Followers

Saturday, May 26, 2012

MTV - Jabse Mere Dil Ko Uff (film: Tere Meri Kahani)

Friday, May 25, 2012

Agent Vinod (2012)

Let say yang Agent Vinod ada aura Johnny English daripada trailernya. Let say juga, Agent Vinod adalah sebuah filem gaya ejen 007 yang top dan famous tu. Let say that Agent Vinod adalah segala galanya tentang spy. Dan akhir sekali, let say yang Agent Vinod adalah filem spy yang cuba menjadi internasional melalui masalanya. Daripada Illuminati Films, penerbit Love Aaj Kal, Agent Vinod sebuah filem yang agak baik dari penampilannya. Jauh tersasar untuk membandingkannya dengan 007 mahupun Johnny English. 


Trivia, pada tahun 1977, ada juga sebuah filem dengan tajuk yang sama. Dilakonkan oleh Mahendra Sandhu sebagai Agent Vinod, premis filem 1977 dan versi 2012 adalah berbeza sama sekali. Filem versi 2012 lebih tertumpu pada kerangka yang cuba hidup dari nafas sebuah filem spy; jalan jalan sambil buat kerja. Agent Vinod membawa kita mengembara tak ubah seperti menonton sebuah filem spy international. 

Tetapi, lagak ceritanya memang sebuah formula bollywood. Anda akan perasan yang filem ini bermula dengan event yang tidak berkait dan kemudiannya membawa kepada tugasan yang diberikan kepada Agent Vinod akibat rakannya yang tidak dapat menyambung tugasan. Filem bergerak ke hadapan dengan menunjukkan bagaimana Agent Vinod cuba memporak porandakan sekumpulan teroris yang cuba nak bom nuklearkan India atas sebab tertentu. 


Dengan adanya Kareena Kapoor yang agak spesel lakonannya, filem ini memang luar biasa dari permainan trik plot ceritnya. Sebuah filem yang kreatif. Bersedia kerana korang hanya akan merasa satu saja lagu dalam filem ini, itupun pada dekat dekat nak akhir filem (tolak lagu pada kredit). But, pastinya korang takkan jemu. 

Agent Vinod agak bijak. Walaupun pada sesetengah part korang akan perasan yang CGInya nampak tidak berapa kemas, filem yang membawakan penonton mengembara ke merata rata ini agak baik pada skripnya. Lakonan Saif Ali Khan yang agak kemas dan tenang memberikan karakter Agent Vinod yang boleh digagahi sebagai agent spy India yang terbaru. 4/5