Baru berkesempatan tengok sebuah filem trailer tajuk Hide n Seek. Dibintangi new-comer2 bolly. Secara keseluruhan, filem ni okayh. Xde yang cacat. Normal dan biasa bagi sebuah filem Bollywood. Starting dari Raaz hingga sekarang, genre seram pun makin lama makin naik di Bollywood. Hide and Seek pun adalah satu filem yang tidak ketinggalan untuk berada sejajar dengan filem2 begitu.
Hide and Seek, kalau korang dengar, tanpa melihat apa2 info, korang pasti akan ingat Hide and Seek yang lain. Ada satu filem Hollywood nama Hide and Seek gak.Tapi, Hide and Seek ni bergenre slasher. Aku suke gak genre sebegini. Namun, persoalannya, berjayakah genre slasher hidup dengan Hide and Seek? Mengisahkan beberapa orang rakan yang terperangkap dalam sebuah kompleks beli belah pada satu malam krismas. Malam itu, mereka diburu seorang Santa yang mengembalikan memori 12 tahun lepas. Seorang demi seorang kalah dalam permainan Hide and Seek. Sedikit demi sedikit, rahsia mula terbongkar. Namun, siapakah Santa tersebut?
Apoorva Lakhia menerbitkan filem arahan Shawn Aranha ini. Jujurnya, awal filem amat okeyh, tapi main lama makin boring. Tapi, berjaya pulak meng'intense' keadaan dengan adegan pembunuhan dan pusing-belit cerita membuatkan impak boring hilang. Naratif bergerak ke depan dan kebelakang dan teka teki sukar dijawab.
Amat sesuai untuk main2 ngan minda sambil santai2. Tiada adegan ganas dan ngeri walaupun bergenre slasher. Tiada muzik diselitkan. So, no komen bout soundtrack.
Chance Pe Dance... hmm.. x banyak yang leh aku review. Tapi, yang penting, kisah ni macam kisah basi la di Bollywood dan cuba direfresh dengan elemen baru yang makin naik sekarang ni. Mengisahkan seorang lelaki bernama Sameer lakonan Shahid Kapoor yang nak jadi bintang, Chance Pe Dance nampak seperti Naach, sebuah filem Ram Gopal Varma, filem lakonan Abhishek Bachchan. Papepon, bleh la layan gak cite ni. Lagu pun best.
Ada apa dengan harapan? Apa ada dengan impian? Sukarkah impian dan harapan dicapai? Itu antara isi LONDON DREAMS, sebuah filem hindi yang tidaklah terlalu baru. Seingat aku, beberapa bulan lepas sudah bermain di telinga peminat. Berkesempatan menonton LONDOM DREAMS sebagai muvi mengisi masa lapang. Namun, tatkala masa lapang terisi, tidak menjangka pula filem ini begitu dekat dengan hati dan berjaya membuatkan aku terpaku 2 jam 30 minit menonton filem ini.
First impression, LONDON DREAMS berbisa. Namun, tak aku tahu bisanya di mana. Melihat trailer di YouTube beberapa bulan lalu, was2 juga mahu menonton sebab aku clueless tentang storyline. Bahkan, tiada sebijik lagu yang berjaya menyentap hati aku. Namun, aku akui kekuatan filem ni adalah pada set penggambaran yang menggunakan kota London sebagai setting utama.
Arjun (Ajay Devgan) seorang lelaki yang tabah dan independent, gigih mencapai cita2 sebagai seorang penyanyi di kota London. Dengan usahanya, kumpulan band LONDON DREAMS tercipta dengan dianggotai Priya, Zoheb dan Wasid. Mannu (Salman Khan) rakan sekampung Arjun yang gila2 dan kaki perempuan dibawa Arjun ke London untuk menjadi sebahagian angota LD. Namun, cita2 Arjun mula pudar bila LD mula didominasi Mannu. Konflik berlaku bila Arjun menyimpan hati pada Priya, malangnya Mannu berjaya memikatnya dulu. Masalah demi masalah terjadi sehinggakan persahabatan menjadi lawan dalam diam. dBerjayakah London Dream terus bertahan?
Dibarisi bintang Ajay Devgan dan Salman Khan, aku rasa gemerlapan London Dreams bermula dengan cinematografi yang mantap. Kota London dirakam cantik. Disulami muzik Shankar Ehsan Loy, London Dreams adalah filem dengan formula lama yang mendapat sentuhan baru. Best cite ni… fuh, feeling.
Dapat aku dalami perasaan Arjun yang ingin mengejar cita2. Namun, niatnya untuk membantu sahabat baik meruntuhkan cita2nya sendiri. Apa xnye, orang mula pandang sahabatnya daripada dirinya, padahal Arjun yang mula tubuhkan grup 2. Pas2, leh lak Priya tu senang2 je Mannu ambik. Namun, sebenarnya, ada salah sangka. Mannu x pernah berniat nak tunjuk yang dia bongkak. Mannu buat semua tu untuk naikkan nama Arjun, malangnya Arjun tersalah tafsir. Ok2.. cool2... ianya hanya muvi..
My Name Is Khan… and I’m Not A Terrorist. Satu frasa yang amat dalam jika diamati dan diselidiki. Siapa Khan? Apa kaitannya dengan terrorist? Satu perbincangan yang hangat dan menarik jika dilihat dari sisi yang sepatutnya. Apa yang akan aku bincang di sini, berkenaan dengan sebuah filem yang memang dinanti-nanti oleh semua penduduk Malaysia dan juga dunia (ye ker? Karan Johar mempersembahkan sebuah filem bertemakan kemanusiaan, perpaduan dan juga toleransi dalam agama MY NAME IS KHAN. Dibintangi bintang superstar Bollywood, Shah Rukh Khan (Don, Om Shanti Om, dll), juga kehadiran aktres jelita Bollywood, Kajol (Fanaa) MNIK memberikan satu nafas segar dan berupaya membuka satu pemikiran yang baru tentang isu islam dan jugak terrorist.
Pengalaman menonton MNIK adalah satu pengalaman yang cukup membuka minda. MNIK berjaya menyuntik semangat baru dan juga pemikiran yang lebih terbuka dalam kita menilai sesuatu isu agama. Karan Johar yang sebelum ini berjaya menarik jutaan penonton menonton filemnya, berjaya menyampaikan mesej yang sarat dengan isu berat dalam masa 2 jam 30 minit ini. Penonton berjaya dipikat dalam mencari kebenaran tentang keadaan dunia kita yang semakin kucar kacir. Persoalan agama, perkahwinan, cinta, pandangan serong manusia, semuanya diungkap jelas dalam filem ini.
Karan Johar berjaya menampilkan sesuatu yang fresh dan terkini. MNIK bukan saja gah pada plot cerita yang lebih Hollywood, malah ianya dibarisi himpunan cinematography cantik dan memukau. San Francisco, Texas, Washington DC dan jugak Gueva dipapar dengan bergaya. Aku rasa, cinematography sebegini bukan calang-calang dan cukup hebat jika dibandingkan dengan filem Hollywood sendiri.
Sedikit intro kepada perjalanan cerita MNIK ini. Rizwan Khan, seorang penghidap autism, hidup bahagia bersama ibunya dan adiknya yang normal. Namun, semakin dia meningkat dewasa, si adik, Zakir Khan mengembara ke US untuk mencari pekerjaan. Rizwan akhirnya ikuti jejak adiknya selepas ibunya meninggal. Di US, Rizwan bertemu si cantik Madhira, seorang pekerja salon yang dijumpainya sewaktu bekerja. Rizwan jatuh hati pada Madhira, tetapi agama memisahkan mereka. Setelah perbagai halangan, Rizwan berkahwin dengan Madhira dan hidup bersama mereka juga adalah Sameer, anak Madhira.
Konflik bermula dengan pengeboman WTC. Kejadian 11 September menutup perspektif putih Islam. Semua memandang buruk dengan Islam dan juga disebabkan ini, Sameer meninggal dunia. Rumah tangga Madhira dan Rizwan makin goyah. Atas permintaan Madhira, Rizwan bertekad untuk berjumpa dengan presiden US untuk menyampaikan mesej ‘MY NAME IS KHAN… AND I’M NOT A TERRORIST’
Cukup bijak dalam mengadunkan karakter, Karan Johar menggunakan autism dalam membawa persoalan yang sukar difikirkan dan dijawab oleh manusia biasa.Ternyata isu panas dan juga sensitive menjadi lebur dan senang dibawa dan difahami kerana kita melihat semua ini dari perspektif seorang manusia istimewa. Jika difikirkan kembali, kalau Rizwan Khan bukan seorang autisme, tak mungkin presiden US sendri mahu berjumpa dengan dia. MNIK meyakinkan kita bahawa kadangkala impossible can become possible.
Khan mewakili Islam. Di sebalik Khan itu, Karan Johar mahu membuktikan bahawa agama Islam bukan agama terrorist. Islam itu satu kesempurnaan dan mengenetepikan segala keganasan. Aku salute dan suka sangat bila pengarah membayangkan Islam dalam satu wajah yang cukup membanggakan. Aku lihat bagaimana Khan membantu mangsa banjir di Gueva yang tinggal di dalam gereja. Cukup menggambarkan bahawa toleransi dan juga perpaduan diajar dalam Islam. Ok, kita jauhkan sikit sisi agama dari perbincangan ini. Ketepikan sekejap kerana aku bukan mahu menilai filem ini dari sudut itu sahaja.
Shah Rukh Khan, dengan penampilan yang cukup berbeza membuktikan bahawa faktor usia bukanlah penghalang untuk superhero Bollywood ini untuk terus berada di belakang. Bintang ini cukup menyuntik air mata ke dalam file mini sekaligus dialirkan kepada penonton yang tahu menilai dan melihat file mini secara terbuka. Kajol, bintang serasi bersama Shah Rukh Khan sndri, membuktikan bahawa mereka memang masih lagi poleh bersama dan sesuai dalam apa saja karakter. Watak Mandhira cukup untuk mewakili perspektif agama lain selain Kristian terhadap Islam.
Meyakinkan. Cukup banyak juga perbincangan hangat dalam filem ini. Aku suka scene bila Khan masuk ke mesjid dan dengar sekumpulan jemaah ini merancang nk buat suicide mission. Di sini, diselitkan perbincangan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan nabi Ismail. Korang tengok la sndri. Bagaimana kisah korban Nabi Ismail a.s ini disalah ertikan sehingga menjadikan mereka seorang pengebom berani mati. Best2…
Papepon, cukup mendukacitakan apabila track lagu tidak seperti yang diharapkan. Aku mengharapkan yang fileem ini mengandungi track yang penuh dengan tarian. Namun, tidak pula aku menjumpainya. Filem ini, ya, aku rasa tidak perlu semua itu. Malahan, selama 2 jam 30 minit tayangan, filem ini tidak mempunyai plot yang lewah. Setiap masa ada saja isu dan sentiasa berkait antara satu sama lain. Cukup padat dan kompaknya filem ini sehinggakan aku sndri tak boleh alihkan mata mengikuti tiap2 babak filem ni.
Shadow.. sebuah filem Rohit Nayar... x silap aku, filem ni tahun 2009. Mesti korang x pernah kenal dan tahu filem ni. Dari poster, nampak macam filem spy hindi. Tapi, filem ni berkenaan dengan pembunuh upahan.. sekali lagi.. tapi, ianya bukan salinan Bangkok Dangerous dan jugak filem Karam, sebuah filem hindi.
Siapa Arjun Sherawat? persoalan pertama dan isi penting dalam filem ni.
Seorang pembunuh upahan, Arjun Sherawat menjadi buruan pihak polis sejak pembunuhan beberapa orang mangsa yang berkaitan. Kes ini disiasat Sanjana. Tiada siapa tahu wajah pembunuh ini. Sanjana makin bingung dan menuduh Sheetal dan Rahul yang selalu tiba di tempat kejadian sebagai Arjun Sherawat. Kisah makin komplex bila klu-klu makin terungkai. Siapakah Arjun dan... siapakah Sheetal dan Rahul sebenarnya..
Muzik Anand Raj Anand ok.. 80% track best.
Tapi, si pelakon yg jadik pembunuh 2, aloh... x macam pembunuh. Stylo je lebeyh.. huhu..
Lame sungguh yer aku x tgk cite hindi. Aiseyh, kesibukan yg melanda sebenarnya yang menyebabkan aku tidak dapat meluangkan masa untuk tgk filem hindi dan jugak filem2 lain. Huhu.. okeyh, xpa.. dikesempatan ini aku nk review satu lagi filem hindi yang asalnyer dari sebuah filem Tamil. Mungkin aku rasa ni adalah filem yg pertama seumpamanya pada abad yang berteknologi ni.. Entahla kalau2 ada muvi sebegini pada zaman Sangam dan beberapa filem yang sebaris. Quick Gun Murugan, sebuah filem Tamil yang telah dialih bahasakan ke dalam Bahasa Hindi. Apa yang spesel tentang filem ni bukanlah kekuatan Akshaye Kumar, Shah Rukh Khan, Preity Zita, Kajol dan jugak orang2 Bollywood yang dah masyhur. Quick Gun Murugan memberikan satu genre baru dalam industri Bollywood iaitu filem cowboy. Janggalkan? tapi, itulah yang akan dibawakan dalam filem ini. Meh aku cite sikit sinopsis filem ni...
Quick Gun Murugan (Dr. Rajenra Prasad) adalah seorang koboi India yang kejenyer menjaga keamanan sebuah pekan kecil yang entah wujud atau x di India. Murugan bermusuhan dengan seorang villain yang bernama Rice Plate Reddy (Naseer). Malangnyer, di zaman koboi tu, Rice Plate Reddy telah berjaya membunuh Murugan dan mengembangkan empayar dosa (sejenis makanan India) dan juga empayar kedai makanan anti sayur.
Murugan diangkat ke langit menaiki chariot dan dibawa ke pejabat (ala2 tempat yg decide samada nk ke syurga, neraka atau turun balik ke dunia la...) Murugan mintak diturunkan semula dan dia kembali ke masa hadapan dimana Rice Playe Reddy sedang mengembangkan empayar dosa menjadi McDosa. Namun, masalah sekarang ni, Rice Plate Reddy tak dapat satu formula yang membuatkan dosanya spesel. Apekah yang diperlukan? Berjayakah Murugan membalas dendam?
Lu tengoklah sndri yer... Quick Gun Murugan cuba membawakan kisah cowboy yang ala2 western. Ternya dari pemerhatian aku, filem ini berjaya meletakkan culture cowboy India dengan unik di dalam filem. Murugan yang lebih mempunyai pertuturan yang bercampur dengan bahasa Inggeris yang tidak berstruktur menunjukkan penjajahan Inggeris yang banyak mempengaruhi India. Inggeris tempatan dalam filem ini jugak berjaya menaikkan mood komedi yang cuba dibawa.Filem ini slapstik dan tidak bertumpu kepada logikal akal. Oleh tu, tak payah fikir banyak2 kenapa jadi itu ini. Semuanya fantasi yang hanya sesuai untuk ditonton dan rehatkan minda.
Lagu sederhana best. Elemen klasik seolah2 mendengar lagu zaman piring hitam. Tapi, nice to be listened... Well done to Shashanka Ghosh. 2je..
Sempat aku habis tonton satu muvi... hindi okeh.. tajuknye.. Aagey Se Right.. melayu cakap, Kanan satu lagi.. hah... filem sederhana komedi... eh x.. komedi.. tentang bnda yang korang mungkin x jangka akan terjadi.
Filem ni dibiintangi pelakon2 yang mungkin korang tak berapa nak kenal. Tapi, well done to Indrajit Nattoji .. filem ni memang clever dan best. Alkisah filem ini berkisar tentang seorang polis, Dinkar Waghmare (Shreyas Talpade). Dinkar seorang polis yang baru masuk kerja. Nerdy2 sikit. Nak dijadikan cite, on the way dia nak g balai, pistol dia kena curi waktu motosikalnya rosak kat tengah jalan. So, mula la si Dinkar ni mendapatkan semula pistolnya apabila pistolnya tu, asyik terlepas je ke tangan orang lain.
Pada masa yang sama, ada geng jihad nih, nak bom satu majlis polis. Nak dijadikan cite, si pengebom ni, jatuh cinta dengan sorang penyanyi night club, Pearl. Last2.. adalakah misinya berjaya..?? tengok yer... Kreatif.. namun kadangkala ada juga certain part yang boring. Filem ni bukanlah sebuah filem serius, ianya lebih kepada komik komedi. So, jangan persoal kenapa seorang pengebom yang bleh plak jatuh cinta.. k..
First impression aku mengenai remake terbaru lagenda dongeng Aladin ini ialah, ia bakal menjadi sebuah filem yang berjaya memberi nafas baru bagi filem-filem yang menggunakan CGI dalam filem Bollywood. Sebelum ini, Harry Baweja pernah menghasilkan filem yang menggunakan banyak CGI efek dalam Love Story 2050. Namun, keberkesanan efek dalam Love Story 2050 ditenggelami storyline yang biasa dan struktur cerita yang terlalu simple. Love Story 2050 namun, boleh dibanggakan kerana usaha pengarah dan penerbit mencuba sesuatu yang baru dalam industri.
2009 menyaksikan kemunculan sebuah filem baru bertajuk Aladin. Menggunakan CGI sebagai tarikan, Aladin sebuah lagenda yang mempunyai nafas baru yang fresh. Cukup bagus dan memang best.
Sedikit sinopsis Aladin. Khwaish, sebuah pekan fantasi. Di situ, tinggal seorang lelaki yatim bernama Aladin Chaterjee (Riteish Deshmukh). Aladin yang kehilangan ibu bapa disebabkan satu insiden sering dibuli oleh rakan sekolahnya, Kasim (Sahil Khan). Dalam diam, Aladin menaruh hati kepada Jasmine (Jacqueline Fernandez), seorang pelajar baru yang pada masa yang sama dipikat oleh Kasim. Tanggal hari jadinya, Jasmine menghadiahkan Aladin sebuah lampu ajaib. Lampu tersebut, tanpa pengetahuan Jasmine mempunyai jin yang tinggal di dalamnya.
Kasim yang selalu membuli Aladin menyuruh Aladin menggosok lampu tersebut. Namun, dengan tak semena-mena jin bernama Genius (Amitabh Bachchan) dilepaskan. Seperti hikayat Aladin asal, Genius memberikan Aladin 3 permintaan yang akan ditunaikan. 3 permintaan tu ape akh? Tengok sndri.
Biasa kan? Tak.. ini tambahan kerangka filem ni... Ringmaster (Sanjay Dutt) mengembara bersama kuncu2nya untuk mencari semula lampu ajaib. Kenapa? Malas nak cite.. g tengok. Aladin mungkin sebuah filem fantasi yang menarik. Kesan khas tahap hollywood patut dibanggakan. Antara scene-scene gempak dalam filem ni..
1) adegan Ringmaster menyelamatkan seorang lelaki dari kabel eletrik terputus 2) adegan Genius menyelamatkan Aladin dari runtuhan salji 3) adegan kemunculan Aladin 4) klimaks
superb dan kemas. Muzik Vishal Shekar superb. Menyaksikan Genie Rap yang dinyanyikan oleh Big B sendiri memang best. Hip hop dan pop dengan persembahan dan tarian yang memang best. Papepon, tidak dinafikan lagi, Vishal Shekar punya muzik dalam filem ni memang best. Visual Khwaish digambarkan dengan baik. Wide-shot pekan Khwaish yang mempunyai penduduk Cina dan India memang bagus. Memang pekan Khwaish nampak seperti pekan kuno, namun, Khwaish juga punyai sebuah universiti dan kehidupan masakini.
LOVE AAJ KAL... sebuah filem yang aku harap memberi satu lagi JAB WE MET buat aku. Melihat penangan JAB WE MET yang pada aku mantap dari struktur ceritanya walaupun pergerakan plot makin slow, dan berjaya juga menahan aku sebelum aku terus terlelap, aku harap LOVE AAJ KAL lebih baik dari JAB WE MET. IMTIAZ ALI, sebelum ini pernah aku lihat dalam JAB WE MET je... so, aku tak bleyh la nak bandingkan cite LOVE AAJ KAL dengan filem lain. Promo LOVE AAJ KAL gah dengan lagu Aahun Aahun menjadi latar. Aku suka lagu tu sehinggakan aku sndri ternanti-nanti filem ini. Ya, sekarang sudah sampai masanya untuk aku jujur dalam mereview filem ni.
Jujurnya, LOVE AAJ KAL tidak menepati citarasa aku. Bukan seperti apa yang aku mahu. Namun, usaha IMTIAZ ALI bukan satu perkara yang sia-sia sbb filem ini berjaya menarik pelbagai penonton kerana jalan ceritanya yang sedikit terbalik dari kisah cinta biasa. Namun, bagi aku filem ini amat memboringkan. Tapi, idea dan konsep sungguh baik dan fresh. Papepon, kalau aku cakap boring, tak semestinya cite ni tak best. Lain orang lain taste kan..
LOVE AAJ KAL mengisahkan ttg dua orang kekasih yang bertemu dalam pada masa yang singkat, (Saif Ali dan Deepika), kemudiannya memutuskan untuk berpisah dengan segera. Kedua2nya setuju untuk berpisah dan saling menghubungi antara satu sama lain dan beritahu kisah terbaru. So, si pompuan berjumpa pulak dengn pensyarah dia dan si jejaka plak berjumpa ngn minah baru. Maka, kedua2 saling memberitahu kisah cinta masing-masing, tapi.. mereka sebenarnya hidup dalam kepura puraan coz mereka ego untuk beritahu yang mereka sebenarnya mencintai antara satu sama lain. Si lelaki tak tahu camne nak cakap, so dia belajar dari kisah cinta bos dia. Kisah yang hampir sama.. apa jadi.. tengok sndri..
Itu saja...
Simple
Itu baru major story. LOVE AAJ KAL bergerak melalu dua naratif yang berbeza tetapi ppunyai ending yang sama. Bukan senang jugak nak digest filem ni tapi, papepon.. specialnya filem ini mungkin pada lakonan bersahaja saif dan deepika. Adegan awal (Setup), amat baik. Aku suka perkembangan awal cerita. Best. Lakonan bersahaja ini mungkin satu special features wat LOVE AAJ KAL.
Muzik filem ni best. Twist, Aahun Aahun dan Chor Baazari memang nice to hum. Chor Baazari, sebuah lagu yang catchy dengan melodi sederhana rancak manakala Twist penuh dengan tarian dan melodi techno bangra.
Kesimpulannya, apa yang nak diuraikan leh filem ni ialah sejauh mana jarak masa, cinta itu tetap sama.
Papepon, LOVE AAJ KAL... terpulang pada korang untuk menilai...
Hmm.. asyik2 skarang ni review filem lama jer... xpe.. banyak g filem hindi yang belakang2 aku lom tgk. Mungkin sbb teknologi lom wat aku sampai untuk search filem2 lama.
Kali ni aku nak review filem Emran Hashmi.. alah, yang belakon cite Raaz baru tu. Yang slalu blakon ngan Vikram Bhatt. Tajuknyer Awarapan. Cite ni terbit tahun 2007. Mungkin de yg dah tgk. Ada tak?
First impression, ape ada ngn cite ni. Hanya visual Bangkok dan kehidupan gangster india di bangkok. Kisah perdangangan manusia dan kisah yang berlaku sekelilingnya. Tu je... tapi, cite 2 jam ni bergerak ke hadapan bila kisah sebenarnya berlaku sebegini.
Shivam (Emran Hashmi) yang kesepian dan baru je lepas kehilangan cintanya dengan seorang gadis pakistan bekerja dengan sorang gangster. Gangster ni plak, ada la pompuan simpanan. Pompuan simpanan pakistani. Satu hari, sbb bos dia ni percaya giler kat Shivam, dia arahkan Shivam spy pompuan simpanan ni sewaktu dia g luar negara.
Nak dijadikan cite, pompuan ni lak nak mirip2 perangai ex girlfriend dia. Hah, mula la pergolakan. Nak tau, tengok je... cite yang simple tapi agak berat jugak.
Muzik tak banyak nk komen. Takde la muzik yang best. Tapi, kena la ngan storyline. Tapi, skor mantap jugak la..
Lakonan Emran baik. Yang lain biasa je. Lagipun, korang tak payah la cari muka2 yang terlalu terkenal dalam filem ni. Semua nampak biasa je. Pelakon2 yang selalu berlakon ngan produksi Bhatt je la yang korang leyh tgk dalam filem ni.
Papeon, isu yang dimainkan dalam cite ni aku suke. Isu percintaan dua agama. Satu yang ada agama dan satu kosong agama. Persoalan2 yang best.