Hanted adalah filem 3D stereoscopic Bollywood pertama. Di tangan Vikram Bhatt, walaupun filem ini pertamakalinya dibikin dalam 3D, aku rasa ideanya bukan sesuatu yang pertama kali. Cambahan babak babak nampaknya masih ada bekas bekas filem Raaz, juga filem Vikram Bhatt. Suasana yang nampak lebih nampak Inggeris dengan villa yang nampak hampir sama dengan situasi dalam filem Raaz hanya menampakkan Haunted hanya satu improvement, bukan satu cerita baru.
Ada yang fresh dari filem ini tetapi penerimaannya di luar jangkaan. Serius aku tidak dapat menghadam sesuatu selepas Interval. Ini sepatutnya menjadi filem seram seperti mana tajuknya. Ini bukan kisah time travel!. Oh no, tiba tiba saja Vikram mengalihkan seram fasa pertama filem menjadi sebuah filem adventure time travel, yang mana mengurangkan seramnya. Seram di fasa selepas inverval hilang. Spoil mood!
Permainan dirogol hantu dalam filem ini adalah satu sesuatu yang membina fantasi penonton. Tetapi kadangkala babak sebegini dilebih lebihkan dan kadangkala memualkan kalau sampai dua tiga kali.
Glen Manor, sebuah rumah agam dengan kisah silam. Rehan (Mahaakshay) adalah seorang agen yang melawatnya untuk menjual rumah tersebut kepada pembeli. Setibanya di rumah, dia mula tahu rumah agam tersebut menyimpan satu misteri yang sudah berada di situ selama 80ta tahun.
Berbanding Raaz, gaya seram Haunted lebih menakutkan. Dengan bantuan special effect juga permainan gerak perlahan serta 3Dnya, Haunted banyak adegan sentap menyentap hati. Apapun, seperti yang aku cakap tadi, mood seram terus hilang apabila filem ini bertukar menjadi filem time travel.
Mahaakshay lakonannya terbaik. Keseluruhannya, filem ini miliknya. Perhatikan saja di fasa pertama filem, semua plot bergerak hanya dengan karakternya. Watak lain ditempelkan untuk mengikat dialog dialog sahaja. Apapun, gaya seram Mahaakshay boleh tahan. Tia Bajpai pun terbaik!
Aku nasihatkan kalau nak tonton filem ini, janganlah rasa teruja untuk keseramannya. Kali ketiganya aku cakap, fasa selepas Interval adalah fasa kejatuhan filem ini. Namun, filem ini tetap menarik untuk ditonton sebagai filem adventure, dan bukannya seram keseluruhannya.
4/5
No comments:
Post a Comment