Followers

Thursday, August 18, 2011

Tanu Weds Manu (2011)


Ceritera Tanu Weds Manu antara yang rasanya menarik untuk ditonton. Gaya romantiknya amat menarik. Gaya Madhavan dalam filem hindi begitu menawan ditambah dengan heroinnya, Kangana Ranaut yang begitu comel menggayakan sari. Jujurnya, Tanu Weds Manu adalah filem east-west love story yang menekankan tentang cinta yang begitu penuh dugaan dan cabaran. Keseluruhannya, Tanu Weds Manu cukup romantika, oh ya juga dengan tambahan antagonis Jimmy Shergill dengan penampilan yang luar biasa.

Terimalah sebuah kisah cinta Manu (R Madhavan) seorang doctor dari London yang pulang dari luar negara dan menyedari gadis gadis India sudah hilang aslinya. Terimalah juga heroin kita, si Tanu (Kangana Ranaut) yang sudah hilang budayanya. Kisah cinta yang luar biasa bermula apabila kahwin atur antara Manu dan Tanu ditolak oleh Tanu kerana sudah berpunya. Masa berjalan ke hadapan dan takdir mendekatkan mereka dan sejauh mana mereka cuba lari, cinta mengekori dan persoalannya, berjayakah Manu mendekati hati Tanu?

Kisah cinta Tanu Weds Manu pada pandangan aku sukar dijangka. Malah kehadiran Jimmy Shergill dalam role kejutan memang bukan berada dalam skop jangkaan aku. Bila intermission saja, masalah yang ditimbulkan makin besar dan jiwa Manu yang memberontak tetapi masih tenang sudah dapat dilihat. Tanu Weds Manu ada moment moment yang berjiwa. Sebuah filem romantic yang cukup masala.

Trek lagu menarik? Pada pandangan aku, Jugni yang ditayang semasa kredit tu pun sekadar biasa biasa saja. Walaupun gaya Kangana Ranaut itu cukup cantik dan hebat, lagunya tetap biasa saja.

Keseluruhannya, Tanu Weds Manu mengungkap tentang perubahan dunia kita yang kita tidak sedari. Dalam mencari keaslian itu, sukar sebenarnya. Apa yang paling baik adalah menerima saja apa yang ada dan berubah. Tanu Weds Manu best!

4/5

No comments: