Followers

Friday, June 18, 2010

Road To Sangam (2010)

Road To Sangam bukan filem ringan yang hanya dibuat untuk mengutip wang untuk keuntungan semata. ianya sebuah filem yang cukup sukar dihadam bagi orang yang meminati filem Bolly aliran biasa yang penuh komedi slapstik dan juga lagu-lagu yang asyik. Mula-mula, memang berat sikit otak aku hendak hadam filem ni, tapi makin lama filem ni jadi makin best.

Apa ada pada Road To Sangam? Ianya sebuah filem tentang penyatuan dan keamanan. Filem ini cuba membawa mesej tentang penyatuan bangsa India yang berbilang agama dalam cara yang cukup menarik. Semua orang tau yang kaum Islam dan Hindu bukan satu kepala di India. Walaupun kita tak tau ape2, kalau tgk filem hindi, mungkin kita akan tau tentang ini.
Kisah Road To Sangam berkisar tentang seorang India-Muslim bernama Hashmat Ullah (Paresh Rawal) yang bekerja sbg mekanik. Di pekannya, ada komuniti masjid yang sntiasa mengaturkan aktiviti2 orang Islam di situ. Al kisah bermula apabila Hashmat Ullah menerima enjin buruk dari dua orang lelaki. Tugas Hashmat Ullah; membaikinya. Tanpa disedari, enjin yang dibaiki Hasmat Ullah itu adalah enji sebuah kereta lama yang akan digunakan untuk membawa abu mayat Ghandi ke sungai Sangam.

Di sinilah konflik bermula. Sepertimana kita tahu, Ghandi bukanlah Muslim. Namun, bagaimana abu mayat Ghandi yang dibawa ke sungai Sangam itu menyatupadukan semua agama adalah perkara yang menarik untuk dilihat dalam filem ini. Pelbagai halangan dihadapi dari pihak masjid gara-gara Hashmat Ullah melanggar perjanjian memboikot kerajaan dengan menutup kedai selepas tragedi pengeboman di pekan mereka. Usaha makin sukar apabila orang Islam sendiri tidak ada kerjasama di pekan itu. Namun, Hashmat Ullah akan mengubah segalanya.
Jalinan cerita pada awalnya membosankan. Nmn, ianya tidaklah teruk sangat. Yakin bahawa filem ini adalah realiti kehidupan, pergerakan cerita penuh dengan mesej dan pesanan buat siapa yang mahu memikirkan. Dialog amat mantap dan cukup menyentuh perasaan. Namun, sekali lagi, tiada komedi dalam filem ini kerana filem ini cukup berat untuk memasukkan elemen tipikal itu.
Tak perlu mengharapkan lagu-lagu dari pengarah muzik terkenal. Tiada juga cameo artis popular. Beberapa lagu agama menjadikan latar Road To Sangam penuh dengan jiwa agama yang cukup mendalam.

Paresh Rawal diangkat sebagai pelakon utama. Lakonan non-komedi ini amat jarang dilihat sekaligus membuatkan lakonannya mantap dan penuh emosi. Lakonannya adalah yang terbaik. Om Puri juga berjaya membawa lakonannya dengan berjaya.
Sesuai untuk jiwa emosional. Filem ini mendidik jiwa bahawa walaupun apa saja agama, kita tetap berada dalam satu negara. Hormat menghormati itu penting untuk kebaikan semua rakyat negara itu.

3/5

No comments: