Followers

Thursday, March 25, 2010

London Dreams (2009)




Ada apa dengan harapan? Apa ada dengan impian? Sukarkah impian dan harapan dicapai? Itu antara isi LONDON DREAMS, sebuah filem hindi yang tidaklah terlalu baru. Seingat aku, beberapa bulan lepas sudah bermain di telinga peminat. Berkesempatan menonton LONDOM DREAMS sebagai muvi mengisi masa lapang. Namun, tatkala masa lapang terisi, tidak menjangka pula filem ini begitu dekat dengan hati dan berjaya membuatkan aku terpaku 2 jam 30 minit menonton filem ini.

First impression, LONDON DREAMS berbisa. Namun, tak aku tahu bisanya di mana. Melihat trailer di YouTube beberapa bulan lalu, was2 juga mahu menonton sebab aku clueless tentang storyline. Bahkan, tiada sebijik lagu yang berjaya menyentap hati aku. Namun, aku akui kekuatan filem ni adalah pada set penggambaran yang menggunakan kota London sebagai setting utama.


Arjun (Ajay Devgan) seorang lelaki yang tabah dan independent, gigih mencapai cita2 sebagai seorang penyanyi di kota London. Dengan usahanya, kumpulan band LONDON DREAMS tercipta dengan dianggotai Priya, Zoheb dan Wasid. Mannu (Salman Khan) rakan sekampung Arjun yang gila2 dan kaki perempuan dibawa Arjun ke London untuk menjadi sebahagian angota LD. Namun, cita2 Arjun mula pudar bila LD mula didominasi Mannu. Konflik berlaku bila Arjun menyimpan hati pada Priya, malangnya Mannu berjaya memikatnya dulu. Masalah demi masalah terjadi sehinggakan persahabatan menjadi lawan dalam diam. dBerjayakah London Dream terus bertahan?

Dibarisi bintang Ajay Devgan dan Salman Khan, aku rasa gemerlapan London Dreams bermula dengan cinematografi yang mantap. Kota London dirakam cantik. Disulami muzik Shankar Ehsan Loy, London Dreams adalah filem dengan formula lama yang mendapat sentuhan baru. Best cite ni… fuh, feeling.


Dapat aku dalami perasaan Arjun yang ingin mengejar cita2. Namun, niatnya untuk membantu sahabat baik meruntuhkan cita2nya sendiri. Apa xnye, orang mula pandang sahabatnya daripada dirinya, padahal Arjun yang mula tubuhkan grup 2. Pas2, leh lak Priya tu senang2 je Mannu ambik. Namun, sebenarnya, ada salah sangka. Mannu x pernah berniat nak tunjuk yang dia bongkak. Mannu buat semua tu untuk naikkan nama Arjun, malangnya Arjun tersalah tafsir. Ok2.. cool2... ianya hanya muvi..

Papepon, tengok sndri la ye…

4/5