Followers

Saturday, June 18, 2011

Dum Maaro Dum (2011)


Abhishek Bachchan memang nampaknya sedang muncul dalam pelbagai filem sejak kebelakangan ini. Zaman Akshay Kumar mungkin sudah abis… mungkin. Dum Maaro Dum adalah sebuah lagi filem yang sempat aku tonton. Keseluruhannya, persembahan filem ini cukup sifat pasa seni sinematografinya yang cukup stylo, apatah lagi dengan bangganya filem ini memberikan twist yang nampak luar biasa. Pada awalnya, aku tak tertarik dengan filem ini, namun aku ambil kesempatan menonton juga kerana aku percaya filem ini bersesuaian dengan selera aku.

Dum Maaro Dum dibintangi Abhishek Bachchan, juga Bipasha Basu di barisan artis utama. Namun, Dum Maaro Dum seolah menyatakan bahawa ‘oo please, pelakon popular pun boleh mati maaa..’. Ya, file mini memberikan kebenaran untuk satu twist yang pastinya akan membuatkan penonton bakar panggung, tetapi rasanya konklusi tersebut bersesuaian dengan apa yang ingin disampaikan. Sejauh mana Dum Maaro Dum bergerak ke hadapan, aku sendiri mengharapkan sesuatu yang selalu penonton harap kan, namun ianya tidak akan ditemui….. percayalah!

Lorry adalah seorang student yang terdesak. Permohonannya ke university tidak mendapat kelulusan biasiswa. Akibat itu, akhirnya dia terjebak ke dalam kumpulan penyeludupan dadah. Kamath (Abhishek Bachchan) adalah polis yang cukup brutal dalam menyelesaikan kes dadah di Goa. Apa yang menjadi persoalan adalah siapa sebenarnya Barbossa. Kisah akhirnya menemukan dua insan ini, dalam sebuah twist yang cukup menarik.

Keseluruhannya, aku suka bahagian pertama filem ini. Permulaan kisah tiga karakter Lorry, Kamath dan Joki begitu menarik. Bahagian kedua, biasa biasa. Walaupun aku rasakan endingnya memang menggeramkan, tapi persembahannya tetap tidak mendukacitakan.

Apa yang menjadi nadi filem ini sudah tentu terletak pada persembahan filem ini. Beberapa element permainan kamera dan effect pertukaran masa yang begitu stylo menjadikan file mini unik dan cantik. Aku suka babak one syot bila Kamath menceroboh kawasan dadah yang berakhir dengan babak polis memotong saliran paip tangki kumbahan dan menapis dadah yang disembunyikan. Hebat! Abhishek Bachchan memang terbaik. Aku akui persembahannya memang tidak mendukacitakan. Malangnya Bipasha tenggelam dan tidak begitu dinaikkan dalam filem ini walaupun namanya berada di turutan kedua kredit awal filem.

Apapun, Dum Maaro Dum tetap menampilkan muzik Pritam yang hebat. Track Dum Maaro Dum hasil gubahan Pritam dengan penampilan khas Deepika Padukone memang seksi dan sedap didengar. Oh ya, Abhishek Bachchan pun rapping gak dalam satu lagu. Nak gelak aku dengar, but it’s nice la… sedap jugak!

Dum Maaro Dum, pada pandangan aku sebuah filem yang bercakap tentang isu yang biasa tetapi dipersembahkan dengan cara berbeza. Twistnya, aksinya memang luar biasa. Tetapi bagi yang mahu menyaksikan sebuah romantika, filem ini bukan untuk anda. Keseluruhannya, Dum Maaro Dum menjanjikan sebuah thrill yang menarik dan pengakhiran yang memang buat korang nak bakar panggung, percayalah!

4/5

Thursday, June 2, 2011

Zokkomon (2011)


Apa yang lebih sikit ada pada filem hindi ini, ternyata pada permulaannya. jangan terkejut kerana ini adalah filem terbitan produksi Walt Disney. Ya, company yang buat filem Mickey Mouse tu la. Percayalah bahawa Zokkomon sebenarnya adalah filem Hindi terbitan produksi animasi terbesar Hollywood itu. Dengan kepercayaan yang dimiliki, aku harap menonton Zokkomon mampu memberikan energi baru dalam sinema filem Bollywood.

Zokkomon bukan superhero dewasa. Malah, villainnya juga bukanlah sehebat villain yang dilawan oleh superman, batman mahupun apa saja man yang ada di dunia. Zokkomon sebenarnya adalah jiwa kita. Sebuah identiti yang dibentuk untuk memberikan satu keyakinan kepada kanak kanak bahawa mereka mampu melakukan apa saja dan tidak mudah ditindas.

Zokkomon mengisahkan tentang seorang budak lelaki yatim yang dikenali sebagai Kunal. Pada suatu hari, pak ciknya mengambilnya untuk tinggal di rumahnya. Tetapi, di sebalik kebaikan pak ciknya, ada niat jahat yang tersembunyi. Kunal, pada suatu hari ditinggalkan di fun fair dan dikhabarkan sudah mati oleh pak ciknya kepada penduduk kampung. Namun, Kunal berjaya mencari jalan pulang dan penduduk mempercayainya ia adalah hantu. Kunal menyorok di sebuah rumah lama dan menemui seorang saintis yang dipulau. Maka, disini bermulalah adventure Zokkomon!

Keseluruhannya, Zokkomon mengecewakan pada aspek plotnya. Wataknya terlalu simple untuk kewujudan satu karakter superhero yang kompleks. Serius filem ini membosankan! Mesejnya ada, semestinya wajib bagi sebuah filem kanak kanak dan terbitan Walt Disney!

Namun, dari satu aspek lain, Zokkomon ada satu perkara kesempurnaan yang luar biasa. Apa lagi kalau sudah mendapat sentuhan Walt Disney, tentulah aspek CGInya menarik. Ada babak babak dalam filem ini ditangani dengan berkesan dengan bantuan CGI. Babak kemunculan Zokkomon setiap kali juga babak Zokkomon terbang dan beraksi adalah antara aspek yang patut dilihat dalam filem ini.

Taree Zameen Par, itulah filem pertama yang memperkenalkan kita kepada Darsheel Safary. Pelakon cilik ini memang terbaik. Malangnya, filem ini terlalu lemah untuk sebuah penghidupan watak superhero. Muzik Shankar Ehsan Loy pun tak menarik. Apapun, Zokkomon sebuah permulaan untuk filem hindi dalam arena Hollywood. Permulaan untuk evolusi filem filem superhero!

2/5

DOWNLOAD FILEM INI DI SINI: http://watchingmovieonline.blogspot.com/2011/06/zokkomon-2011-dvdrip-hindi.html

Wednesday, May 25, 2011

Game (2011)


Perkara yang membuatkan aku mahu menonton filem Farhan Akhtar (selaku penerbit) dan arahan Abhinay Deo ini adalah kerana ianya adalah terbitan Excel Entertainment, sebuah produksi yang membawakan filem brilliant Don beberapa tahun lalu. Dalam masa terdekat, Don 2 bakal direlease menyaksikan Shah Rukh Khan kembali dalam twist mafia yang memang mantap dan menyengat. Game bukan sebuah filem aksi, tetapi ianya sebuah thriller yang sebenarnya indah pada tajuk tetapi tidak pada ceritanya.

Dibintangi Abhishek Bachchan dan supermodel seksi Kangna Ranaut di barisan pemain utama, Game sebenarnya ada identity. Game pada awalnya nampak menarik. Kisahnya mengisahkan seorang jutawan, kabir Malhotra yang merekrut empat orang asing (lakonan Abhishek, Jimmy Shergill, Boman Irani dan Ghauhar Khan) untuk bermain satu game yang bakal membuatkan mereka kaya. Permainan akhirnya tergendala kerana Kabir Malhotra ditemui mati dengan surat wasiatnya dibakar. Kisah akhirnya beralih kepada flashback Abhishek serta siapa Neil Menon (Abhishek) dan kenapa lelaki ini begitu taksub dengan kematian Kabir Malhotra.

Jujurnya, filem ini memang indah pada visual. Aku menyukai sinematografy yang begitu indah dan santai. Tidak terlalu keterlaluan, dan tidak terlalu main main. Suka suasana Istanbul, itu antara yang begitu cantik dan amazing. Muzik Shankar Ehsan Loy menarik. Memang sebuah lagu cha cha mixed with Arabian string memang mantap. Patut dengar trek Mehki Mehki yang begitu slow tetapi menarik. Plotnya aku rasakan biasa saja. Twist selepas interval tak begitu menjadi. Teka teki cliché tetapi endingnya ada perancangan yang cantik.

Keseluruhannya, filem ini patut ditonton buat penggemar thriller filem Bollywood. Sebuah filem generasi ketiga yang begitu Hollywood. Itupun jika anda menggemari sebuah filem Bolly lakonan Amitabh Bachchan yang pada aku, memang stylo macam bapak dia dulu…

3/5

Thursday, March 17, 2011

Dil Toh Baccha Hai Ji (2011)



Nak kata filem humor pun tak, serius pun tak nampak. Romantik pun samar samar. Apa yang Dil To Baccha Hai Ji mahu sampaikan? Hmmm... sekali pandang nampak kosong. Permulaannya terlalu kosong dan tak ada rentak. Tak ada klu dan tiba tiba, tiga manusia dari berlainan latar belakang bergabung membentuk tiga subplot cinta yang berbeza dari tema dan saiz namun berlaku serentak yang mengakibatkan emosi setiap perlakuan ditonjol dalam tiga cara berbeza. Apa yang unik pasal Dil To Baccha Hai Ji ini bukan pada kisah cintanya, tetapi pada alunan dramanya yang menyingkap tiga efek cinta dari tiga pandangan. Madhur B Bhandarkar kali ini cuba bermain ala ala Tere Bin Laden (sebuah filem hindi tentang ‘Osama’), kisah reality dengan sentuhan duri duri halus yang menikam sedikit para penonton, namun boleh berhibur dengan kesakitan tersebut.

Kisah bermula dengan Naren (Ajay Devgan) yang sedang menghadapi konflik rumah tangga. Disebabkan stress, dia yang tinggal keseorangan akhirnya mencari housemate. Maka datanglah Abhay (Emraan Hashmi) seorang playboy a.k.a anak ikan, dan Milind (Omi Vaidya) pemuisi puitis. Kisah akhirnya terbelah kepada tiga apabila Naren jatuh cinta kepada June (Shazahn Padamsee) iaitu pekerja di pejabatnya, Milind pula menggilai Gunjan (Shraddha Das), dan Abhay jatuh cinta kepada anak kepada sugar mummynya sendiri, Nikki. Karakter reality dalam sentuhan berselangseli setiap ceritanya.

Keseluruhannya, plot bermain dengan penuh reality. Jadugari antara trek yang segar. Menyukai rentak cerita Ajay Devgan. Ternyata tuanya bukan penghalang. Emran Hashmi biasa. Omi Vaidya nampak kureng sket pada awal2 namun aku akhirnya dapat rentaknya. Sebuah filem yang nampak sederhana berat kerana ianya reality tentang cinta, putus cinta, dan kembalinya cinta. Sebuah putaran kehidupan yang memang selalu terjadi dalam hidup. Realitinya, kisah ini lebih berat menyatakan bahawa lelaki itu sebenarnya tidak pernah berubah kerana cinta tetapi cinta itu berubah kerana mereka.
3/5

Tuesday, March 1, 2011

Tees Maar Khan (2010)


Fuh, karya ketiga Farah Khan (selepas Main Hoon Na dan Om Shanti Om). Ternyata koreografer terkenal Bolly ini nampaknya sudah tahu menghasilkan filem berkualiti (pada awalnya dibantu rakannya, juga pengarah Karan Johar). Tees Maar Khan nampaknya komedi yang cukup menarik. Walaupun ianya adalah komedi yang cuba mengkritik industri perfileman (hampir sama seperti idea Om Shanti Om), Tees Maar Khan meyakinkan. Ideanya superb. Memang mega lawak, mega filem dan mega dalam segala galanya. Apa yang penting kali ini, Farah Khan bertindak sebagai koreografer tarian juga pada masa yang sama pengarah lakon.

Jika Om Shanti Om lebih klasik, Tees Mar Khan nampak lebih kepada komedi slapstick yang fiksyen. Mengisahkan Tees Maar Khan, pencuri ala ala Robin Hood yang paling digeruni kerana kebijakannya melepaskan diri daripada pihak polis. Rancangan TMK kali ini adalah untuk menyeludub barang antic kerajaan India atas arahan Johri Bersaudara yang akan dipindahkan dari satu kawasan rahsia dan melalui sebuah perkampungan terpencil menggunakan keretapi khas. TMK yang bijak akhirnya merekrut seorang pelakon gila award dan adiknya Anya (Katrina Kaif) dan merancang untuk rompakan terbesar ini. Apa yang terjadi adalah sesuatu yang istimewa, hanya di Tees Maar Khan.

Keseluruhannya, Tees Maar Khan beautiful pada first half. Impak komedinya menjadi. Aku suka karakter Johri Bersaudara yang very cantik dialongnya. Namun, second half (adegan subplot hantu tanpa kepala dan seterusnya) nampak sedikit kacau bilau. Tetapi, adegan heist yang memang kreatif nampak menyelamatkan keadaan. Visual memukau. Muzik Vishal Shekar menakjubkan. ‘Sheila Ki Jawani’ is a very naughty track. Love to watch the sexy Katrina Kaif. Masyuk!!! Apapun, keseluhannya muzik file mini begitu catchy. Title track Tees Maar Khan pun kreatif. Keseluruhannya, lagu filem ini baik.

Apa yang aku suka tentang Farah Khan adalah penghormatannya kepada aktor veteran dalam semua filemnya. Dalam filem ini korang akan dapat lihat cameo khas dari Salman Khan. Di akhir filem, seperti biasa dalam Main Hoon Na dan Om Shanti Om, semua kru diberi peluang untuk masuk dalam filem. Satu perkara yang aku puji kerana tidak ada lagi filem yang meletakkan hampir 15 minit untuk satu sesi kredit yang tak penting pun untuk keuntungan wayang. Apapun, Tees Maar Khan berbaloi untuk ditonton. Lakonan Akshay Kumar yang antara terbaik.
4/5

Thursday, February 24, 2011

No One Killed Jessica (2011)


Rani Mukherjee dalam role serius. OMG, she's talking shit! What the f, F.O bla bla bla.. Itu antara word yang diucapkan oleh pelakon garau ni dalam filem No One Killed Jessica. Full of realiti, this film a movie based on real life issue. Sebelum menonton, aku tidaklah menyangka apa apa dari filem ini. Aku bukanlah penggemar filem courtroom. Namun, aku tonton kerana adanya Rani Mukherjee dan Vidya Balan yang antara yang memberikan persembahan menarik dalam filem ini. Overall, No One Kill Jessica nampak cuba mengaut realiti, dan serius ianya nampak terbaik....

First half nampak kurang memberi apa apa makna. Cuma cukup sekadar untuk mengetahui siapa Jessica sebenarnya dan apa perkaitannya dengan tajuk. Siapa sebenarnya pembunuh kepada gadis innocent ini? Sebelum itu, kisahnya begini. Pada tahun 1999, seorang model juga pekerja di bar ditembak mati kerana tidak mahu menyediakan minuman kepada seorang pelanggan bernama Mahesh. Disebabkan Mahesh tersebut anak kepada politician terkenal, politik memayungi kes ini kes ini. 300 saksi dirasuah bapa Mahesh dan kes mahkamah ini bukan satu perkara mudah apabila kenyataan saksi mula mencelarukan keadaan. Kes berlanjutan ke taahun 2006 dimana Meera (Rani Mukherjee), seorang wartawan masuk campur dan mendedahkan siapa sebenarnya pembunuh Jessica.

Second half menarik. Bila masuk saja watak Meera lakonan Rani Mukherjee dalam plot utama, filem jadi menarik. Even sebenarnya filem ni bukanlah membawakan Rani Mukherjee sebagai teraju utama (Vidya Balan adalah teraju utama), nampaknya impak Rani membungakan filem ni. Keseluruhannya, aku suka dialog filem ni. Very catchy dan menarik terutamanya sekali watak Meera. Nampak begitu tomboi dengan ayat ayat kasar. Apapun, No One Killed Jessica sebuah courtroom drama yang cuba memberitahu tentang satu lagi realiti politik dan rasuah. Satu lagi tema cliche, tetapi kali ini dalam versi adaptasi realiti.

3/5

Sunday, February 20, 2011

Kaalo (2010)


Kaalo ada bumbu The Hills Have Eyes, juga sedikit idea Tremors dan Jeepers Creepers. Campuran tiga filem ini akhirnya membentuk satu karakter pembunuh ngeri juga ahli sihir purbakala yang tinggal di kawasan Kulbhata. Pertama, harus diingat bahawa Kaalo tidak membawa sebarang muka feymes dan dikenali. Malah, heroinnya juga tak terlalu seksi seperti Katrina Kaif. Heronya juga entah apa apa. Tetapi, Kaalo nampaknya satu lagi percubaan, Wilson Louis (selepas Mallika) yang kononnya nak memperbaharui tema cerita Bollywood.

Kaalo mengisahkan sekumpulan penumpang bas yang terperangkap di kawasan Kulbhata apabila pemandu bas memilih jalan pintas itu sebagai alternatif perjalanan sebab jalan asalnya rosak. Kulbhata adalah kawasan tinggal dimana Kaalo tinggal. Melalui Kulbhata bermakna melalui maut. Maka bermula pemburuan Kaalo dengan mangsa barunya.

Keseluruhannya, aku suka permulaan filem ini. Babak introduction filem ini nampak ada standard. Animasi semasa kredit permulaan pun baik. Namun, masuk first half, filem ini nampak sedikit membosankan, juga sedikit kurang cerdik. Pintasan pintasan Kaalo yang mengintai pemandu pemandu bas nampaknya kurang logic. Cukup mendukacitakan bagaimana Kaalo yang terbang di udara tanpa ada halangan tidak dapat dilihat oleh penumpang bas yang berada di tengah gurun panas. Seriously, watak Kaalo (pada aku) patut mempunyai kebolehan berjalan di atas tanah (membunuh seperti Jeepers Creepers) dan menyelinap dalam tanah (macam Tremors). Cukup! Aksi terbang baik, tetapi cukup tak logic. Please! Babak finale, menarik. Cantik!

Lakonan semuanya ok ok. Ada yang terover. Ada yang biasa biasa. Kaalo menarik bagi yang mahukan genre Hollywood ini dalam versi Bollywood. Garapan 1 jam 20 minit ini nampaknya taklah teruk sangat. Namun, banyak improvisasi dari aspek logik (terutamanya watak Kaalo) perlu diperkemaskan.

2.5/5

Friday, February 18, 2011

Band Baaja Baaraat (2010)


Masih hairan kenapa aku lihat sekarang ni banyak produser Bollywood menampilkan muka jantan jantan macho yang terlalu poyo. Mungkin wajah sebegini laris di kalangan penggila filem terutamanya wanita. Sampai aku fikirkan, inikah pengganti Salman Khan, Aamir Khan, ataupun Shah Rukh kan (yang sibuk dengan Don 2 pada masa artikel ini ditulis yang menjalani penggambaran di Malaysia). Muka poyo macam ni rasanya boleh pakai untuk filem romantik je kot. Habis tu, legasi filem aksi bollywood nak letak mana? Shah Rukh Khan dan Hrithik Roshan akan ke kubur jugak (in other word, mati). Siapakah bakal pelakon tubuh sasa yang bakal menyampaikan adegan aksi aksi lasak yang best tu. Hmm.. apapun, berkesempatan menonton Band Baaja Baaraat, sebuah lagi filem yang memperkenalkan aktor terbaru kelahiran Bollywood.

Anushka Sharma, itu adalah sebab kenapa filem ini aku tonton. Fuh, ini jelitawan bollywood masa kini yang sebaris dengan Sonam Kapoor (wanita jelita I Hate Luv Storys). Pertama, aku memang menyukai lakonannya dalam Rab Ne Bana Di Jodi (bersama SRK), dan walaupun belum berkesempatan menonton filem Badmaash Company (bersama Shahid Kapoor), aku rasa Anushka memang cukup comel. Ok. Hentikan bercakap pasal Anushka Sharma, sebab ini bukan review tentang dirinya, ini pasal Band Baaja Baraat.

Band Baaja Baaraat kisah cinta biasa, semestinya. Tetapi dengan aproach yang berbeza (walaupun hanya sedikit saja), filem ini nampaknya menarik buat aku. Kisahnya tentang seorang wanita bernama Shruti (Anushka Sharma) yang bercita-cita mahu menjadi wedding planner dan seorang lelaki Bittoo (Ranveer Singh) yang hadir dalam impian Shruti. Shruti egois dan tak suka mencampur aduk hal cinta, persahabatan dan bisnes. Namun, Bittoo (yang menolongnya mendapatkan tender) cuba untuk mencari cinta Shruti. Ditakdirkan mereka menjadi partner perniagaan dan dengan usaha duo ini, Shaadi Mubarak menjadi terkenal. Namun, Shruti yang rebah dengan cinta Bittoo kini terhalang dengan peraturannya sendiri, cinta dan bisnes adalah dua perkara berbeza.

Keseluruhannya, style novel filem ini menarik. Filem ni nampak cukup romantika, rencahnya cukup rasa, lagunya begi melodious dan babaknya cukup fantastik. Namun, fasa pertama filem ini (sebelum Intermission) nampak luar biasa. Aku suka first half yang nampaknya sukar dijangkakan, begitu fresh dan menarik. Cuma pada permulaan second half (selepas Intermission) aku rasa filem ni kembali sebentar ke plot cliche sebelum kembali kembali dengan impak asal before ending. Oh ya, bercakap pasal ending, endingnya cukup mendukacitakan. Walaupun aku tersenyum melihat endingnya yang sebegitu, tetapi commonlah.. ending tu sudah banyak ada sekarang dalam filem Hindi. Gaduh gaduh kemudian akhirnya bertemu di satu tempat sunyi, dan lafaz 'i luv u'. Terlalu cliche sangat, tetapi okla.. not to bad..

Lagu Salim - Sulaiman terbaik. Elemen bhangra yang mengasyikkan dengan rencah moden membuatkan Ainvayi Ainvayi terlalu sedap untuk diulang ulang. Keseluruhannya, muzik filem ini semuanya sedap didengar. Skor muziknya pun enak.

Bercakap pasal lakonan, Anushka Sharma memang talented. Namun, aku nampak macam karakter egonya down sangat sangat di tengah filem sebelum naik kembali pada akhir filem. Ranveer Singh pula, sebagai orang baru memulakan filem ini dengan sangatlah K.O. Pada awalnya, aku sendiri kurang meyakini karakter Bittoo ini. Namun, semakin lama semakin ke tengah filem, Bittoo jelas dan mantap lakonannya. Apapun, nice try Ranveer..

Sebuah filem yang cukup menarik buat penggemar romantika hindustani. Punya kekuatan untuk buat penonton tersenyum menyaksikan dua jiwa yang berlainan pendapat membentuk satu kisah cinta yang cukup hebat. Sebuah lagi I Hate Luv Storys, namun rasanya tak salah kalau rangkanya hampir sama, tetapi isinya sedikit berbeza.

3.5/5

Saturday, February 12, 2011

Toonpur Ka Superrhero (2010)


Aku sebenarnya kagum dengan Ajay Devgan dan pasangannya Kajol yang rasanya bahagia bersama. Cantik bergandingan dalam semua filem filem, mereka antara pujaan aku (teringat bagaimana Dil Kya Kare menjadi siulan zaman 90an dahulu). Duo ini masih ada kekuatan sejak filem U Me Aur Hum nampaknya cukup baik dan begitu menyentuh hati. Belum menonton We Are Family (filem Kajol tanpa Ajay Devgan), tapi aku yakin bahawa lakonan Kajol (semejak popularity Kuch Kuch Hota Hai dan Kabhie Khushi Kabhi Gham) masih ada bisa yang membuatkan dia masih berdiri megah. Berkesempatan menonton Toonpur Ka Superhero ataupun dalam bahasa Melayunya adalah Wira Toonpur. Satu filem yang begitu hebat sebenarnya, sehinggakan aku sendiri tidak mampu bagaimana aku mahu tulis dengan kata kata.

Toonpur Ka Superhero bukan filem biasa (teringat jugak aku pada filem Raju Chacha) . Tabik kepada pengarah Kireet Kuraana. Filem ini cuba menggunakan teknologi animasi 3D (di Malaysia, sudah ada Upin dan Ipin), satu usaha yang masih baru di Asia tetapi nampaknya makin berkembang pesat. Beberapa tahun sudah, Bollywood sebenarnya sudah mengeluarkan beberapa produk animasi tetapi tidaklah begitu dikenali ramai. Namun, Toonpur Ka Superhero adalah next step of Bollywood evolution apabila dua karakter dunia reality (Ajay Devgan dan Kajol) menjadi karakter dunia sebenar dalam dunia animasi. Idea yang cukup menarik, tetapi tak ramai yang berani mencuba. Almaklumlah, menarik penonton kanak kanak bukannya semudah menarik penonton dewasa.

Toonpur merujuk kepada sebuah kawasan fiksyen yang dihuni oleh pelbagai spesies kartun. Masalah terjadi di Toonpur apabila ada satu pihak memecahbelahkan dunia Toonpur sehinggakan wujud puak baik yang dikenali sebagai Devtoons dan puak jahat, Toonasur. Bolly dari Devtoon, yang mana peminat Aditya (Ajay Devgan), pelakon filem dari real life world mencadangkan supaya Aditya ditarik dari dunia sebenar ke dunia kartun untuk menyelesaikan pertelingkahan ini. Maka mula pengembaraan yang cukup fantastic dan menghiburkan.

Filem ini superb. OMG!. Aku cukup terpukau dengan ketelitian CGI yang digunakan. Animasi dan real life character bercantum dengan baik sekali. Dialognya menarik, melucukan dan menghiburkan. Toonpur Ka Superhero memang satu kelainan dari Ajay Devgan dan Kajol dan pada aku, ianya berhasil untuk menghiburkan pelbagai golongan masyarakat. Keseluruhannya, lakonan dalam filem separa animasi ini sudah tentu didominasi oleh Ajay Devgan (yela, dah semua watak kartun), even Kajol akhirnya masuk ke dunia animasi itu atas sebab musabab yang rahasia (tengok sendiri ler!)

Ada adegan adegan yang menarik untuk dinilai. Antaranya yang paling menarik apabila Aditya bermain game untuk menumpaskan Toonasur. Gambaran markah di atas kanan dan kiri visual nampaknya begitu teliti, seolah olah permainan game sebenar. Adegan ni sebenarnya pernah dicuba sebelum ini dalam filem Raama – The Saviour. Namun, filem ini membawakan adegan ‘game’ yang lebih teliti dari filem Raama – The Saviour. Adegan sewaktu Aditya mahu minta tongkat sakti dari Rubdoot (kira macam malaikat maut dunia kartun la.. dia ni orang yang akan mengambil nyawa kartun dengan menggunakan pemadam yang ada di tongkat ajaibnya) jugak menarik. Lawak juga bila motor Rubdoot macam Ghost Rider punya daa..

Musik Anu Malik amatlah superb. Trek Let’s Go To Toonpur antara yang cukup menarik untuk didengar. Lagu yang mengingatkan aku kepada kumpulan Vengaboys. Terkejut juga sebab tak menyangkakan pemuzik yang sudah lama hilang (pada pendengaran aku saja) berjaya menghasilkan trek yang cukup menarik dan kena pada zaman. Tahniah! Congrates! Toonpur Ka Superhero memang sesuai untuk seisi keluarga, boleh buat anda tersenyum, gembira, dan berfantasi dalam khayalan. Mungkin kita sudah sebati dengan animasi Hollywood, namun cuba ambil kesempatan menonton idea animasi orang India yang nampaknya sudah makin berjaya. Come on Malaysia, satu Upin & Ipin tak cukup! We Want More!
4.5/5

Friday, February 11, 2011

Benny & Babloo (2010)

Rajpal Yadav sekali lagi sebagai pelakon utama dengan tambahan bahan kimia, Kay Kay Menon dalam filem Benny & Babloo. Nampak macam tajuk Tom & Jerry kan? Tak pun Laila & Majnun. Hmm.. berkesempatan habiskan masa sebentar menonton filem kritikan realiti ini. First impression aku, Benny & Babloo diharap memberi satu perjalanan menonton filem yang indah. Tetapi malangnya, aku masih mencari dimana sebenarnya point point yang buat aku tersenyum. Tetapi aku sedar, selesai saja menonton filem ini, aku tahu Benny & Babloo ada sesuatu. Ada sesuatu yang ingin disampaikan, sebuah kritikan masyarakat, juga isu yang nampak berat tetapi tidak disedari masyarakat.

Benny & Babloo merupakan dua orang lelaki, bersahabat baik yang lurus dan baik hati. Namun, sebab kelurusan mereka ini, mereka dipecat oleh tauke warung selepas satu insiden. Bermula dari sini, Benny & Babloo mencari kerjanya sendiri, Untung Benny bermula apabila dia diterima untuk bekerja di hotel lima bintang sebagai bell boy. Kesian si Babloo, dia pula hanya mendapat kerja sbagai waiter di ladies bar. Sedang si Babloo merasakan hidup five starnya indah dari sahabatnya, lama kelamaan keindahan itu mula bertukar jadi kejutan apabila Benny mengetahui bahawa rasuah, pelacuran dan tipu menipu adalah perkara realiti orang atasan. Babloo pula sebaliknya mula merasakan hidupnya sebagai waiter yang low class dihargai apabila dia menyedari kehidupan ladies bar bukanlah sesuatu yang hina.

Secara amnya, filem ini cuba membawa realiti yang cuba menyatakan bahawa orang yang jahat itu tak semestinya jahat dan orang yang baik itu tak semestinya baik. Apa yang jelas, sebuah persahabatan terpapar jelas dalam filem ini, dan aku menyukai gandingan Kay Kay & Rajpal. Komedinya tak terlalu tinggi, cukup sekadar untuk buat penonton tersenyum. Sederhana pada dialog dan lagu, filem ini ada juga babak yang menyentuh hati. Aku suka babak courtroom sewaktu Benny & Babloo ditangkap selepas satu insiden. Keseluruhannya, Benny & Babloo adalah sebuah filem yang sederhana tanpa pelakon yang popular. Usah impikan Sonam Kapoor mahupun Imran Hashmi dalam filem ini. Tetapi, filem ini mahu berkata tentang sesuatu. Itu yang aku mampu beritahu.

2.5/5