I HATE LUV STORYS... memang semua benci cerita cinta yang penuh romantika kerana ianya bukan selalu berada dalam realiti hidup. Cinta ada dalam pelbagai versi, dan kadangkala di sebalik ketidakromantikan juga ada cinta. Dan I HATE LUV STORYS adalah sebuah karya saga terbaru yang cukup menarik kerana seseorang yang membenci cinta yang hanya ada dalam dunia fantasi akan mula merasainya dalam realiti dalam filem ini. Sebuah lagi karya penerbit My Name Is Khan dan biggest hit Kabhi Khushi Kabhi Gham, I Hate Love Story cuba memberikan satu sisi baru dunia cinta yang selalunya cliche dalam dunia bollywood.
Karan Johar, di kerusi penerbit membawakan anda sebuah kisah cinta masa kini yang penuh romantika dan komedi dan juga drama arahan Punit Malhotra. Sebuah kisah yang cukup inti romantik, cukup perisa komedi dan juga rencah drama. I HATE LUV STORYS hampir perfect sebagai filem muzikal remaja Bollywood. Adunan romantiknya cukup menarik. Komedinya, falsafahnya juga menarik. Puratanya, anda akan menyukai filem yang 'membenci cinta' ini.
Jay (Imran Khan) dan Simran (Sonam Kapoor), dua karakter berbeza falsafah dalam cinta. Jay 'hate love story' dan Simran 'really love it'. Ditakdirkan bahwa Simran adalah seorang krew di sebalik filem romantik Bollywood. Ditakdirkan juga Jay adalah orang yang bekerja di bawah arahan Simran dalam menghasilkan sebuah filem romantik terbaru. Dalam keadaan Simran yang mencintai Raj pada saat awal, hatinya mula berubah. Namun, persoalannya, adakah Jay mempercayai cinta yang hanya romantik di layar perak? I HATE LUV STORY membawa persoalan tentang cinta pandangan pertama, dan takdir yang boleh mengubah hala cinta pada bila-bila masa.
Visual menakjubkan dan menarik.
Trek 'Bahara' dan 'Sadka Hua' mengasyikkan. Muzik Vishal-Shekar terbaik.
Semestinya kisah cinta diberikan satu tajuk yang cukup indah dan juga mengasyikkan. Namun, filem ini cuba membawa kisah romantika dua pasangan berlainan pandangan ini dalam satu tajuk yang membawa maksud 'saya benci kisah cinta'. Namun, semestinya penonton tidak akan membenci filem ini. Malah, semestinya ianya bukan sebuah filem yang cuba mengubah dunia bollywood yang penuh dengan cinta yang visualistik.
Al kisah I HATE LUV STORYS sebenarnya adalah biasa saja pada naratif. Namun, ianya tetap memukau pada teknik penceritaannya. Itu secara keseluruhannya yang dapat disimpulkan. Walaupun kisah ini cuba memberikan nafas baru dunia Bollywood. Ianya sebenarnya adalah cliche yang biasa. Tiada bezanya dengan filem lain. Mungkin karakter dan intro yang memukau mampu membuatkan filem ini dimasukkan dalam senarai filem romantika yang berdiri megah di Bollywood.
4.5/5
DOWNLOAD FILEM INI DI SINI: http://watchingmovieonline.blogspot.com/2010/09/i-hate-luv-story-2010-dvdrip-hindi.html
DOWNLOAD FILEM INI DI SINI: http://watchingmovieonline.blogspot.com/2010/09/i-hate-luv-story-2010-dvdrip-hindi.html
No comments:
Post a Comment