Followers

Saturday, December 18, 2010

Golmaal 3 (2010)


Menjadi filem trilogy seumpamanya di Bollywood adalah kebanggaan Golmaal. Sejak 2006, filem pertama Golmaal ditayangkan sehingga ke Golmaal Returns, sekuel kedua terbitan tahun 2008, filem ini memang tak habis kelakarnya. Walaupun hanya pelakonnya sama dan ceritanya berbeza beza dan tiada kesinambungan pun dalam setiap sekuel, ianya masih berjaya menarik penonton untuk bergelak ketawa. Sebab itu mungkin, kembalinya Golmaal 3 sebagai pelengkap trilogy untuk memeriahkan lagi koleksi filem masala yang menarik ini.

Kali ini, kisahnya berkisar tentang dua keluarga. Anak kepada Geeta/Guddi (Ratna Pathak Shah) iaitu Gopal (Ajay Devgan) dan Laxman (Shreyas Talpade) terpaksa menerima kehadiran bapa baru apabila Daboo (Kareena Kapoor) menemukan kembali ibu mereka dengan kekasih lama, Pritam (Mithun Chakraborthy). Gopal dan Laxman kini terpaksa hidup bersama dengan orang yang mereka selalu cari gaduh (anak Pritam) iaitu Madhav (Arshad warsi), Lucky (Tushar) dan Laxman (Khemu). Apa yang berlaku seterusnya adalah kisah buli membuli antara anak anak mereka. Kisah bertambah chaos apabila Puppy (Johnny Lever), si perompak yang selalu short term memory loss telah menyembunyikan rantai yang dicurinya dalam beg pakaian Pritam. Pritam juga, pada masa yang sama terpaksa menghadapi masalah apabila dia tidak dapat menyelesaikan hutang rumahnya.

Kisah biasa. Memang nampak gaya filemnya seperti filem Priyadarshan (yang selalu kumpul semua karakter untuk membentuk babak klimaks).Seperti kisah komedi yang dulu dulu (zaman 90an), itulah yang dapat digambarkan. Komedinya digerakkan melalu insiden tidak sengaja yang berlaku. Ada juga lawak yang menggunakan dialog, tetapi sukar difahami kadangkala. Namun, suka sangat idea pertemuan karakter yang berlaku secara tidak sengaja. Rupanya, idea sebegitu masih digunakan. Susah benar mau cari idea sebegini dalam filem Bollywood sekarang.

Fasa pertama filem ini menarik. Rancak. Namun, bila sampai bahagian intermission, filem jadi lewah, lemah dan lambat capai klimax. Kadangkala segalanya jadi lemah, dan tak menarik. Adegan ending nampaknya tidak dibikin dengan kemas. Namun, bolehlah! Inilah akibatnya kalau filem terlalu panjang. Dari aspek muzik, aku menyukai remake lagu Disco Dancer. Memang mengembalikan memori filem Mithun tu lah! Lagu lain biasa saja. Trek pertama, saja yang berbisa apabila ditambah gaya dan video klip yang memukau.

Karakter yang paling digemari semestinya watak Lucky sebagai si bisu. Rasanya, itulah karakter yang boleh menjadikan filem ini meletop sehingga mampu membentuk trilogy. Ajay Devgan biasa biasa sahaja. Kareena pun biasa biasa. Mithun dalam filem komedi, nampaknya era mudanya sudah kembali. Wow, gandingan pelakon yang mantap menjadikan filem ini memang tak kering gusilah bila tonton. Keseluruhannya, Golmaal sederhana. Dua bahagian yang tidak seimbang mungkin tidak berjaya menarik penonton yang begitu skeptikal dengan Bollywood!

Thursday, December 16, 2010

Action Replayy (2010)


Kisah time machine sekali lagi? Oh no! Mungkinkah bakal mengulang kegagalan Love Story 2050 (Priyanka Chopra dan Harman Baweja)? Tidak rasanya kali ini. Action Replayy nampaknya lebih matang. Nampaknya mereka sudah makin pandai untuk menggunakan efek dan fiksyen dalam filem. Bagus bagus bagus. Action Replay dibintangi Akshay Kumar yang memang kaya rasanya apabila filemnya berderet di pawagam dengan tajuk berbeza pada tahun ini. Gandingannya dalam filem ini adalah Ratu Cantik, Aishwarya Rai. Fulamak, lepas Endhiran akhirnya Rai kembali ke arena Bollywood!

Action Replayy bukan kisah cinta biasa. Ianya tentang harapan. Harapan seorang anak yang mahu sebuah keluarga bahagia digambarkan dalam dunia yang cukup indah, Bombay zaman 70an. Bunty (Aditya Roy Kapur) malu untuk mengahwini cintanya Tanya kerana ibu bapanya yang porak poranda kerana perkahwinan paksa. Demi menyelamatkan ibu bapanya dari bercerai, dia akhirnya mencuri guna mesin masa milik Prof Anthony (bapa Tanya) dan kembali ke zaman sebelum ibu bapanya bertemu. Matlamat Bunty di 'masa lepas' itu adalah untuk membuatkan ayahnya, Kishen (Akshay Kumar) jatuh cinta dengan Mala (Aishwarya Rai) sebelum mereka dijodohkan tanpa cinta.

Kreatif. Klasik dan menarik. Itu kata kata yang dapat digambarkan untuk filem ini. Sinematografi yang meyakinkan. Gambaran Bombay nampak menarik dengan bantuan CGI. Muzik Pritam nampaknya tak kena dengan zamann namun masih menarik. Klasik 70an nampaknya moden dengan lagu. Mixing modern pop dengan elemen klasik membuatkan muzik Pritam menjadikan dunia 70an ini berjiwa luar biasa. Trek Zor Ka Jhatka energetik. Luk Chup Janaa pula bermelodi rancak dan menarik. Keseluruhannya, ianya sebuah filem romantik komedi fiksyen yang wajib tonton. Karakter Akshay Kumar berbeza giler.. apatah lagi apabila dia digandingkan dengan jelitawan Aishwarya Rai dalam satu zaman klasik.

Sunday, December 12, 2010

Red Alert: The War Within (2010)



Narsimha (Suniel Shetty), seorang petani bekerja sebagai tukang masak (akibat desakan kewangan) terpaksa menjadi seorang gerila yang anti-kerajaan India. Dari seorang tukang masak, hidupnya kini berubah apabila dia terpaksa berhadapan dengan pelbagai komplot. Ideanya biasa dan terlalu berat. Serius, filem ini memang bukan untuk bukan orang India. Faktanya terlalu berat sebab sejarah India ini tidak diajar di mana sekolah. Jadi, bagi yang mahu menonton, pastikan anda tahu bahawa filem ini adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku sekitar tahun 60an dahulu. Sebuah kisah yang diinspirasikan dari kisah benar, bercakap soal politik, kerajaan dan pemberontakan.

Sekali lagi, tonton sekadar untuk peringatan saja sudahlah. Filem ini hanya dapat difahami selapis sahaja buat peminat luar India. Lakonan Suniel Shetty sederhana. Sameera Reddy (my fevret aktres), pun sederhana. Tidak menjangkakan bahawa dia seperti tak wujud pun dalam filem itu. Dengan pemilihan pelakon yang bertaraf bukan bintang dan terlalu menekankan aspek mesej (kerana dibanjiri dialog yang menggalakkan penonton berfikir), filem ini membosankan buat penggemar filem dengan objektif berhibur. Plotnya yang mendatar dan kurang cemas (juga aksi yang terlalu tak professional) menjadikan Red Alert adalah sebuah filem teruk yang tak wajib ditonton kalau korang bukan peminat Suniel Shetty dan Sameera Reddy.

Saturday, December 11, 2010

A Flat (2010)


Kisah thriller ini menggunakan pangsapuri sebagai item horror. Mengisahkan Rahul (Jimmy Shergill) yang baru balik dari US dan ada krisis dengan kekasihnya Preeti. Kematian bapanya yang misteri di flatnya menyebabkan Rahul kembali ke flat lamanya untuk menyiasat. Namun, selepas beberapa lama berada dalam flat tersebut, Rahul sedar bahawa dia kini terperangkap dan tidak boleh keluar dari flatnya sendiri. Kini, dia hanya bertemankan roh yang tidak tenteram yang bakal merungkai segalanya.

Menarik. Itu saja komen yang dapat diberi kepada idea ini. Namun, alangkah malangnya apabila idea ini tidak digarap dengan begitu baik. Satu percubaan yang baik apabila genre horror mula menggunakan item-item untuk menakutkan penonton. A Flat, semestinya menggunakan teknik yang sama. Pembahagian dua bahagian filem ini tidak seimbang. Susunannya berterabur dan tidak berjaya menimbulkan impak. Namun, adegan akhir filem ini menarik. Tiada lagu yang menarik tetapi filem ini punyai lakonan Jimmy Shergill (pertama kali dalam filem horror rasanya) yang begitu luarbiasa.

2.5/5

Thursday, December 9, 2010

Ramaa The Saviour (2010)


Memang tak banyak Bollywood tampil membawakan kisah untuk kanak-kanak kan? Sudah semestinya ianya bukan priority kerana duit sumbangan tiket adalah dari peminat dewasa. Namun, seingat fikiran, Jajantaram Mamantaram (kisah orang yang pergi ke pulau orang kerdil ala-ala kisah klasik Inggeris, aduh.. lupa tajuk pula..). Selepas tu, rasanya belum pernah menonton filem bergenre fantasi sebegitu lagi. Namun, keberanian Ramaa The Saviour membawakan epic + fiksyen kanak-kanak nampaknya usaha yang baik untuk buka peluang tontonan kanak-kanak. Tetapi mampukah Ramaa The Saviour memberikan impak?

Ramaa The Savior adalah ala-ala Sharkboy & Lavagirl (filem Robert Rodriguez) dan Spy Kids: Game Over (juga filem Robert Rodriguez) India. Kisah yang berkonsep dunia game, satu kelainan yang cuba ditonjolkan. Sahil Khan sebagai Ramaa, satu karakter dunia game yang menentang kuasa jahat, Kali. Kisah bermula apabila 5 pelajar sekolah bermain permainan virtual yang dinamakan The Last Battle dan dibawa masuk ke dunia yang dikenali sebagai Azra. Dunia yang penuh dengan mistik ini menyaksikan pertembungan Ramaa yang perlu menumpaskan Kali. Kisah seterusnya bergerak ke sebuah pengembaraan 5 pelajar ini bersama Ramaa untuk menumpaskan Kali.

Kisahnya menarik. Malangnya ia tidak digarap dengan begitu baik. Idea yang cantik tetapi tidak mendapat garapan yang bagus. Ramaa The Saviour berterabur dari awal hingga akhir. Plotnya tidak dapat difahami dengan jelas. Karakter-karakter tidak dijelaskan karakternya dengan jelas. Perubahan plot yang tiba tiba menjadikan penonton terpinga pinga. Malah, bagi yang kosong mengenai fantasi, filem ini lebih baik ditonton dengan mata terpejam.

Visual effect dan lokasi pengambaran tidak mengecewakan. Namun, aspek editing cukup mengecewakan. Aksi dikoreograf dengan teruk. Aduh, cukup mengecewakan sekali lagi. Sahil Khan memberikan penampilan yang baik sebagai Ramaa, lelaki campuran karakter Tarzan dan Conan. Lagu/skor tidak mengecewakan. Ada trek yang menarik, Sunlena Sunlena salah satu daripadanya. Namun, bagi wanita wanita, pastinya filem ini menarik kerana Ramaa bercawat dan tidak berbaju. Muncul persoalan di sini, sesuaikah filem ini untuk kanak kanak? Oh ya, peminat penggusti WWE, The Great Khali, pastinya filem ini untuk anda!

Sunday, December 5, 2010

Lafangey Parindey (2010)

Sejak evolusi perubahan dunia Bollywood, macam macam kisah cinta pelik yang dilakar orang India. Walaupun idea itu adalah dirintis Hollywood, nampaknya idea itu begitu masuk dalam versi Bollywood. Antaranya yang menarik ditonton bagi genre romantik komedi sebegini ialah I Hate Luv Storys, Anjaana Anjaani dan juga Lafangey Parindey. Apa persamaan tiga filem ini?? Ianya hanyalah filem yang menggunakan dua karakter (laki dan pompuan) yang mana berbeza dari karakteristik dan juga dunia. Bagi yang menonton I Hate Luv Storys, sudah tentu paham dunia laki yang tak suka filem romantik vs wanita yang suka filem romantik. Bagi Anjaana Anjaani pula, laki stres kerjaya dan wanita stress cinta.

Lafangey Parindey (bunyi macam filem Tamil pulak aish!) semestinya bertitik tolak dari gaya penceritaan yang sama. Kisah ini berplotkan kisah lelaki yang suka bergasak vs wanita yang suka main kasut roda. Pinky (Deepika Padukone) ada cita cita tinggi ingin jadi pemain kasut roda dan dikenali. One-shot Nandu (Neil Nitin Mukesh) pula lelaki kampung yang terkenal dalam arena tnju kerana kebolehannya. Mereka ditakdirkan bertemu apabila Nandu tidak sengaja melanggar Pinky dalam satu kemalangan. Pinky akhirnya buta dan cita-citanya punah. Namun, Nandu hadir dan membantu Pinky. Cerita akhirnya bergerak ke arah usaha-usaha Pinky yang buta dan bagaimana Nandu (yang tidak diketahui Pinky bahawa dia yang membuatkannya buta) membantu Pinky menyertai program realiti tv India.

Lafangey Parindey bergerak dengan sederhana. Plotnya menarik namun tidaklah menimbulkan keterujaan. Semestinya endingnya sudah dapat diagak. Namun, gandingan Deepika dan Nitin adalah sesuatu yang menarik. Lakonan Deepika memuaskan sebagai Pinky si buta. Nitin memang pula biasa namun rasanya lebih baik dari Aa Dekhe Zaara. Apapun, muzik filem ni begity rock dan menarik. Keseluruhannya Lafangey Parindey mungkin diminati peminat genre romantik drama Bollywood. Bagi penggemar filem aksi Bollywood, lupakan saja.

Friday, December 3, 2010

Lamhaa (2010)


Sekarang ni, Bollywood dah makin berani dengan mengeluarkan kisah-kisah bertema panas. Lamhaa adalah satu daripadanya. Sebuah kisah yang cukup menarik yang dibikin di Kashmir, wilayah cantik yang bergolak. Namun sebenarnya filem ini taklah semeriah dan sehebat mana. Isu dimainkan begitu cantik, namun garapannya hanyalah seperti filem masala biasa. Cinta dan kasih sayang nampaknya menyerlah sehingga kadangkala menenggelamkan isu skandal politik dan juga komplot2 jahat yang merancang menggugat Kashmir.

Apapun, Lamhaa layak ditonton kerana style gerak kameranya yang cukup menarik. Kashmir sudah lama tidak ditonjol dalam skrin layar. Ternyata dunia bahaya itu masih indah. Aksinya juga menarik dan cukup dramatik. Sebuah kisah berkisar tentang kisah benar seorang lelaki yang menyiasat komplot seorang ahli politik kashmir ini memang punyai garapan yang baik. Malangnya, seperti awal tadi saya katakan, cinta dan kasih sayang watak Bipasha Basu dan Sanjay Dutt nampaknya menggoyahkan beberapa babak dalam filem ini.

3/5

Wednesday, December 1, 2010

Housefull (2010)


Housefull mengisahkan Aarush (Akshay Kumar) seorang yang bernasib malang. Dia percaya nasibnya akan berubah jika dia berkahwin. Maka, berkahwinlah dia dgn seorang anak tauke kasino yang kaya. Malangnya, isterinya curang. Ditakdirkan pula pertemuannya dengan Sandy (Deepika Padukone). Kisah ini kemudiannya menjadi haru biru bila bapa rakannya, Batuk Patel (Boman Irani) yang mana telah ditipu Hetal (bini rakan Aarush) ingin datang bertemu dengan mereka. Hetal dan Bob yang menipu bahawa kehidupan mereka mewah kini terpaksa dibantu Aarush (yang tak pandai menipu) bersama Sandy mendapatkan banglow buat sementara. Kisah menjadi kucar kacir lagi dengan kehadiran Major Krishna Rao (Arjun Rampal), abang Sandy yang membuka sejarah lama bagi Aarush.

Keseluruhannya, filem ini nampak biasa. Kisah haru biru macam ni sudah lama ada dalam industri bollywood. Penciptaan karakter yang akhirnya digabungjalin dengan adegan yang komedi amat menarik. Cukup sekadar santai-santai dan tak perlu banyak fikir fikir. Housefull menjanjikan gelak tawa tanpa henti. Mesej juga ada tersirat. Segalanya nampak seperti kisah kucar kacir Priyadarshan, DE DANA DAN, HUNGAMA dan lain lain. Namun, filem ini juga menarik untuk disaksikan kerana babak-babak komedinya yang sukar dijangka.

3.5/5

Monday, November 29, 2010

Anjaana Anjaani (2010)


Sebuah lagi filem Bollywood era moden yang menarik, membuatkan aku tersenyum sesorang dan menambat hati selepas 'I HATE LUV STORY'. Itu yang aku dapat simpulkan selepas menonton filem yang berlatar belakangkan bandaraya Amerika yang gah. Entahlah kenapa zaman sekarang penggiat filem Bollywood terlebih akal sehinggakan mereka membikin filem seolah-olah Amerika itu mereka yang punya. Mungkin juga setting bandaraya Las vegas, San Francisco dan New York nampak lebih menarik di lensa kamera. Apapun, ANJAANA ANJAANI memang tidak membosankan dan cukup rasa untuk membuai penonton ke alam percintaan fantasi yang direka dalam filem ini.

Filem ini yang mana dikatakan terinspirasi dari Patrice Leconte's 1999 French film yang bertajuk LA FILLE SUR LE PONT/GIRL ON THE BRIDGE, yang dilakonkan Daniel Auteuil dan Vanessa Paradis ini mengisahkan sekitar dua watak Kiara (Priyanka Chopra) dan Akash (Ranbir Kapoor)yang punyai masalah dalam hidup masing-masing. Disebabkan terdesak, mereka akhirnya berazam membunuh diri. Ditakdirkan dua watak ini berjumpa di tempat bunuh diri yang sama secara tak sengaja). Selepas tidak berjaya untuk bunuh diri dengan terjun dari jambatan, akhirnya mereka bertekad untuk mmbunuh diri pada malam tahun baru 2010. Ada 20 hari lagi ke tarikh itu.. dan ini kisah mereka berdua menunaikan hasrat hidup mereka sebelum tiba tarikh kematian tersebut.


Muzik Veshal Shekar baik. Ada beberapa lagu yang menarik untuk didengar. Keseluruhannya, muzik mantap dan moden. 'Tumse Hi Tumse' catchy. 'Anjaana Anjaani' energetik.

Menarik dan sungguh melucukan. Kiara dan Akash dua insan jauh beza. Sorang dari San Francisco dan sorang lagi dari New York. Dua kisah dari dua dunia berbeza akhirnya bertemu kerana satu matlamat yang sama iaitu mahu mati. Namun, kisah ini tidak digarap dengan tona menyedihkan. Ianya disulami babak melucukan yang amat menarik. Dengan lakonan Priyanka Chopra yang luar biasa. Kiara nampak sebati dengan lakonan Ranbir Kapoor yang kadangkala nampak tak stabil. Keseluruhannya, Anjaana Anjaani filem wajib tonton buat penggemar romantik komedi. Lawaknya menjadi. Visualnya tahap tinggi. Musiknya tak basi. Buat peminat Priyanka Chopra, sudah tentu filem ini memberikan Priyanka dalam karakter berbeza.

4/5

Sunday, November 28, 2010

Apartment (2010)



Apartment adalah kisah thriller yang nampak cliche. Penggunaan objek-objek sebagai tajuk sudah tentu mendedahkan pasal kisah sebenar yang bakal ditonjolkan dalam filem ni. Walaupun sudah dapat mengagak apa yang bakal disampaikan, Apartment juga ada melodi yang sukar dijangka. Mengisahkan seorang pramugari (Tanushree Dutta) dan kekasihnya yang berkongsi sebuah rumah apartment. Disebabkan kecurigaan, pramugari ini akhirnya menghalau kekasihnya dan mengambil housemate baru. Bila si pramugari ni mula rapat dengan housemate baru, akhirnya baru dia sedar yang housematenya psikopath.

Tak ada banyak yang boleh dibincangkan. Plot nampak memfokus kepada point. Tidak ada banyak sublot yang lewah. Walaupun bermain dengan idea yang ringkas, filem berjaya dikembangkan. Elemen cemas wujud dengan baik. Muzik nampak biasa, tiada trek menyengat. Apapun, sesuai untuk peminat filem trill cemas. Pesanan, hati-hati mencari housmate.

3.5/5

DOWNLOAD FILEM INI DI SINI: http://watchingmovieonline.blogspot.com/2010/06/apartment-2010-hindi-rmvb.html