Followers

Tuesday, February 26, 2013

Table No. 21 (2013)

What can I say bout this film, Paresh Rawal memang different giler dari movie movienya before this. By looking at his character, dan kepala botaknya yang luar biasa, ditambah pulak dengan skrip dan dialog yang well done, watak Mr. Khan yang dimainkannya berjaya membawa unsur psikopath yang hebat. 

Table no. 21 adalah sebuah thriller yang ala ala Saw gitu. Sepasang suami isteri datang honeymoon di Fiji dan terjumpa dengan Mr. Khan. Mr. Khan menawarkan wang yang besar untuk main sebuah game you tipu you mati yang mana disiarkan melalui internet. Jawab 8 soalan, buat 8 tasks, dan akhirnya kemenangan akan dimiliki. Malangnya, mereka sedar yang permainan ini semakin sukar dan apa yang Mr. Khan mahu, yang tu kena lah tonton. 

Filem ni sebenarnya sebuah filem kesedaran. Ianya bukanlah sekadar meletakkan 8 cabaran gila kepada watak Vivaan dan Siya suka suka. Ada sesuatu yang Mr. Khan mahu tunjukkan iaitu ragging bukanlah satu tindakan yang bagus. Kenapa? Tontonlah even banyak soalan akan keluar dari mulut korang. Kenapa itu, kenapa ini, kenapa itu, kenapa ini bla bla bla bla… 

Dengan Tena Desae yang sexy dan Paresh Rawal yang gempak, Table no. 21 memang adventure gila yang bukan suka suka. Walaupun elemen elemen seperti beberapa filem Hollywood diterapkan dalam filem ini, copy paste itu nampaknya bukanlah satu perkara yang penting untuk dibandingkan. Apa yang penting adalah mesej yang nak disampaikan iaitu ragging is not a culture! 

4/5

Talaash (2012)

Pada mulanya, aku rasakan filem ni hanyalah sebuah filem penyiasatan biasa yang bercerita tentang satu insiden. Namun, when the story move on, ceritanya masih ya, seperti yang aku jangka. Tetapi, satu insiden dalam filem ini menyebabkan aku tercengang dan kata ni bukan filem polis biasa. Ianya supernatural! 

Talaash adalah sebuah supernatural thriller! Yup! Ianya bermain dengan isu roh namun pada masa yang sama menceritakan plot penyiasatan dengan elemen elemen kepolisan yang lebih bersifat lembut. Aamir Khan pada mulanya seperti pelakon biasa, menyiasat kematian seorang artis fofular yang keretanya jatuh terjunam ke dalam laut. Pada masa yang sama, dia juga sedang confront emosi dia yang baru lepas kematian anak. 

Dalam usaha menyiasat, dia bertemu Rosie, watak lakonan Kareena Kapoor yang mana adalah seorang pelacur yang banyak membantu kes ini. Dan semakin lama kes ini terbuka, akhirnya Shekhawat, iaitu Amir Khan menemui kebenaran yang agak mengejutkan. Yea, ianya supernatural! 

Director Reema Kagti memang membawakan filem ini seperti filem filem terbitan Reliance Entertainment yang dulu. Syotnya nampak internasional. Aamir Khan memang gempak. Kareena pula nampaknya memang terbaik. Rani Mukherjee nampaknya memberikan persembahan yang baik. Pada aku, semuanya cukup sifat. A must watch supernatural thriller! 

4/5

Friday, February 22, 2013

Dabangg 2 (2012)

Aku tak rasa Dabangg 2 sehebat filem pertamanya. Garapan kali ini dibawah Arbaaz Khan nampaknya tidak menarik seperti dulu pada pendapat peribadi. Dabangg, yang memang superhit nampaknya tidak menampilkan sesuatu yang baru. Namun, Chulbul Pandey sememangnya sebuah watak yang amat sinonim dengan superheroicnya yang luar biasa adalah antara faktor utama filem ini harus ditonton. 

Garapan kali ini tidak menampilkan cerita yang sehebat dulu. Dabangg 2 hanya dilihat menyambung dari filem terakhirnya tetapi tidak memberikan plot yang terarah kepada hero-villain. FIlem ini nampaknya hanya lebih menggambarkan kehidupan Chulbul bersama keluarganya yang sudah tak kacau bilau macam dulu. Dan dengan setting baru, villain yang baru juga diperkenalkan. Prakash Raj! 

Ya, dia antara pelakon yang agak power dalam memberikan persembahan karakter jahat. Namun, dalam filem ini, pada aku, dengan karakternya yang tidak dibesarkan dengan kekejaman seperti villain tipikal Bollywood, lakonannya tidak mampu ditonjolkan dengan baik. Namun, Prakash Raj dalam Dabangg adalah perkara yang cukup hebat! 

Lagu dalam filem ini pun tidaklah sehebat filem pertama. Mungkin lagu yang menampilkan Kareena Kapoor itu hanyalah trek yang menarik pada pandangan aku. 

Overall, Dabangg 2 kurang menyengat. Walaupun aku rasakan peminat Chulbul Pandey pastinya boleh berpuas hati dengan performance tipikal Salman, filem ini tidak semenarik dulu. Mungkin pada aku kurang impak dari segi konflik yang dicipta, dan juga aksi yang sudah mula dirasakan agak berlulang ulang dan tidak dipelbagaikan. 

3/5

Monday, February 4, 2013

Jab Tak Hai Jaan (2012)

Pertamanya, bila ending filem ni tunjukkan berapa klip wajah Yash Chopra yang sudah pun meninggal dunia, sedikit sebanyak ianya menarik aku untuk turut berasa sesuatu yang istimewa dalam buah tangan pengarah Veer Zaara ini. Pertamanya, ada beberapa perkara yang merasakan ianya biasa. Wataknya dihidupkan menggunakan tiga watak dimana SRK adalah si lelaki yang berada di antara dua perempuan. Dan itu mungkin biasa. 

Dengan gandingan buat pertama kalinya Katrina Kaif dan gandingan kali keduanya dengan Anushka Sharma, Jab Tak Hai Jaan mungkin fresh dari kolaborasi. Walaupun pada pandangan aku ceritanya amatlah biasa seperti idea filem bollywood Yash Chopra sebelum ni, ianya masih boleh dinikmati. Pendek kata, pengarah ini masih mampu membawa epik cinta tipikal dengan happy ending dengan garapan garapan baru. 

Walaupun aku rasa permainan ala ala novel tu kadangkala macam ergh, boleh menyebabkan aku meneka perjalanan plotnya, aku rasa tak perlu aku pertikaikan sebab pengarah lama dan cerit bollywood klasik kebanyakannya banyak bermain dengan kebetulan. 

Challa memang sebuah trek yang aku sifatkan sederhana. Tidak ada trek yang menguji AR Rahman sebagai pencipta lagu. Namun begitu, semua trek dalam filem ini agak sedap didengar ditambah pula dengan pengarahan video klipnya yang sangat sangatlah jarang dapat ditonton dalam filem filem Bollywood masa sekarang. 

Shah Rukh Khan seperti biasa. Nampak dengan ceritanya yang agak tipikal, ianya masih tidak mampu memberikan persembahan yang terbaik. Katrina Kaif pula dan Anushka Sharma memang nampaknya gandingan yang agak jauh tetapi agak menarik percubaan yang dilakukan. Anushka Sharma agak memberansangkan walaupun Katrina Kaif hanyalah biasa biasa saja. 

Pengakhiran filem ini, aku menantikan bagaimana filem romantic berakhir. Dengan wujud perasaan sebaknya, gembiranya bla bla bla. Tapi, entah, aku rasa hanya happy ending yang dilengah lengahkan itu hanya mampu memberikan perasaan suspen tetapi untuk happy ending cinta Meera dan Samar, aku rasa feel tu x sampai. Katrina Kaif tak sehebat Preity Zinta dalam Veer Zaara.  

Malah, aku rasakan juga kadangkala watak Anushka Sharma itu macam tak perlu wujud pun tak mengapa. Macam sia sia saja sebab watak yang dimainkan Anushka, Akira macam terlalu ke tepi sehinggakan terabai. Konfliknya sangat kecil dan tidak dikembangkan untuk konflik besar dengan lebih baik.

Overall, Jab Tak Hai Jaan memang buah tangan biasa. Tiada apa yang luar biasa melainkan satu, gandingan SRK dan Katina Kaif yang pertamakalinya. Namun, aku tak rasa ada keserasian antara mereka berdua. Atau mungkin belum sampai masanya untuk aku bersedia menerima gandingan baru SRK ini yang menyebabkan aku kata macam tu. Dari segi cerita, Jab Tak Hai Jaan mungkin menarik bagi peminat Bollywood 90an. 

4/5

Friday, January 4, 2013

MTV - Dishkiyaon (film: Kismet Love Paisa Dilli)

Raaz 3 (2012)

Raaz 3 mengembalikan Bipasha Basu, gadis hot yang muncul bergandingan dengan Dino Morea dalam filem pertama siri ini. Malangnya, kali ini, penampilannya membawa watak jahat tidak seperti filem pertama. Apapun, oklah, dah lama tak nampak gadis ini dalam filem yang memulakan kariernya ini. Dari Vikram Bhatt, macam biasalah, Raaz memberikan seram gaya Bhatt dengan momentum kejutan yang lebih pengaruh Japanese. 

Nak dibandingkan dengan Raaz 2, aku rasakan Raaz 3 nampaknya lebih straightforward dan simple. Walaupun ianya tidaklah penuh dengan teka teki seperti Raaz 2, ianya masih boleh diikuti dek kerana twist twist yang lurus dan simple yang disediakan. Kejutan demi kejutan membuatkan cerita ini nampaknya tidak mahu membiarkan penonton kebosanan. 

Iya ke? Ada lah juga rasa agak bosan apabila repetition seram nampaknya seperti boleh dijangka. Iyalah, bagi yang sudah menonton karya seram 3D arahan pengarah sama iaitu Haunted, conform korang akan boleh hafal bagaimana pengarah ini bermain dengan aspek 3D. Walaupun aku menonton dalam format biasa, namun ianya masih boleh dirasa kejutannya. Malangnya, pada lakonan, Emraan Hashmi nampak mendatar. 

Malangnya juga, Bipasha Basu sebagai seorang watak jahat nampaknya tidak menjadi. Esha Gupta, si heroin nampak menonjolkan sisi hebat namun tenggelam apabila watak Shanaya nampak lebih menyerlah walaupun jahatnya tidak menjadi. Apapun, walaupun lakonannya biasa biasa dan macam filem Malaysia jer plotnya, boleh gak layan. 

Jangan pelik sebab filem ini mengekalkan format Raaz pertama dengan meletakkan muzik yang diselang seli dengan babak berahi dan kissing comolot beberapa kali. Kali ni lebih berani beb!!! Jangan pelik jugak sebab filem ni banyak ritual ritual agama yang agak pelik dan tak masuk akal. Macam filem filem Raaz terdahulu. 

Keseluruhannya, Raaz 3 oklah untuk rasa seram, tapi, mungkin aka nada rasa sedikit kebosanan sebab permainan balas dendam yang berulang kali. Tapi, jujurnya aku suka Raaz yang pertama sebab lagu lagunya agak best walaupun ceritanya 100% meniru filem What Lies Beneath lakonan Harrison Ford.

4/5

Wednesday, December 26, 2012

MTV - Zero Hour Mashup (Best Of 2012 Compilation Remx)

Sunday, December 16, 2012

Rush (2012)

Rush dilakonkan di Malaysia. Iya, even taklah banyak mana pun scenenya, ianya tetap menarik untuk ditonton. Tetapi jangan pening kepala dengan setting beberapa tempat dalam filem ini. Ada scene yang memang dalam filem ini dinyatakan sebagai Malaysia, namun beberapa scene Malaysia juga digunakan sebagai tambahan untuk scene scene di tempat lain. Contohnya, korang akan sedar yang watak utama kita, Sam Grover naik kereta plat India tetapi masuk dalam bangunan yang ada perkataan ‘KELUAR’. Ceritanya menarik. 

Cerita politik dan media, jenayah dan juga social, dan juga cerita tentang dunia yang sebenarnya. Rush cuba untuk potray kebenaran di sebalik kebenaran media. Kiasan yang agak baik yang dilakar Shamin Desai. Ceritanya simple dan mudah. Seorang wartawan yang mencari kebenaran tersepit apabila mendapati satu kebenaran yang agak mengejutkan dalam kerjayanya. Sebuah cat and mouse game, set up, dan juga dunia media dari sudut hitam. 

Ceritanya yang simple dengan lakonan Emran Hashmi yang bersahaja disamping Sagarika Ghatge dan juga Neha Dhupia, Rush berbeza denganfilem Bollywood biasa. Filem ini bergerak pantas ke hadapan dengan dialog dialog bersahaja dan real. Namun begitu, aku rasakan perkara yang merosakkan Rush adalah susunan lagu lagu yang cuba dimuatkan dalam filem ini. Serius ianya mengganggu mood bagi aku lah. 

Bukannya lagunya tidak sedap. Malah, Pritam punya lakaran muzik untuk filem ini menampilkan muzik yang simple tetapi masih mampu membawa penonton ke alam yang dia mahu bentuk. Tetapi, dengan beberapa susunan lagu yang tidak berapa sesuai dan juga jarak antara lagu yang terlalu dekat dalam pada awal filem, ianya masih mengganggu. Itu saja. Lagunya sedap. Tetapi, tidaklah terlalu hebat. Simple dan sesuai dengan filem. 

Aku rasakan ceritanya memanglah menarik dan berani. Tetapi, jika Rush boleh digerakkan dengan lebih ruthless dan juga garang, its gonna be great. Dalam erti kata lain, Rush cuba membongkar kebenaran yang berani, tetapi penulisan ini sendiri berhati hati. Watak Sam Grover yang lebih emosional dan permainan Crime 24 yang lebih twisty dan juga ganas mungkin memberikan lebih impak kepada kisah thriller ini. Malangnya semua itu tak muncul. Tetapi, tetap Rush tak mengecewakan. 

Cuma, di akhir cerita ini, aku still tak paham kenapa KLCC muncul dalam poster sedangkan dalam filem tak ada pun. Dan, Takaful Malaysia kat poster tu, motifff!!!

3/5

Thursday, December 13, 2012

Barfi! (2012)

Barfi memang sebuah persembahan Chaplin yang sempurna. Sah memang filem ini menginspirasikan dirinya dari persembahan komedi bisu Charlie Chaplin. Malah, jika korang perasan, muka pelawak lagenda itu ada muncul dalam satu scene yang tidak sampai satu saat dalam awal awal filem. Chaplin punya komedi dihidupkan dalam dunia filem dah ada bunyi? Pasti wataknya berbeza. Nah, Barfi! Si bisu yang memberikan keceriaan. 

Barfi adalah watak bisu dan pekak yang dihidupkan dengan sempurna. Kesemua environment penceritaannya memang agak mengasyikkan sehingga penonton boleh terhibur dengan keletah Barfi tetapi pada masa yang sama tetap bersimpati dengan jalan cerita yang disampaikan. Tidak ada jalan cerita yang straight dan lurus dalam filem ini. Ianya lebih terarah kepada sekuen sekuen event yang terjadi dalam hidup Barfi, Jilmil dan Shruti. 

Penceritaannya memang agak memeningkan. Sekejap kita dibawa ke depan, sekejap ke belakang kembali, sekejap ke depan kembali. Timeline cerita ini memang agak mengelirukan jika penonton tidak memahami jalan ceritanya dengan teliti. Jadi, ini memungkinkan cerita ini menjadi komedi tanpa penghayatan cerita bagi yang leka dalam menontonnya. Dan bagi yang tak suka filem yang watak utamanya tidak bercakap ini, memang pasti penontonannya akan menjadi membosankan. 

Ranbir Kapoor membawakan watak yang cukup berat. Yet he still achieved his goal. Barfi cukup baik persembahannya. Kecomelan dan juga kenakalan Barfi dari lakonlayar diterjemah dengan sebaik mungkin oleh pelakon ini. Mungkin seharusnya pujian lebih layak diberikan kepada Priyanka Chopra yang memberikan lakonan terhebatnya dalam sisi ini. Priyanka memang hebat lakonannya. Bukan saja hebat, malah luar biasa dan boleh dikagumi. 

Cerita tulisan Anurag Basu ini yang mana dilatari lagu lagu arahan Pritam Chakraborty ini turut tidak mengecewakan dari runut bunyi. Muzik yang mengasyikkan menjadikan babak babak yang bisu dalam filem ini ada rohnya tersendiri. 

Keseluruhannya, Barfi mungkin ada cedokan ilham dari Charlie Chaplin dari segi komedinya. Malah, dari segi persembahannya juga mengingatkan aku kepada filem Rango, pemain muzik yang muncul tiba tiba tanpa ada kaitan dengan jalan cerita. Namun, dengan kesegaran lakonan, sinematografi yang hebat dan juga lagu yang sempurna, cerita Barfi yang biasa nampak menarik untuk ditonton. Mungkin after selesai tonton, mulut korang pasti akan bercerita tentang kehebatan Priyanka dalam filem ini. 

4.5/5

Friday, December 7, 2012

MTV - Party On My Mind (film: Race 2)