Followers

Tuesday, January 18, 2011

Knock Out (2010)


It is not a taboo for Bollywood producer to copy some idea from Hollywood (even Hollywood pun tiru filem Asia pe!). After so many movies released throughout years, I may say that Bolly sometime need refreshment of the idea. For that reason their targeted Hollywood to get such idea to make nowadays Bollywood movie. KNOCK OUT bergerak atas dasar yang sama. Melihat filem ini, sudah tentu anda bakal mengingati lakonan Collin Farrell dalam filem thriller satu situasi, Phone Booth (dengan jayanya dilakonkan juga oleh Kiefer Sutherland). It is agreeable if I say that the film made by Joel Shumacher is great in telling an event (I never thought what I will do if I was in the situation). 2010, the idea now belong to Mani Shankar. He used the same idea (phone booth as a place of incident that can change history) but to illustrate other issue (which is closer to the Indian society).

KNOCK OUT is a story lingers around an incident inside a phone booth in the middle of Mumbai City. A day of a man will change forever. A sniper (Sanjay Dutt) targeting a man, Tony Khoshla (Irfan Khan) for one secret reason. Situation is getting worse when the sniper shoot a citizen outside the phone booth. As the story goes, the anchor woman, Nidhi Srivastav (Kangna Ranaut) came after and realise the fishy situation behind the incident. With the help of a honest police, they trying as best as they can to set Tony Khoshla out from the phone booth and faces the political agenda that lead to this incident.

In my opinion the plot is well plan (the idea is there with the right issue to portray). I like the plot construction even there are some hiccup at the middle of the movie. Seriously, this film has no driveable plot. As 1 hour and 50 minutes running, the film focus is just on the phone booth (of course there are some flashback and other setting, but not too much). I not have any word to say about the beginning (how Tony trapped inside the phone booth) because the reason is very tough (no doubt! The reason is there!). But, when come to the Indian ‘future technology’ (the spy helicopter and some gadget used by the sniper), this make this film does not have the intention to stay on reality (fictional item is helping the movement of the plot).

Overall, KNOCK OUT is railing on the same path with PHONE BOOTH (tengok! asyik cakap pasal dua filem ni jer!). Surely I can’t keep watching this film as single Bolly movie as some scene really a copycat from that Hollywood movie. But, I am quite proud of the way Mani Shankar blend in the issue of politic corruption in the film. Korupsi memang selalu sangat dipaparkan dalam filem India. But, when Mani Shankar convert the same theme with different approaches, I like!. Furthermore, with the great casting (Irfan is a top notch actor – his acting very real and good). Sanjay Dutt as the sniper, a culprit (at the beginning) turns hero also delivers good acting. On the whole, KNOCK OUT is a nice movie on theme. But, I don't think that all viewers can cope with this kind of idea.

3.5/5

Thursday, January 13, 2011

No Problem (2010)


Looking at the title, surely I have no idea what this movie is all about. ‘No Problem’ for what? What is the problem? The title itself is so wide to be interpreted. Tapi, lepas tonton pun, aku masih terkial kial, apa kaitan ‘No Problem’ dengan kisah diamond stealing? Filem ni nampaknya macam ada rencah filem Bolly 90an dengan gaya masala (dua tiga plot bergabung lalu membentuk keadaan huru hara yang membangkitkan komedi situasi). This movie reminds me to one of the movie that has the same issue (seingat aku tahun 1999 kot) entitled Awara Paagal Dewana.

Kisah berkisar pada 2 plot yang bercantum di tengah filem (separuh masa kedua filem). Kisah bermula dengan Yash (Sanjay Dutt) dan Raj (Akshaye Khanna) merompak bank di First Village Bank di Robin Village (yang mana selepas ditembak papan tanda, Robin terus jadi Rob – kreatif!). Tuan punya bank, Zandulal (Paresh Rawal) berangkat ke Durban untuk mencari Yash dan Raj sebab dipersalahkan oleh orang kampung. Another story in Durban, a bungling cop, Arjun (Anil Kapoor) on his mission to catch a most wanted criminal who stole a million dollar diamond, Marcos (Suniel Shetty). Now, start a game of catch and mouse as the story goes.

Apapun, No Problem nampaknya ada juga babak yang lawak. Namun, hampir half of the movie contain wasted comedy. Pada aku, tak banyak babak yang boleh buat aku gelak. Adegan akhir nampaknya macam tak masuk akal (tiba tiba je gorilla yang muncul sebagai cameo pada awal filem muncul jadi hero tanpa disangka sangka) tetapi menarik. Karakter lelaki yang nak bunuh diri tetapi selalu terselamat tu nampak wasted. Idea menarik namun tak berapa menjadi untuk membentuk komedi. Pritam comes with great track. My favourite track is ‘We Are Innocent’. Other track is just average. On the whole, No Problem is not great movie at all. A film with great cast, but not well crafted.

3/5

Wednesday, January 12, 2011

Guzaarish (2010)


Dua bintang besar dalam satu filem pengarah tersohor, Sanjay Leela Bansali. Jawapannya, sebuah filem yang cukup hebat. Hrithik Roshan yang cukup bersahaja, bergandingan dengan Ratu India, Aishwarya Rai akhirnya membentuk satu lagi filem mega penuh emosi. When discussing about Sanjay Leela Bansali’s work, my mind recalled his notable masterpiece Devdas, starring once again Aishwarya Rai and SRK. Karyanya memang menarik. Pergerakan filemnya teliti dan kemas. Penuh dengan dialog sederhana tetapi ada jiwa. Once again, a salutation to this latest masterpiece of SLB. I like it so much.

Hrithik Roshan stars as Ethan, a magician turned radio DJ who suffered spinal-cord injury after accidentally fall from high while presenting his magic trick (disabotaj member sendiri yang jeles). After living in bed for 14 years, Ethan finally decided it is the time for him to meet death. He finally invented a project called Euthanasia Project, a project which will fight the court to allowed Mercy Killing, a suicide for his own good. With the help of his nurse and his new apprentice, Ethan fights for it. Will he get a chance to die?

First of all, in all notable SLB works, this great director made a huge effort to portray such nice cinematography in each of his movie. Aku suka gaya cinematografinya yang cukup cantik. Even if i made a comparison between SLB and RGV (Ram Gopal Varma), both were in the same level (but in the different genre of film). From the well-known Devdas (tengok beberapa kali) to Saawariya (yang ni tak tonton) and Black (yang ni pun tak berkesempatan tonton), he is the master of beautifulness. From the beginning to the end, Guzaarish stand as a beautiful movie with great issue.

Guzaarish punya babak yang boleh menyentap. Pertama, babak bagaimana alam sendiri menduga Ethan yang lumpuh dengan menitikkan air hujan dari bumbung rumah cukup menarik. Dipaparkan patung Jesus di luar rumah yang berdiri diam di dalam hujan yang lebat. Simbol yang cukup menarik untuk mengaitkan agama dan ujian Tuhan. Babak ending, semasa ‘the last dinner’ (kenapa, tontonlah), di situ ada emosi yang cukup hebat. Dialog Hrithik cukup meruntun emosi. Oh, satu lagi, bila Ethan nyanyi lagu What A Wonderful World semasa ibunya dimakamkan (yang mana mengingatkan penonton bagaimana Ethan mula bermain magik) menarik.

Gandingan Aishwarya dan Hrithik nampaknya berbeza. Hrithik yang lumpuh punya bisa yang cukup menarik. Lakonannya, emosinya dan segala dialognya menarik. Terbaik!. Aishwarya nampaknya cuba dibina SLB supaya menjadi nurse cliché (yang mana pembantu magician nampaknya taklah secantik nurse) tetapi punya emosi lebih dari seorang nurse (jiwa cinta, sayang dan kekasih hati). Keseluruhannya, filem ni perfect dan patut ditonton. On the whole, Guzaarish will stand as another masterpiece of Sanjay Leela Bansali with great casting and story.

4/5

Friday, January 7, 2011

Khatta Meetha (2010)

Jangan terkejut tonton filem ni sebab ada lagu yang guna perkataan 'bullshit' (yang diulang byk kali dalam satu lagu) tanpa disensor. Nampak kasar tetapi diluluskan jugak untuk tayangan. Apapun, Khatta Meetha adalah satu lagi filem Priyadashan yang menarik tetapi taklah sehebat De Dana Dan. Pada aku, filem ni bukan untuk hiburan semata mata. Priyadarshan cuba untuk membentuk satira for the sake of his beloved India. Ke'satira'an ini nampak jelas sebab lagunya nampak kasar dan memang jelas pun mengkritik kerajaan dan juga korupsi yang dilakukan. Cannot imagine la kalau filem ni filem Malaysia. Sah sah kena banned!

Sachin Tichkule (Akshay Kumar) adalah kontraktor paling bernasib malang dalam keluarganya sebab tidak sehebat adik beradiknya yang lain yang dapat banyak projek (guna rasuah). Nak dijadikan cerita, pegawai tinggi kat kawasannya pula adalah bekas awek si Sachin (Trisha) yang membencinya sebab kisah lampau. Kisah berkisar mengenai bagaimana Sachin cuba mengubah nasibnya namun tak berjaya. Dalam masa sama, Sachin mula mendedahkan korupsi yang dilakukan abang-abangnya dalam mendapatkan projek apabila seorang mangsa jambatan runtuh (jambatan tu dibina abangnya) membantu mendapatkan maklumat.

Nampak sinopsis macam serius. Tapi, filem ni santai. Walaupun isunya nampak macam bukan untuk hiburan (yela, mana ada orang buat filem pasal kontraktor), filem ni ada part untuk gelak gelak. That is the best thing when we talk about Priyadarshan's movie. Dia punya komik komedi memang the best. Musik dari Pritam best jugak! Trek modern dan tradisi nampak masyuk!. Tambahan pulak ada Johnny Lever dalam filem ni. Tambah luculah jadinya. Sebuah filem yang menarik untuk hiburan dewasa mahupun kanak-kanak. Tetapi, mak bapak dicadangkan untuk tolong tutup filem selepas habis saja final scene filem ni. Nanti tak pasal pasal diorang nyanyi lagu 'bullshit' tu, sape yang susah?

3/5

Soch Lo (2010)


Filem ini bukan tampilkan nama besar dah gah. Cukup sekadar paras rupa macam budak mentah dalam dunia bolly jer yang membarisi takhta pelakon dalam filem ini. Kisah yang bermula dengan seorang lelaki yang tak dikenali terdampar di tengah gurun yang hilang identity. Dibantu Pali (Barkha Madan), akhirnya dia mencari semula identity berbekalkan satu saja memorinya iaitu ketika dia berbulan madu dengan isterinya (yang dikahwini atas pilihan keluarga). Pembongkaran ingatan akhirnya membawa kepada detik penting apabila dia mengetahui bahawa isterinya, Basu (Nishan Naniah) diculik teman lelakinya yang psiko.

Soch Lo memang membosankan pada first half. Terlalu clueless sehinggakan menguap nguap mintak bantal dan katil. Second half nampak lebih menarik. Menjangkakan ending yang lebih tense tetapi malangnya sederhana. Sebuah filem genre thriller psiko yang ideanya luar biasa tetapi garapannya kurang sikit. Rasanya cukup menarik untuk ditonton dalam olahan lain. Olahan ini nampaknya cukup tak menarik. Kurang bisa, kurang pedas dan kurang segala galanya. Lakonan pengarahnya sendiri, Sartaj Singh Pannu nampak biasa. Sebuah filem yang perlu fikir dua kali sebelum tonton.

1.5/5

Sunday, January 2, 2011

Kushti (2010)


Kisah cinta dengan approach yang berbeza. Tak ada yang istimewa tentang filem ini. Sekali lagi, kisah cinta dengan approach berbeza. Kushti menampilkan barisan pelakon sekadar biasa, Rajpal Yadav sebagai teraju utama. Penampilannya kali ini sebagai posmen di sebuah daerah yang menjadikan sukan gusti sebagai sukan utama yang jatuh hati dengan anak kepada salah seorang guru gusti di perkampungan tersebut. Ditakdirkan cinta mereka dihalang kerana sikap bapa si gadis yang mempunyai masalah dengan satu lagi guru gusti di daerah tersebut. Kisah cinta yang kecil ni kemudiannya menjadi besar apabila Chandher terpaksa menghadapi lawan bapanya (penampilan khas The Great Khali dari WWE) untuk memenangi cinta hatinya. Keseluruhannya, file mini nampak tak seimbang. 30 minit awal, penonton masih terkebil kebil apa benda yang nak cuba disampaikan. Lakonan Rajpal Yadav klise macam filemnya sebelum ini. Oh ya, babak akhir menjangkakan The Great Khali memberikan penampilan hebat, tetapi malang, mengecewakan.

Monday, December 27, 2010

Hisss (2010)


Pertama, filem ini buat penonton yang mahu melihat Mallika Sherawat bogel sepenuhnya. Kedua, filem ini buat penonton yang pernah menonton filem klasik Nagin (ditayang sekitar zaman 70an - era Bobby rasanya) . Kedua lagi, bagi yang mahu menyaksikan punggung Mallika tanpa seurat benang, filem ini juga untuk anda. Ketiga, jangan tonton kalau nak mengharapkan ular yang serealistik filem Hollywood. Ketiga juga lagi, jangan tonton kalau anda tidak boleh terima keadaan ular yang memang betul2 nampak macam paip getah yang dimake-up. Keempat, mesti tonton sebab ianya sungguh berdarah, merah dengan keganasan dan penuh darah (lagi sekali) dan darah (sekali lagi) dan dendam (baru sekali). Last sekali, filem ini dari pengarah orang puteyh yang mahu buat filem Bolly.

Mallika Sherawat selepas keseksiannya yang diketahui ramai, kini memegang karakter Tuhan Ular. Sebuah mitos Hindu yang rasanya semua orang tahu. Hisss mengisahkan seorang lelaki yang menghidap kanser, George (Jeff Doucette) yang menangkap ular jantan semasa sedang mengawan. Si ular betina (Malika Sherawat) akhirnya bertukar menjadi manusia dan mencari si jantan yang ditangkap tadi. Mitos mengatakan bahawa ular betina akan melepaskan azimat yang boleh membuatkan George kebal dan tak mati (sebab kenapa George tangkap ular jantan) apabila mereka berdua bertemu semula. Dalam perjalanan, dia yang mana jelmaan Dewa Ular membunuh manusia jahat tanpa belas kasihan. Vikram (Irfan Khan) menyiasat kes kematian misteri ini dan bakal bertemu sesuatu yang luar biasa.

Cut the crap! Ini filem lagenda ular banyak longgar. Persoalan yang timbul, daripada mana Geoge mendapat tahu hal kesaktian ular betina sehingga sanggup menangkap ular jantan untuk dijadikan umpan? Doesn’t make any sense apabila orang puteh dimasukkan sebagai karakter. Apatah lagi dialognya didubbingkan sehingga hilang keaslian. Namun, i like this film. Walaupun ceritanya mengarut dan nampak terlalu over dari segi kelucahan Malika Sherawat, Hisss penuh kengerian yang luar biasa.

Kesimpulannya, ular getah memang digunakan dalam filem ini. Itu memang dah diberitahu pada awal filem ini. Namun, Hisss ada babak yang meyakinkan dan boleh bermain dengan emosi. Aku suka babak bila Snake Woman kejar snake charmer semasa menonton di panggung. Ada reality di situ (ditunjukkan seorang budak kecil sedang berak dan Vikram melangkah dan terpijak tahinya di dalam longkang). Emosi Malika Sherawat nampaknya berjaya. Walaupun karakternya bisu, ianya menjadi. Malang sungguh visual effectnya tahap B. Tapi, satu permulaan buat Bollywood. Budak budak bawah 18, fikirkan dua tiga kali sebelum menonton!

Sunday, December 26, 2010

Break Ke Baad (2010)


Break Ke Baad (jangkaan aku) akan sama kualitinya dengan I Hate Luv Storys. Meyakini lakonan Imran Khan bakal memecah senyuman sepanjang tontonan, aku tonton filem ini dengan tenang. Menarik. Ya, gandingan Imran Khan kali ini, Deepika Padukone, satu chemistry! Yea. Aku suka gandingan mereka. Deepika Padukone looks so real. Wataknya selamba. Tambah pula dengan Imran Khan yang so cute (for pompuanlah!) dan lakonannya yang memanglah berbeza sbg hero. Jangkaan Break Ke Baad sebagai satu lagi I Hate Luv Storys nampaknya jauh meleset.

Idea asas Break Ke Baad mengisahkan tentang dua insan. Abhay (Imran Khan) dan Aaliya (Deepika Padukone) adalah dua sahabat sejak kecil. Membesar sebagai sahabat karib, persahabatn mereka bertukar menjadi percintaan. Aaliya bercita-cita mahu menjadi aktress. Abhay pula, buntu tentang impiannya sendiri. Sampai satu masa, Aaliya akhirnya melanjutkan pelajaran ke Australia. Dua insan tak pernah berenggang ini akhirnya terpaksa berpisah kerana mengejar impian. Di Australia, Aaliya mula rasa pengalaman pertama tanpa Abhay. Indah! Bebas lakukan apa saja. Namun, Abhay mula merasa cintanya menjadi makin dalam. Kisah seterusnya berkisar tentang kehidupan mereka dan masalah yang melanda sepanjang perhubungan.

Malang sungguh apabila hasilnya sederhana. Sudahla muzik Vishal-Shekar sederhana jugak. Tak ada pun satu trek yang menarik. Tapi, thumb up untuk video yang amat menarik. Banyak babak ditangani dengan berjaya. Semestinya dengan pelakon kacak dan cantik, Break Ke Baad mampu menarik peminat dua pelakon ini ke wayang. Malah, bagi yang mengikuti I Hate Luv Storys dan Anjaana Anjaani, filem ini mungkin untuk anda. Filem terbitan pengarah Kunal Kohli (pengarah filem Fanaa - Kajol & Aamir Khan) nampaknya terlalu simple dan cuba dipanjangkan sehingga membentuk satu plot zig zag yang entah ape ape entah.

3/5

Saturday, December 25, 2010

Kajraare (2010)


Himesh Reshammiya punya lakonan cukup mendukacitakan. Entah kenapa orang filem yang tahu perihal lakonan ini masih ambil dia untuk belakon. Cukuplah sekadar menjadi composer yang menghasilkan lagu untuk filem, Himesh Reshammiya tak layak jadi pelakon. Pernah menonton Karzzz yang mana dirinya digandingkan dengan Urmila Matondkar, sungguh mendukacitakan walaupun itu bukan filem pertamanya. Berkesempatan menonton Kajraareyang rasanya mungkin boleh mengubah persepsi terhadap lakonannya apabila digandingkan dengan Mona Laizza.

Rajeev (Himesh Reshammiya) mengembara ke Dubai atas arahan seorang anggota polis kerana diburu oleh kumpulan terrorist. Dalam pelarian, dia bertemu dengan Nargis (Mona Laizza) yang mana seorang pelacur. Kisah akhirnya berkisar halangan percintaan (sebab Nargis masih ada mak ayam yang tak benarkannya stop melacur) dan bagaimana Rajeev cuba menyembunyikan identitinya.

Sekali lagi, boleh lah! Kiranya walaupun menghampakan juga lakonannya, Kajraare taklah teruk sangat. Karakter sebagai Rocky a.k.a Rajeev nampaknya tidak mendukacitakan. Ada juga beberapa babak emosi yang berjaya ditangani dengan berjaya. Mona Laizza, wow sungguh cantik (giler cun!). Keseluruhannya, plot cerita sederhana dan boleh dijangka. Lagunya (juga ciptaan Himesh Reshammiya) amat mengecewakan. Sudahlah! Aduh! Pening kepala.. Tak payah tonton pun xpe!

2/5

Monday, December 20, 2010

Milenge Milenge (2010)


Sekali lagi Shahid Kapoor dan Kareena Kapoor bergandingan selepas Jab We Met (rasanya tu filem last diorng kan?). Kali ini, kisahnya mengenai Priya (Kareena Kapoor) yang tak pernah mencintai. Kisah tukang tilik ni dah dua kali aku tonton. Idea untuk menggabungkan konsep takdir dengan kisah cinta nampaknya menarik. Aku suka konsep ini apabila ada adegan yang sukar dijangka yang boleh membawa kepada pergerakan filem. Inilah Milenge Milenge, sebuah karya yang biasa saja, tetapi menarik untuk ditonton.

Atas tilikan seorang tukang tilik, Priya bakal bertemu jodoh dengan seseorang di Bangkok. Benar! Priya bertemu Immy (Shahid Kapoor). Namun, rahsia terbongkar apabila Priya mendapati Immy menyimpan fotokopi diari Priya. Dia cuma mau permainkan Priya!. Lama kelamaan, Immy punya hati mula berubah daaa.. Priya yang ‘jual mahal’ (walaupun dia boleh maafkan Immy) akhirnya minta Immy tulis no fon dan namanya atas sekeping wang kertas. Jika wang kertas itu kembali padanya suatu hari nanti, Priya akan menjadi milik Immy. Seterusnya, kisah berganjak 3 tahun kemudian. Berjayakah cinta mereka?

Awal-awal tengok, macam tak ada pape spesel pun tentang filem ni. Milenge Milenge lakonan Kareena dengan Shahid ini tak ada x-faktor. Walaupun ada idea yang menarik, tetapi nampak kurang sangat. Lagu Himesh Reshammiya taklah terlalu moden. Bagi aku, ianya sekadar isi tempat kosong jer. Tak ada pun lagu yang betul betul menusuk kalbu. Malas nak tonton pada awalnya, last2 tonton jugak. Overal ok la. Milenge Milenge biasa dan sederhana. Plotnya mengingatkan aku kepada Kismat Konnection dan Khushi (Kareena dan Fardeen Khan). Tetapi, layan jugak lah ceritanya. Menarik juga sesetengah babak. Namun, semestinya para penonton dapat mengagak ending cerita ini kerana formula biasa yang digunakan. Tak ada yang menarik, cliché tetapi sesuai untuk penggemar filem Bollywood dengan formula lama.

2/5