Followers

Sunday, September 11, 2011

MTV - Senorita (film: Zindagi Na Milegi Dobara)

Saturday, September 10, 2011

MTV - Ne Aaja Veh (film: Speedy Singhs)

Friday, September 9, 2011

MTV - Go Meera Go (film: Bbuddah Hoga Tera Baap)

MTV - Antenna (film: Always Kabhi Kabhi)


Shaitan (2011)


Shaitan memang satu persembahan yang begitu hebat pada satu sisinya. Sisi lain, Shaitan adalah satu percubaan untuk memaparkan sesuatu anjakan dalam penghasilan filem di India. Shaitan sebenarnya adalah satu kemajuan pada segala aspek. Terpukau pada reality penghasilannya, Shaitan berada di barisan most-wanted in my collection. Walaupun kisahnya simple walaupun sukar dijangka, filem ini perlu diberi perhatian. Ianya adalah satu perubahan, sebuah inovasi, juga kebijaksanaan pembikin filem Bollywood dalam membikin seni sebegini.

Ilustrasi Shaitan adalah reality semasa. Kisah Shaitan mengisahkan lima remaja iaitu Amy [Kalki], Dash [Gulshan], KC [Shiv], Zubin [Neil] dan Tanya [Kirti] yang terpaksa melarikan diri kerana masalah yang mereka hadapi. Dalam satu malam, mereka terlibat dalam satu langgar lari dan demi untuk mengelakkan daripada ditangkap dan member masalah kepada keluarga, mereka cuba untuk merasuah seorang polis. Malangnya, semuanya jadi kacau bilau bila polis tersebut, Inspector Mathur [Rajeev Khandelwal] meminta sejumlah wang yang banyak untuk menyucikan kes tersebut. Idea tercipta!. Nah, mereka merancang untuk membuat penculikan rakannya sendiri sebagai satu umpan supaya keluarga mereka memberikan jumlah wang tersebut. Namun, semuanya jadi haru biru!...

Filem ini cukup cantik pada paparannya. Sinematografi yang disulam muzik skor oleh Ranjit Barot membentuk sekuen sekuen yang mencemaskan, ganas dan sesuai untuk paparan kekuatan ‘syaitan’ dalam siratan cerita ini. Kalki memang cute!

Keseluruhannya, Shaitan memang memukau. Thanks to contemporary style camera work, dengan thrilling dan hart-hitting content yang begitu menarik. Menonton filem ini, tidak akan muncul watak syaitan yang jelas kelihatan menari nari dalam lagu atau babak filem ini. Anda perlu memikirkan, apa syaitan boleh lakukan, jika kita sudah terperangkap dalam dunianya…

4/5

Thursday, August 18, 2011

Thank You (2011)


Thank You memang hilarious, dan mengeletek hati. Dalam banyak banyak filem Akshay Kumar, Thank You antara yang menyerlah walaupun pelakon ini hanyalah berlakon sebagai ‘iblis baik’ yang cuba untuk membentuk huru hara dalam kehidupan setiap karakter dalam filem ini. Masih mengikut rentak komedi yang digerakkan melalui insiden insiden tak sengaja dan missconfusion, Thank You adalah sebuah kisah yang brilliant. Pada aku, lupakan pasal logik, dan berhibur sambil mengambil mesej dan iktibar dalam filem ini.

Daripada pengarah Anees Bazmee (filem sebelum ini bertajuk NO PROBLEM), juga diterbitkan Twinkle Khanna, Thank You sebenarnya lebih terarah kepada feminisme. Jujurnya aku melihat bahawa filem ini cuba mengatakan bahawa lelaki itu sebenarnya lebih berat kepada memberi masalah kepada wanita dalam perhubungan suami isteri. Bayangan perkataan ‘dog’ yang beberapa kali digunakan dalam filem ini untuk menggambarakan lelaki itu sudah jelas menerangkan maksud itu.

Namun, dari satu lagi sudut pandang, filem ini adalah kritikan rumah tangga yang amat berat tetapi dalam garapan yang ringan.

Raj (Bobby Deol), Vikram (Irrfan Khan) dan Yogi (Suniel Shetty) adalah sahabat baik juga bisnes partner. Mereka ini womanizer dan rahsia besarnya ialah, mereka semua sudah berkahwin! Hidup mereka sebenarnya cukup indah sebab mereka berjaya menipu isteri isteri mereka tentang kehidupan ‘miang’ diorang. Namun, lama kelamaan, Sanjana (Sonam Kapoor) si isteri kepada Raj mencurigai. Kishan (Akshay Kumar) diupah untuk menyiasat suaminya. Namun, apa terjadi bila suaminya juga pada masa yang sama telah mengupah Kishan untuk mengaburi mata isterinya dari kehidupan keduanya?

Sonam Kapoor antara gadis pretty yang memang menjadi factor untuk aku tonton filem ini. Gayanya dalah I Hate Luv Story masih ada baki baki. Walaupun kali ini tidak terlalu serius, tetapi alamak… cutenyerr.. Suniel Shetty, Akshay Kumar, Irfan dan Bobby Deol gandingan yang mantap.

Pritam hadir dengan trek yang mantap. Keseluruhan trek filem ini menarik. Pyar Mein, Razmia dengan kehadiran Mallika Sherawat juga trek Full Volume antara yang menarik untuk didengar.

Keseluruhannya, Thank You mungkin buat wanita wanita tersenyum sebab pemberatan ke arah feminisme. Sebuah filem kelakar yang menarik untuk tontonan semua. Tapi bagi suami suami, bersedialah untuk kena hentam dengan filem ni..

4/5

Tanu Weds Manu (2011)


Ceritera Tanu Weds Manu antara yang rasanya menarik untuk ditonton. Gaya romantiknya amat menarik. Gaya Madhavan dalam filem hindi begitu menawan ditambah dengan heroinnya, Kangana Ranaut yang begitu comel menggayakan sari. Jujurnya, Tanu Weds Manu adalah filem east-west love story yang menekankan tentang cinta yang begitu penuh dugaan dan cabaran. Keseluruhannya, Tanu Weds Manu cukup romantika, oh ya juga dengan tambahan antagonis Jimmy Shergill dengan penampilan yang luar biasa.

Terimalah sebuah kisah cinta Manu (R Madhavan) seorang doctor dari London yang pulang dari luar negara dan menyedari gadis gadis India sudah hilang aslinya. Terimalah juga heroin kita, si Tanu (Kangana Ranaut) yang sudah hilang budayanya. Kisah cinta yang luar biasa bermula apabila kahwin atur antara Manu dan Tanu ditolak oleh Tanu kerana sudah berpunya. Masa berjalan ke hadapan dan takdir mendekatkan mereka dan sejauh mana mereka cuba lari, cinta mengekori dan persoalannya, berjayakah Manu mendekati hati Tanu?

Kisah cinta Tanu Weds Manu pada pandangan aku sukar dijangka. Malah kehadiran Jimmy Shergill dalam role kejutan memang bukan berada dalam skop jangkaan aku. Bila intermission saja, masalah yang ditimbulkan makin besar dan jiwa Manu yang memberontak tetapi masih tenang sudah dapat dilihat. Tanu Weds Manu ada moment moment yang berjiwa. Sebuah filem romantic yang cukup masala.

Trek lagu menarik? Pada pandangan aku, Jugni yang ditayang semasa kredit tu pun sekadar biasa biasa saja. Walaupun gaya Kangana Ranaut itu cukup cantik dan hebat, lagunya tetap biasa saja.

Keseluruhannya, Tanu Weds Manu mengungkap tentang perubahan dunia kita yang kita tidak sedari. Dalam mencari keaslian itu, sukar sebenarnya. Apa yang paling baik adalah menerima saja apa yang ada dan berubah. Tanu Weds Manu best!

4/5

Saturday, July 9, 2011

7 Khoon Maaf (2011)


Sebuah lagi persembahan mantap Priyanka Chopra. Pada aku, dalam masa masa pelakon baru tengah mencanak naik dan dengan filem filem yang dibarisi pelakon pelakon yang entah ceruk mana pun tak dikenali, Priyanka adalah antara aktres yang masih mampu bertahan dalam filem filem generasi baru. Sedangkan pelakon lain sudah mula mengundurkan diri memberi ruang kepada filem hindi model baru kepada pelakon terkini, Priyanka Chopra membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk meneruskan kariernya dalam industry.

7 Khoon Maaf adalah sebuah filem romantic thriller. Sebuah garapan yang cukup sinematik dan begitu menarik untuk ditonton. 7 Khoon Maaf mempertaruhkan Priyanka sebagai Susanna, seorang wanita misteri yang hidupnya bergelumang dengan pelbagai lelaki. Ternyata, tulisan Matthew Robbins dan Vishal Bhardwaj ini memang sinematik, cukup rencah dan memang luar biasa pada persembahan. Karya arahan Vishal Bhardwaj yang boleh dipuji.

Susanna Anna-Marrie Johannes, itu namanya. Kisahnya luar biasa. Susanna berkahwin dengan 7 orang lelaki yang mana setiap lelaki yang dikahwini akan mati dibunuh selepas mereka berkahwin. Kisah sebenarnya berkisar tentang keinginan Susanna itu sendiri yang menyebabkan jiwanya kacau bilau dan kisah perjalanannya mencari cinta sejati. Siapakah pembunuh ketujuh tujuh suami Susanna, jawapannya ada dalam filem ini.

7 Khoon Maaf merupakan sebuah filem yang menyentuh kesemua kehidupan masyarakat India. Aku menyukai bagaimana penterjemahan Susanna’s Seven Husbands oleh Ruskin Bond ini dilakukan.Watak karakter suami suami dari lakonan Irfan Khan, John Abraham, Naseruddin Shah, Nitin Mukesh dan lain lain. Semua karakter ada nilai masyarakat yang ditonjolkan.

Keseluruhannya, menonton 7 Khoon Maaf bukan sebuah roller coaster yang membosankan. Thrillnya sederhana namun mampu untuk membuatkan penonton menonton sampai habis. Lakonan Priyanka Chopra terbaik. Malah, Nitin Mukesh sebagai Major Edwin Rodrigues juga antara yang menyerlah dalam filem ini.

Filem ini antara yang terbaik dari Priyanka Chopra. Sebuah filem generasi baru yang mengungkap kisah cinta dan pencarian cinta sejati vs. cinta nafsu.

4.5/5

Pyaar Ka Punchnama (2011)



Pyaar Ka Punchnama sebuah filem yang mendatar. Babaknya kurang member impak dan tidak mampu untuk membuatkan penonton duduk menunggu babak ke babak. I am sorry to say that this film bukan filem yang menarik pada pandangan aku. Bukan tidak tertarik dengan para pelakon yang masih baru, tetapi persembahannya nampak terlalu mendatar dan membosankan. Pyaar Ka Punchnama adalah sebuah filem cinta yang berbicara tentang isu cinta sudut lain, iaitu lelaki yang menjadi peneman wanita yang sudah ada kekasih. In other word, kekasih gelap.

Kisah ini sebenarnya berbicara tentang reality cinta golongan muda. Sebuah filem yang kontemporari dan mungkin tak sesuai untuk tontonan dewasa 30an. Adunannya lebih kepada seksual dan juga bicara yang telus. Pyaar Ka Punchnama adalah satira filem cinta.

Rajat (Kartik), Chaudhary (Raayo) dan Liquid (Divyendu) terperangkap dengan kisah wanita wanita yang sudah mempunyai teman lelaki dalam hidup mereka. Kisah berkisar tentang mereka bertiga yang lebih digunapakai oleh Neha (Nushrat), Riya (Sonalli) dan (Charu) yang mana sudah mempunyai teman lelaki. Tiga watak lelaki filem ini punya hati dan perasaan kepada tiga orang watak gadis dalam filem ini namun hanya mampu untuk berdiri sebagai peneman semasa mereka sedang berada dalam masalah.

Luv Ranjan selaku pengarah filemini nampaknya tidak berjaya menarik perhatian aku. Filem ini ada masa yang begitu membosankan. Namun, ada juga sesetengah babak menarik dan menarik mata aku untuk menonton. Lagu Ish Na Kariyo Kaake antara yang menyengat dalam filem ini.

Dengan newcomer yang masih baru, mungkin filem ini hanya mampu untuk menarik penoton muda. Namun, Pyaar Ka Punchnama adalah satu lagi turning point filem bollywood masa kini. Tak direkomen buat golongan 30an.. but, youth .. terpulang..

1/5

Sunday, July 3, 2011

Ragini MMS (2011)



Ragini MMS sekali lagi berbaris di belakang Love Sex Aur Dhoka, sebuah filem ala ala Paranormal Activity dan Rec versi Hollywood. Dalam kesibukan pengarah filem dunia membaca gaya baru filem ini mampu untuk mengaut untuk dengan modal yang sedikit, pelbagai idea baru dipersembahkan. Aku menyukai filem sebegini, dari barisan filem Hollywood sehingga filem Asia, filem sebegini memang fresh sangat sangat. Bollywood juga tidak ketinggalan, jadi Ragini MMS adalah satu daripada persembahannya.

Nak buat filem macam ni nampak macam mudah. Filem yang sememangnya nampak low budget tetapi boleh menandingi keseraman filem biasa. Pada satu sudut, Ragini MMS adalah kejayaan yang baik untuk filem Bollywood. Pada satu sudut lagi, Ragini MMS adalah sebuah thrill dengan bumbu seks yang cukup menggoda.

Ragini (Kainaz Motivala) dan Uday (Raj Kumar Yadav) merancang satu percutian kat satu kawasan terpencil di Mumbai. Namun, sedar atau tidak, gelagat pasangan ini sebenarnya diperhatikan oleh kamera litar dalam rumah percutian. Kelibat mula muncul dan mengganggu. Dari kacamata CCTV dan kamera tersembunyi, filem ini bakal mendedahkan sesuatu kebenaran yang tersembunyi.

Keseluruhannya, bila bercakap tentang kejayaan filem ini cuba memenuhi keinginan filem segenre sebegini, nampaknya tidaklah tercapai. Beberapa babak masih nampak seperti bersungguh sungguh untuk menjelaskan sesuatu yang nampaknya tidak dicapai oleh view kamera litar (babak hantu yang muncul atas kerusi secara tiba tiba). Namun, Ragini MMS adalah kejayaan keseluruhannya dalam satu percubaan pertama Bollywood dalam genre seram.

Terpegun dengan permainan hantu yang mana kelibatnya nampak CGI tetapi masih mampu menyeramkan. Malah babak babak sesetengahnya memang menakutkan dan berjaya bermain dengan emosi.

Keseluruhannya, Ragini MMS sebuah thriller yang cukup menyeramkan. Filem yang begini mungkin membosankan pada sesetengah penonton, tetapi ianya memang berbaloi. Ditakutkan dengan kamera yang pegun, juga permainan audio video yang luar biasa adalah keistimewaan filem sebegini. A must watch film, for those who already watch Paranormal Activity and Rec!

4/5