Akshay Kumar dan John Abraham, wahai ladies out there! 

3/5

Sunday, January 8, 2012

Mere Brother Ki Dulhan (2011)


Ianya ada drama I Hate Luv Storys dengan penampilan Kartrina Kaif yang cute dan manja. Jujurnya, penampilan Imran Khan bersama Ali Zafar serta heroinnya Katrina Kaif membentuk satu persembahan yang cukup mantap. Keberanian mereka, kenakalan mereka adalah satu rencah filem Hindi zaman kini yang menjadikan filem ini defying gravity pada plotnya. Keseluruhannya, filem ini crazy pada olahannya, kreatif pada binaan ceritanya. 

Mere Brother Ki Dulhan mengisahkan bagaimana seorang adik, Kush (Imran Khan) cuba mencari bakal pengantin perempuan untuk abangnya, Luv (Ali Zafar). Ditakdirkan, Dimple (Katrina Kaif) terpilih untuk dipadankan. Malangnya, Dimple punya sejarah yang mana dia adalah sahabat Kush. Dalam perkenalan sebelum dia dikenalkan dengan Luv, Kush menyedari dia sudah jatuh hati kepada bakal kakak iparnya itu. 

Walaupun aku rasakan filem ini menarik sangat sangat, aku rasa first half filem ini yang paling hebat. Endingnya sudah semestinya dapat dijangka, namun still people nak tengok lah.Sebagai director pertamakalinya, Ali Abbas Zafar nampaknya berjaya menterjemahkan segalanya denganbaik. Dengan persembahan lagu Mere Brother Ki Dulhan, Choomantar dan lain lain yang punya komposisi yang baik, koreografi tariannya juga cukup bijak. 

4/5

Sunday, January 1, 2012

Osthe (2011)


“Menyaksikan DABANGG memang menarik. Plot lama dengan olahan baru yang cukup kreatif dari produksi ini menjadikan DABANGG filem bolly dengan format lama yang sesuai untuk penonton bolly masa kini.” Itu review aku berkenaan filem DABANGG tahun lepas. Dabangg antara filem Salman Khan yang box-office tahun lepas. Dengan kejayaan yang berpihak kepada Bollywood ini, maka industry filem Tamil akhirnya memilih untuk memberikan nafas baru untuk idea filem ini. Maka, dilakonkan oleh Silambarasan, maka hadirlah Osthe. Oh ya, review Dabangg di sini (klik)


Osthe adalah remake yang diarahkan oleh S Dharani penuh tanpa ada tokok tambah pada plot Dabangg . Jika siapa yang sudah menonton Dabangg, pastinya filem ini tidak memberikan satu kelainan. Plotnya sudah mampu dijangka. Tetapi, bagi aku yang sudah menonton Dabangg, apa motif aku menonton plot yang sama, tetapi dalam bahasa berbeza? Alkisah Osthe berkisar tentang Osti Velan, polis yang gatal gatal miang juga dihormati. Kisah ini berkisar tentang dilemanya sebagai abang kepada Balan, juga konflik besarnya dengan Boxer Daniel lakonan Sonu Sood.

Alasannya senang saja. Aku sudah biasa dengan remake jika kita bercakap tentang dunia filem India. Remake di India spesel. Kadangkala remake mampu melatop lebih daripada original, dan kadangkala remake itulah pelingkop filem original. Hadirnya aku menonton Osthe 13 Disember 2011 di pawagam Rawang berobjektifkan untuk membuat perbandingan, mampukah Osthe memberi saingan kepada idea asalnya, Dabangg.


Kesimpulan aku, aku rasakan Osthe tidak ada kuasa yang cukup untuk memberikan persembahan Dabangg versi Tamil. Aku rasakan Osthe tidak berjaya memberikan emosi yang sempurna sepertimana filem asalnya. Tetapi sebagai sebuah filem di tangan pengarah yang berbeza, Osthe masih ada point point yang mampu memberikan kelainan. Aku rasakan watak ‘Osthe’ Velan itu nampaknya lebih baik berbanding susuk Salman Khan. Walaupun Silambarasan tidaklah mempunyai six pack seperti si Salman Khan, aku lebih menyukai penampilan Silambarasan berbanding Salman Khan, walaupun rasanya Salman Khan layak dipuji dalam pertarungan buka baju di akhir filem.


Walaupun aku rasakan ‘Osthe’ Velan hebat pada gaya aksinya. Juga style. Aku rasakan emosi dari Silambarasan itu sendiri tidak mampu untuk sampai kepada penonton. Entahlah, aku rasakan babak ‘Osthe’ Velan di hospital pada masa ayahnya sakit itu lebih deep emosinya dalam versi Hindi. Silambarasan tidak mampu untuk memberikan emosi, sekaligus membuatkan filem ini hanyalah aksi aksi dan komedi komedi.


Nah, jika dalam filem Dabangg kita ada Rajjo lakonan Sonakshi Sinha, Osthe memberikan Neduvaali lakonan Richa Gangopadhyay. Neduvaali nampaknya ada chemistry walaupun aku masih merasakan portrayal kesengsaraan kehidupannya yang terpaksa menjaga bapanya yang mabuk lebih baik dalam versi Hindi.

In term of action, aku rasakan aksinya memang high class. Bila aku sebut high class, rasanya mesti dapat tahu bagaimana aksi filem Tamil dan Hindi bukan. Abaikan logika kerana filem ini lebih kepada hiburan.


Walaupun Tere Mast Mast Do Nain nyanyian Rahat Fateh Ali Khan telah mampu mencuri hati aku dalam filem Dabangg, ada juga beberapa lagu dalam filem ini rasanya cukup sedap dilayan. Malangnya bahagian lagu Tere Mast Mast Do Nain itu yang diganti dengan Unnale Unnale yang rasanya biasa biasalah.

But I like lagu Neduvaali, which portrays tarian Silambarasan yang cukup luar biasa. Juga komedinya yang memang menarik. Dengan kehadiran Mallika Sherawat, Kalasala Kalasala juga trek yang seksi dan hot!


Keseluruhannya, Oshte tak berjaya untuk memberikan magik Dabangg. Osthe rasanya kurang menyengat. Bakal diadaptasi sekali lagi ke dalam versi Telugu dengan tajuk Gabbar Singh yang bakal direlease 2012, idea Dabangg ini nampaknya bakal menempuh perjalanan baru tahun hadapan. Apapun, Osthe ada kuasanya tersendiri. Terutama pada aksinya yang nampaknya lebih klasik berbanding Dabangg yang mirip kepada copy cat aksi filem Jason Statham, Transporter!

2.5/5

Saturday, December 17, 2011

Bodyguard (2011)



Filem ini faktanya yang berasal dari filem Malayalam, kemudiannya diremake menjadi Tamil (tajuknya Kaavalan) dan kemudiannya Hindi (tajuknya Bodyguard) dan seterusnya dalam bahasa Kannada, Telegu dan Benggali. Bodyguard ini nampaknya pasti ada sesuatu yang istimewa pada ceritanya. Kalau tak, manakan sampai diremake dengan cerita yang sama, tetapi pelakon saja berbeza sampai enam versi.

Berkesempatan menonton Bodyguard versi Hindi, lakonan Salman Khan dan Kareena kapoor. Rasanya ya, factor utama yang menjadikan Bodyguard sebuah filem box-office adalah di romantikanya, juga kisah cinta yang bukannya terhalang, tetapi diselindungi. Bodyguard adalah kisah tentang jiwa yang memberontak, bergelora namun tidak dapat dilepaskan kerana tentangan dari hatinya sendiri; ego. Ianya sebuah twist yang mmg huh, best!

Lovely Singh, itu karakter dalam versi Hindi (Bhoominathan untuk versi Tamil, lakonan Vijay belum sempat ditonton). Dia adalah bodyguard kepada Divya (Kareena Kapoor). Kisahnya simple, sebuah permainan untuk mempermainkan seseorang yang akhirnya membawa kepada cinta yang mendalam, tetapi tidak dapat disampaikan pada si kekasih.

Teri Meri adalah trek yang paling menarik. Dengar katanya trek ciptaan Himesh Reshammiya ni box office di carta.

Dengan penampilan Katrina Kaif aku rasakan Bodyguard versi Hindi cuma ada kehenseman Salman, juga keseksian si Katrina. Bodyguard adalah sebuah filem romantic dan perlu diingat, ianya bukan lah filem aksi walaupun ianya ada babak fighting.


3.5/5

Thursday, December 15, 2011

Turning 30 (2011)


Turning 30 mungkin filem yang lebih kepada exploration dunia wanita lanjut umur. Eh, 30 an tu kiranya lanjutla kalau x berkahwin kan. Exploration dalam Turning 30 ni nampaknya terlalu straight dan momentumnya hilang sebab kisahnya terlalu seperti diari. Kisah si Naina yang menghadapi dilemanya apabila usianya yang mencecah 30 tahun diharungi dengan pelbagai dugaan. Putus cinta, tak ada kerja, juga konflik lanjut usia. Idea filem ini aku puji sebab ianya bukan cinta biasa. Namun, aku rasakan persembahannya gagal untuk memikat aku, walaupun aku taklah bosan sangat menghayati dugaan hidup Naina.

2.5/5

Friday, December 2, 2011

Mirch (2011)


Mirch mengumpulkan 4 kisah pendek yang secara tersiratnya cuba mempersembahkan bagaimana wanita yang bijak menipu lelaki lelaki yang bodoh. Aku nampak filem ini berunsur feminism dimana pemberatan bahawa si cantik itu lebih bijak dari si jejaka. Sebuah paparan yang cukup jarang dipaparkan. Selalunya, kita akan lihat bagaimana lelaki trick wanita dalam percintaan, tetapi kali ini, sebaliknya bakal dipaparkan.

Mirch cuba mempersembahkan bagaimana wanita sebenarnya atau kononnya sudah berjaya mempermainkan lelaki dengan pelbagai cara. Dipaparkan bagaimana wanita bijak untuk membuat helah untuk mendampingi kekasih lain. Juga dipaparkan bagaimana lust yang tidak kesampaian menjadi factor untuk wanita mencari lelaki lain. Aku, no komenlah pasal ni. Watch it for fun!

Apapun, aku suka short stories dalam filem ni. Filemnya yang cukup simple, ideanya yang kelakar dan juga barisan pelakon yang mantap. Apa yang perlu diketahui, filem ini memaparkan 4 short film yang mana settingnya dalam 4 zaman berbeza.

Dua filem pendeknya, sebuah adaptasi Panchtantra menarik dan kisah keduanya, adaptasi karya Italian, Giovanni Boccacio memang licik. Namun, dua story yang terakhir, yang mana menggambarkan setting dua sekarang nampak sedikit membosankan. Tetapi lawaknya masih ada.

This filem is about adultery lah jugak. Pemaparannya yang khas untuk dewasa, tentang reality curang ataupun perkara yang berkisar tentang sudut jahat wanita. Walau apapun, temanya sekadar untuk hiburan menarik untuk ditonton. Sebuah filem dengan isu yang serius dan dengan balance komik komedi yang baik.

3/5

Tuesday, November 22, 2011

404 (2011)


Karya Prawaal Raman ini nampak unik. Walaupun filem ini sebuah filem experimental yang cukup luar biasa temanya berbanding filem Bollywood lain, aku rasa Prawaal berjaya untuk memberikan satu permainan twist yang cukup baik. Filem ini tidak mengandungi unsur seram dan tidak keterlaluan kalau aku katakana filem ini just a thriller drama. Apapun, walaupun sedikit membosankan kerana keluarbiasaannya, aku rasa, mesejnya sampai.

404 mengisahkan Abhimanyu (Rajwir Aroraa), seorang pelajar baru yang selalu ternampak kelibat seseorang. Dia merujuk kepada Professor Aniruddh (Nishikant Kamat) dan penjelasan yang selalu Abhimanyu dapat ialah ianya hanyalah halusinasi. Persoalannya di sini, kenapa Abhimanyu selalu nampak kelibat dan kenapa Professor Aniruddh sekeras kerasnya menolak kenyataan tentang dunia entiti halus?

3/5

Saturday, November 19, 2011

Mankatha (2011)


Venkat Prabhu akhirnya memberikan sebuah persembahan ke 50 Ajith Kumar yang penuh dengan style dan kehebatan. Aku rasa file mini penuh dengan visual yang cukup memukau dan cukup menakjubkan. Serius aku suka kerja cinematography dalam filem ini yang sudah hampir menyamai gaya Bollywood. Jarang aku menonton filem sebegini dalam industry Tollywood. Apapun, Mankatha memang sebuah persembahan yang tricky dan fantastic.

5 minit last adalah bagaimana Venkat cuba memberikan kelegaan buat peminat Ajith. Siapa pun tak mahu hero kesayangan mereka mati kan? Apapun, dengan plot yang cukup cantik gabungannya, 5 minit akhir adalah satu flashback yang membuatkan filem ini ada kejutan kali pertama anda menontonnya. Kali kedua tonton, anda mungkin akan bosan. Aku suka part nih. The best twist ever in Tamil movie!


Menyukai gaya Ajith. Wow, Vinayak yang cukup sempoi dengan stylenya yang cukup memukau. Dibantu dengan visual yang cantik, paparan Vinayak nampak gah sekaligus membuatkan filem ini, special made for him.

Adegan copycat (watak keluar dari kereta yang berputar dalam slow motion) dalam filem ini pernah aku lihat dalam Singham versi Bollywood yang juga diadaptasi dari filem Hollywood bertajuk Red. Malah, adegan Pritviraj culik Sumath jugak aku pernah nampak di mana ntah! Apapun, aksi tiruan yang cukup stylo bro!


Viliyadhum Mankatha adalah trek yang cukup baik garapan Yuvan Shankar Raja. Bale Lakka pun ok. Keseluruhannya, aku suka musiknya. Skor background memang cukup gah dan terbaik.

Filem yang memaparkan kisah komplot merampas wang taruhan kriket ini berdasarkan dua watak yang akhirnya memberikan kejutan di akhir cerita. Pada pendapat aku, first half filem ini bosan. Namun selepas saja adegan rompakan, ianya adalah thriller yang cukup psycho! Style Ajith Kumar aku suka!

Mankatha memang sebuah filem yang mempunyai visual yang cukup menarik. Lihat saja adegan adegan yang bertatahkan CGI yang cukup baik. Ajith, rasanya aku pun dah mula suka lakonan dia. Haha… Apapun, game by Venkat Prabhu ni memang digarap cantik dengan style dan kisah yang tricky dan kemas. Suka3!

4/5

Thursday, November 3, 2011

Always Kabhi Kabhi (2011)


Always Kabhi Kabhi pada aku khusus untuk golongan muda. Temanya kuat kearah menunjukkan bagaimana muda mudi zaman sekarang bukan mcam dulu. Filem ini cuba menunjukkan bagaimana keinginan untuk menjadi diri sendiri itu dihalang oleh kemahuan ibu bapa dan juga kehendak persekitaran.

Lagu di akhir filem ini ‘ANTENNA’ garapan Pritam menunjukkan bagaimana ibu bapa kadangkala tidak mampu untuk mendapatkan FREKUENSI yang betul untuk mendengar dan melihat tingkahlaku mereka. Sebuah kisah social juga masalah muda mudi, dalam kisah cinta monyet juga akrab persahabatan.

Pada aku, filem ini punya tema yang simple. Dan ideanya terlalu boleh diagak walaupun ianya filem generasi muda. Namun cinematografinya memang eyecatching. Menyukai lakonan bakat bakat baru filem ini. Jangan menanti kemunculan actor popular dalam filem ini kerana filem terbitan bini Shah Rukh Khan ini menampilkan bakat bakat muda yang tidak kurang hebatnya. It is a cute, and romantic film to watch for teenagers!

3/5

Tuesday, November 1, 2011

Shagird (2011)


Nana Patekar antara kesukaan aku. Gayanya luar biasa dengan cara lontaran suaranya juga dialog yang memang unik. Malangnya Shagird memberikan dos dialog gaya Nana yang melebih. Di first half, filem ini nampak membosankan kerana suara Nana Patekar yang slow gegiler. Tetapi aku suka lakonannya yang memang different. Di second half, ada peningkatan.

Nana Patekar sebagai Hanumanth Singh, seorang polis yang ideologinya diuji bila gangster Bunty Bhaiya melakukan sesuatu diluar jangkaannya. Ironinya, Hanumanth dan Bunty bekerja dengan politican yang banyak makan rasuah, Rajmani Singh yang gunakan taktik kotor untuk perintah Negara. Pada masa yang sama, datang si Mohit (Mohit Ahlawat) yang mana ideologinya berbeza dengan Hanumanth. Dua ideology bertembung. Plot yang banyak kekeliruan makin dijelaskan dari masa ke semasa sehingga finalenya, sesuatu yang membuat kita berfikir, orang sanggup buat apa saja untuk duit.

Plot Shagird unik dan bukan filem polis biasa. Semuanya tentang betrayal dan idea idea putar belit yang cukup pening kepala tetapi menarik. Sebuah kisah permainan Hanumant yang bijak menggunakan situasi untuk mendapatkan sesuatu. Apapun, pada aku Shagird kurang menarik pada aku. Sebuah kisah yang unik, tetapi dengan persembahan Nana Patekar yang baik tetapi kurang menarik perhatian aku.
2/5

Sunday, October 30, 2011

Ra.One (2011)

Ra.One dikhabarkan menjadi filem termahal dari kilang Bollywood. Dengan kehebatannya yang digembar gemburkan, juga kehadiran penyanyi Akon dalam menyumbangkan suara dalam beberapa lagu filem ini, Ra.One punya satu promosi yang bijak. Tarikh tayangannya cocok, Deepavali!. Berkesempatan menonton filem pertama Shah Rukh Khan bagi tahun 2011 ini, sebelum menyusulnya Don 2 pada tanggal Natal hujung tahun ini.

intai filem ini di sini:

Keseluruhannya, Ra.One tidak mengecewakan. Karya coretan Anubhav Sinha (mula mengenali karyanya sejak Dus dan juga Tathastu) nampaknya tidaklah terlalu gelap seperti Dus, dan juga cubaan memberikan cemas yang gagal dalam Tathastu. Ra.One work very well dengan adunan CGI juga sudut fiksyen pengarahannya.

Ra.One adalah filem superhero. Superhero setelah munculnya Endhiran The Robot juga Krrish sebelum ini. Ra.One bukan setapak melangkah dari filem filem tersebut. Ra.One jauh melangkah, dengan pelaburan berani mati, Ra.One memang sebuah filem superhero terhebat. Aku akui, sebagai peminat filem hindi!

Shah Rukh Khan sebagai G.One.

Pada aku, Ra.One ada sudut positif dan negatifnya. Walaupun aku rasakan filem ini sebuah masala fiksyen sains paling sempurna Bollywood, ada sedikit kekecewaan juga kegembiraan dalam menonton filem ini.

Satunya, sedikit kecewa apabila trek Dildara terlalu pendek dan tidak seperti yang diharapkan. Namun, menyaksikan kembalinya Shekar untuk mengalunkan lagu tersebut (walaupun hanya miming) cukup untuk memberikan mud. Ra.One tanpa Shekar memang kaku! Yala, Ra.One kan robot!

Keduanya, aku gembira sebab Akon join venture untuk filem ini. Chammak Challo memang international dan gempak. Tetapi serius x bleh blah, suara Akon memang tak match langsung dengan Shah Rukh Khan! Geli gelak dalam hati, sambil tersenyum bergembira dengar lagu ini.

Ketiganya, tergamam seketika menyaksikan bagaimana terminal keretapi Mumbai runtuh gara gara dua watak jahat ini. Terbaik dalam sejarah perfileman, tak pernah lagi filem Bollywood cuba untuk meruntuhkan monument sejarah untuk filem, walaupun ianya sekadar kesan khas.

Kemunculan Chitti the Robo memang mengundang senyuman. Ternyata tribute ini sebenarnya juga satu tarikan buat peminat filem Tamil juga Telegu. Sebabnya, file mini didubbing dalam 3 bahasa (hindi, tamil dan telugu. Itu yang keempat. - tonton kemunculan khas Rajini di sini

Babak aksi di stesen keretapi memang the best!

Kelimanya, pre final battle, di stesen keretapi nampak jelas cuba untuk menunjukkan bollywood mampu buat lebih baik dari Endhiran The Robot. Malangnya, walaupun adegan ini memang lagi gempak dari Endhiran, adegan G.One berlari di dinding keretapi nampaknya gagal! Endhiran berlari di dinding keretapi nampak lebih real.

(Anubhav Sinha, pengarah filem ini menafikan adegan tersebut ditiru Endhiran, menurut temubual di sini, katanya dia cuba untuk lari dari masalah tersebut dengan menonton Endhiran dan cuba membentuk aksi yang berbeza daripada Endhiran. menurutnya, mana mana filem ada babak sebegitu.)

Direka oleh Robert Kurtzman, orang kuat disebalik pembikinan kesan solekan khas Hollywood, G-One dan Ra.One nampak simple dan tak ada identity. Serius sejak mula lagi kita tidak boleh menidakkan yang G-One itu adalah idea yang terhasil dari Iron Man. Perhatikan saja HART yang mirip ‘jantung’ Stark!. Malah, syarikat pengeluar game filem ini juga mirip gaya Stark Industries, tetapi gaya Hindi. Tak original tetapi ideanya diolah menarik.... itu yang keenam kot.

Ketujuhnya, emosi Shekar dan Prateek nampak belum sempat naik dah habis. Jiwa bapa yang menyayangi anaknya kurang sampai. Namun, elemen kekeluargaan masih jelas. Sebuah filem hindi yang masih mengekalkan elemen utama ini walaupun ideanya jauh ke hadapan.

Shekar (Shah Rukh Khan) adalah seorang bapa yang cuba untuk mengambil hati anaknya. Siapa Shekar? Dia adalah pereka permainan komputer. Hubungan Shekar dan Prateek (Armaan Verma), si komputer genius kurang ngam sebab masing masing ada pendapat berbeza. Prateek mahukan ayahnya membina sebuah permainan yang mana si jahatnya memang sukar dikalahkan. Hati si ayah yang selalu mempertahankan prinsip yang 'baik selalu menang' akhirnya mengalah. Demi cintakan anaknya, Shekar bersama team membina pernainan Ra.One.

trailer filem Ra.One

Siapa Ra.One? Ra.One adalah karakter jahat yang paling kuat dan sukar dikalahkan. Ia diciptakan dengan kepandaian buatan terhebat yang membuatkannya boleh berfikir sendiri. Diciptakan juga si baik, G.One untuk melawan Ra.One. Ditakdirkan si anak ini bermain game ini dan kemahirannya hampir berjaya mengalahkan Ra.One. Ra.One mula membina ego. Ra.One sudah menjadi diluar kawalan. Kepandaian buatannya mula berfikir secara sendiri.

Ra.One keluar dari permainan ke dunia manusia (melalui teknologi pemindahan gelombang yang dijelaskan pada awal filem), untuk mencari Lucifier, nama samaran Prateek, Dalam pencarian, ayah Prateek terbunuh. Dunia huru hara. Apa lagi, G.One dibawa keluar Prateek dari dunia maya untuk mengalahkan Ra.One. Seterusnya, sebuah cat and mouse game, dengan aksi yang cukup mengujakan. Aksi aksi yang luar biasa dengan kesan khas yang cukup hebat! Jujurnya, aku tidak menyangkakan kisahnya adalah sebegitu sebab sepatutnya hero terbina dari dunia manusia dan bukannya dunia maya.

Overall, plotnya biasa. Simple dan senang difahami. Mudah dihadam kanak kanak sehingga dewasa. Pendek kata, ianya universal.

Dibikin dengan visual efek yang memang astounding, Ra.One memang dibikin dengan cermat dan teliti. Kesan khas nampak teliti, khususnya karakter Ra.One digital pada awal filem. Aksi cemas juga hebat dan memang banyak kos. Paling best adalah babak tren merempuh dinding stesen keretapi sehinggakan bahagian hadapan stesen runtuh. Babak paling buat aku tergamam sebentar.

Kareena dalam persembahan Chammka Challonya..

Chammak Challo trek yang cukup hebat. Walaupun suara Akon tak masuk langsung dengan Shah Rukh Khan, boleh la layan santai2. Paling top adalah Dildara. My fevret song dari filem ni. Lagu yang cukup romantika menyentuh jiwa. Vishal Shekar compose trek dengan baik.

MTV
Chammak Challo

Dildara

Shah Rukh Khan sekali lagi membuktikan yang dia adalah king of Khan. Lakonannya hebat. Dengan gandingan Kareena Kapoor di sisi, juga Arjun Rampal sebagai antagonisnya, filem ini punya chemistry yang cukup sifat. Armaan Verma si cilik yang menyerlah dan hebat lakonannya. Barisan penampilan khas dari Rajinikanth ke Priyanka Chopra, Sanjay Dutt dan beberapa lagi nama membentuk mega hit!.

Finale, Ra.One dibikin dengan keberanian. Bagaimana beraninya king Khan ini mempertaruhkan wang kompaninya dengan menyumbang modal termahal dalam sejarah filem Bollywood untuk filem ini membuktikan keazaaman untuk memberikan sesuatu perubahan kepada industry Bollywood.

Filem yang dikhabarkan paling kompleks ini juga (perhatikan di bahagian kredit filem, anda akan kagum dengan gaya kerja mereka) memberikan satu sudut pandang yang baru. Namewee, kau salah! Orang India sekarang bukan ada di belakang pokok, malah mereka jauh berada di depan pokok! Jauh untuk berfikir! Salutation untuk filem terhebat Deepavali ini. Dengar khabar pembukaannya juga tertinggi untuk tayangan perayaan Deepavali di india. Tahniah.

4.5/5

Haunted (2011)


Hanted adalah filem 3D stereoscopic Bollywood pertama. Di tangan Vikram Bhatt, walaupun filem ini pertamakalinya dibikin dalam 3D, aku rasa ideanya bukan sesuatu yang pertama kali. Cambahan babak babak nampaknya masih ada bekas bekas filem Raaz, juga filem Vikram Bhatt. Suasana yang nampak lebih nampak Inggeris dengan villa yang nampak hampir sama dengan situasi dalam filem Raaz hanya menampakkan Haunted hanya satu improvement, bukan satu cerita baru.

Ada yang fresh dari filem ini tetapi penerimaannya di luar jangkaan. Serius aku tidak dapat menghadam sesuatu selepas Interval. Ini sepatutnya menjadi filem seram seperti mana tajuknya. Ini bukan kisah time travel!. Oh no, tiba tiba saja Vikram mengalihkan seram fasa pertama filem menjadi sebuah filem adventure time travel, yang mana mengurangkan seramnya. Seram di fasa selepas inverval hilang. Spoil mood!

Permainan dirogol hantu dalam filem ini adalah satu sesuatu yang membina fantasi penonton. Tetapi kadangkala babak sebegini dilebih lebihkan dan kadangkala memualkan kalau sampai dua tiga kali.

Glen Manor, sebuah rumah agam dengan kisah silam. Rehan (Mahaakshay) adalah seorang agen yang melawatnya untuk menjual rumah tersebut kepada pembeli. Setibanya di rumah, dia mula tahu rumah agam tersebut menyimpan satu misteri yang sudah berada di situ selama 80ta tahun.

Berbanding Raaz, gaya seram Haunted lebih menakutkan. Dengan bantuan special effect juga permainan gerak perlahan serta 3Dnya, Haunted banyak adegan sentap menyentap hati. Apapun, seperti yang aku cakap tadi, mood seram terus hilang apabila filem ini bertukar menjadi filem time travel.

Mahaakshay lakonannya terbaik. Keseluruhannya, filem ini miliknya. Perhatikan saja di fasa pertama filem, semua plot bergerak hanya dengan karakternya. Watak lain ditempelkan untuk mengikat dialog dialog sahaja. Apapun, gaya seram Mahaakshay boleh tahan. Tia Bajpai pun terbaik!

Aku nasihatkan kalau nak tonton filem ini, janganlah rasa teruja untuk keseramannya. Kali ketiganya aku cakap, fasa selepas Interval adalah fasa kejatuhan filem ini. Namun, filem ini tetap menarik untuk ditonton sebagai filem adventure, dan bukannya seram keseluruhannya.
4/5

Saturday, October 22, 2011

Yamla Pagla Deewana (2011)


Yamla Pagla Deewana menampilkan Sunny Deol. Antara hero aksi 90an pujaan jugaklah bagi aku. Tetapi rencah filem ini rasanya terlalu ketinggalan. Plot komedinya nampak usang tetapi masih boleh diterima pakai sebagai sebuah filem masala klasikal. Lakonan Sunny Deol dalam membentuk komedi tak menjadi. Taklah sampai meluat tetapi sekadar biasa biasa saja.

Filem ini mengisahkan bagaimana seorang anak, Paramveer (Sunny Deol) yang cuba menyatukan kembali keluarganya. Dia yang tinggal bersama dengan ibunya di Kanada pulang ke india mencari bapanya, Dharam (Dharmendra) dan juga Gajodhar (Bobby Deol) untuk menyatukan kembali ibu bapanya yang sudah lama terpisah.

Keseluruhannya, Dharmendra pun biasa biasa saja. Lakonan pelakon evergreen ini Cuma sekadar mampu untuk member perasaan di akhir filem. Filem ini nampak seperti lakonan keturunan Deol yang masih menggunakan jalan cerita masala lama. Apapun, file mini sederhana saja.

2/5

Friday, October 14, 2011

Chalo Dilli (2011)


Chalo Dilli nampak dekat dengan pendekatan filem Robert Downey Jr, Due Date. Walaupun kisahnya tidak ditiru bulat2, inspirasi itu jelas. Ianya memang sebuah filem yang memang ada pengajaran. Sebuah filem yang simple dan hanya berkisar tentang dua manusia. Dengan settingnya yang tidaklah terlalu luar biasa, juga barisan pelakon yang hanya 2 orang, Chalo Dilli memang sebuah filem adventure drama yang memang ada nasihat, ada rencah tersendiri, dan formula yang menjadi.'

Kisahnya berkisar tentang dua manusia yang berbeza karakter. Dua insan yang tidak pernah berjumpa, tetapi suatu kejadian telah mempertemukan mereka. Mihika (Lara Dutta) adalah seorang pengurus institusi kewangan yang hendak pulang ke rumahnya di Dehli dari Mumbai. Satu insiden akhirnya menyebabkan Mihika terlepas flight. Maka, Manu (Vinay Pathak) enters. Dua insan ini berbeza status kehidupan, juga pandangan. Bermula kisah mereka berdua, untuk ke Dehli dalam sebuah adventure yang mengajar erti kehidupan.

Pada aku, filem ini berjaya mencuit emosi aku untuk turut sama bermain dalam filem ini. Lagu, abaikan kerana filem ini memang tiada item song. Keseluruhannya, Chalo Dilli memang padat, komedi cukup, dan ada pengajaran. Lara Dutta memberikan persembahan yang cukup baik. Malah, Vinay Pathak, sebagai seorang yang komikal, cukup berjaya memberikan emosi. Penampilan khas Akshay Kumar, tiada apa apa pun yang penting.

Apapun, Chalo Dilli memang best. Kisah tentang moment2 yang tidak pernah kita duga dalam kehidupan yang mampu mengubah seseorang. Exciting film.

4.5/5

Thursday, October 13, 2011

Singham (2011)


India ada cara tersendiri untuk menggambarkan kewibawaan anggota polisnya. Bagaimana depiction untuk menunjukkan polis ini sebuah organisasi yang begitu hebat dan memang satu pekerjaan yang patut dihormati. Dengan persembahan yang ganas dan cukup luar garisan peraturan dunia, industry filem India sudah ada banyak barisan filem berlatarkan polis (yang popular dengan isu korupsinya), tetapi sampai sekarang, aku masih suka paparan watak polis yang rasanya nampak hebat, walaupun ini hanya filem.

Itu yang terjadi pada Singham. Potrayal polisnya memang gah. Tak kiralah ianya versi Tamil, lakonan Surya ataupun versi Hindi, lakonan Ajay Devgan, Singham atau Singam (versi Tamil asal, terbitan 2010) karakter Singham itu memang sesuatu yang cukup gah. Suka bagaimana watak polis ini cukup ditaati di kampungnya kerana kebaikannya dalam pekerjaan.

Lupakan pasal luv story dalam kisah ini. Itu aspek tak penting. Singham berpaksi pada kuasa polis yang mampu untuk menentang kejahatan, walau siapa pun yang menentang. Tiada ruang untuk bercinta, walaupun kisah itu berlaku sekecil kecilnya untuk sifat filem yang tabii.

Singham, remake blockbuster Tamil diarahkan Rohit Shetty mengisahkan Singham (Ajay Devgan) yang disegani ramai dengan kebijaksanaannya menjalankan tugasnya di kampungnya. Singham akhirnya berhadapan dengan Jaykant Shikre (Prakash Raj), seorang gangster yang berkuasa. Dendam Jaykant atas insiden di Shivgad akhirnya membuatkan Singham dipindahkan ke Goa. Di Goa, Singham tidak dapat berbuat apa apa kerana Jaykant berkuasa. Namun, mampukah Singham menundukkan Jaykant?

Pada aku, filem ini memang out of logic la kalau bab aksi lawan2. Itu normal la for tamil movie dan hindi movie. Papepun, filem2 sebegini sebenarnya cuba menyampaikan ketangkasan polis yang mampu untuk lakukan apa saja untuk kebaikan. Itu tersiratnya. Jika anda faham. Kalau masih asyik melihat aksi lawan logic, dan tidak memikirkan tersiratnya, tiada apa apa korang dapat.

Ajay Devgan terbaik. Romantika hilang. Kisahnya dengan Kavya (Kajal Aggarwal) sedikit saja. Komedinya cukup menarik. Keseluruhannya, aku menyukai Singham. Sebuah filem aksi yang klasik dari segi aksi, moden dari segi persembahan, sebuah masala aksi yang cukup hebat. It’s a ‘wow!’ film. Tapi, aku rasa SINGAM asal lebih ruthless kot berbanding versi hindi.

4.5/5

Wednesday, October 12, 2011

Ready (2011)


Ready, remake filem Telegu ini pada aku terlalu banyak tempat yang membosankan. Entah kenapa aku tidak dapat merasakan permainan komedi filem ini. Komedinya aku rasakan terlalu biasa, part2 gagap dan slapstick yang dah biasa aku tonton. Lakonan Salman Khan tidak terlalu memukau. Apa yang aku boleh katakan, filem ini lebih kea rah komedi tradisional, klasikal. Mungkin aku sebagai orang yang menyukai filem gaya baru masa kini tidak dapat mampu untuk menangkap komedi filem ini.

2.5/5

Tuesday, October 11, 2011

Vedi (2011)

Bila bercakap pasal industry filem India, ada dua bahagian yang besar, satu industry filem Tamil, dan satu lagi industry Bollywood. Hari ni aku berkesempatan untuk menonton sebuah filem Tamil, sebuah filem aksi yang nampaknya cukup berjaya memberikan keterujaan. Vedi, itu tajuknya. Berkesempatan menonton di pawagam tanggal 11 Oktober 2011. Keseluruhannya, walaupun subtitle filem ini sekejap ada sekejap tak ada (thanks to Ken Carlson yang sudi menterjemah some part yang xde subtitle), energy filem Prabhu Deva ini masih boleh dirasai.

Gandingan Sameera dan Vishal

Ada beberapa perkara yang membuatkan filem yang direkemen oleh member india aku, Ken Carson menarik minat aku. Pertamanya, lelaki bernama Prabhu Deva ini adalah seorang yang famous dalam Bollywood dan jugak filem Tamil. Prabhu Deva aku kenali sebagai seorang koreografer yang memang pergerakannya memang tangkas dan sharp. Keduanya, sebab adanya aktress Bollywood, Sameera Reddy. Malah, barisan pelakon bolly yang aku kenal dalam filem ini termasuk Sophie Choudry dan Sayaji Shinde.

Sameera Reddy ini antara favourite aktress jugaklah kalau filem filem Bollywood. Berkenan sejak menontonnya dalam filem Musafir arahan Sanjay Gupta dalam 2004. Latest appearancenya dalam filem Bollywood, Red Alert tak berapa best dan mendukacitakan.

Tapi, ada satu fakta yang aku tahu selepas aku mengoogle tentang filem ini di internet. Filem ini sebenarnya adalah remake filem Souryam, filem Telugu tahun 2008 yang hit.

Okeyh, keseluruhannya, jom bercakap pasal filem ini. Keseluruhannya, Vedi adalah sebuah filem yang fast track. The film is like a bullet train. Pantas untuk memberikan persembahan aksi tanpa henti yang memang best. Sehebat namanya, Vedi memang dipenuhi aksi yang memang ganas dan brutal. Sebuah kisah yang simple, namun aksi tu yang utama tuh!

Special appearance by Bollywood aktress, Sophie Choudry dalam item song

Secara kasarnya, Vedi mengisahkan Prabhakaran (Vishal) yang tidak diketahui identiti pada awal cerita. Hero kita ini dipaparkan dengan identiti yang samar samar dan mencari sesuatu di Calcutta. Semasa mencari rumah sewa, Prabhakaran akhirnya bertemu dengan Paro (Sameera Reddy dan juga Deepa (Poonam Kaur). Cinta berputik. Tetapi rahsia Prabhakaran tiada siapa yang tahu. Apa kaitannya Prabhakaran dengan Deepa, akan menjadikan perlajalanan cerita ini penuh dengan aksi. Siapa Prabhakaran sebenarnya?

Jujurnya, Vedi antara filem yang memang hebat. Serius, dalam penghasilan filem ini, aspek cinematografi memang terbaik. Puas hati dengan penghasilan babak aksi dan juga syot syot yang menggunakan slow motion untuk impak impak pergaduhan yang memang memukau. Prabhu Deva memang berjaya memberikan sesuatu yang terbaik untuk Vedi.

Sameera lebih kearah romantika filem , kepentingannya dalam plot utama terabai

Plotnya, pada aku terbaik. Pada awalnya, penonton akan diberikan dengan satu permulaan yang cukup memberikan teka teki. Kita akan lihat bagaimana kekuatan hero kita ini mampu membunuh kuncu penjahat kita hanya dengan menolak botol arak ke dalam mulutnya saat si penjahat meneguk air. Itu satu titik pengikat, masih ada misteri siapa sebenarnya Prabhakaran. Akhirnya, semua dijelaskan di saat sebelum interval. Di fasa kedua, flashback akan menjadi permainan cerita. Hanya diakhirnya saja, penonton akan dibawa kembali ke timeline asal, dimana terbentuknya final conflict. I like!

Vishal ada style. Aku suka lagaknya. Namun, sebagai penonton yang lebih tertarik untuk melihat Sameera Reddy menjadi antara yang mampu menyumbang kepada pergerakan cerita ini, di sini wujud kekecewaan. Sebabnya, watak Deepa itu sebenarnya lebih besar pemberatannya berbanding Paro yang hanya diberatkan ke bahagian cinta dan romance. Semua kisah cinta between Prabhakaran dan Paro lebih banyak berlaku di fasa sebelum interval dan hilang dalam kisah utama selepas itu (selepas interval).

Vivek yang klakar habis

Serius, benda yang lawak dalam filem ini adalah watak komikalnya lakonan Vivekananthan antara yang aku suka. Babak babak lawak yang paling aku faham dalam filem ni adalah semasa dia meniru gaya Rajhnikanth semasa nyanyi lagu Kadhal Anukkal. Yang buat aku gelak besar bukan apa, sebab aku pernah menonton Endhiran, so kaitan komedi itu aku dapat.

Dalam mengkategorikan filem ni, aku rasa, filem ini punya genre yang bercampur baur. Fasa pertama filem aku rasa pemberatannya lebih kepada filem romantik komedi. Dalam fasa kedua selepas interval, filem ini sudah mula berubah menjadi aksi thriller komedi yang pada aku lebih menarik dan tegang.

Sayaji Shinde sebagai Easwaramoorthy, nampak lebih ke arah karakter villain yang komedi, pada masa yang sama kejam.

trailer filem Vedi, arahan Prabhu Deva

Kalau nak bercerita pasal lagu dalam filem ini, aku katakan semua trek dalam filem ini sedap. Muzik Vijay Antony nampaknya lebih mendapat sentuhan Bollywood. Treknya lebih menekankan dance dan pop. Aku suka Ippadi Mazhai, trek Sameera dan Vishal yang musiknya sedap dan visualnya pun cantik. Hah, Enna Aachi pun sedap. Romantik, even aku tak paham pun lagu ni pasal apa. Bombay Ponnu, lebih terarah kepada Bollywood style punya lagu, menarik jugak. Kadhalikka, trek awal lebih terarah kepada pop. Sederhana menarik. Ichu Ichu biasa, tetapi visualnya kreatif ek.

Background musik memang terbaik. Keseluruhannya, department muzik memang membantu kehebatan filem ini.

Puas hati dengan filem ini

Pada aku, puas hati menonton Vedi. Satunya, heroinnya taklah mempunyai perut berlipat (pada aku, penontonan aku samaada filem Tamil atau Bollywood, pinggang aktres itu aspek utama yang menjadi perhatian). Sameera ok oklah pada penampilannya. Pada aku, Vedi tak seksi, tapi Sameera memang seksi dan cantik. Vedi dipenuhi aksi walaupun ceritanya simple dan senang. Sebuah filem yang menarik dari Prabhu Deva, untuk penonton yang menggemari aksi versi filem Tamil (tak kisah melayu cina india), jika anda tahu realiti filem aksi Tamil.

4/5

Thursday, September 15, 2011

Luv Ka The End (2011)


Kalki dan Shradda Kapoor antara newcomer Bollywood tahun 2011 yang baru aku kenal. LUV KA THE END mempertaruhkan Shradda Kapoor dalam role utama. Mungkin ramai yang tidak mengenali siapa sebenarnya pelakon baru ini. Namun, bakatnya untuk filem generasi kini nampaknya menyerlah. Untuk filem yang mensasarkan teenagers sebagai penonton utama, LUV KA THE END nampaknya berjaya di tangan Shradda Kapoor. LUV KA THE END adalah sebuah filem dendam yang begitu ideal untuk remaja zaman sekarang khususnya untuk wanita yang putus cinta.

Rhea bakal menyambut hari lahirnya yang ke 18. Siapa Rhea, dia adalah gadis biasa yang berpeluang punyai cinta dengan jejaka pujaan seluruh wanita, Luv Nanda (Taaha Shah). Disebabkan ini adalah hari lahir ke 18 Rhea, Luv Nanda menghajatkan cinta mereka up to the next level. Bila Rhea bersedia untuk memberikan segalanya kepada cintanya, dia tidak pernah tahu bahawa Luv Nanda punya rencana lain. Ia bukan tentang cinta, tetapi wang! Rhea yang mengetahui hal ini berpakat untuk mengenakan Luv. Lahirlah event event kantoi mengantoi yang memang klakao!

Keseluruhannya, LUV KA THE END menarik untuk remaja. Sebuah filem yang santai yang mana settingnya hanya satu malam. Lagunya pun cukup menarik, even satu lagu je pun dalam filem ni. Lakonan Shradda Kapoor meyakinkan. Malah Taaha Shah memang memberikan persembahan yang terbaik. Reaksi-reaksinya memang menjadi, terutama babak reaksi apabila seluar dalamnya yang mana telah dimasukkan serbuk gatal mula memberikan kesan. Haha..

Filem ini sesuai untuk yang putus cinta, juga bagi yang belum putus cinta, filem ini buat anda fikirkan yang wanita sebenarnya adalah singa yang boleh bertindak di luar jangkaan jika kita salah jaga. LUV KA THE END romantic, kelakar dan fun!

4.5/5

Sunday, September 11, 2011

Bbuddah Hoga Tera Baap (2011)


Kehadiran Viju (Amitabh Bachchan) di kota Mumbai punya satu rencana rahsia. Dalam pada masa yang sama, satu kumpulan gangster sedang giat mengatur satu taktik untuk membunuh seorang anggota polis (Sonu Sood). Kehadiran Viju sebenarnya ada satu perkara tersembunyi yang tidak diketahui sesiapa. Sebuah synopsis simple untuk filem Bbuddah Hoga Tera Baap. Sebuah filem yang mengembalikan lagenda Amitabh Bachchan dalam role yang nampak luar biasa, khas untuk para peminatnya.

Aku yakin bahawa pengarah juga penerbit filem ini memang peminat tegar pelakon ini. Jelas di akhir filem ini, dilakar ucapan terima kasih untuk pelakon tersebut. Pada aku, Big B ini sememangnya pelakon yang sukar dicari ganti. Lenggok gayanya yang cukup sukar dicari, bakatnya yang luar biasa juga filemnya yang cukup hebat memang akan menjadi lagenda di industry Bollywood.

Bbuddah Hoga Tera Baap hanyalah sebuah pertunjukkan khas dari lagenda ini. Tak lebih dari itu. Kisahnya semata mata hanya untuk memberikan ruang untuk lagenda ini mempersembahkan sesuatu untuk para peminatnya. Dalam kata lain, file mini adalah hadiah Big B kepada peminatnya. Memang orang tua ini masih lagi macho dengan gaya donnya. Serius, pelakon ini masih boleh masuk ke dalam dunia bollywood generasi ketiga yang sudah lain banyak daripada zaman 90an dulu.

Menyukai muzik Go Meera Go yang begitu hebat. Go Meera Go merupakan lagu bergenre dance yang mana olahannya menggunakan lirik lagu Khaike Paan Banaraswala, sebuah lagu dari filem lakonan Big B, Don (yang mana sekarang sudah dilakonkan oleh SRK)

Kesuluruhannya, filem ini khas untuk peminat Amitabh Bachchan. Anda bakal mendapat satu hadiah istimewa daripadanya, iaitu persembahan bertenaga sepertimana anda menontonnya pada zaman mudanya dahulu.