Followers
Monday, September 12, 2011
Sunday, September 11, 2011
Bbuddah Hoga Tera Baap (2011)
Kehadiran Viju (Amitabh Bachchan) di kota Mumbai punya satu rencana rahsia. Dalam pada masa yang sama, satu kumpulan gangster sedang giat mengatur satu taktik untuk membunuh seorang anggota polis (Sonu Sood). Kehadiran Viju sebenarnya ada satu perkara tersembunyi yang tidak diketahui sesiapa. Sebuah synopsis simple untuk filem Bbuddah Hoga Tera Baap. Sebuah filem yang mengembalikan lagenda Amitabh Bachchan dalam role yang nampak luar biasa, khas untuk para peminatnya.
Aku yakin bahawa pengarah juga penerbit filem ini memang peminat tegar pelakon ini. Jelas di akhir filem ini, dilakar ucapan terima kasih untuk pelakon tersebut. Pada aku, Big B ini sememangnya pelakon yang sukar dicari ganti. Lenggok gayanya yang cukup sukar dicari, bakatnya yang luar biasa juga filemnya yang cukup hebat memang akan menjadi lagenda di industry Bollywood.
Bbuddah Hoga Tera Baap hanyalah sebuah pertunjukkan khas dari lagenda ini. Tak lebih dari itu. Kisahnya semata mata hanya untuk memberikan ruang untuk lagenda ini mempersembahkan sesuatu untuk para peminatnya. Dalam kata lain, file mini adalah hadiah Big B kepada peminatnya. Memang orang tua ini masih lagi macho dengan gaya donnya. Serius, pelakon ini masih boleh masuk ke dalam dunia bollywood generasi ketiga yang sudah lain banyak daripada zaman 90an dulu.
Menyukai muzik Go Meera Go yang begitu hebat. Go Meera Go merupakan lagu bergenre dance yang mana olahannya menggunakan lirik lagu Khaike Paan Banaraswala, sebuah lagu dari filem lakonan Big B, Don (yang mana sekarang sudah dilakonkan oleh SRK)
Kesuluruhannya, filem ini khas untuk peminat Amitabh Bachchan. Anda bakal mendapat satu hadiah istimewa daripadanya, iaitu persembahan bertenaga sepertimana anda menontonnya pada zaman mudanya dahulu.
3/5
TONTON MTV LAGU GO MEERA GO: http://addicted2hindi.blogspot.com/2011/09/go-meera-go-film-bbuddah-hoga-tera-baap.html
Saturday, September 10, 2011
Friday, September 9, 2011
Shaitan (2011)
Shaitan memang satu persembahan yang begitu hebat pada satu sisinya. Sisi lain, Shaitan adalah satu percubaan untuk memaparkan sesuatu anjakan dalam penghasilan filem di India. Shaitan sebenarnya adalah satu kemajuan pada segala aspek. Terpukau pada reality penghasilannya, Shaitan berada di barisan most-wanted in my collection. Walaupun kisahnya simple walaupun sukar dijangka, filem ini perlu diberi perhatian. Ianya adalah satu perubahan, sebuah inovasi, juga kebijaksanaan pembikin filem Bollywood dalam membikin seni sebegini.
Ilustrasi Shaitan adalah reality semasa. Kisah Shaitan mengisahkan lima remaja iaitu Amy [Kalki], Dash [Gulshan], KC [Shiv], Zubin [Neil] dan Tanya [Kirti] yang terpaksa melarikan diri kerana masalah yang mereka hadapi. Dalam satu malam, mereka terlibat dalam satu langgar lari dan demi untuk mengelakkan daripada ditangkap dan member masalah kepada keluarga, mereka cuba untuk merasuah seorang polis. Malangnya, semuanya jadi kacau bilau bila polis tersebut, Inspector Mathur [Rajeev Khandelwal] meminta sejumlah wang yang banyak untuk menyucikan kes tersebut. Idea tercipta!. Nah, mereka merancang untuk membuat penculikan rakannya sendiri sebagai satu umpan supaya keluarga mereka memberikan jumlah wang tersebut. Namun, semuanya jadi haru biru!...
Filem ini cukup cantik pada paparannya. Sinematografi yang disulam muzik skor oleh Ranjit Barot membentuk sekuen sekuen yang mencemaskan, ganas dan sesuai untuk paparan kekuatan ‘syaitan’ dalam siratan cerita ini. Kalki memang cute!
Keseluruhannya, Shaitan memang memukau. Thanks to contemporary style camera work, dengan thrilling dan hart-hitting content yang begitu menarik. Menonton filem ini, tidak akan muncul watak syaitan yang jelas kelihatan menari nari dalam lagu atau babak filem ini. Anda perlu memikirkan, apa syaitan boleh lakukan, jika kita sudah terperangkap dalam dunianya…
4/5
DOWNLOAD FILEM INI DI SINI: http://watchingmovieonline.blogspot.com/2011/09/shaitan-2011-dvdrip-hindi.html
Thursday, August 18, 2011
Thank You (2011)
Thank You memang hilarious, dan mengeletek hati. Dalam banyak banyak filem Akshay Kumar, Thank You antara yang menyerlah walaupun pelakon ini hanyalah berlakon sebagai ‘iblis baik’ yang cuba untuk membentuk huru hara dalam kehidupan setiap karakter dalam filem ini. Masih mengikut rentak komedi yang digerakkan melalui insiden insiden tak sengaja dan missconfusion, Thank You adalah sebuah kisah yang brilliant. Pada aku, lupakan pasal logik, dan berhibur sambil mengambil mesej dan iktibar dalam filem ini.
Daripada pengarah Anees Bazmee (filem sebelum ini bertajuk NO PROBLEM), juga diterbitkan Twinkle Khanna, Thank You sebenarnya lebih terarah kepada feminisme. Jujurnya aku melihat bahawa filem ini cuba mengatakan bahawa lelaki itu sebenarnya lebih berat kepada memberi masalah kepada wanita dalam perhubungan suami isteri. Bayangan perkataan ‘dog’ yang beberapa kali digunakan dalam filem ini untuk menggambarakan lelaki itu sudah jelas menerangkan maksud itu.
Namun, dari satu lagi sudut pandang, filem ini adalah kritikan rumah tangga yang amat berat tetapi dalam garapan yang ringan.
Raj (Bobby Deol), Vikram (Irrfan Khan) dan Yogi (Suniel Shetty) adalah sahabat baik juga bisnes partner. Mereka ini womanizer dan rahsia besarnya ialah, mereka semua sudah berkahwin! Hidup mereka sebenarnya cukup indah sebab mereka berjaya menipu isteri isteri mereka tentang kehidupan ‘miang’ diorang. Namun, lama kelamaan, Sanjana (Sonam Kapoor) si isteri kepada Raj mencurigai. Kishan (Akshay Kumar) diupah untuk menyiasat suaminya. Namun, apa terjadi bila suaminya juga pada masa yang sama telah mengupah Kishan untuk mengaburi mata isterinya dari kehidupan keduanya?
Sonam Kapoor antara gadis pretty yang memang menjadi factor untuk aku tonton filem ini. Gayanya dalah I Hate Luv Story masih ada baki baki. Walaupun kali ini tidak terlalu serius, tetapi alamak… cutenyerr.. Suniel Shetty, Akshay Kumar, Irfan dan Bobby Deol gandingan yang mantap.
Pritam hadir dengan trek yang mantap. Keseluruhan trek filem ini menarik. Pyar Mein, Razmia dengan kehadiran Mallika Sherawat juga trek Full Volume antara yang menarik untuk didengar.
Keseluruhannya, Thank You mungkin buat wanita wanita tersenyum sebab pemberatan ke arah feminisme. Sebuah filem kelakar yang menarik untuk tontonan semua. Tapi bagi suami suami, bersedialah untuk kena hentam dengan filem ni..
4/5
Tanu Weds Manu (2011)
Ceritera Tanu Weds Manu antara yang rasanya menarik untuk ditonton. Gaya romantiknya amat menarik. Gaya Madhavan dalam filem hindi begitu menawan ditambah dengan heroinnya, Kangana Ranaut yang begitu comel menggayakan sari. Jujurnya, Tanu Weds Manu adalah filem east-west love story yang menekankan tentang cinta yang begitu penuh dugaan dan cabaran. Keseluruhannya, Tanu Weds Manu cukup romantika, oh ya juga dengan tambahan antagonis Jimmy Shergill dengan penampilan yang luar biasa.
Terimalah sebuah kisah cinta Manu (R Madhavan) seorang doctor dari London yang pulang dari luar negara dan menyedari gadis gadis India sudah hilang aslinya. Terimalah juga heroin kita, si Tanu (Kangana Ranaut) yang sudah hilang budayanya. Kisah cinta yang luar biasa bermula apabila kahwin atur antara Manu dan Tanu ditolak oleh Tanu kerana sudah berpunya. Masa berjalan ke hadapan dan takdir mendekatkan mereka dan sejauh mana mereka cuba lari, cinta mengekori dan persoalannya, berjayakah Manu mendekati hati Tanu?
Kisah cinta Tanu Weds Manu pada pandangan aku sukar dijangka. Malah kehadiran Jimmy Shergill dalam role kejutan memang bukan berada dalam skop jangkaan aku. Bila intermission saja, masalah yang ditimbulkan makin besar dan jiwa Manu yang memberontak tetapi masih tenang sudah dapat dilihat. Tanu Weds Manu ada moment moment yang berjiwa. Sebuah filem romantic yang cukup masala.
Trek lagu menarik? Pada pandangan aku, Jugni yang ditayang semasa kredit tu pun sekadar biasa biasa saja. Walaupun gaya Kangana Ranaut itu cukup cantik dan hebat, lagunya tetap biasa saja.
Keseluruhannya, Tanu Weds Manu mengungkap tentang perubahan dunia kita yang kita tidak sedari. Dalam mencari keaslian itu, sukar sebenarnya. Apa yang paling baik adalah menerima saja apa yang ada dan berubah. Tanu Weds Manu best!
4/5
Subscribe to:
Posts (Atom)