Followers

Friday, November 6, 2009

Blue (2009)






BLUE adalah sebuah filem hindi yang diwar-warkan cuba mimik kepada filem-filem Michael Bay (interview Antony D'Souza di BollywoodHungama).. sebuah filem yang juga bakal menjadi satu batu loncatan untuk menunjukkan kebolehan Bollywood dalam menghasilkan filem aksi yang tidak kurang hebatnya dengan filem aksi Hollywood. Apatah lagi apabila BLUE dipromosikan dengan begitu kemas, lancar dan mantap sehinggakan aku sendiri menjadi teruja menanti tayangan filem ini..

Pada awalnya, memang aku mengharapkan filem ini menjadi sebuah filem yang mampat dan penuh dengan aksi yang memang setanding dengan filem bollywood karya Sanjay Gupta (Kaante) dan jugak Anubhav Sinha (Dus) yang pada aku memang high class.. storyline yang begitu padat dan tidak lewah sehinggakan menjadi boring di antara aksi dan aksi.. itu yang aku harapkan dari BLUE.. boleh aku katakan kat sini yang BLUE mempunyai koreografi aksi yang cukup gempak namun mempunyai jalan cerita yang memang bukan jalan cerita yg biasa ditulis di Bollywood..

meh aku cite storyline sedikit... BLUE mempunyai persamaan dengan cite INTO THE BLUE... yang mengisahkan tentang kapal LADY IN BLUE yang tenggelam 42 tahun dahulu. 2 orang sahabat baik, Saghav (Sanjay Dutt) n Aarav (Akshay Kumar). Adik Saghav, Sam (Zayed Khan) datang dari Bangkok kerana diiugut satu sindiket yang telah memperdayakannya. Tanpa pengetahuannya, sindiket tu dtg jugak ke Bahamas untuk buru si Sam.. Saghav dan Aarav terpaksa bergelut nk selamatkan Sam dengan mencari harta LADY IN BLUE yang tersimpan di perut laut...

jika anda peminat muvi Hollywood.. anda akan perasaan BLUE mengambil beberapa scene superb dari filem2 seperti TORQUE. Adegan kejar mengejar dengan polis di Jambatan di Bangkok superbly created.. adegan letupan memang gempak dan tidak pernah lagi disaksikan dlmm filem2 hindi lain.

Antara babak2 yg best adalah scene kejar mengejar di dalam kawasan pokok getah yang membawa kepada kejar mengejar di atas gerabak keretapi.. well created dan good job D'Souza..

Muzik A.R Rahman memang nice to hum.. sbg sorang pemuzik yg dikenali, A.R Rahman berjaya menjadikan lagu Chingy Wingy (Kylie Minogue & Sonu Nigam) satu lagu yang akan internationalize filem ni.. antara lagu yang best dlm ni adalah Fiqrana(Vijay Prakash & Shreya Goshal) dan beberapa lagu lain..

BAHAMAS di lensa, amat cantik. Warna biru menjadi permainan untuk filem ini kerana kebanyakan pengambaran mengambil latar laut Bahamas yang biru dan indah. adegan kejar mengejar di Bangkok, well crafted.. overall cinenatography memang gempak!

Lakonan Sanjay Dutt dan Akshay Kumar mantap.. Katrina Kaif hadir sbg extra.. Lara Dutta pon ok.. x byk comment sgt on acting..

papepon.. kpd sape yg memang lom meminati filem hindi.. BLUE adalah satu filem yang mempunyai essence of Hollywood.. filem yang mantap, seksi, aksi padat dan kalau rasa 2 jam itu panjang.. baik blah!.. okeyh..

4/5

No comments: