What can I say bout this film, Paresh Rawal memang different giler dari movie movienya before this. By looking at his character, dan kepala botaknya yang luar biasa, ditambah pulak dengan skrip dan dialog yang well done, watak Mr. Khan yang dimainkannya berjaya membawa unsur psikopath yang hebat.
Table no. 21 adalah sebuah thriller yang ala ala Saw gitu. Sepasang suami isteri datang honeymoon di Fiji dan terjumpa dengan Mr. Khan. Mr. Khan menawarkan wang yang besar untuk main sebuah game you tipu you mati yang mana disiarkan melalui internet. Jawab 8 soalan, buat 8 tasks, dan akhirnya kemenangan akan dimiliki. Malangnya, mereka sedar yang permainan ini semakin sukar dan apa yang Mr. Khan mahu, yang tu kena lah tonton.
Filem ni sebenarnya sebuah filem kesedaran. Ianya bukanlah sekadar meletakkan 8 cabaran gila kepada watak Vivaan dan Siya suka suka. Ada sesuatu yang Mr. Khan mahu tunjukkan iaitu ragging bukanlah satu tindakan yang bagus. Kenapa? Tontonlah even banyak soalan akan keluar dari mulut korang. Kenapa itu, kenapa ini, kenapa itu, kenapa ini bla bla bla bla…
Dengan Tena Desae yang sexy dan Paresh Rawal yang gempak, Table no. 21 memang adventure gila yang bukan suka suka. Walaupun elemen elemen seperti beberapa filem Hollywood diterapkan dalam filem ini, copy paste itu nampaknya bukanlah satu perkara yang penting untuk dibandingkan. Apa yang penting adalah mesej yang nak disampaikan iaitu ragging is not a culture!
4/5
No comments:
Post a Comment