Followers

Thursday, August 18, 2011

Thank You (2011)


Thank You memang hilarious, dan mengeletek hati. Dalam banyak banyak filem Akshay Kumar, Thank You antara yang menyerlah walaupun pelakon ini hanyalah berlakon sebagai ‘iblis baik’ yang cuba untuk membentuk huru hara dalam kehidupan setiap karakter dalam filem ini. Masih mengikut rentak komedi yang digerakkan melalui insiden insiden tak sengaja dan missconfusion, Thank You adalah sebuah kisah yang brilliant. Pada aku, lupakan pasal logik, dan berhibur sambil mengambil mesej dan iktibar dalam filem ini.

Daripada pengarah Anees Bazmee (filem sebelum ini bertajuk NO PROBLEM), juga diterbitkan Twinkle Khanna, Thank You sebenarnya lebih terarah kepada feminisme. Jujurnya aku melihat bahawa filem ini cuba mengatakan bahawa lelaki itu sebenarnya lebih berat kepada memberi masalah kepada wanita dalam perhubungan suami isteri. Bayangan perkataan ‘dog’ yang beberapa kali digunakan dalam filem ini untuk menggambarakan lelaki itu sudah jelas menerangkan maksud itu.

Namun, dari satu lagi sudut pandang, filem ini adalah kritikan rumah tangga yang amat berat tetapi dalam garapan yang ringan.

Raj (Bobby Deol), Vikram (Irrfan Khan) dan Yogi (Suniel Shetty) adalah sahabat baik juga bisnes partner. Mereka ini womanizer dan rahsia besarnya ialah, mereka semua sudah berkahwin! Hidup mereka sebenarnya cukup indah sebab mereka berjaya menipu isteri isteri mereka tentang kehidupan ‘miang’ diorang. Namun, lama kelamaan, Sanjana (Sonam Kapoor) si isteri kepada Raj mencurigai. Kishan (Akshay Kumar) diupah untuk menyiasat suaminya. Namun, apa terjadi bila suaminya juga pada masa yang sama telah mengupah Kishan untuk mengaburi mata isterinya dari kehidupan keduanya?

Sonam Kapoor antara gadis pretty yang memang menjadi factor untuk aku tonton filem ini. Gayanya dalah I Hate Luv Story masih ada baki baki. Walaupun kali ini tidak terlalu serius, tetapi alamak… cutenyerr.. Suniel Shetty, Akshay Kumar, Irfan dan Bobby Deol gandingan yang mantap.

Pritam hadir dengan trek yang mantap. Keseluruhan trek filem ini menarik. Pyar Mein, Razmia dengan kehadiran Mallika Sherawat juga trek Full Volume antara yang menarik untuk didengar.

Keseluruhannya, Thank You mungkin buat wanita wanita tersenyum sebab pemberatan ke arah feminisme. Sebuah filem kelakar yang menarik untuk tontonan semua. Tapi bagi suami suami, bersedialah untuk kena hentam dengan filem ni..

4/5

Tanu Weds Manu (2011)


Ceritera Tanu Weds Manu antara yang rasanya menarik untuk ditonton. Gaya romantiknya amat menarik. Gaya Madhavan dalam filem hindi begitu menawan ditambah dengan heroinnya, Kangana Ranaut yang begitu comel menggayakan sari. Jujurnya, Tanu Weds Manu adalah filem east-west love story yang menekankan tentang cinta yang begitu penuh dugaan dan cabaran. Keseluruhannya, Tanu Weds Manu cukup romantika, oh ya juga dengan tambahan antagonis Jimmy Shergill dengan penampilan yang luar biasa.

Terimalah sebuah kisah cinta Manu (R Madhavan) seorang doctor dari London yang pulang dari luar negara dan menyedari gadis gadis India sudah hilang aslinya. Terimalah juga heroin kita, si Tanu (Kangana Ranaut) yang sudah hilang budayanya. Kisah cinta yang luar biasa bermula apabila kahwin atur antara Manu dan Tanu ditolak oleh Tanu kerana sudah berpunya. Masa berjalan ke hadapan dan takdir mendekatkan mereka dan sejauh mana mereka cuba lari, cinta mengekori dan persoalannya, berjayakah Manu mendekati hati Tanu?

Kisah cinta Tanu Weds Manu pada pandangan aku sukar dijangka. Malah kehadiran Jimmy Shergill dalam role kejutan memang bukan berada dalam skop jangkaan aku. Bila intermission saja, masalah yang ditimbulkan makin besar dan jiwa Manu yang memberontak tetapi masih tenang sudah dapat dilihat. Tanu Weds Manu ada moment moment yang berjiwa. Sebuah filem romantic yang cukup masala.

Trek lagu menarik? Pada pandangan aku, Jugni yang ditayang semasa kredit tu pun sekadar biasa biasa saja. Walaupun gaya Kangana Ranaut itu cukup cantik dan hebat, lagunya tetap biasa saja.

Keseluruhannya, Tanu Weds Manu mengungkap tentang perubahan dunia kita yang kita tidak sedari. Dalam mencari keaslian itu, sukar sebenarnya. Apa yang paling baik adalah menerima saja apa yang ada dan berubah. Tanu Weds Manu best!

4/5

Saturday, July 9, 2011

7 Khoon Maaf (2011)


Sebuah lagi persembahan mantap Priyanka Chopra. Pada aku, dalam masa masa pelakon baru tengah mencanak naik dan dengan filem filem yang dibarisi pelakon pelakon yang entah ceruk mana pun tak dikenali, Priyanka adalah antara aktres yang masih mampu bertahan dalam filem filem generasi baru. Sedangkan pelakon lain sudah mula mengundurkan diri memberi ruang kepada filem hindi model baru kepada pelakon terkini, Priyanka Chopra membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk meneruskan kariernya dalam industry.

7 Khoon Maaf adalah sebuah filem romantic thriller. Sebuah garapan yang cukup sinematik dan begitu menarik untuk ditonton. 7 Khoon Maaf mempertaruhkan Priyanka sebagai Susanna, seorang wanita misteri yang hidupnya bergelumang dengan pelbagai lelaki. Ternyata, tulisan Matthew Robbins dan Vishal Bhardwaj ini memang sinematik, cukup rencah dan memang luar biasa pada persembahan. Karya arahan Vishal Bhardwaj yang boleh dipuji.

Susanna Anna-Marrie Johannes, itu namanya. Kisahnya luar biasa. Susanna berkahwin dengan 7 orang lelaki yang mana setiap lelaki yang dikahwini akan mati dibunuh selepas mereka berkahwin. Kisah sebenarnya berkisar tentang keinginan Susanna itu sendiri yang menyebabkan jiwanya kacau bilau dan kisah perjalanannya mencari cinta sejati. Siapakah pembunuh ketujuh tujuh suami Susanna, jawapannya ada dalam filem ini.

7 Khoon Maaf merupakan sebuah filem yang menyentuh kesemua kehidupan masyarakat India. Aku menyukai bagaimana penterjemahan Susanna’s Seven Husbands oleh Ruskin Bond ini dilakukan.Watak karakter suami suami dari lakonan Irfan Khan, John Abraham, Naseruddin Shah, Nitin Mukesh dan lain lain. Semua karakter ada nilai masyarakat yang ditonjolkan.

Keseluruhannya, menonton 7 Khoon Maaf bukan sebuah roller coaster yang membosankan. Thrillnya sederhana namun mampu untuk membuatkan penonton menonton sampai habis. Lakonan Priyanka Chopra terbaik. Malah, Nitin Mukesh sebagai Major Edwin Rodrigues juga antara yang menyerlah dalam filem ini.

Filem ini antara yang terbaik dari Priyanka Chopra. Sebuah filem generasi baru yang mengungkap kisah cinta dan pencarian cinta sejati vs. cinta nafsu.

4.5/5

Pyaar Ka Punchnama (2011)



Pyaar Ka Punchnama sebuah filem yang mendatar. Babaknya kurang member impak dan tidak mampu untuk membuatkan penonton duduk menunggu babak ke babak. I am sorry to say that this film bukan filem yang menarik pada pandangan aku. Bukan tidak tertarik dengan para pelakon yang masih baru, tetapi persembahannya nampak terlalu mendatar dan membosankan. Pyaar Ka Punchnama adalah sebuah filem cinta yang berbicara tentang isu cinta sudut lain, iaitu lelaki yang menjadi peneman wanita yang sudah ada kekasih. In other word, kekasih gelap.

Kisah ini sebenarnya berbicara tentang reality cinta golongan muda. Sebuah filem yang kontemporari dan mungkin tak sesuai untuk tontonan dewasa 30an. Adunannya lebih kepada seksual dan juga bicara yang telus. Pyaar Ka Punchnama adalah satira filem cinta.

Rajat (Kartik), Chaudhary (Raayo) dan Liquid (Divyendu) terperangkap dengan kisah wanita wanita yang sudah mempunyai teman lelaki dalam hidup mereka. Kisah berkisar tentang mereka bertiga yang lebih digunapakai oleh Neha (Nushrat), Riya (Sonalli) dan (Charu) yang mana sudah mempunyai teman lelaki. Tiga watak lelaki filem ini punya hati dan perasaan kepada tiga orang watak gadis dalam filem ini namun hanya mampu untuk berdiri sebagai peneman semasa mereka sedang berada dalam masalah.

Luv Ranjan selaku pengarah filemini nampaknya tidak berjaya menarik perhatian aku. Filem ini ada masa yang begitu membosankan. Namun, ada juga sesetengah babak menarik dan menarik mata aku untuk menonton. Lagu Ish Na Kariyo Kaake antara yang menyengat dalam filem ini.

Dengan newcomer yang masih baru, mungkin filem ini hanya mampu untuk menarik penoton muda. Namun, Pyaar Ka Punchnama adalah satu lagi turning point filem bollywood masa kini. Tak direkomen buat golongan 30an.. but, youth .. terpulang..

1/5

Sunday, July 3, 2011

Ragini MMS (2011)



Ragini MMS sekali lagi berbaris di belakang Love Sex Aur Dhoka, sebuah filem ala ala Paranormal Activity dan Rec versi Hollywood. Dalam kesibukan pengarah filem dunia membaca gaya baru filem ini mampu untuk mengaut untuk dengan modal yang sedikit, pelbagai idea baru dipersembahkan. Aku menyukai filem sebegini, dari barisan filem Hollywood sehingga filem Asia, filem sebegini memang fresh sangat sangat. Bollywood juga tidak ketinggalan, jadi Ragini MMS adalah satu daripada persembahannya.

Nak buat filem macam ni nampak macam mudah. Filem yang sememangnya nampak low budget tetapi boleh menandingi keseraman filem biasa. Pada satu sudut, Ragini MMS adalah kejayaan yang baik untuk filem Bollywood. Pada satu sudut lagi, Ragini MMS adalah sebuah thrill dengan bumbu seks yang cukup menggoda.

Ragini (Kainaz Motivala) dan Uday (Raj Kumar Yadav) merancang satu percutian kat satu kawasan terpencil di Mumbai. Namun, sedar atau tidak, gelagat pasangan ini sebenarnya diperhatikan oleh kamera litar dalam rumah percutian. Kelibat mula muncul dan mengganggu. Dari kacamata CCTV dan kamera tersembunyi, filem ini bakal mendedahkan sesuatu kebenaran yang tersembunyi.

Keseluruhannya, bila bercakap tentang kejayaan filem ini cuba memenuhi keinginan filem segenre sebegini, nampaknya tidaklah tercapai. Beberapa babak masih nampak seperti bersungguh sungguh untuk menjelaskan sesuatu yang nampaknya tidak dicapai oleh view kamera litar (babak hantu yang muncul atas kerusi secara tiba tiba). Namun, Ragini MMS adalah kejayaan keseluruhannya dalam satu percubaan pertama Bollywood dalam genre seram.

Terpegun dengan permainan hantu yang mana kelibatnya nampak CGI tetapi masih mampu menyeramkan. Malah babak babak sesetengahnya memang menakutkan dan berjaya bermain dengan emosi.

Keseluruhannya, Ragini MMS sebuah thriller yang cukup menyeramkan. Filem yang begini mungkin membosankan pada sesetengah penonton, tetapi ianya memang berbaloi. Ditakutkan dengan kamera yang pegun, juga permainan audio video yang luar biasa adalah keistimewaan filem sebegini. A must watch film, for those who already watch Paranormal Activity and Rec!

4/5

Saturday, June 18, 2011

Dum Maaro Dum (2011)


Abhishek Bachchan memang nampaknya sedang muncul dalam pelbagai filem sejak kebelakangan ini. Zaman Akshay Kumar mungkin sudah abis… mungkin. Dum Maaro Dum adalah sebuah lagi filem yang sempat aku tonton. Keseluruhannya, persembahan filem ini cukup sifat pasa seni sinematografinya yang cukup stylo, apatah lagi dengan bangganya filem ini memberikan twist yang nampak luar biasa. Pada awalnya, aku tak tertarik dengan filem ini, namun aku ambil kesempatan menonton juga kerana aku percaya filem ini bersesuaian dengan selera aku.

Dum Maaro Dum dibintangi Abhishek Bachchan, juga Bipasha Basu di barisan artis utama. Namun, Dum Maaro Dum seolah menyatakan bahawa ‘oo please, pelakon popular pun boleh mati maaa..’. Ya, file mini memberikan kebenaran untuk satu twist yang pastinya akan membuatkan penonton bakar panggung, tetapi rasanya konklusi tersebut bersesuaian dengan apa yang ingin disampaikan. Sejauh mana Dum Maaro Dum bergerak ke hadapan, aku sendiri mengharapkan sesuatu yang selalu penonton harap kan, namun ianya tidak akan ditemui….. percayalah!

Lorry adalah seorang student yang terdesak. Permohonannya ke university tidak mendapat kelulusan biasiswa. Akibat itu, akhirnya dia terjebak ke dalam kumpulan penyeludupan dadah. Kamath (Abhishek Bachchan) adalah polis yang cukup brutal dalam menyelesaikan kes dadah di Goa. Apa yang menjadi persoalan adalah siapa sebenarnya Barbossa. Kisah akhirnya menemukan dua insan ini, dalam sebuah twist yang cukup menarik.

Keseluruhannya, aku suka bahagian pertama filem ini. Permulaan kisah tiga karakter Lorry, Kamath dan Joki begitu menarik. Bahagian kedua, biasa biasa. Walaupun aku rasakan endingnya memang menggeramkan, tapi persembahannya tetap tidak mendukacitakan.

Apa yang menjadi nadi filem ini sudah tentu terletak pada persembahan filem ini. Beberapa element permainan kamera dan effect pertukaran masa yang begitu stylo menjadikan file mini unik dan cantik. Aku suka babak one syot bila Kamath menceroboh kawasan dadah yang berakhir dengan babak polis memotong saliran paip tangki kumbahan dan menapis dadah yang disembunyikan. Hebat! Abhishek Bachchan memang terbaik. Aku akui persembahannya memang tidak mendukacitakan. Malangnya Bipasha tenggelam dan tidak begitu dinaikkan dalam filem ini walaupun namanya berada di turutan kedua kredit awal filem.

Apapun, Dum Maaro Dum tetap menampilkan muzik Pritam yang hebat. Track Dum Maaro Dum hasil gubahan Pritam dengan penampilan khas Deepika Padukone memang seksi dan sedap didengar. Oh ya, Abhishek Bachchan pun rapping gak dalam satu lagu. Nak gelak aku dengar, but it’s nice la… sedap jugak!

Dum Maaro Dum, pada pandangan aku sebuah filem yang bercakap tentang isu yang biasa tetapi dipersembahkan dengan cara berbeza. Twistnya, aksinya memang luar biasa. Tetapi bagi yang mahu menyaksikan sebuah romantika, filem ini bukan untuk anda. Keseluruhannya, Dum Maaro Dum menjanjikan sebuah thrill yang menarik dan pengakhiran yang memang buat korang nak bakar panggung, percayalah!

4/5

Thursday, June 2, 2011

Zokkomon (2011)


Apa yang lebih sikit ada pada filem hindi ini, ternyata pada permulaannya. jangan terkejut kerana ini adalah filem terbitan produksi Walt Disney. Ya, company yang buat filem Mickey Mouse tu la. Percayalah bahawa Zokkomon sebenarnya adalah filem Hindi terbitan produksi animasi terbesar Hollywood itu. Dengan kepercayaan yang dimiliki, aku harap menonton Zokkomon mampu memberikan energi baru dalam sinema filem Bollywood.

Zokkomon bukan superhero dewasa. Malah, villainnya juga bukanlah sehebat villain yang dilawan oleh superman, batman mahupun apa saja man yang ada di dunia. Zokkomon sebenarnya adalah jiwa kita. Sebuah identiti yang dibentuk untuk memberikan satu keyakinan kepada kanak kanak bahawa mereka mampu melakukan apa saja dan tidak mudah ditindas.

Zokkomon mengisahkan tentang seorang budak lelaki yatim yang dikenali sebagai Kunal. Pada suatu hari, pak ciknya mengambilnya untuk tinggal di rumahnya. Tetapi, di sebalik kebaikan pak ciknya, ada niat jahat yang tersembunyi. Kunal, pada suatu hari ditinggalkan di fun fair dan dikhabarkan sudah mati oleh pak ciknya kepada penduduk kampung. Namun, Kunal berjaya mencari jalan pulang dan penduduk mempercayainya ia adalah hantu. Kunal menyorok di sebuah rumah lama dan menemui seorang saintis yang dipulau. Maka, disini bermulalah adventure Zokkomon!

Keseluruhannya, Zokkomon mengecewakan pada aspek plotnya. Wataknya terlalu simple untuk kewujudan satu karakter superhero yang kompleks. Serius filem ini membosankan! Mesejnya ada, semestinya wajib bagi sebuah filem kanak kanak dan terbitan Walt Disney!

Namun, dari satu aspek lain, Zokkomon ada satu perkara kesempurnaan yang luar biasa. Apa lagi kalau sudah mendapat sentuhan Walt Disney, tentulah aspek CGInya menarik. Ada babak babak dalam filem ini ditangani dengan berkesan dengan bantuan CGI. Babak kemunculan Zokkomon setiap kali juga babak Zokkomon terbang dan beraksi adalah antara aspek yang patut dilihat dalam filem ini.

Taree Zameen Par, itulah filem pertama yang memperkenalkan kita kepada Darsheel Safary. Pelakon cilik ini memang terbaik. Malangnya, filem ini terlalu lemah untuk sebuah penghidupan watak superhero. Muzik Shankar Ehsan Loy pun tak menarik. Apapun, Zokkomon sebuah permulaan untuk filem hindi dalam arena Hollywood. Permulaan untuk evolusi filem filem superhero!

2/5

DOWNLOAD FILEM INI DI SINI: http://watchingmovieonline.blogspot.com/2011/06/zokkomon-2011-dvdrip-hindi.html

Wednesday, May 25, 2011

Game (2011)


Perkara yang membuatkan aku mahu menonton filem Farhan Akhtar (selaku penerbit) dan arahan Abhinay Deo ini adalah kerana ianya adalah terbitan Excel Entertainment, sebuah produksi yang membawakan filem brilliant Don beberapa tahun lalu. Dalam masa terdekat, Don 2 bakal direlease menyaksikan Shah Rukh Khan kembali dalam twist mafia yang memang mantap dan menyengat. Game bukan sebuah filem aksi, tetapi ianya sebuah thriller yang sebenarnya indah pada tajuk tetapi tidak pada ceritanya.

Dibintangi Abhishek Bachchan dan supermodel seksi Kangna Ranaut di barisan pemain utama, Game sebenarnya ada identity. Game pada awalnya nampak menarik. Kisahnya mengisahkan seorang jutawan, kabir Malhotra yang merekrut empat orang asing (lakonan Abhishek, Jimmy Shergill, Boman Irani dan Ghauhar Khan) untuk bermain satu game yang bakal membuatkan mereka kaya. Permainan akhirnya tergendala kerana Kabir Malhotra ditemui mati dengan surat wasiatnya dibakar. Kisah akhirnya beralih kepada flashback Abhishek serta siapa Neil Menon (Abhishek) dan kenapa lelaki ini begitu taksub dengan kematian Kabir Malhotra.

Jujurnya, filem ini memang indah pada visual. Aku menyukai sinematografy yang begitu indah dan santai. Tidak terlalu keterlaluan, dan tidak terlalu main main. Suka suasana Istanbul, itu antara yang begitu cantik dan amazing. Muzik Shankar Ehsan Loy menarik. Memang sebuah lagu cha cha mixed with Arabian string memang mantap. Patut dengar trek Mehki Mehki yang begitu slow tetapi menarik. Plotnya aku rasakan biasa saja. Twist selepas interval tak begitu menjadi. Teka teki cliché tetapi endingnya ada perancangan yang cantik.

Keseluruhannya, filem ini patut ditonton buat penggemar thriller filem Bollywood. Sebuah filem generasi ketiga yang begitu Hollywood. Itupun jika anda menggemari sebuah filem Bolly lakonan Amitabh Bachchan yang pada aku, memang stylo macam bapak dia dulu…

3/5

Thursday, March 17, 2011

Dil Toh Baccha Hai Ji (2011)



Nak kata filem humor pun tak, serius pun tak nampak. Romantik pun samar samar. Apa yang Dil To Baccha Hai Ji mahu sampaikan? Hmmm... sekali pandang nampak kosong. Permulaannya terlalu kosong dan tak ada rentak. Tak ada klu dan tiba tiba, tiga manusia dari berlainan latar belakang bergabung membentuk tiga subplot cinta yang berbeza dari tema dan saiz namun berlaku serentak yang mengakibatkan emosi setiap perlakuan ditonjol dalam tiga cara berbeza. Apa yang unik pasal Dil To Baccha Hai Ji ini bukan pada kisah cintanya, tetapi pada alunan dramanya yang menyingkap tiga efek cinta dari tiga pandangan. Madhur B Bhandarkar kali ini cuba bermain ala ala Tere Bin Laden (sebuah filem hindi tentang ‘Osama’), kisah reality dengan sentuhan duri duri halus yang menikam sedikit para penonton, namun boleh berhibur dengan kesakitan tersebut.

Kisah bermula dengan Naren (Ajay Devgan) yang sedang menghadapi konflik rumah tangga. Disebabkan stress, dia yang tinggal keseorangan akhirnya mencari housemate. Maka datanglah Abhay (Emraan Hashmi) seorang playboy a.k.a anak ikan, dan Milind (Omi Vaidya) pemuisi puitis. Kisah akhirnya terbelah kepada tiga apabila Naren jatuh cinta kepada June (Shazahn Padamsee) iaitu pekerja di pejabatnya, Milind pula menggilai Gunjan (Shraddha Das), dan Abhay jatuh cinta kepada anak kepada sugar mummynya sendiri, Nikki. Karakter reality dalam sentuhan berselangseli setiap ceritanya.

Keseluruhannya, plot bermain dengan penuh reality. Jadugari antara trek yang segar. Menyukai rentak cerita Ajay Devgan. Ternyata tuanya bukan penghalang. Emran Hashmi biasa. Omi Vaidya nampak kureng sket pada awal2 namun aku akhirnya dapat rentaknya. Sebuah filem yang nampak sederhana berat kerana ianya reality tentang cinta, putus cinta, dan kembalinya cinta. Sebuah putaran kehidupan yang memang selalu terjadi dalam hidup. Realitinya, kisah ini lebih berat menyatakan bahawa lelaki itu sebenarnya tidak pernah berubah kerana cinta tetapi cinta itu berubah kerana mereka.
3/5

Tuesday, March 1, 2011

Tees Maar Khan (2010)


Fuh, karya ketiga Farah Khan (selepas Main Hoon Na dan Om Shanti Om). Ternyata koreografer terkenal Bolly ini nampaknya sudah tahu menghasilkan filem berkualiti (pada awalnya dibantu rakannya, juga pengarah Karan Johar). Tees Maar Khan nampaknya komedi yang cukup menarik. Walaupun ianya adalah komedi yang cuba mengkritik industri perfileman (hampir sama seperti idea Om Shanti Om), Tees Maar Khan meyakinkan. Ideanya superb. Memang mega lawak, mega filem dan mega dalam segala galanya. Apa yang penting kali ini, Farah Khan bertindak sebagai koreografer tarian juga pada masa yang sama pengarah lakon.

Jika Om Shanti Om lebih klasik, Tees Mar Khan nampak lebih kepada komedi slapstick yang fiksyen. Mengisahkan Tees Maar Khan, pencuri ala ala Robin Hood yang paling digeruni kerana kebijakannya melepaskan diri daripada pihak polis. Rancangan TMK kali ini adalah untuk menyeludub barang antic kerajaan India atas arahan Johri Bersaudara yang akan dipindahkan dari satu kawasan rahsia dan melalui sebuah perkampungan terpencil menggunakan keretapi khas. TMK yang bijak akhirnya merekrut seorang pelakon gila award dan adiknya Anya (Katrina Kaif) dan merancang untuk rompakan terbesar ini. Apa yang terjadi adalah sesuatu yang istimewa, hanya di Tees Maar Khan.

Keseluruhannya, Tees Maar Khan beautiful pada first half. Impak komedinya menjadi. Aku suka karakter Johri Bersaudara yang very cantik dialongnya. Namun, second half (adegan subplot hantu tanpa kepala dan seterusnya) nampak sedikit kacau bilau. Tetapi, adegan heist yang memang kreatif nampak menyelamatkan keadaan. Visual memukau. Muzik Vishal Shekar menakjubkan. ‘Sheila Ki Jawani’ is a very naughty track. Love to watch the sexy Katrina Kaif. Masyuk!!! Apapun, keseluhannya muzik file mini begitu catchy. Title track Tees Maar Khan pun kreatif. Keseluruhannya, lagu filem ini baik.

Apa yang aku suka tentang Farah Khan adalah penghormatannya kepada aktor veteran dalam semua filemnya. Dalam filem ini korang akan dapat lihat cameo khas dari Salman Khan. Di akhir filem, seperti biasa dalam Main Hoon Na dan Om Shanti Om, semua kru diberi peluang untuk masuk dalam filem. Satu perkara yang aku puji kerana tidak ada lagi filem yang meletakkan hampir 15 minit untuk satu sesi kredit yang tak penting pun untuk keuntungan wayang. Apapun, Tees Maar Khan berbaloi untuk ditonton. Lakonan Akshay Kumar yang antara terbaik.
4/5