Rakht Charitra memang pekat dengan darah. Ram Gopal Varma dalam dua versinya cuba untuk menampilkan reality dunia kekejaman india. Ianya satu filem yang berfalsafah. Keseluruhannya, aku menyukai Rakht Charitra kerana kekejamannya. Ianya bukan genre slasher ataupun seram India, Rakht Charitra adalah luahan rasa pengarah tentang dunia gangster dan juga reality hidup sesetengah individu.
Pratap Ravi (Vivek Oberoi) itu nama karakter yang akan kita lihat dalam filem ini. FIlem ini bakal menunjukkan bagaimana seorang lelaki yang begitu baik pada awalnya berubah menjadi seorang yang kejam hanya kerana persekitarannya. Sivaji, seorang ahli politik adalah dalangnya. Kisahnya terlalu besar. Awalnya bermula dengan kisah pembalasan dendam kematian bapanya (Rajendra Gupta), seterusnya ke dendam kematian abangnya (Shushant Singh), Pratap yang dahulunya sopan kini menjadi ganas. Itu baru bahagian pertama…. Kisah ini..
Ya, Rakht Charitra ada dua bahagian, dan bahagian pertama ini sebenarnya bercerita bagaimana Pratap Ravi menjadi seorang politician yang akhirnya dikenali dan dihormati.
Memang no idealah! Filem ini memang fantastic. Dengan naratif yang cukup simple dan karakter yang memang outstanding, juga composisi lagu background yang cukup hebat, Rakht Charitra memang berdarah. Filem ini bermain dengan reality kehidupan yang memang jarang kita lihat. Sebuah persembahan Ram Gopal Varma yang mengasyikkan, menggerikan dan menakjubkan!
4.5/5
No comments:
Post a Comment