Followers

Friday, January 4, 2013

MTV - Dishkiyaon (film: Kismet Love Paisa Dilli)

Raaz 3 (2012)

Raaz 3 mengembalikan Bipasha Basu, gadis hot yang muncul bergandingan dengan Dino Morea dalam filem pertama siri ini. Malangnya, kali ini, penampilannya membawa watak jahat tidak seperti filem pertama. Apapun, oklah, dah lama tak nampak gadis ini dalam filem yang memulakan kariernya ini. Dari Vikram Bhatt, macam biasalah, Raaz memberikan seram gaya Bhatt dengan momentum kejutan yang lebih pengaruh Japanese. 

Nak dibandingkan dengan Raaz 2, aku rasakan Raaz 3 nampaknya lebih straightforward dan simple. Walaupun ianya tidaklah penuh dengan teka teki seperti Raaz 2, ianya masih boleh diikuti dek kerana twist twist yang lurus dan simple yang disediakan. Kejutan demi kejutan membuatkan cerita ini nampaknya tidak mahu membiarkan penonton kebosanan. 

Iya ke? Ada lah juga rasa agak bosan apabila repetition seram nampaknya seperti boleh dijangka. Iyalah, bagi yang sudah menonton karya seram 3D arahan pengarah sama iaitu Haunted, conform korang akan boleh hafal bagaimana pengarah ini bermain dengan aspek 3D. Walaupun aku menonton dalam format biasa, namun ianya masih boleh dirasa kejutannya. Malangnya, pada lakonan, Emraan Hashmi nampak mendatar. 

Malangnya juga, Bipasha Basu sebagai seorang watak jahat nampaknya tidak menjadi. Esha Gupta, si heroin nampak menonjolkan sisi hebat namun tenggelam apabila watak Shanaya nampak lebih menyerlah walaupun jahatnya tidak menjadi. Apapun, walaupun lakonannya biasa biasa dan macam filem Malaysia jer plotnya, boleh gak layan. 

Jangan pelik sebab filem ini mengekalkan format Raaz pertama dengan meletakkan muzik yang diselang seli dengan babak berahi dan kissing comolot beberapa kali. Kali ni lebih berani beb!!! Jangan pelik jugak sebab filem ni banyak ritual ritual agama yang agak pelik dan tak masuk akal. Macam filem filem Raaz terdahulu. 

Keseluruhannya, Raaz 3 oklah untuk rasa seram, tapi, mungkin aka nada rasa sedikit kebosanan sebab permainan balas dendam yang berulang kali. Tapi, jujurnya aku suka Raaz yang pertama sebab lagu lagunya agak best walaupun ceritanya 100% meniru filem What Lies Beneath lakonan Harrison Ford.

4/5