Followers
Saturday, December 31, 2011
Thursday, December 29, 2011
Tuesday, December 27, 2011
Sunday, December 25, 2011
Dhamaal (2007)
An essence of Rat Race (Rowan Atkinson) and few Hollywood comedy flick. Itu yang aku nampak pada akhir filem ini. Dhamaal sebuah filem komedi tahap mega dengan masala original tradisi india. Ianya adalah sebuah filem tentang ketamakan, tetapi akhirnya memberi pengajaran bahawa tiada apa yang lebih penting daripada kebajikan. Lakonan hebat Sanjay Dutt, Ritesh Deshmukh, Javed Jaffrey, Arshad Warshi dan ramai lagi.
Kisahnya simple.
Sebuah kisah bagaimana beberapa karakter cuba untuk mendapat sejumlah wang yang telah ditanam untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri. Dhamaal punya komedi yang tahap luar logic. Aku terima sebagai sebuah filem komedi yang memang menarik, walaupun komedinya kadang kadang melebih lebih. Tak banyak yang nak dicakapkan. Cuma aku katakan filem ini memang melucukan dan best!
4/5
4/5
Saturday, December 17, 2011
Bodyguard (2011)
Filem ini faktanya
yang berasal dari filem Malayalam, kemudiannya diremake menjadi Tamil (tajuknya
Kaavalan) dan kemudiannya Hindi (tajuknya Bodyguard) dan seterusnya dalam
bahasa Kannada, Telegu dan Benggali. Bodyguard ini nampaknya pasti ada sesuatu
yang istimewa pada ceritanya. Kalau tak, manakan sampai diremake dengan cerita
yang sama, tetapi pelakon saja berbeza sampai enam versi.
Berkesempatan menonton
Bodyguard versi Hindi, lakonan Salman Khan dan Kareena kapoor. Rasanya ya, factor
utama yang menjadikan Bodyguard sebuah filem box-office adalah di romantikanya,
juga kisah cinta yang bukannya terhalang, tetapi diselindungi. Bodyguard adalah
kisah tentang jiwa yang memberontak, bergelora namun tidak dapat dilepaskan
kerana tentangan dari hatinya sendiri; ego. Ianya sebuah twist yang mmg huh, best!
Lovely Singh, itu
karakter dalam versi Hindi (Bhoominathan untuk versi Tamil, lakonan Vijay belum
sempat ditonton). Dia adalah bodyguard kepada Divya (Kareena Kapoor). Kisahnya
simple, sebuah permainan untuk mempermainkan seseorang yang akhirnya membawa
kepada cinta yang mendalam, tetapi tidak dapat disampaikan pada si kekasih.
Teri Meri adalah trek
yang paling menarik. Dengar katanya trek ciptaan Himesh Reshammiya ni box
office di carta.
Dengan penampilan
Katrina Kaif aku rasakan Bodyguard versi Hindi cuma ada kehenseman Salman, juga
keseksian si Katrina. Bodyguard adalah sebuah filem romantic dan perlu diingat,
ianya bukan lah filem aksi walaupun ianya ada babak fighting.
3.5/5
Thursday, December 15, 2011
Turning 30 (2011)
Turning 30 mungkin filem yang lebih kepada exploration dunia wanita lanjut umur. Eh, 30 an tu kiranya lanjutla kalau x berkahwin kan. Exploration dalam Turning 30 ni nampaknya terlalu straight dan momentumnya hilang sebab kisahnya terlalu seperti diari. Kisah si Naina yang menghadapi dilemanya apabila usianya yang mencecah 30 tahun diharungi dengan pelbagai dugaan. Putus cinta, tak ada kerja, juga konflik lanjut usia. Idea filem ini aku puji sebab ianya bukan cinta biasa. Namun, aku rasakan persembahannya gagal untuk memikat aku, walaupun aku taklah bosan sangat menghayati dugaan hidup Naina.
2.5/5
Tuesday, December 13, 2011
Thursday, December 8, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)