Filem ini faktanya
yang berasal dari filem Malayalam, kemudiannya diremake menjadi Tamil (tajuknya
Kaavalan) dan kemudiannya Hindi (tajuknya Bodyguard) dan seterusnya dalam
bahasa Kannada, Telegu dan Benggali. Bodyguard ini nampaknya pasti ada sesuatu
yang istimewa pada ceritanya. Kalau tak, manakan sampai diremake dengan cerita
yang sama, tetapi pelakon saja berbeza sampai enam versi.
Berkesempatan menonton
Bodyguard versi Hindi, lakonan Salman Khan dan Kareena kapoor. Rasanya ya, factor
utama yang menjadikan Bodyguard sebuah filem box-office adalah di romantikanya,
juga kisah cinta yang bukannya terhalang, tetapi diselindungi. Bodyguard adalah
kisah tentang jiwa yang memberontak, bergelora namun tidak dapat dilepaskan
kerana tentangan dari hatinya sendiri; ego. Ianya sebuah twist yang mmg huh, best!
Lovely Singh, itu
karakter dalam versi Hindi (Bhoominathan untuk versi Tamil, lakonan Vijay belum
sempat ditonton). Dia adalah bodyguard kepada Divya (Kareena Kapoor). Kisahnya
simple, sebuah permainan untuk mempermainkan seseorang yang akhirnya membawa
kepada cinta yang mendalam, tetapi tidak dapat disampaikan pada si kekasih.
Teri Meri adalah trek
yang paling menarik. Dengar katanya trek ciptaan Himesh Reshammiya ni box
office di carta.
Dengan penampilan
Katrina Kaif aku rasakan Bodyguard versi Hindi cuma ada kehenseman Salman, juga
keseksian si Katrina. Bodyguard adalah sebuah filem romantic dan perlu diingat,
ianya bukan lah filem aksi walaupun ianya ada babak fighting.
3.5/5
2 comments:
bodyguard best..;))
I watch the movie like a hundred times! I like the story line simply because it is not a cliché hindi movie.
Post a Comment