Followers

Saturday, November 21, 2009

Life In A... Metro (2007)


LIFE IN A METRO... sebuah filem tahun 2007 ...hmm... first look film ni nampak seperti sebuah filem youth yang berbeza dengan filem cinta yang lain. Dibarisi pelakon yang sederhana popular, LIAM amat bagus sekali garapannya. Walaupun dah lama ditayangkan, filem ni amat menarik perhatian aku. LIAM mengingatkan aku terhadap filem SALAAM E ISHQ yang ditayangkan pada tahun 2007. Filem yang berkonsep begini amat sukar di'digest' kadangkala kerana setiap karakter mempunyai hubungkait dalam membina kerangka cerita.

Diarahkan oleh Anurag Basu yang pernah mengarah filem Murder, LIAM membuktikan kehebatan beliau dalam mengarah filem bergenre sebegini. Walaupun filem ini akhirnya berkait-kait dan mempunyai pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh karakter2nya, skrip digarap baik lantas membentuk satu cerita yang tidak pernah membuatkan aku bosan. 2 jam dan satu cerita yang padat. Best.

Tak ada apa sangat yang aku nak komen ttg story ni. Yang penting, muzik memang superb. Pritam sekali lagi menyengat dengan lagu2 slow rock dalam filem ni. Persoalan tentang kecurangan, realiti cinta, dan pelbagai masalah yang menyelubungi insan2 di kota diceritakan dengan baik.

4/5

No comments: