Followers

Wednesday, December 26, 2012

MTV - Zero Hour Mashup (Best Of 2012 Compilation Remx)

Sunday, December 16, 2012

Rush (2012)

Rush dilakonkan di Malaysia. Iya, even taklah banyak mana pun scenenya, ianya tetap menarik untuk ditonton. Tetapi jangan pening kepala dengan setting beberapa tempat dalam filem ini. Ada scene yang memang dalam filem ini dinyatakan sebagai Malaysia, namun beberapa scene Malaysia juga digunakan sebagai tambahan untuk scene scene di tempat lain. Contohnya, korang akan sedar yang watak utama kita, Sam Grover naik kereta plat India tetapi masuk dalam bangunan yang ada perkataan ‘KELUAR’. Ceritanya menarik. 

Cerita politik dan media, jenayah dan juga social, dan juga cerita tentang dunia yang sebenarnya. Rush cuba untuk potray kebenaran di sebalik kebenaran media. Kiasan yang agak baik yang dilakar Shamin Desai. Ceritanya simple dan mudah. Seorang wartawan yang mencari kebenaran tersepit apabila mendapati satu kebenaran yang agak mengejutkan dalam kerjayanya. Sebuah cat and mouse game, set up, dan juga dunia media dari sudut hitam. 

Ceritanya yang simple dengan lakonan Emran Hashmi yang bersahaja disamping Sagarika Ghatge dan juga Neha Dhupia, Rush berbeza denganfilem Bollywood biasa. Filem ini bergerak pantas ke hadapan dengan dialog dialog bersahaja dan real. Namun begitu, aku rasakan perkara yang merosakkan Rush adalah susunan lagu lagu yang cuba dimuatkan dalam filem ini. Serius ianya mengganggu mood bagi aku lah. 

Bukannya lagunya tidak sedap. Malah, Pritam punya lakaran muzik untuk filem ini menampilkan muzik yang simple tetapi masih mampu membawa penonton ke alam yang dia mahu bentuk. Tetapi, dengan beberapa susunan lagu yang tidak berapa sesuai dan juga jarak antara lagu yang terlalu dekat dalam pada awal filem, ianya masih mengganggu. Itu saja. Lagunya sedap. Tetapi, tidaklah terlalu hebat. Simple dan sesuai dengan filem. 

Aku rasakan ceritanya memanglah menarik dan berani. Tetapi, jika Rush boleh digerakkan dengan lebih ruthless dan juga garang, its gonna be great. Dalam erti kata lain, Rush cuba membongkar kebenaran yang berani, tetapi penulisan ini sendiri berhati hati. Watak Sam Grover yang lebih emosional dan permainan Crime 24 yang lebih twisty dan juga ganas mungkin memberikan lebih impak kepada kisah thriller ini. Malangnya semua itu tak muncul. Tetapi, tetap Rush tak mengecewakan. 

Cuma, di akhir cerita ini, aku still tak paham kenapa KLCC muncul dalam poster sedangkan dalam filem tak ada pun. Dan, Takaful Malaysia kat poster tu, motifff!!!

3/5

Thursday, December 13, 2012

Barfi! (2012)

Barfi memang sebuah persembahan Chaplin yang sempurna. Sah memang filem ini menginspirasikan dirinya dari persembahan komedi bisu Charlie Chaplin. Malah, jika korang perasan, muka pelawak lagenda itu ada muncul dalam satu scene yang tidak sampai satu saat dalam awal awal filem. Chaplin punya komedi dihidupkan dalam dunia filem dah ada bunyi? Pasti wataknya berbeza. Nah, Barfi! Si bisu yang memberikan keceriaan. 

Barfi adalah watak bisu dan pekak yang dihidupkan dengan sempurna. Kesemua environment penceritaannya memang agak mengasyikkan sehingga penonton boleh terhibur dengan keletah Barfi tetapi pada masa yang sama tetap bersimpati dengan jalan cerita yang disampaikan. Tidak ada jalan cerita yang straight dan lurus dalam filem ini. Ianya lebih terarah kepada sekuen sekuen event yang terjadi dalam hidup Barfi, Jilmil dan Shruti. 

Penceritaannya memang agak memeningkan. Sekejap kita dibawa ke depan, sekejap ke belakang kembali, sekejap ke depan kembali. Timeline cerita ini memang agak mengelirukan jika penonton tidak memahami jalan ceritanya dengan teliti. Jadi, ini memungkinkan cerita ini menjadi komedi tanpa penghayatan cerita bagi yang leka dalam menontonnya. Dan bagi yang tak suka filem yang watak utamanya tidak bercakap ini, memang pasti penontonannya akan menjadi membosankan. 

Ranbir Kapoor membawakan watak yang cukup berat. Yet he still achieved his goal. Barfi cukup baik persembahannya. Kecomelan dan juga kenakalan Barfi dari lakonlayar diterjemah dengan sebaik mungkin oleh pelakon ini. Mungkin seharusnya pujian lebih layak diberikan kepada Priyanka Chopra yang memberikan lakonan terhebatnya dalam sisi ini. Priyanka memang hebat lakonannya. Bukan saja hebat, malah luar biasa dan boleh dikagumi. 

Cerita tulisan Anurag Basu ini yang mana dilatari lagu lagu arahan Pritam Chakraborty ini turut tidak mengecewakan dari runut bunyi. Muzik yang mengasyikkan menjadikan babak babak yang bisu dalam filem ini ada rohnya tersendiri. 

Keseluruhannya, Barfi mungkin ada cedokan ilham dari Charlie Chaplin dari segi komedinya. Malah, dari segi persembahannya juga mengingatkan aku kepada filem Rango, pemain muzik yang muncul tiba tiba tanpa ada kaitan dengan jalan cerita. Namun, dengan kesegaran lakonan, sinematografi yang hebat dan juga lagu yang sempurna, cerita Barfi yang biasa nampak menarik untuk ditonton. Mungkin after selesai tonton, mulut korang pasti akan bercerita tentang kehebatan Priyanka dalam filem ini. 

4.5/5

Friday, December 7, 2012

MTV - Party On My Mind (film: Race 2)