Followers

Monday, December 27, 2010

Hisss (2010)


Pertama, filem ini buat penonton yang mahu melihat Mallika Sherawat bogel sepenuhnya. Kedua, filem ini buat penonton yang pernah menonton filem klasik Nagin (ditayang sekitar zaman 70an - era Bobby rasanya) . Kedua lagi, bagi yang mahu menyaksikan punggung Mallika tanpa seurat benang, filem ini juga untuk anda. Ketiga, jangan tonton kalau nak mengharapkan ular yang serealistik filem Hollywood. Ketiga juga lagi, jangan tonton kalau anda tidak boleh terima keadaan ular yang memang betul2 nampak macam paip getah yang dimake-up. Keempat, mesti tonton sebab ianya sungguh berdarah, merah dengan keganasan dan penuh darah (lagi sekali) dan darah (sekali lagi) dan dendam (baru sekali). Last sekali, filem ini dari pengarah orang puteyh yang mahu buat filem Bolly.

Mallika Sherawat selepas keseksiannya yang diketahui ramai, kini memegang karakter Tuhan Ular. Sebuah mitos Hindu yang rasanya semua orang tahu. Hisss mengisahkan seorang lelaki yang menghidap kanser, George (Jeff Doucette) yang menangkap ular jantan semasa sedang mengawan. Si ular betina (Malika Sherawat) akhirnya bertukar menjadi manusia dan mencari si jantan yang ditangkap tadi. Mitos mengatakan bahawa ular betina akan melepaskan azimat yang boleh membuatkan George kebal dan tak mati (sebab kenapa George tangkap ular jantan) apabila mereka berdua bertemu semula. Dalam perjalanan, dia yang mana jelmaan Dewa Ular membunuh manusia jahat tanpa belas kasihan. Vikram (Irfan Khan) menyiasat kes kematian misteri ini dan bakal bertemu sesuatu yang luar biasa.

Cut the crap! Ini filem lagenda ular banyak longgar. Persoalan yang timbul, daripada mana Geoge mendapat tahu hal kesaktian ular betina sehingga sanggup menangkap ular jantan untuk dijadikan umpan? Doesn’t make any sense apabila orang puteh dimasukkan sebagai karakter. Apatah lagi dialognya didubbingkan sehingga hilang keaslian. Namun, i like this film. Walaupun ceritanya mengarut dan nampak terlalu over dari segi kelucahan Malika Sherawat, Hisss penuh kengerian yang luar biasa.

Kesimpulannya, ular getah memang digunakan dalam filem ini. Itu memang dah diberitahu pada awal filem ini. Namun, Hisss ada babak yang meyakinkan dan boleh bermain dengan emosi. Aku suka babak bila Snake Woman kejar snake charmer semasa menonton di panggung. Ada reality di situ (ditunjukkan seorang budak kecil sedang berak dan Vikram melangkah dan terpijak tahinya di dalam longkang). Emosi Malika Sherawat nampaknya berjaya. Walaupun karakternya bisu, ianya menjadi. Malang sungguh visual effectnya tahap B. Tapi, satu permulaan buat Bollywood. Budak budak bawah 18, fikirkan dua tiga kali sebelum menonton!

1 comment:

Hanys Najib said...

sebelum ni excited nak tgk, disebabkan faktor iklannya yg perghhh!! wooow!!! waaaah!! etc..
tp x sempat tgk till now, nasib baik x sempat, sbb kwn kata cerita ni mmg tak best~ tapi dgn review ni rs mcm 50-50 je nak tgk.. tQ for that! haha
cop! bukan sbb bogel2 ea.. sbb kengeriannya yg luar biasa tu yee..haha
;D