Genre horror bukan satu genre biasa bagi bollywood. Namun, Ram Gopal Varma memang tak dapat lari dari menerbitkan filem cam gini. Dahulu, BHOOT pernah hits sedunia. Filem lakonan jay Devgan yang diganding bersama Urmila Matondkar berjaya membuatkan penonton dapat sakit jantung ketika menonton. Filemnya tahun lepas, AGYAAT, cuba meniru PREDATOR, sebuah filem hollywood. Namun, ianya gagal.
Phoonk aku boleh diklasifikasikan antara kerja RGV yang terbaik. Namun, masih tertanam dalam hati bahawa BHOOT adalah the moset finest work of RGV. Tetapi, menonton Phoonk tidaklah seperti menonton filem bodoh. Ianya juga filem seram yang penuh dengan mesej dan bukan sahaja satu filem "kejut mengejut rakan sebelah yang tertidur".
Tema Phoonk bermain disekitar ilmu hitam. Tidak dapat memikirkan filem lain dalam industri bollywood yang bertemakan sebegini, aku rasa Phoonk adalah karya yang cukup baik untuk dilabel sebagai Bollywood's Long Khong. Namun, Long Khong lagi ngeri lah. Rajeev (Sudeep) adalah jurutera yang memang x percaya tuhan dan perkara karut marut. Kehadiran batu berwajah dewa di tapak pembinaan membuatkan dia menghadapi masalah dari pekerja yang ingin membina kuil untuk menyembah batu tersebut. Pada masa sama, Rajeev juga telah disabotaj oleh Anshuman dan Madhu dan tindakan Rajeev membuang kontrak mereka adalah wajar. Di sini mula keseraman berganda. Anak Rajeev, Raksha diganggu. Namun, Rajeev masih menganggap ini semua hanya penyakit biasa. Adakah Rajeev akan percaya bahawa anaknya sudah dikenakan sumpahan balas dendam? Pendekatan plot Phoonk amat biasa. Tiada elemen kejutan yang membuatkan orang terkejut beruk. Malah, pada awal filem lagi, sudah dapat diagak antagonis yang akan membalas dendam. Apa yang ada dalam filem ini hanyalah sorotan gangguan yang dilakukan oleh Anshuman terhadap keluarga Rajeev. Keseraman hadir tatkala penggunaan props seram yang dijadikan fokus sebelum shoot bertukar.
Tiada muzik nyanyian diadun dalam filem ini. Cukup eloklah sebab filem seram akan hilang mud seram kerana lagu. Ketiadaan lagu nyanyian menyebabkan Phoonk menjadi filem seram yang cukup memberi impak dari awal filem sehingga akhir. Lakonan Rajeev dan semua pelakon biasa. Watak bomoh cukup meyakinkan. Walaupun filem ni tak dibarisi aktor ternama, filem mampu untuk memberikan satu keadaan yang cukup baik untuk menggambarkan karakter masing2 melalui lakonan mereka.
Apapun, filem ini sesuai untuk peminat filem seram ala2 ilmu hitam. Phoonk sudah ada sequel. So, cari dan lihat sendiri sambungannya.
Road To Sangam bukan filem ringan yang hanya dibuat untuk mengutip wang untuk keuntungan semata. ianya sebuah filem yang cukup sukar dihadam bagi orang yang meminati filem Bolly aliran biasa yang penuh komedi slapstik dan juga lagu-lagu yang asyik. Mula-mula, memang berat sikit otak aku hendak hadam filem ni, tapi makin lama filem ni jadi makin best.
Apa ada pada Road To Sangam? Ianya sebuah filem tentang penyatuan dan keamanan. Filem ini cuba membawa mesej tentang penyatuan bangsa India yang berbilang agama dalam cara yang cukup menarik. Semua orang tau yang kaum Islam dan Hindu bukan satu kepala di India. Walaupun kita tak tau ape2, kalau tgk filem hindi, mungkin kita akan tau tentang ini. Kisah Road To Sangam berkisar tentang seorang India-Muslim bernama Hashmat Ullah (Paresh Rawal) yang bekerja sbg mekanik. Di pekannya, ada komuniti masjid yang sntiasa mengaturkan aktiviti2 orang Islam di situ. Al kisah bermula apabila Hashmat Ullah menerima enjin buruk dari dua orang lelaki. Tugas Hashmat Ullah; membaikinya. Tanpa disedari, enjin yang dibaiki Hasmat Ullah itu adalah enji sebuah kereta lama yang akan digunakan untuk membawa abu mayat Ghandi ke sungai Sangam.
Di sinilah konflik bermula. Sepertimana kita tahu, Ghandi bukanlah Muslim. Namun, bagaimana abu mayat Ghandi yang dibawa ke sungai Sangam itu menyatupadukan semua agama adalah perkara yang menarik untuk dilihat dalam filem ini. Pelbagai halangan dihadapi dari pihak masjid gara-gara Hashmat Ullah melanggar perjanjian memboikot kerajaan dengan menutup kedai selepas tragedi pengeboman di pekan mereka. Usaha makin sukar apabila orang Islam sendiri tidak ada kerjasama di pekan itu. Namun, Hashmat Ullah akan mengubah segalanya. Jalinan cerita pada awalnya membosankan. Nmn, ianya tidaklah teruk sangat. Yakin bahawa filem ini adalah realiti kehidupan, pergerakan cerita penuh dengan mesej dan pesanan buat siapa yang mahu memikirkan. Dialog amat mantap dan cukup menyentuh perasaan. Namun, sekali lagi, tiada komedi dalam filem ini kerana filem ini cukup berat untuk memasukkan elemen tipikal itu. Tak perlu mengharapkan lagu-lagu dari pengarah muzik terkenal. Tiada juga cameo artis popular. Beberapa lagu agama menjadikan latar Road To Sangam penuh dengan jiwa agama yang cukup mendalam.
Paresh Rawal diangkat sebagai pelakon utama. Lakonan non-komedi ini amat jarang dilihat sekaligus membuatkan lakonannya mantap dan penuh emosi. Lakonannya adalah yang terbaik. Om Puri juga berjaya membawa lakonannya dengan berjaya. Sesuai untuk jiwa emosional. Filem ini mendidik jiwa bahawa walaupun apa saja agama, kita tetap berada dalam satu negara. Hormat menghormati itu penting untuk kebaikan semua rakyat negara itu.
Life Partner. Huh, nama pun sah2 jelas menggambarkan kaitan tajuknya dengan isi filem ni. Apa sangat yang ada pada filem ini? Life Partner tidak menjanjikan thril yang membuatkan korang tak senang duduk. Filem ni jugak bukanlah buat peminat Salman dan Shah Rukh makan popcorn dengan enak dalam pawagam. Namun, disebabkan boring, aku layan jer filem nih. Dan, diakhir filem, Life Partner memang satu filem yang cliche tetapi diadun dengan cara baru dan menarik. Memang aku tidak menjangkakan sesuatu yang menarik pun untuk filem ini. Namun, filem ini cukup menarik untuk ditonton.
Kisah berkisar tentang 3 orang rakan baik, Jeet (Govinda), Karan (Fardeen Khan) dan Bhavesh (Tushar). Tiga orang ni punya karier dan perngai berbeza. Karan pertama berjumpa cinta. Bhavesh dipatasi adat resam dan cinta paksa dari pilihan ibu bapa. Jeet pula, seorang peguam playboy yang tidak percaya cinta dan perkahwinan. Jeet berkahwin dengan Sanjana (Genelia D'Souza), gadis pilihan yang cukup menarik karakternya. Selepas 2, Bhavesh pula dinikahi Prachi (Prachi Desai). Dua cara perkahwinan berbeza akan menyelongkar dua masalah dalam dunia perkahwinan diorang. Perkahwinan Sanjana dan Karan makin retak atas sebab tertentu. Perkahwinan Bhavesh jga makin lama kian retak kerana campurtangan bapa Bhavesh. Hanya ada satu cara untuk penyelesaian. Jeet, sebagi seorang peguam penceraian perlu masuk campur. Walaupun ianya biasa saja dari segi penceritaan, teknik susunan babak menarik minat aku untuk menonton filem ini. Babak intro menunjukkan Karan dan Bhavesh yang berbual tentang perkahwinan memberi teka teki tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam filem ini. Di babak INTERMISSION, barulah semua puzzle cerita dicantum.
Kecewa dengan ending yang cukup 'bodoh', aku rasa filem ini memerlukan pembaikan untuk bahagian ending. Adegan atas bumbung dan perkahwinan Jeet amat menarik. Sudah ada emosi di situ selepas kita bergelak ketawa dengan masalah Karan dan Bhavesh. Adegan bunuh diri pakai bom cukup unlogical dan tidak sesuai. Owh, memang kacau bilau ending. Muzik Pritam biasa saja. 'Kuke Kuke' antara track yang best. Lagu lain hanya biasa saja. Namun, cinematografi untuk video klip Kuke Kuke dan satu lagu yang dilakonkan Govinda cukup menarik.
Rumi Jaffrey punya arahan nampak kemas dan cantik. Lakonan semuanya biasa. Dengan dialog yang ckup menarik, lakonan Fardeen nampak kemas, Tushar pun kemas. Govinda nampak unbalance. Karakternya tidak jelas dan nampak kejap ke kiri dan ke kanan. Karakternya sbg peguam tidak begitu berkesan. Namun, Govinda berjaya bawa karakter sahabat Karan & Bhavesh dengan baik. Karakter playboynya pun cukup menjadi.
Kesimpulannya, untuk pleasure watching jer.. no need to tension tension!
Filem ni mengecewakan. Tidak seperti aku harapkan. First impression aku mengenai epik ini adalah ianya akan menandingi Asoka yang pernah dibintangi seorang Khan. Namun, meleset sungguh. Namun, papepon, mehlah aku bawak tengok ape ada dalam filem epik arahan Anil Sharma nih.
Veer adalah mirip Gladiator, sebuah filem Russell Crowe dari hollywood. Namun, nampaknya Veer cuba menjadikan satu lagenda yang entah betul atau tidak ini menjadi lebih hebat dari filem barat itu dengan storyline ala2 Titanic and kisah dua darjat yang cukup sinonim dengan Bollywood. Malangnya, cantuman kisah2 ini pada aku tidak berjaya mengangkat sejarah atau lagenda ini dalam satu posisi yang stabil dalam Bollywood. Veer mengisahkan perjuangan satu kaum barbarian yang dihalau dari tanah mereka sendiri selepas India dijajah British. Kaum Pindaris adalah kaum Veer. Mereka menentang kejahatan dan ketamakan Madavgarh (Jackie Shroff) dengan satu plan licik; menghantar Veer untuk bekajar ilmu Barat untuk menentang sistem Barat. Namun, cinta berputik antara Veer dan Puteri Yashodhara (Zarine Khan), anak kepada Madavgarh. Plot tampak kemas malangnya tidak diadun dengan penceritaan yang cukup mendebarkan. Awal2 penceritaan, penonton didedahkan dengan babak perang yang hebat, dan beberapa jam seterusnya, adalah kisah cinta yang cukup tidak menggambarkan title yang digunakan. Namun, 1 jam terakhir adalah cukup baik, babak konfrontasi antara Veer dan Zarine Khan memang kemas. Aku suka adegan gladiator dimana Puteri Yashodhara memilih bakal suami. Gempak siot. Musik Sajid Wajid sederhana. Tiada lagu betul2 masuk kalbu. Namun, pujian harus diberikan kerana keberanian menggunakan alatan baru dalam muzik yang menjadikan muzik nampak lebih dekat dengan zaman yang digambarkan. Lakonan Salman Khan, sederhana. Namun, adakala dia berjaya membawa karakter dengan baik. Karakter Veer nampak tidak stabil. Ada kala dia terlalu lemah, adakala terlalu bergaya sehinggakan aku tidak tahu bagaimana hendak menggambarkan kredibiliti Veer. Zarine Khan nampak gah pada lakonan filem ini. Jackie Shroff memang profesional. Mithun Chakraborthy pun sama.
Baru berkesempatan tengok sebuah filem trailer tajuk Hide n Seek. Dibintangi new-comer2 bolly. Secara keseluruhan, filem ni okayh. Xde yang cacat. Normal dan biasa bagi sebuah filem Bollywood. Starting dari Raaz hingga sekarang, genre seram pun makin lama makin naik di Bollywood. Hide and Seek pun adalah satu filem yang tidak ketinggalan untuk berada sejajar dengan filem2 begitu.
Hide and Seek, kalau korang dengar, tanpa melihat apa2 info, korang pasti akan ingat Hide and Seek yang lain. Ada satu filem Hollywood nama Hide and Seek gak.Tapi, Hide and Seek ni bergenre slasher. Aku suke gak genre sebegini. Namun, persoalannya, berjayakah genre slasher hidup dengan Hide and Seek? Mengisahkan beberapa orang rakan yang terperangkap dalam sebuah kompleks beli belah pada satu malam krismas. Malam itu, mereka diburu seorang Santa yang mengembalikan memori 12 tahun lepas. Seorang demi seorang kalah dalam permainan Hide and Seek. Sedikit demi sedikit, rahsia mula terbongkar. Namun, siapakah Santa tersebut?
Apoorva Lakhia menerbitkan filem arahan Shawn Aranha ini. Jujurnya, awal filem amat okeyh, tapi main lama makin boring. Tapi, berjaya pulak meng'intense' keadaan dengan adegan pembunuhan dan pusing-belit cerita membuatkan impak boring hilang. Naratif bergerak ke depan dan kebelakang dan teka teki sukar dijawab.
Amat sesuai untuk main2 ngan minda sambil santai2. Tiada adegan ganas dan ngeri walaupun bergenre slasher. Tiada muzik diselitkan. So, no komen bout soundtrack.
Chance Pe Dance... hmm.. x banyak yang leh aku review. Tapi, yang penting, kisah ni macam kisah basi la di Bollywood dan cuba direfresh dengan elemen baru yang makin naik sekarang ni. Mengisahkan seorang lelaki bernama Sameer lakonan Shahid Kapoor yang nak jadi bintang, Chance Pe Dance nampak seperti Naach, sebuah filem Ram Gopal Varma, filem lakonan Abhishek Bachchan. Papepon, bleh la layan gak cite ni. Lagu pun best.
Ada apa dengan harapan? Apa ada dengan impian? Sukarkah impian dan harapan dicapai? Itu antara isi LONDON DREAMS, sebuah filem hindi yang tidaklah terlalu baru. Seingat aku, beberapa bulan lepas sudah bermain di telinga peminat. Berkesempatan menonton LONDOM DREAMS sebagai muvi mengisi masa lapang. Namun, tatkala masa lapang terisi, tidak menjangka pula filem ini begitu dekat dengan hati dan berjaya membuatkan aku terpaku 2 jam 30 minit menonton filem ini.
First impression, LONDON DREAMS berbisa. Namun, tak aku tahu bisanya di mana. Melihat trailer di YouTube beberapa bulan lalu, was2 juga mahu menonton sebab aku clueless tentang storyline. Bahkan, tiada sebijik lagu yang berjaya menyentap hati aku. Namun, aku akui kekuatan filem ni adalah pada set penggambaran yang menggunakan kota London sebagai setting utama.
Arjun (Ajay Devgan) seorang lelaki yang tabah dan independent, gigih mencapai cita2 sebagai seorang penyanyi di kota London. Dengan usahanya, kumpulan band LONDON DREAMS tercipta dengan dianggotai Priya, Zoheb dan Wasid. Mannu (Salman Khan) rakan sekampung Arjun yang gila2 dan kaki perempuan dibawa Arjun ke London untuk menjadi sebahagian angota LD. Namun, cita2 Arjun mula pudar bila LD mula didominasi Mannu. Konflik berlaku bila Arjun menyimpan hati pada Priya, malangnya Mannu berjaya memikatnya dulu. Masalah demi masalah terjadi sehinggakan persahabatan menjadi lawan dalam diam. dBerjayakah London Dream terus bertahan?
Dibarisi bintang Ajay Devgan dan Salman Khan, aku rasa gemerlapan London Dreams bermula dengan cinematografi yang mantap. Kota London dirakam cantik. Disulami muzik Shankar Ehsan Loy, London Dreams adalah filem dengan formula lama yang mendapat sentuhan baru. Best cite ni… fuh, feeling.
Dapat aku dalami perasaan Arjun yang ingin mengejar cita2. Namun, niatnya untuk membantu sahabat baik meruntuhkan cita2nya sendiri. Apa xnye, orang mula pandang sahabatnya daripada dirinya, padahal Arjun yang mula tubuhkan grup 2. Pas2, leh lak Priya tu senang2 je Mannu ambik. Namun, sebenarnya, ada salah sangka. Mannu x pernah berniat nak tunjuk yang dia bongkak. Mannu buat semua tu untuk naikkan nama Arjun, malangnya Arjun tersalah tafsir. Ok2.. cool2... ianya hanya muvi..
My Name Is Khan… and I’m Not A Terrorist. Satu frasa yang amat dalam jika diamati dan diselidiki. Siapa Khan? Apa kaitannya dengan terrorist? Satu perbincangan yang hangat dan menarik jika dilihat dari sisi yang sepatutnya. Apa yang akan aku bincang di sini, berkenaan dengan sebuah filem yang memang dinanti-nanti oleh semua penduduk Malaysia dan juga dunia (ye ker? Karan Johar mempersembahkan sebuah filem bertemakan kemanusiaan, perpaduan dan juga toleransi dalam agama MY NAME IS KHAN. Dibintangi bintang superstar Bollywood, Shah Rukh Khan (Don, Om Shanti Om, dll), juga kehadiran aktres jelita Bollywood, Kajol (Fanaa) MNIK memberikan satu nafas segar dan berupaya membuka satu pemikiran yang baru tentang isu islam dan jugak terrorist.
Pengalaman menonton MNIK adalah satu pengalaman yang cukup membuka minda. MNIK berjaya menyuntik semangat baru dan juga pemikiran yang lebih terbuka dalam kita menilai sesuatu isu agama. Karan Johar yang sebelum ini berjaya menarik jutaan penonton menonton filemnya, berjaya menyampaikan mesej yang sarat dengan isu berat dalam masa 2 jam 30 minit ini. Penonton berjaya dipikat dalam mencari kebenaran tentang keadaan dunia kita yang semakin kucar kacir. Persoalan agama, perkahwinan, cinta, pandangan serong manusia, semuanya diungkap jelas dalam filem ini.
Karan Johar berjaya menampilkan sesuatu yang fresh dan terkini. MNIK bukan saja gah pada plot cerita yang lebih Hollywood, malah ianya dibarisi himpunan cinematography cantik dan memukau. San Francisco, Texas, Washington DC dan jugak Gueva dipapar dengan bergaya. Aku rasa, cinematography sebegini bukan calang-calang dan cukup hebat jika dibandingkan dengan filem Hollywood sendiri.
Sedikit intro kepada perjalanan cerita MNIK ini. Rizwan Khan, seorang penghidap autism, hidup bahagia bersama ibunya dan adiknya yang normal. Namun, semakin dia meningkat dewasa, si adik, Zakir Khan mengembara ke US untuk mencari pekerjaan. Rizwan akhirnya ikuti jejak adiknya selepas ibunya meninggal. Di US, Rizwan bertemu si cantik Madhira, seorang pekerja salon yang dijumpainya sewaktu bekerja. Rizwan jatuh hati pada Madhira, tetapi agama memisahkan mereka. Setelah perbagai halangan, Rizwan berkahwin dengan Madhira dan hidup bersama mereka juga adalah Sameer, anak Madhira.
Konflik bermula dengan pengeboman WTC. Kejadian 11 September menutup perspektif putih Islam. Semua memandang buruk dengan Islam dan juga disebabkan ini, Sameer meninggal dunia. Rumah tangga Madhira dan Rizwan makin goyah. Atas permintaan Madhira, Rizwan bertekad untuk berjumpa dengan presiden US untuk menyampaikan mesej ‘MY NAME IS KHAN… AND I’M NOT A TERRORIST’
Cukup bijak dalam mengadunkan karakter, Karan Johar menggunakan autism dalam membawa persoalan yang sukar difikirkan dan dijawab oleh manusia biasa.Ternyata isu panas dan juga sensitive menjadi lebur dan senang dibawa dan difahami kerana kita melihat semua ini dari perspektif seorang manusia istimewa. Jika difikirkan kembali, kalau Rizwan Khan bukan seorang autisme, tak mungkin presiden US sendri mahu berjumpa dengan dia. MNIK meyakinkan kita bahawa kadangkala impossible can become possible.
Khan mewakili Islam. Di sebalik Khan itu, Karan Johar mahu membuktikan bahawa agama Islam bukan agama terrorist. Islam itu satu kesempurnaan dan mengenetepikan segala keganasan. Aku salute dan suka sangat bila pengarah membayangkan Islam dalam satu wajah yang cukup membanggakan. Aku lihat bagaimana Khan membantu mangsa banjir di Gueva yang tinggal di dalam gereja. Cukup menggambarkan bahawa toleransi dan juga perpaduan diajar dalam Islam. Ok, kita jauhkan sikit sisi agama dari perbincangan ini. Ketepikan sekejap kerana aku bukan mahu menilai filem ini dari sudut itu sahaja.
Shah Rukh Khan, dengan penampilan yang cukup berbeza membuktikan bahawa faktor usia bukanlah penghalang untuk superhero Bollywood ini untuk terus berada di belakang. Bintang ini cukup menyuntik air mata ke dalam file mini sekaligus dialirkan kepada penonton yang tahu menilai dan melihat file mini secara terbuka. Kajol, bintang serasi bersama Shah Rukh Khan sndri, membuktikan bahawa mereka memang masih lagi poleh bersama dan sesuai dalam apa saja karakter. Watak Mandhira cukup untuk mewakili perspektif agama lain selain Kristian terhadap Islam.
Meyakinkan. Cukup banyak juga perbincangan hangat dalam filem ini. Aku suka scene bila Khan masuk ke mesjid dan dengar sekumpulan jemaah ini merancang nk buat suicide mission. Di sini, diselitkan perbincangan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan nabi Ismail. Korang tengok la sndri. Bagaimana kisah korban Nabi Ismail a.s ini disalah ertikan sehingga menjadikan mereka seorang pengebom berani mati. Best2…
Papepon, cukup mendukacitakan apabila track lagu tidak seperti yang diharapkan. Aku mengharapkan yang fileem ini mengandungi track yang penuh dengan tarian. Namun, tidak pula aku menjumpainya. Filem ini, ya, aku rasa tidak perlu semua itu. Malahan, selama 2 jam 30 minit tayangan, filem ini tidak mempunyai plot yang lewah. Setiap masa ada saja isu dan sentiasa berkait antara satu sama lain. Cukup padat dan kompaknya filem ini sehinggakan aku sndri tak boleh alihkan mata mengikuti tiap2 babak filem ni.
Shadow.. sebuah filem Rohit Nayar... x silap aku, filem ni tahun 2009. Mesti korang x pernah kenal dan tahu filem ni. Dari poster, nampak macam filem spy hindi. Tapi, filem ni berkenaan dengan pembunuh upahan.. sekali lagi.. tapi, ianya bukan salinan Bangkok Dangerous dan jugak filem Karam, sebuah filem hindi.
Siapa Arjun Sherawat? persoalan pertama dan isi penting dalam filem ni.
Seorang pembunuh upahan, Arjun Sherawat menjadi buruan pihak polis sejak pembunuhan beberapa orang mangsa yang berkaitan. Kes ini disiasat Sanjana. Tiada siapa tahu wajah pembunuh ini. Sanjana makin bingung dan menuduh Sheetal dan Rahul yang selalu tiba di tempat kejadian sebagai Arjun Sherawat. Kisah makin komplex bila klu-klu makin terungkai. Siapakah Arjun dan... siapakah Sheetal dan Rahul sebenarnya..
Muzik Anand Raj Anand ok.. 80% track best.
Tapi, si pelakon yg jadik pembunuh 2, aloh... x macam pembunuh. Stylo je lebeyh.. huhu..
Lame sungguh yer aku x tgk cite hindi. Aiseyh, kesibukan yg melanda sebenarnya yang menyebabkan aku tidak dapat meluangkan masa untuk tgk filem hindi dan jugak filem2 lain. Huhu.. okeyh, xpa.. dikesempatan ini aku nk review satu lagi filem hindi yang asalnyer dari sebuah filem Tamil. Mungkin aku rasa ni adalah filem yg pertama seumpamanya pada abad yang berteknologi ni.. Entahla kalau2 ada muvi sebegini pada zaman Sangam dan beberapa filem yang sebaris. Quick Gun Murugan, sebuah filem Tamil yang telah dialih bahasakan ke dalam Bahasa Hindi. Apa yang spesel tentang filem ni bukanlah kekuatan Akshaye Kumar, Shah Rukh Khan, Preity Zita, Kajol dan jugak orang2 Bollywood yang dah masyhur. Quick Gun Murugan memberikan satu genre baru dalam industri Bollywood iaitu filem cowboy. Janggalkan? tapi, itulah yang akan dibawakan dalam filem ini. Meh aku cite sikit sinopsis filem ni...
Quick Gun Murugan (Dr. Rajenra Prasad) adalah seorang koboi India yang kejenyer menjaga keamanan sebuah pekan kecil yang entah wujud atau x di India. Murugan bermusuhan dengan seorang villain yang bernama Rice Plate Reddy (Naseer). Malangnyer, di zaman koboi tu, Rice Plate Reddy telah berjaya membunuh Murugan dan mengembangkan empayar dosa (sejenis makanan India) dan juga empayar kedai makanan anti sayur.
Murugan diangkat ke langit menaiki chariot dan dibawa ke pejabat (ala2 tempat yg decide samada nk ke syurga, neraka atau turun balik ke dunia la...) Murugan mintak diturunkan semula dan dia kembali ke masa hadapan dimana Rice Playe Reddy sedang mengembangkan empayar dosa menjadi McDosa. Namun, masalah sekarang ni, Rice Plate Reddy tak dapat satu formula yang membuatkan dosanya spesel. Apekah yang diperlukan? Berjayakah Murugan membalas dendam?
Lu tengoklah sndri yer... Quick Gun Murugan cuba membawakan kisah cowboy yang ala2 western. Ternya dari pemerhatian aku, filem ini berjaya meletakkan culture cowboy India dengan unik di dalam filem. Murugan yang lebih mempunyai pertuturan yang bercampur dengan bahasa Inggeris yang tidak berstruktur menunjukkan penjajahan Inggeris yang banyak mempengaruhi India. Inggeris tempatan dalam filem ini jugak berjaya menaikkan mood komedi yang cuba dibawa.Filem ini slapstik dan tidak bertumpu kepada logikal akal. Oleh tu, tak payah fikir banyak2 kenapa jadi itu ini. Semuanya fantasi yang hanya sesuai untuk ditonton dan rehatkan minda.
Lagu sederhana best. Elemen klasik seolah2 mendengar lagu zaman piring hitam. Tapi, nice to be listened... Well done to Shashanka Ghosh. 2je..