Pada mulanya, aku rasakan filem ni hanyalah sebuah filem penyiasatan biasa yang bercerita tentang satu insiden. Namun, when the story move on, ceritanya masih ya, seperti yang aku jangka. Tetapi, satu insiden dalam filem ini menyebabkan aku tercengang dan kata ni bukan filem polis biasa. Ianya supernatural!
Talaash adalah sebuah supernatural thriller! Yup! Ianya bermain dengan isu roh namun pada masa yang sama menceritakan plot penyiasatan dengan elemen elemen kepolisan yang lebih bersifat lembut. Aamir Khan pada mulanya seperti pelakon biasa, menyiasat kematian seorang artis fofular yang keretanya jatuh terjunam ke dalam laut. Pada masa yang sama, dia juga sedang confront emosi dia yang baru lepas kematian anak.
Dalam usaha menyiasat, dia bertemu Rosie, watak lakonan Kareena Kapoor yang mana adalah seorang pelacur yang banyak membantu kes ini. Dan semakin lama kes ini terbuka, akhirnya Shekhawat, iaitu Amir Khan menemui kebenaran yang agak mengejutkan. Yea, ianya supernatural!
Director Reema Kagti memang membawakan filem ini seperti filem filem terbitan Reliance Entertainment yang dulu. Syotnya nampak internasional. Aamir Khan memang gempak. Kareena pula nampaknya memang terbaik. Rani Mukherjee nampaknya memberikan persembahan yang baik. Pada aku, semuanya cukup sifat. A must watch supernatural thriller!
4/5
No comments:
Post a Comment