“Menyaksikan DABANGG memang menarik. Plot lama dengan olahan baru yang cukup kreatif dari produksi ini menjadikan DABANGG filem bolly dengan format lama yang sesuai untuk penonton bolly masa kini.” Itu review aku berkenaan filem DABANGG tahun lepas. Dabangg antara filem Salman Khan yang box-office tahun lepas. Dengan kejayaan yang berpihak kepada Bollywood ini, maka industry filem Tamil akhirnya memilih untuk memberikan nafas baru untuk idea filem ini. Maka, dilakonkan oleh Silambarasan, maka hadirlah Osthe. Oh ya, review Dabangg di sini (klik)
Osthe adalah remake yang diarahkan oleh S Dharani penuh tanpa ada tokok tambah pada plot Dabangg . Jika siapa yang sudah menonton Dabangg, pastinya filem ini tidak memberikan satu kelainan. Plotnya sudah mampu dijangka. Tetapi, bagi aku yang sudah menonton Dabangg, apa motif aku menonton plot yang sama, tetapi dalam bahasa berbeza? Alkisah Osthe berkisar tentang Osti Velan, polis yang gatal gatal miang juga dihormati. Kisah ini berkisar tentang dilemanya sebagai abang kepada Balan, juga konflik besarnya dengan Boxer Daniel lakonan Sonu Sood.
Alasannya senang saja. Aku sudah biasa dengan remake jika kita bercakap tentang dunia filem India. Remake di India spesel. Kadangkala remake mampu melatop lebih daripada original, dan kadangkala remake itulah pelingkop filem original. Hadirnya aku menonton Osthe 13 Disember 2011 di pawagam Rawang berobjektifkan untuk membuat perbandingan, mampukah Osthe memberi saingan kepada idea asalnya, Dabangg.
Kesimpulan aku, aku rasakan Osthe tidak ada kuasa yang cukup untuk memberikan persembahan Dabangg versi Tamil. Aku rasakan Osthe tidak berjaya memberikan emosi yang sempurna sepertimana filem asalnya. Tetapi sebagai sebuah filem di tangan pengarah yang berbeza, Osthe masih ada point point yang mampu memberikan kelainan. Aku rasakan watak ‘Osthe’ Velan itu nampaknya lebih baik berbanding susuk Salman Khan. Walaupun Silambarasan tidaklah mempunyai six pack seperti si Salman Khan, aku lebih menyukai penampilan Silambarasan berbanding Salman Khan, walaupun rasanya Salman Khan layak dipuji dalam pertarungan buka baju di akhir filem.
Walaupun aku rasakan ‘Osthe’ Velan hebat pada gaya aksinya. Juga style. Aku rasakan emosi dari Silambarasan itu sendiri tidak mampu untuk sampai kepada penonton. Entahlah, aku rasakan babak ‘Osthe’ Velan di hospital pada masa ayahnya sakit itu lebih deep emosinya dalam versi Hindi. Silambarasan tidak mampu untuk memberikan emosi, sekaligus membuatkan filem ini hanyalah aksi aksi dan komedi komedi.
Nah, jika dalam filem Dabangg kita ada Rajjo lakonan Sonakshi Sinha, Osthe memberikan Neduvaali lakonan Richa Gangopadhyay. Neduvaali nampaknya ada chemistry walaupun aku masih merasakan portrayal kesengsaraan kehidupannya yang terpaksa menjaga bapanya yang mabuk lebih baik dalam versi Hindi.
In term of action, aku rasakan aksinya memang high class. Bila aku sebut high class, rasanya mesti dapat tahu bagaimana aksi filem Tamil dan Hindi bukan. Abaikan logika kerana filem ini lebih kepada hiburan.
Walaupun Tere Mast Mast Do Nain nyanyian Rahat Fateh Ali Khan telah mampu mencuri hati aku dalam filem Dabangg, ada juga beberapa lagu dalam filem ini rasanya cukup sedap dilayan. Malangnya bahagian lagu Tere Mast Mast Do Nain itu yang diganti dengan Unnale Unnale yang rasanya biasa biasalah.
But I like lagu Neduvaali, which portrays tarian Silambarasan yang cukup luar biasa. Juga komedinya yang memang menarik. Dengan kehadiran Mallika Sherawat, Kalasala Kalasala juga trek yang seksi dan hot!
Keseluruhannya, Oshte tak berjaya untuk memberikan magik Dabangg. Osthe rasanya kurang menyengat. Bakal diadaptasi sekali lagi ke dalam versi Telugu dengan tajuk Gabbar Singh yang bakal direlease 2012, idea Dabangg ini nampaknya bakal menempuh perjalanan baru tahun hadapan. Apapun, Osthe ada kuasanya tersendiri. Terutama pada aksinya yang nampaknya lebih klasik berbanding Dabangg yang mirip kepada copy cat aksi filem Jason Statham, Transporter!
2.5/5
No comments:
Post a Comment