Followers

Friday, January 7, 2011

Soch Lo (2010)


Filem ini bukan tampilkan nama besar dah gah. Cukup sekadar paras rupa macam budak mentah dalam dunia bolly jer yang membarisi takhta pelakon dalam filem ini. Kisah yang bermula dengan seorang lelaki yang tak dikenali terdampar di tengah gurun yang hilang identity. Dibantu Pali (Barkha Madan), akhirnya dia mencari semula identity berbekalkan satu saja memorinya iaitu ketika dia berbulan madu dengan isterinya (yang dikahwini atas pilihan keluarga). Pembongkaran ingatan akhirnya membawa kepada detik penting apabila dia mengetahui bahawa isterinya, Basu (Nishan Naniah) diculik teman lelakinya yang psiko.

Soch Lo memang membosankan pada first half. Terlalu clueless sehinggakan menguap nguap mintak bantal dan katil. Second half nampak lebih menarik. Menjangkakan ending yang lebih tense tetapi malangnya sederhana. Sebuah filem genre thriller psiko yang ideanya luar biasa tetapi garapannya kurang sikit. Rasanya cukup menarik untuk ditonton dalam olahan lain. Olahan ini nampaknya cukup tak menarik. Kurang bisa, kurang pedas dan kurang segala galanya. Lakonan pengarahnya sendiri, Sartaj Singh Pannu nampak biasa. Sebuah filem yang perlu fikir dua kali sebelum tonton.

1.5/5

No comments: