Followers

Sunday, December 5, 2010

Lafangey Parindey (2010)

Sejak evolusi perubahan dunia Bollywood, macam macam kisah cinta pelik yang dilakar orang India. Walaupun idea itu adalah dirintis Hollywood, nampaknya idea itu begitu masuk dalam versi Bollywood. Antaranya yang menarik ditonton bagi genre romantik komedi sebegini ialah I Hate Luv Storys, Anjaana Anjaani dan juga Lafangey Parindey. Apa persamaan tiga filem ini?? Ianya hanyalah filem yang menggunakan dua karakter (laki dan pompuan) yang mana berbeza dari karakteristik dan juga dunia. Bagi yang menonton I Hate Luv Storys, sudah tentu paham dunia laki yang tak suka filem romantik vs wanita yang suka filem romantik. Bagi Anjaana Anjaani pula, laki stres kerjaya dan wanita stress cinta.

Lafangey Parindey (bunyi macam filem Tamil pulak aish!) semestinya bertitik tolak dari gaya penceritaan yang sama. Kisah ini berplotkan kisah lelaki yang suka bergasak vs wanita yang suka main kasut roda. Pinky (Deepika Padukone) ada cita cita tinggi ingin jadi pemain kasut roda dan dikenali. One-shot Nandu (Neil Nitin Mukesh) pula lelaki kampung yang terkenal dalam arena tnju kerana kebolehannya. Mereka ditakdirkan bertemu apabila Nandu tidak sengaja melanggar Pinky dalam satu kemalangan. Pinky akhirnya buta dan cita-citanya punah. Namun, Nandu hadir dan membantu Pinky. Cerita akhirnya bergerak ke arah usaha-usaha Pinky yang buta dan bagaimana Nandu (yang tidak diketahui Pinky bahawa dia yang membuatkannya buta) membantu Pinky menyertai program realiti tv India.

Lafangey Parindey bergerak dengan sederhana. Plotnya menarik namun tidaklah menimbulkan keterujaan. Semestinya endingnya sudah dapat diagak. Namun, gandingan Deepika dan Nitin adalah sesuatu yang menarik. Lakonan Deepika memuaskan sebagai Pinky si buta. Nitin memang pula biasa namun rasanya lebih baik dari Aa Dekhe Zaara. Apapun, muzik filem ni begity rock dan menarik. Keseluruhannya Lafangey Parindey mungkin diminati peminat genre romantik drama Bollywood. Bagi penggemar filem aksi Bollywood, lupakan saja.

Friday, December 3, 2010

Lamhaa (2010)


Sekarang ni, Bollywood dah makin berani dengan mengeluarkan kisah-kisah bertema panas. Lamhaa adalah satu daripadanya. Sebuah kisah yang cukup menarik yang dibikin di Kashmir, wilayah cantik yang bergolak. Namun sebenarnya filem ini taklah semeriah dan sehebat mana. Isu dimainkan begitu cantik, namun garapannya hanyalah seperti filem masala biasa. Cinta dan kasih sayang nampaknya menyerlah sehingga kadangkala menenggelamkan isu skandal politik dan juga komplot2 jahat yang merancang menggugat Kashmir.

Apapun, Lamhaa layak ditonton kerana style gerak kameranya yang cukup menarik. Kashmir sudah lama tidak ditonjol dalam skrin layar. Ternyata dunia bahaya itu masih indah. Aksinya juga menarik dan cukup dramatik. Sebuah kisah berkisar tentang kisah benar seorang lelaki yang menyiasat komplot seorang ahli politik kashmir ini memang punyai garapan yang baik. Malangnya, seperti awal tadi saya katakan, cinta dan kasih sayang watak Bipasha Basu dan Sanjay Dutt nampaknya menggoyahkan beberapa babak dalam filem ini.

3/5

Wednesday, December 1, 2010

Housefull (2010)


Housefull mengisahkan Aarush (Akshay Kumar) seorang yang bernasib malang. Dia percaya nasibnya akan berubah jika dia berkahwin. Maka, berkahwinlah dia dgn seorang anak tauke kasino yang kaya. Malangnya, isterinya curang. Ditakdirkan pula pertemuannya dengan Sandy (Deepika Padukone). Kisah ini kemudiannya menjadi haru biru bila bapa rakannya, Batuk Patel (Boman Irani) yang mana telah ditipu Hetal (bini rakan Aarush) ingin datang bertemu dengan mereka. Hetal dan Bob yang menipu bahawa kehidupan mereka mewah kini terpaksa dibantu Aarush (yang tak pandai menipu) bersama Sandy mendapatkan banglow buat sementara. Kisah menjadi kucar kacir lagi dengan kehadiran Major Krishna Rao (Arjun Rampal), abang Sandy yang membuka sejarah lama bagi Aarush.

Keseluruhannya, filem ini nampak biasa. Kisah haru biru macam ni sudah lama ada dalam industri bollywood. Penciptaan karakter yang akhirnya digabungjalin dengan adegan yang komedi amat menarik. Cukup sekadar santai-santai dan tak perlu banyak fikir fikir. Housefull menjanjikan gelak tawa tanpa henti. Mesej juga ada tersirat. Segalanya nampak seperti kisah kucar kacir Priyadarshan, DE DANA DAN, HUNGAMA dan lain lain. Namun, filem ini juga menarik untuk disaksikan kerana babak-babak komedinya yang sukar dijangka.

3.5/5

Monday, November 29, 2010

Anjaana Anjaani (2010)


Sebuah lagi filem Bollywood era moden yang menarik, membuatkan aku tersenyum sesorang dan menambat hati selepas 'I HATE LUV STORY'. Itu yang aku dapat simpulkan selepas menonton filem yang berlatar belakangkan bandaraya Amerika yang gah. Entahlah kenapa zaman sekarang penggiat filem Bollywood terlebih akal sehinggakan mereka membikin filem seolah-olah Amerika itu mereka yang punya. Mungkin juga setting bandaraya Las vegas, San Francisco dan New York nampak lebih menarik di lensa kamera. Apapun, ANJAANA ANJAANI memang tidak membosankan dan cukup rasa untuk membuai penonton ke alam percintaan fantasi yang direka dalam filem ini.

Filem ini yang mana dikatakan terinspirasi dari Patrice Leconte's 1999 French film yang bertajuk LA FILLE SUR LE PONT/GIRL ON THE BRIDGE, yang dilakonkan Daniel Auteuil dan Vanessa Paradis ini mengisahkan sekitar dua watak Kiara (Priyanka Chopra) dan Akash (Ranbir Kapoor)yang punyai masalah dalam hidup masing-masing. Disebabkan terdesak, mereka akhirnya berazam membunuh diri. Ditakdirkan dua watak ini berjumpa di tempat bunuh diri yang sama secara tak sengaja). Selepas tidak berjaya untuk bunuh diri dengan terjun dari jambatan, akhirnya mereka bertekad untuk mmbunuh diri pada malam tahun baru 2010. Ada 20 hari lagi ke tarikh itu.. dan ini kisah mereka berdua menunaikan hasrat hidup mereka sebelum tiba tarikh kematian tersebut.


Muzik Veshal Shekar baik. Ada beberapa lagu yang menarik untuk didengar. Keseluruhannya, muzik mantap dan moden. 'Tumse Hi Tumse' catchy. 'Anjaana Anjaani' energetik.

Menarik dan sungguh melucukan. Kiara dan Akash dua insan jauh beza. Sorang dari San Francisco dan sorang lagi dari New York. Dua kisah dari dua dunia berbeza akhirnya bertemu kerana satu matlamat yang sama iaitu mahu mati. Namun, kisah ini tidak digarap dengan tona menyedihkan. Ianya disulami babak melucukan yang amat menarik. Dengan lakonan Priyanka Chopra yang luar biasa. Kiara nampak sebati dengan lakonan Ranbir Kapoor yang kadangkala nampak tak stabil. Keseluruhannya, Anjaana Anjaani filem wajib tonton buat penggemar romantik komedi. Lawaknya menjadi. Visualnya tahap tinggi. Musiknya tak basi. Buat peminat Priyanka Chopra, sudah tentu filem ini memberikan Priyanka dalam karakter berbeza.

4/5

Sunday, November 28, 2010

Apartment (2010)



Apartment adalah kisah thriller yang nampak cliche. Penggunaan objek-objek sebagai tajuk sudah tentu mendedahkan pasal kisah sebenar yang bakal ditonjolkan dalam filem ni. Walaupun sudah dapat mengagak apa yang bakal disampaikan, Apartment juga ada melodi yang sukar dijangka. Mengisahkan seorang pramugari (Tanushree Dutta) dan kekasihnya yang berkongsi sebuah rumah apartment. Disebabkan kecurigaan, pramugari ini akhirnya menghalau kekasihnya dan mengambil housemate baru. Bila si pramugari ni mula rapat dengan housemate baru, akhirnya baru dia sedar yang housematenya psikopath.

Tak ada banyak yang boleh dibincangkan. Plot nampak memfokus kepada point. Tidak ada banyak sublot yang lewah. Walaupun bermain dengan idea yang ringkas, filem berjaya dikembangkan. Elemen cemas wujud dengan baik. Muzik nampak biasa, tiada trek menyengat. Apapun, sesuai untuk peminat filem trill cemas. Pesanan, hati-hati mencari housmate.

3.5/5

DOWNLOAD FILEM INI DI SINI: http://watchingmovieonline.blogspot.com/2010/06/apartment-2010-hindi-rmvb.html

Friday, October 29, 2010

Dabangg (2010)


Jika WANTED berjaya mengembalikan Salman Khan, DABANGG kembali membuktikan bahawa Salman Khan masih mampu bertahan sebagai pelakon yang diminati. Ternyata Salman Khan masih mampu memberikan aura badannya yang memang sasa untuk diperlihatkan. Menyaksikan DABANGG memang menarik. Plot lama dengan olahan baru yang cukup kreatif dari produksi ini menjadikan DABANGG filem bolly dengan format lama yang sesuai untuk penonton bolly masa kini.

Chulbul Pandey (Salman Khan) merupakan seorang polis yang anti korupsi, segak dan ganas menentang kejahatan. Masa lampaunya hitam. Setelah dia kematian bapa, ibu Shulbul berkahwin dengan Prajapati yang duda anak satu. Anak Prajapati, Makhanchan (Arbaaz Khan) adalah anak yang selalu dimanjakan keluarga. Cerita bergerak ke hadapan apabila Cheddi Singh (Sonu Sood), sang antagonis mula buat havoc. Akibat terdesak, Makhanchan menyertai geng samseng Cheddi Singh dan Chulbul Pandey harus membuat sesuatu untuk menghalang. Romantika diletakkan pada Rajo, seorang gadis idaman Chulbul Pandey yang very da canteek.

Keseluruhannya, tema korupsi bukanlah sesuatu yang abnormal di bollywood. Sudah berlambak filem bergenre sebegini di Bollywood. Tapi, DABANGG mencapai refreshment apabila element aksinya nampak tidak slapstik ditambah dengan penceritaan yang cukup catchy. Permainan plot nampak bagus sekali walaupun pengakhirannya boleh dijangka. Apapun, DABANGG sebenarnya milik penuh Salman Khan.

Babak aksi dalam filem ini nampak cuba mengadaptasi adegan silence-fighting dari filem Luc Besson's Transporter. Adegan perlawanan atas minyak gris yang banyak diolah kreatif walaupun ianya ada bisa-bisa adaptasi dari adegan lawan dalam filem Transporter 2. Salman Khan seperti biasa dengan mimik mukanya yang penuh bengis berlawan, ditambah dengan badan sasanya menjadikan dia adalah Jason Statham Bollywood. Aksi pengakhiran filem ini memang mengujakan. Sesuatu yang patut ditonton.

Sajid Wajid membawakan muzik penuh romantika. Item 'Tere Mast Mast Do Nein' paling digemari. Nyanyian Rafaqat Ali memang memukau. Teringat nyanyiannya dalam lagu 'Ore Piya' yang diletakkan dalam filem Aaja Nachle. Background score juga menampilkan item-item ala Mexico yang rasanya menarik dan cantek.

Lakonan Salman menarik. Karakter macho menyerlah. Begitu jugak dengan Arbaaz Khan. Sonakshi Sinha juga very da pretty. Comey giler. Tapi, lakonannya sederhana jer. Apapun, DABANGG memang filem aksi yang cliche, tetapi cuba untuk lari dari itu dengan transformasi aksi2, background score dan juga karakter yang berbeza.


Tuesday, October 19, 2010

Once Upon A Time In Mumbaai (2010)


Once Upon A Time In Mumbaai bukan filem kesinambungan Once Upon A Time In China. Ianya sbeuah filem yang cuba membina Om Shanti Om dalam realiti filem Bollywood. Jika Om Shanti Om kisah cinta berlatar zaman 80an, Once Upon A Time In Mumbaai bergenre biografi yang berlatar belakang zaman yang sama. Pandangan pertama, filem ini nampak seakan cuba mencari sudut baru dunia bollywood. Jarang sekali Bollywood menampilkan zaman era 80an dalam layar. Dengan kostum yang begitu retro, OUATIM ini sebuah filem yang nampak besar ditambah dengan aktor dan aktress ternama masa kini.

OUATIM diterajui Ajay Devgan, mengisahkan dunia mafia di Mumbai sekitar 70an dan 80an. Sultan Mirza (Ajay Devgan) adalah ketua mafia yang dihormati kerana sikapnya. Cintanya, Rehana (Kangana Ranaut) menjadikan perjalanan cerita ini penuh warna warni. Akibat penghormatan yang diberikan, Sultan Mirza mula diberi peluang ke dunia politik. Namun, Shoaib Khan (Emraan Hashmi) yang juga pengikut setia Sultan Mirza mula buat kepala dan mula merancang untuk menjatuhkan Sultan Mirza.

OUATIM dikatakan berdasarkan sebuah kisah benar yang berlaku pada abad yang sama. Kisah Haji Mastan dan Dawood Ibrahim dikatakan menjadi asas kepada filem ini. Namun, pada awal filem lagi, penonton sudah diberitahu bahawa ianya tidak ada kaitan dengan dua karakter realiti ini. Namun, sejauh mana kebenarannya, samaada ianya ketidaksengajaan atau sengaja untuk mencari publisiti, mereka saja yang tau.

Keseluruhannya, era 80an berjaya dipotray. Namun, rasanya kadangkala ada juga babak yang hilang balancing sehinggakan penonton tidak dapat mengagak era yang cuba disampaikan. Secara keseluruhannya, baik. Lagu Pritam memang kena dengan zaman, olahan Pee Loon mengasyikkan, remix Apna Desh memang memukau. Lakonan Ajay Devgan ada gaya, Kangna Ranaut realistik. Keseluruhannya, OUATIM penuh konflik dan warna dunia berbeza. Menonton filem ini seolah menonton Bobby yang dikembalikan ke zaman 2010.

Saturday, September 4, 2010

3 Idiots (2009)

Sempurna, penuh mesej, tangisan dalam tertawa dan penuh drama. 3 IDIOTS ada semua itu. Pengalaman menonton 3 IDIOTS sebelum pulang berhari raya adalah satu pengalaman luar biasa. Ianya adalah satu jangkamasa untuk emosi yang padat. 3 IDIOTS karya Rajkumar Hirani ini luar biasa dan cukup padat. Namun, ianya masih memberi peluang kepada penonton untuk bersantai dengan kehidupan yang dipaparkan dalam filem ini. Ianya bukan sebuah filem (pada aku), 3 IDIOTS adalah satu tamparan kepada dunia pendidikan dan juga kehidupan. Melihat dari sudut seorang mahasiswa, filem ini dekat di hati sehinggakan aku berkata sendiri, 'patut tunjuk kat lecturer nih, biar diorang paham sket!'...

Bagi yang belum mengetahui apa yang hebatnya filem ini, ini adalah penjelasan secara ringkasnya. Filem tahun 2009 ini adalah superhit Bollywood yang berjaya menggondol pelbagai anugerah di IFFA dan juga majlis anugerah yang lain. 3 IDIOTS nampak bodoh pada tajuknya. Namun, akhirnya kebodohan itu menjadi satu kejayaan buat filem ini. Dilakonkan oleh Aamir Khan yang dibantu oleh R. Madhavan dan juga Sharman Joshi, filem ini adalah arahan mantap pengarah filem Munnabhai MBBS, Rajkumar Hirani.

3 IDIOTS adalah tentang kehidupan. Itu yang dapat aku baca selepas selesai menonton filem ini. Ianya bukan berkisar tentang kehidupan cinta fantasi, ianya realiti kehidupan. Kadangkala kehidupan tak semestinya berkenaan tentang cinta. Filem ini berkisar tentang impian. Impian untuk menjadi seorang yang berjaya menggenggam segulung ijazah. Ianya dekat di hati aku, of coz.

Karya ini bukan tentang 3 orang bodoh. Kebodohan yang dipaparkan di tajuknya sebenarnya adalah kontra kepada kisah ini. IDIOTS sebenarnya adalah akronim ' I'll Do It On my Own TermS'. Ianya bukan filem pasal 3 budak bodoh yang terlepas dari pusat rawatan pesakit orang gila. Ianya bukan juga pasal cinta. Ianya adalah berkenaan dua orang sahabat lama, Farhan dan Raju dalam satu pengembaraan mencari sahabat lama, Rancho. 3 IDIOTS bermain dengan flashback yang cukup panjang. Namun, flashback ini menarik kerana ianya menyelongkar persoalan satu persatu.

Filem ini mengajar penonton tentang pilihan dalam kehidupan. Kadangkala hidup kita diatur oleh orang lain yang kadangkala jauh dari apa yang kita inginkan. Filem ini juga mengkritik sinis dunia pendidikan dan sistemnya. Tak nak cerita banyak-banyak, tapi dalam watak Boman Irani yang santai sebagai Viru Sahastrabudhhe. dekan di fakulti kisah ini berlaku, penulis sebenarnya cuba membawakan kebenaran tentang sistem pendidikan yang kadangkala dimonopoli kuasa pensyarah yang tidak suka para pelajar mereka lebih pandai daripada diri mereka.
Zoobie Doobie adalah trek pilihan untuk filem ini. Muzik yang catchy dan juga visual menarik cukup untuk membuatkan aku mengulang2 filem ini untuk dengar trek ni. All Izz Well sederhana saja. Tak berjaya ambik hati aku. Keseluruhannya, background score juga hebat dalam membantu membina adegan-adegan emosi dan juga keseluruhan cerita. Lirik oleh Swanand Kirkire begitu santai (tengok subtitle) dan Shantanu Moitra menghasilkan karya yang patut dibanggakan. Backgroundscore (Atul Raninga, Sanjay Wandrekar & Shantanu Moitra) baik.

Keseluruhannya, sempurna.. itu saja... just one word 'perfect'.

5/5

DOWNLOAD FILEM INI DI SINI: http://watchingmovieonline.blogspot.com/2010/07/3-idiots-2010-sdtv-dvdrip.html

Friday, September 3, 2010

I Hate Luv Storys (2010)



I HATE LUV STORYS... memang semua benci cerita cinta yang penuh romantika kerana ianya bukan selalu berada dalam realiti hidup. Cinta ada dalam pelbagai versi, dan kadangkala di sebalik ketidakromantikan juga ada cinta. Dan I HATE LUV STORYS adalah sebuah karya saga terbaru yang cukup menarik kerana seseorang yang membenci cinta yang hanya ada dalam dunia fantasi akan mula merasainya dalam realiti dalam filem ini. Sebuah lagi karya penerbit My Name Is Khan dan biggest hit Kabhi Khushi Kabhi Gham, I Hate Love Story cuba memberikan satu sisi baru dunia cinta yang selalunya cliche dalam dunia bollywood.

Karan Johar, di kerusi penerbit membawakan anda sebuah kisah cinta masa kini yang penuh romantika dan komedi dan juga drama arahan Punit Malhotra. Sebuah kisah yang cukup inti romantik, cukup perisa komedi dan juga rencah drama. I HATE LUV STORYS hampir perfect sebagai filem muzikal remaja Bollywood. Adunan romantiknya cukup menarik. Komedinya, falsafahnya juga menarik. Puratanya, anda akan menyukai filem yang 'membenci cinta' ini.
Jay (Imran Khan) dan Simran (Sonam Kapoor), dua karakter berbeza falsafah dalam cinta. Jay 'hate love story' dan Simran 'really love it'. Ditakdirkan bahwa Simran adalah seorang krew di sebalik filem romantik Bollywood. Ditakdirkan juga Jay adalah orang yang bekerja di bawah arahan Simran dalam menghasilkan sebuah filem romantik terbaru. Dalam keadaan Simran yang mencintai Raj pada saat awal, hatinya mula berubah. Namun, persoalannya, adakah Jay mempercayai cinta yang hanya romantik di layar perak? I HATE LUV STORY membawa persoalan tentang cinta pandangan pertama, dan takdir yang boleh mengubah hala cinta pada bila-bila masa.

Visual menakjubkan dan menarik.

Trek 'Bahara' dan 'Sadka Hua' mengasyikkan. Muzik Vishal-Shekar terbaik.
Semestinya kisah cinta diberikan satu tajuk yang cukup indah dan juga mengasyikkan. Namun, filem ini cuba membawa kisah romantika dua pasangan berlainan pandangan ini dalam satu tajuk yang membawa maksud 'saya benci kisah cinta'. Namun, semestinya penonton tidak akan membenci filem ini. Malah, semestinya ianya bukan sebuah filem yang cuba mengubah dunia bollywood yang penuh dengan cinta yang visualistik.

Al kisah I HATE LUV STORYS sebenarnya adalah biasa saja pada naratif. Namun, ianya tetap memukau pada teknik penceritaannya. Itu secara keseluruhannya yang dapat disimpulkan. Walaupun kisah ini cuba memberikan nafas baru dunia Bollywood. Ianya sebenarnya adalah cliche yang biasa. Tiada bezanya dengan filem lain. Mungkin karakter dan intro yang memukau mampu membuatkan filem ini dimasukkan dalam senarai filem romantika yang berdiri megah di Bollywood.

Tuesday, August 3, 2010

Kaminey (2009)

Kaminey gelap dan cukup memeningkan kepala. Itu yang dapat aku simpulkan setelah selesai menonton filem ini. Tertarik dengan satu track lagu, maka aku sempat melayan filem ini untuk mengambil isinya dan ianya berakhir dengan persoalan yang cukup berserabut. Karya Vishal Bhadrwaj ini nampak menarik, namun pandangan pertama itu nampak seperti tidak berjaya menarik minat aku.

Filem ini memang penuh hitam, dan juga sukar dijangka. Mengisahkan tentang Charlie dan Guddu, kembar yang dilakonkan Shahid Kapoor) yang terperangkap dalam satu dilemma. Disebabkan kedua-duanya mempunyai wajah sama dan perwatakan berbeza, mereka berhadapan dengan masalah apabila diburu dunia gelap.

Secara keseluruhannya, Kaminey hanya dibantu Shahid Kapoor dan Priyanka Chopra, boleh melekat di hati sesetengah peminat, gaya persembahan yang sukar diserap membuatkan penonton mampu ditarik kerana lagu 'Dhan Tenan' yang begitu catchy dan cinematografi yang indah.

2/5