Followers

Saturday, October 31, 2009

Love Story 2050 (2008)




Beberapa hari lalu, berkesempatan juga meluangkan masa menonton sebuah filem hindi yang bertajuk LOVE STORY 2050. Sebuah filem future time yg memang aku rasa first diterbitkan oleh Bollywood. Dilakonkan oleh Priyanka Chopra, dan pelakon yg kureng terkenal (pada aku) Harman Baweja. Cite ni mengisahkan tentang seorang lelaki yang alone, Karan yang bertemu dengan cinta pertamanya Sana. Malangnya cinta mereka tidak kekal lama apabila Sana terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Di sinilah, twist plot mula ambil alih.

Karan ada sorang pak cik yng pernah bekerja di Nasa, Uncle Ya (Boman Irani).. dan.. cube teka.. apa yg uncle Ya ni buat..?? dia invent time machine. Dan.. disebabkan cinta Karan, Uncle Ya dan Karan travel ke tahun 2050 dimana mumbai bukan seperti sekrang lagi. Pada tahun 2050 itu, seorang saintis jahat juga sedang berusaha merampas time machine uncle Ya. Cinta, aksi dan thriller versi baru Bollywood pon bermula..

Menonton Love Story 2050 bukanlah membuatkan mata aku terpukau.. jalan cerita basi yang rasanya sudah aku tonton dalam filem seperti Kaho Naa Pyaar Hai dan sebagainya. Topik reincarnation bukanlah satu topik yang janggal dalam binaan kerangka cite Bollywood. Even dahulu, Bollywood pernah menggandingkan Shahrukh Khan dan Salman Khan dalam filem Karan Arjun. Malah, baru2 ni pon, Om Shanti Om yang meletup lakonan SRK dan Deepika juga bertitik tolak dari reincarnation.

Namun, even LOVE STORY 2050 hanyalah cite tentang REINCARNATION, Harry Baweja cuba mempertaruhkan kebolehan anak anak muda India dalam menghasilkan special effect canggih dalam filem ini. Ternyata, LOVE STORY 2050 mempunyai kerangka basi tetapi mempunyai visual yang tidak pernah2 ditonjolkan dalam apa apa filem bollywood setakat masa ini.

Filem berkenaan time travel bukan satu yng sinonim di Bollywood. Aku melihat, Harry Baweja menyerapkan unsur filem2 Hollywood seperti filem The Time Machine, dan sedikit pengaruh aksi dari filem Ultraviolet yang dilakonkan oleh Milla Jovovich. Satu sentuhan 'celup'.. tapi, satu perkara yang penting, even 'celup', keberanian untuk menghasilkan satu filem yang sebegini rupa harus dipuji.

Taran Adarsh dalam bollywoodhungama.com menyatakan..
" On the whole, LOVE STORY 2050 rests on a thin plot and that would curtail its reach to a major extent. Disappointing!"

namun, pada aku.. LOVE STORY 2050 bukanlah mengecewakan sangat. Mungkin tujuan Harry hanya nk tunjukkan kebolehan Bollywood dalam menghasilkan filem sebegini. Itu saja.. dan plot itu sndri diabaikan sehinggakan kadangkala, pergerakan jalan cerita menjadi agak lambat lantaran penekanan yang lebih kepada babak2 yang memerlukan visual effect yang banyak.

Priyanka dan Harman biasa je.. Harman dilihat mimik kepada Hrithik Roshan. Priyanka dalam rambut colour2 hmm.. ok2.. dan memang oklah.. hehe..

Musik Anu Malik sederhana.. takde track yang menyengat. Tapi, aku simpulkan lagu2 tahap sederhana dan memang sesuai ngn storyline jer..

Visual tak perlu disangkal lagi.. effect yang setaraf hollywood satu premis yang menjadi perkara utama dlm cite ni. Babak mumbai tahun 2050 well depicted in the story. Superb..

Overall, LOVE STORY 2050 mempunyai cite basi.. dan kalau xde special effect yang superb.. xde masa aku berikan untuk filem ni..

2/5

Friday, October 23, 2009

Daddy Cool (2009)


First impression, Daddy Cool nampak seperti satu yg luar biasa.. dengan gubahan semula lagu top dari Boney M, Daddy Cool memang ingin menyerlahkan satu kelainan dalam filem ni...

Dibintangi Suniel Shetty, Aftab Shivdasani, Kim Sharma, Javed Jaffrey, dan Rajpal Yadav.. daddy cool mengisahkan tentang sehari dalam pengkebumian mendiang Douglas Lazarus. Steven (Suniel Shetty adalah sorang penulia baru yang cuba buat yg terbaik untuk ucapan hari pengkebumian tersebut, adiknya Brian (Ashish Choudry) pula sorang yg memang dah kaw kaw terkenal sbg penulis. Michael (Aftab Shivadasni) boyfrend si Maria (Tulip Joshi), gementar nk jumpa bapak mertua wannabe. Sedang dalam kegelisahan ni, mereka singgah kat rumah Harry (Chunky Pandey) aitu adik Maria. Harry ni drug addict. Tetibe je, ngn tak sengaja, Michael termakan pil khayal Harry dan apa lagi.. mula la jadi haru biru bila Michael 2 mabuk di majlis pengebumian 2. Slain itu, de byk g subplot yg masuk interfere dlm cite ni.. sukar jugak la aku nk cite satu persatu..

papepon, filem ni x la menepati citarasa aku.. ending yg di'twist' dengan sederhana.. kurang menyengat. Namun, aku salut kepada K Murali Mohan Rao kerana tampil ngn cite yg luar biasa ni...

Monday, October 12, 2009

Dil Bole Hadippa! (2009)


First impression tentang filem ni tak la menarik aku untuk tgk filem ni. Tapi bila aku melihat satu gabungan baru, Shahid Kapoor dan Rani Mukherjee.. satu tarikan ada di situ.. lagi satu, bila aku mendengar lagu Discowale Kisko dan main track tu.. tu jugak satu perkara yang menarik perhatian aku.. yerla.. Pritam tu.. hehehe.. ok.. ini bukan review yang betul2 profesional k.. hanya apa yang aku lihat dari kacamata aku sendiri tentang filem terbaru terbitan Yash Chopra ni...

Dil Bole Hadippa hanya sebuah filem fun dan hburan biasa yang pada masa yang sama menyelitkan tentang hubungan patriotik pakistan dan india.. ada simbolik tentang keamanan di sini.. apa yg aku nampak di sini, Dil Bole Hadippa cube masukkan bumbu keamanan dalam satu perlawanan persahabatan.. satu sukan.. iaitu kriket.. satu rencah untuk menguatkan kembali semangat patriotik dan kepentingan keamanan di India..
Impian, Veera, seorang wanita tradisional India adalah ingin menjadi seorang pemain kriket. kriket adalah dunianya. Pada masa yang sama, team India dan team Pakistan selalu mengadakan perlawanan persahabatan. Malangnya, team India memang selalu kalah. Ketua team india, mengupah anaknya, seorang pemain kriket yang memang giler punye popular di London. Atas dasar cinta dan sayang seorang anak kepada ayahnya, sanggup dia tinggalkan london dan datang mengajar pemain baru untuk lawan kriket ngn pakistan pada musim akan datang.Veera yang memang minat giler ngan kriket, mau masuk. Malangnya, dia wanita. Malangnya, dalam keterpaksaan. Veera menjadi Veer.
Kalau korang tgk.. cite ni ala2 cite She's The Man.. namun, kriket menjadi tunjng utama.. pape pon, xde pape yg spesel ngn filem ni... yang penting, filem ni hanyalah masala biasa.. xde pape yg spesel.. ok. namun, pe yang aku lihat, cinematography secantikVEER ZAARA.. memang betul betul rangoli...

Menyentuh ttg lakonan, Shahid Kapoor memang nampak kekuatan di situ..Rani dah makin seksi.. even dia lagi tua dari Shahid.. aku suke jugak cara Rani karakterize karakter seorang gadis kampung.. yang memang kuat agamanya.. dan.. mmm perfect la... Lagu paling aku suke.. Dil Bole Hadippa sndri.. Diskowale Kisko jugak satu track yang best... hmm.. tapi, Pritam tak la berjaya meng-create' satu track yang betul2 berbisa. Pada aku, hadippa sendiri hanya bergantung kepada video klip yang memang stylo dan rani yang seksi...

Overal, dil bole hadippa just biasa2 jer k.. hanya masala seala kadar.. filem komedi romantik yang biasa, namun atas pembaharuan.. filem ini mungkin boleh melangkah setapak ke depan...

Saturday, October 3, 2009

Jashnn (2009)




Jashnn is a story about a dream, a hope and world of love and romance. At first look, I never have any feels to watch this movie. Of course I know who The Bhatt’s are, the best in making such beautiful kind of drama in Bollywood. Jashnn does not contain such popular cast, it just lining up such a new name who I never heard before. With beautiful and very tuning up kind of song, Jashnn is a new modern age kind of love story.

A little synopsis of Jahnn..

Akash (Addhyayan Suman) wants to become a singer. That is his ambition that he wants to achieve in his life. He jobless and lives with his sister. One day, fate makes him meet the beautiful Sara. Unluckily, the truth reach the skin when the love blossoms up. Akash realize that Sara is the sister of an entrepreneur who before this married to his sister. With hate still remain, Akash dream seems to be imposible. Will he reach the top?

My comment…

Jashnn is good as a new-age love story. Overall, a salute to the Bhatt’s because narrating the story decently. Adhyayan Suman, for me is talented newcomer. Maybe I have missed some of his film, but I can say that he is very talented. I have read Taran Adarsh review and yes.. I agree with this scene that he listed:

  • Watch out for the tiff between Adhyayan and Humayun, when the latter abuses Shahana. The subsequent sequence, when Adhyayan apologises to Humayun at his office, is heart-breaking.
  • Here's another. Adhyayan and Shahana enter Anjana's party and the confrontation that ensues with Humayun there. Another master stroke!
  • Note another sequence. In the post-interval portions, Adhyayan's demo is rejected by the music company baron and his outburst at this point. It breaks your heart!
  • The same night, he takes refuge in drinks and even robs money from another guest at the hotel. What happens thereafter is astonishing.
  • In the climax, Adhyayan calls his sister on stage and makes her accept the trophy from Humayun. Clapworthy, but deeply emotional!

Overall, Jashnn is reflects of our dream. It is a mirror of our life. Watching Jashnn is just like watching a tv drama. For me, this kind of story will masala the world of Bolly who is now seems to focus lots on sexy and action kind of film. Remember, it is not easy to grab your own dream. - CIKGUMAN

Wednesday, September 30, 2009

Wanted (2009)








Selepas membaca review yang telah ditulis oleh Taran Adarh.. dan aku telah menonton cite ni... sempat jugak aku menganalisis dan mencari apa yang perlu direview...sudah sampai masanya utk aku pulak nk mereview filem WANTED dari pandang mata aku. Mungkin review ini agak bertentangan ngn Taran Adarsh. Namun, pedulikan.. aku x fikir yang dia akan baca review aku.. hehehe... ok.. mari kita mulakan...

Tidak ada yang special tentang Wanted. Pertama kali aku mendengar tajuk filem ini, aku fikir Bollywood akan cuba membuat satu remake filem Wanted yang pernah hit dari pengarah Russia yang dilakonkan oleh Angelina Jolie dan Morgan Freeman. Namun, sebenarnya, Wanted adalah filem yang mengambil cite Tamil bertajuk Pokiri yang diarahkan oleh pengarah yang sama. Aku fikir, kenapa ini berlaku kepada dioarng punye industri. Main copy2 mengcopy. Bek wat story baru . Duit masuk dan cite pon fresh.

Sedikit sinopsis tentang Wanted. Salman Khan memainkan watak seorang pembunuh upahan ataupon gangster bernama Ranvhe yang ditakuti oleh semua mafia. Kira the best of killer la ni. Ape saja yang mamfia2 soh wat, dia akan wat untuk duit. Namun, dalam masa yang sama, seorang wanita, Janvhe (Ayesha Takia) mula jatuh hati kat dia ni. Pada masa yang sama jugak, mafia India yang saling bertelagah Golden Gang or Data Pawle's Gang mahu mengupah dia ni utk berbunuhan. Namun, di sebalik Ranvhe yang ganas.. identiti sebenar Ranvhe tidak siapa tahu.

Filem ini penuh dengan over dose action sequence. Namun, dengan ada great effect pada sesetengah babak. Ditambah lak ngn editing yang cukup pantas.. Wanted bukanlah satu filem yang teruk.Pokiri, filem asalnya hit di dalam bahasa Tamil dan Telegu. Wanted juga mencatatkan sejarah begitu apabila berjaya mengalahkan Blue lakonan Akshay Kumar dalam carta.

Lagu Sajid Wajid ok2 jer.. dengan kehadiran Govinda dan Anil Kapoor dalam lagu Jalwa.. dan penampilan Ayesha Takia dalam lagu Love Me. namun, music soce memang best. Lagu yang amat sesuai dengan scene dan situasi.

Lakonan Salman.. memang macho style. Namun, aku compare Ranvhe dngn watak asal dalam filem Pokiri. dan watak dalam filem ni amat lah kureng.. namun, salman amat stylo dalam aksi gasak bergasak... ayesha takia hanya deliver lakonan yang biasa2 jer.. cukup ok.. namun, impak cukup kureng.. entah kenapa.. aku kurng dapat feel watak Janvhe itu.. watak Ranvhe pon.. huhu..

overall. wanted bukan filem untuk orang yang berfikiran terlalu logik. Ia sebuah filem yang hanya untuk penggemar filem fiksyen aksi yang overdose. namun, aku suke filem ni..

4/5

Monday, September 21, 2009

Luck (2009)




First impression aku tentang filem Luck... pertama, dengan xde saty lagu pon yang mampu menarik aku utk menonton filem ni... kedua, dengan promo yang sederhana, ketiga, dengan pelakon yang nampaknya kurang gah... Luck bukan di barisan pertama filem Bolywood yang akan aku tonton... Luck dibarisi pelakon-pelakon baru yang pada aku mungkin sesuai dengan filem2 sebegini sambil disokong olah aktor stylo dan macho Sanjay Dutt... malah aku cube jugak menonton filem ni dan... komen aku, ini filem banyak baik.. dan ini review aku...

Luck adalah filem terbitan Shree Astavinayak Limited yang diarahkan oleh Soham Shah, yang sebelum ini pernah hadir dengan filem Kaal yang diterbitkan oleh SRK. Luck diterbitkan oleh Dhilin Mehta yang sekarang sibuk promo filem Blue yang menampilkan Kylie Minogue dan dibarisi aktor dan aktres ternama bollywood. Luck menampilkan kisah yang boleh aku samakan filem ini dengan filem barat, THE CONDEMNED. Even jalan ceritanye bukan cilok filem Stone Cold tersebut, namun, perjalanan cerita itu ada nampak seprti itu.. hmm.. namun, satu percubaan yang bagus jugak buat Bollywood dalam membawa genre2 sebegini di dalam industri diorang.

Alkisah Luck mengisahkan tentang Karim Mousa (Sanjay Dutt) yang selalu bertaruh. Namun, dalam dunia mafia yang dia hidup, pertaruhan yang dijalankan menggunakan nyawa... mereka bertaruh atas nasib seseorang. Taamang (Danny Dengzongpa), orang kanan Mousa diarah merekrut beberapa orang pemain baru untuk satu pertaruhan baru yang dijalankan. Maka, hadirlah Ram (Imran Khan), Raghav, Ayesha, Shortcut dan Major Pratap Singh yang mempunyai latar belakang yang berbeza dan tujuan yang berlainan dalam merebut duit bernilai 20juta. Pemain2 akan bermain dengan kematian dan hanya takdir dan tuah yang akan menyebabkan mereka memenangi game ni.. pertaruhan dijalankan secara online dan menjana keuntungan buat Mousa...

kisah yang ala2 THE CONDEMNED.. overall. filem ini tampak gah dari visual. Setiap permainan yang mencabar direka dengan style.. aku suka game yang ada jerung 2.. cukup realistik.. game larian kat atas periuk api kat atas padang pasir 2 pon best.. nampak bahawa ada unsur Hollywood di situ... Cinematography high class.. scene Mousa berkonfrontasi ngn sorang gamer yang x nk main, cukup beautiful.

Music oleh Salim Sulaiman ada style... background score yang digarap dengan sentuhan irama padang pasir dan sedikit rock membuatkan perjalanan cerita tampak bergaya. Lgu Aasman yang menjadi title track sederhana.. namun pada masa yang tertentu, Aasman berjaya mewujudkan feel utk sesetengah scene..

Berkenaan dengan storyline, filem ni bermula dengan scene Mousa sndri yang main game of death ni.. dia sndri yang bertaruh utk dirinya. Jelas, permulaan filem ini akan menceritakan apa sebenarnya yang akan berlaku pada 2 jam 39 minit seterusnya. Then, gamer yang menjadi backbone dlm cite ni, Ram masuk.. kemudian.. hampir 45 minit ke dalam, barulah ada permulaan kepada game of death ni... namun, selepas 1 jam 30 minit, rentak filem menjadi sedikit perlahan lantaran berlakunya cinta tiga segi antara Ram dan Natasha dan Raghav.. filem ini juga sprti terhenti.. lantaran ada wujudnya persaabatan antara kelima2 watak gamer... Adegan last, pabila Mousa menculik Natasha sebagai permainan itu sndri.. dimana Ram perlu menyelamatkan dia utk memenangi game ni.. amat realistik..

Namun, beberapa scene ada jugak yang janggal. Scene pertama, shoot yang tidak realistik seperti scene adegan kretapi pada awal2 filem.. ada sedikit kejanggalan pada edting pabila train dalam setiap shoot bertukar2 tempat..... hmm.. scene last pon, padahal awal2 tgh bertarung ada api kat atas coil.. namun, entah cmne, xde ujan ribut, api 2 hilang cm2 jer.. siap leh main korek cari pistol lagi dalam arang 2.. x panas keeer??? hah.. lagi satu.. bila Shortcut kena gigit ngn ikan jerung... ikan 2 gigit kat pergelangan kaki jer.. tapi, entah cmne.. bleh la plak putus smpai dekat lutut.. huhuh..

huhu.. overal... lakonan Sanjay Dutt mantap.. aku mengharap lakonan dia sehebat filem Musafir, Kaante dan Plan.. dan sangkaan aku x meleset.. Imran Khan menampilkan persembahan yang sederhana.. Danny Denzongpa masih samar2.. aku x nampak karakternya dalam filem ni.. terumbang ambing.. siapa sebenarnya dia ni.. baik atau jahat...???

Luck memang out of track.. lain dari lain.. filem ni mungkin bukan masala biasa.. mana mungkin ada realiti game sebegini.. namun, filem ini menggambarkan pemikiran Bollywood yang semakin tinggi... dan mengambarkan bahawa mereka juga mampu membuat apa yang tidak ada di dunia.. reka apa saja.. dan Luck satu dari hasilnya...

4.5/5

DOWNLOAD FILEM INI DI SINI: http://watchingmovieonline.blogspot.com/2010/03/what-if-you-could-borrow-someones-luck.html

Friday, September 18, 2009

Kambakkht Ishq (2009)

Sekarang ni terlalu banyak filem yang dilakonkan oleh Akshay Kumar... Akshay Kumar seperti larissgt.. entah kenapa produser masih ambik dia utk blakon sedangkan filemyer sprti Chandni Chowk To China floop even mengetengahkan jalan cerita yang sedikit lain... aku terfikir.. ke sana Akshay, ke sini jugak Akshay.. mana g yang lain.. mungkinkah Akshay ni murah sgt..??? huhu.. pape pon, aku x nk ambil tau ttg 2.. ape yg aku nk review ini adalah tentang filem yang baru jugak.. yang telah direlease sebelum Akshay Kumar kembali dalam filem aksi... BLUE...

Kambakkht Ishq adalah sebuah buah tangan Sabbir Khan yang mengisahkan tentang dua dunia kerja yang berbeza.. Viraj Shergill (Akshay Kumar) seorang stuntman yang berjaya.. ada adik sorang nih yang sedang bercinta ngn seorang adik yang kakaknya bernama Bebo (Kareena Kapoor).. Bebo ni, seorang doktor yang pada masa yang sama menjadi pelakon... pada satu hari, sorang rakannya memberikan rantai jam yang berbunyi mantra perkahwinan dengan harapan dia akan mendapatkan jodoh... ditakdirkan, Viraj mengalami kemalangan di set disebabkan stress dek adik dia yang bermasalah ngn pasangannya. Dan... Bebo akan menjadi doktor yang akan membedahnya.

Kisahnya bermula... apabila jam tangan yang berbunyi mantra itu tertanggal sewaktu pembedahan dan tertanam di dalam perut Viraj. Maka, Bebo mula mencari jalan utk mendapatkan balik jam itu dengan pelbagai cara.

Review aku.. Kambakkht Ishq gah dari segi promosi.. pertama kali aku melihat promo lagu Om mangalam, filem itu aku rasa amat memberi impak yg hebat semasa aku menontonnya. malangnya, amat meleset dan terus meleset. Aku amat boring menonton filem ni... entah, gandingan Akshay dan Kareena amat sukar aku realitikan... bayangkan seorang stuntman yang berkerja utk produksi hollywood.... digandingkan dengan model.. mungkin pada aku, Sabbir Khan mahu menunjukkan kedua-dua dunia ini bertembung dan masalahnya... namun, cerita ini amat sukar utk masuk dlm otak... doktor yang menjadi pelakon???hmmm...

Namun, aku puji cinematographynyer.. kota Italy... dan set2 di studio2 memang superb.. aku kagum dengan scene dua kereta berpusing.. aku tau scene 2 sebenarnya adalah satu persembahan di sebuah taman tema di US.. namun, gempak jugak la bila ada olahan dan sedikit effect di situ..

Lagu pulak... pada aku.. Om Mangalam saja yang menarik utk didengar... yang sederhana pulak Bebo... lagu Bebo kira ok jugak la... yg len.. boleh blah jer...Set Om Mangalam amat superb... olahan cerita di dalam Om Mangalam amat sesuai dengan lirik.. tarian pon memang superb dan creative dude... Vokal RdB memang mantap..namun, amat janggal jugak ngn miming si Akshay... namun, x pela..

Kehadiran Sylvester Stallone satu perkara yang special ttg filem ni.. namun, scene 2 xdela penting sgt.. aku rasa, kalau scene 2 dipotong pon, tetap x ganggu storyline.. komen aku ttg first cameo Stallone dalam filem Bollywood, hmmm.. kira ok la... dia xla perlu feeling2.. mungkin Sajid nk orang tgk dia bergasak jer dlam filem ni.. slain 2, kehadiran Denise Richard jugak hanya untuk mengamatkan babak2 seksi dalam filem ni.. Denise lebih banyak berbikini daripada melahirkan dialogg2 dalam filem ni... slain 2, ada jugak kehadiran Holly Valance sbg penyampai anugrah...

Overall.. Kambakkht Ishq amat besar promosi.. namun, jalan cerita yang terlalu baru dan percubaan membina kerangka filem yang terlalu panjang, membuatkan filem ini (pada aku) amat boring. namun, aku rasa, filem ini dapt terselamat dan masih di hati aku disebabkan penangan Om Mangalam dan kehadiran aktor Stallone dan Denise Richard..

3/5

DOWNLOAD FILEM INI DI SINI: http://watchingmovieonline.blogspot.com/2010/03/kambakkht-ishq-explores-relationship.html

Karzzz (2008)

Karzzz... pada aku.. filem ni cukup skema dan tak patut meletup di panggung... Himesh Reshamiya yang selalunya berada di belakang tabir sebagai komposer mencuba utk menjadi seorang pelakon melalui filem keduanya ini... sebelum ni, sblm aku tgk KARZZZ, aku terfikir yang Karzzz ini adalah remake utk filem Karz yang dilakonkan oleh Sunny Deol. Namun, atas nama yang sama, Karzzz ini cuba memberi nafas baru dalam filem bergenre 'reincarnation'.

Karzz mengisahkan tentang reincarnation of Ravi Verma (Dino Morea).. Ravi telah ditipu leh bini dia, Princess Tina (Urmila Matondkar).. dan Ravi mati apabila kapal terbang terhempas. 15 tahun kemudian, seorang penyanyi terkenal Monty (Himesh Reshammiya) sedar yang dia adalah kelahiran semula Ravi. Menyedari hal ini, pe lagik, revenge la...

Komen aku.. into film ni cukup ok... scene Dino Morea dan Urmila amat ok.. adegan kapal terbang 2 memang ok.. ada bibit2 cemas di situ. Namun, bila susunan lagu terlalu banyak.. (mungkin Karz ini mengenakan tema muzikal)... dan lagu2 bukan menusuk kalbu sgt, filem ni start jadik boring. Namun, struktur cerita masih bergerak selamat. Cuma lagu itu sudah menjadi masa utk penonton rehat dan pergi bilik air...

Karzz mengingatkan aku kepada Om Shanti Om.. ada scene2 yang hampir sama... bila aku sedar cite ni ttg reincarnation... aku dah mula terfikir Karan Arjun dan Om Shanti Om... scene lagu kat atas pentas yang menceritakan cmne Ravi dibunuh.. mengingtkan aku ttg scene cmne SRK mengingatkan Arjun Rampal dalam Om Shanti Om... coincident??? hmm...

Adegan 25 minit last memang cantik. Adegan akhir digarap dengan style. Pertembungan Princess Tina dan Monty dalam pertarungan akhir amat superb. Aku suke adegan kapal terbang pada scene last. Even ada pertukaran shot yang memang janggal.. ok la.. boleh la.. hehe.. x kisah sgt..

Himesh Reshammiya cukup 'malu2 kucing'. Pe kes?? dia ni nk belakon ke just nk cakap.. tona dia lain ... namun, aku nampak dia sudah mula main ngn emosi bila sampai scene last.. 2 jer scene yang aku nampak dia 'feel' giler dalm hayati wtak..

Urmila biasa jer.. Danny Denzongpa cukup creative.. wataknya yang separa komedi tidak menghampakan... tapi, watak lelaki bisu 2.. huhu.. xde pon xpe.. ape kes, main tekan2 punat pas2 bleh plak bodyguard dia terjemah... x masuk akal...

music himesh dikuasai oleh Himesh sendiri.. semua lagu dinyanyikan dia sndri.. dan dicipta dia sndiri..

2/5

Kismat Konnection (2008)

Kismat Konnection is a story of love, fate and life. Sebenarnya, kisah ini adalah masala bollywood biasa. Namun, dengan pengolahan yg lebih berani, filem ini memang out of track la.. Alkisah tentang Raj (Shahid Kapoor), seorang yg amat berjaya dalam apa jugak bidang sewaktu di kolej dulu. Namun, apabila dia dah masuk ke alam remaja, dia rasa takdir dah mula bermain kotor ngnnya. Dia, yang kini seorang arkitek, susah tol nk dapat kontrak. Nasib malang menimpa-nimpa. Sehinggakan dia sndiri menyalahkan Tuhan atas nasib malang ini..

Satu hari nih, dia dpt tau ttg sorang tukang tilik ... Haseena Bano Jaan (Juhi Chawla).. lalu, utk ubah nasb, dia pon pegi.. dia dpt tau akan ada sorang manusia yg akan memberi tuah kepada hidupnya... siapa??

Dia ialah Priya (Vidya Balan)... sorang aktivis masyarakat... yg giat berusaha pertahankan rumah orang tua yang akan dirobohkan lantaran satu projek besar. Pada masa yang sama, Raj ini sedang berebut untuk mendapatkan projek besar ini, dari pengarah syarikat arkitek... dengan nasib malang yg dia miliki, usaha itu amat sukar...

Namun, Raj akhirnya sedar yang Priya itu adalah pembawa nasib baik dia.. ape lagi.. konflik r... cinta, kerjaya... cukup biasa bukan??

Hmm.. lagu .. still my favourite song composer.. Pritam.. yang besh.. dan masyuk punyer... disco style..

Namun, komen aku, sepanjang menonton cite ni selama 2 jam 30minit, cite dimulakan dgn baik.. then, bila ke tengah.. dah makin boring.. namun, storyline makin bergerak slow bila subplot makin diketepikan.. elemen komedi dah makin kurang... namun, emosi makin memuncak...

Vidya Balan.. hmm.. ook.. mmg sswai ngn karakter... even dia ni x secantik Katrina Kaif, Ayesha Takia mahupun Sameera Reddy.. lakonan dia stabil.. eh.. pandang dua tiga kali, comel gak Vidya nih... hehe... Shahid Kapoor pon stabil jer... payah nk komen sbb aku x pernah g tgk Vidya Balan berlakon.. Shahid Kapoor seingat aku, aku pernah tgk dlm cite FIDA.. ngn Fardeen Khan dan Kareena Kapoor..

Cinematography... biasa je.. xla superb sgt Kanada dari lensa... tapi, bila sampai lagu.. hah.. part ni yg awesome .. cukup cantik.. disco style punye lagu...

Overall.. 3.9/5