Seperti permulaannya, Rakht Charitra 2 kembali dengan blood spilling action. Memang gruesome dan gila, tetapi malangnya aku rasakan bahagian kedua ini sedikit membosankan kerana penggunaan banyak adegan slow-motion. Namun, Rakht Charitra 2 masih pekat dengan darah, kisah dendam kesumat yang tak sudah, juga menjadi finale kepada falsafah yang cuba disampaikan.
Permulaan kisah ini, kita tahu bahawa Pratap Ravi (Vivek Oberoi) menghadapi dugaan besar dalam sejarah hidupnya apabila ada cubaan untuk membunuhnya. Pengawal Pratap ramai yang mati namun tuahnya Pratap selamat. Namun, dari situ terbongkar segala kisah silam Pratap, juga bagaimana orang kanannya sudah mula mengatur hidupnya sehingga memberikan landasan untuknya turun. Sampai masanya untuk kita lihat era kejatuhan Pratap Ravi.
Aku rasakan bahawa file mini masih kuat dari segi sinematografinya. Skornya juga masih mantap. Malangnya, terlalu banyak bermain dengan slow motion membuat jiwa aku tak tenang. Seolah olah cuba untuk melambat lambat dan bermain dengan plot yang ringkas daripada bahagian pertamanya. Namun, Rakht Charitra 2, patut ditonton untuk kesudahan era Pratap, untuk renungan kita sebagai penonton.
4.5/5
No comments:
Post a Comment