Followers

Friday, February 11, 2011

Benny & Babloo (2010)

Rajpal Yadav sekali lagi sebagai pelakon utama dengan tambahan bahan kimia, Kay Kay Menon dalam filem Benny & Babloo. Nampak macam tajuk Tom & Jerry kan? Tak pun Laila & Majnun. Hmm.. berkesempatan habiskan masa sebentar menonton filem kritikan realiti ini. First impression aku, Benny & Babloo diharap memberi satu perjalanan menonton filem yang indah. Tetapi malangnya, aku masih mencari dimana sebenarnya point point yang buat aku tersenyum. Tetapi aku sedar, selesai saja menonton filem ini, aku tahu Benny & Babloo ada sesuatu. Ada sesuatu yang ingin disampaikan, sebuah kritikan masyarakat, juga isu yang nampak berat tetapi tidak disedari masyarakat.

Benny & Babloo merupakan dua orang lelaki, bersahabat baik yang lurus dan baik hati. Namun, sebab kelurusan mereka ini, mereka dipecat oleh tauke warung selepas satu insiden. Bermula dari sini, Benny & Babloo mencari kerjanya sendiri, Untung Benny bermula apabila dia diterima untuk bekerja di hotel lima bintang sebagai bell boy. Kesian si Babloo, dia pula hanya mendapat kerja sbagai waiter di ladies bar. Sedang si Babloo merasakan hidup five starnya indah dari sahabatnya, lama kelamaan keindahan itu mula bertukar jadi kejutan apabila Benny mengetahui bahawa rasuah, pelacuran dan tipu menipu adalah perkara realiti orang atasan. Babloo pula sebaliknya mula merasakan hidupnya sebagai waiter yang low class dihargai apabila dia menyedari kehidupan ladies bar bukanlah sesuatu yang hina.

Secara amnya, filem ini cuba membawa realiti yang cuba menyatakan bahawa orang yang jahat itu tak semestinya jahat dan orang yang baik itu tak semestinya baik. Apa yang jelas, sebuah persahabatan terpapar jelas dalam filem ini, dan aku menyukai gandingan Kay Kay & Rajpal. Komedinya tak terlalu tinggi, cukup sekadar untuk buat penonton tersenyum. Sederhana pada dialog dan lagu, filem ini ada juga babak yang menyentuh hati. Aku suka babak courtroom sewaktu Benny & Babloo ditangkap selepas satu insiden. Keseluruhannya, Benny & Babloo adalah sebuah filem yang sederhana tanpa pelakon yang popular. Usah impikan Sonam Kapoor mahupun Imran Hashmi dalam filem ini. Tetapi, filem ini mahu berkata tentang sesuatu. Itu yang aku mampu beritahu.

2.5/5

No comments: