Life Partner. Huh, nama pun sah2 jelas menggambarkan kaitan tajuknya dengan isi filem ni. Apa sangat yang ada pada filem ini? Life Partner tidak menjanjikan thril yang membuatkan korang tak senang duduk. Filem ni jugak bukanlah buat peminat Salman dan Shah Rukh makan popcorn dengan enak dalam pawagam. Namun, disebabkan boring, aku layan jer filem nih. Dan, diakhir filem, Life Partner memang satu filem yang cliche tetapi diadun dengan cara baru dan menarik. Memang aku tidak menjangkakan sesuatu yang menarik pun untuk filem ini. Namun, filem ini cukup menarik untuk ditonton.
Kecewa dengan ending yang cukup 'bodoh', aku rasa filem ini memerlukan pembaikan untuk bahagian ending. Adegan atas bumbung dan perkahwinan Jeet amat menarik. Sudah ada emosi di situ selepas kita bergelak ketawa dengan masalah Karan dan Bhavesh. Adegan bunuh diri pakai bom cukup unlogical dan tidak sesuai. Owh, memang kacau bilau ending.
Rumi Jaffrey punya arahan nampak kemas dan cantik. Lakonan semuanya biasa. Dengan dialog yang ckup menarik, lakonan Fardeen nampak kemas, Tushar pun kemas. Govinda nampak unbalance. Karakternya tidak jelas dan nampak kejap ke kiri dan ke kanan. Karakternya sbg peguam tidak begitu berkesan. Namun, Govinda berjaya bawa karakter sahabat Karan & Bhavesh dengan baik. Karakter playboynya pun cukup menjadi.
Kesimpulannya, untuk pleasure watching jer.. no need to tension tension!
3.5/5
No comments:
Post a Comment