Followers

Sunday, November 29, 2009

Acid Factory (2009)

Acid Factory, sebuah lagi filem aksi lasak yang aku leh samakan dengan KAANTE, LUCK, dan BLUE. Filem yang diterbitkan Sanjay Gupta kali ini nampak lebih bermain dengan story yang bertumpu kepada satu tempat. Acid Factory mengingatkan aku kepada siri kedua SAW dimana semua karakter dikumpulkan dalam satu tempat dan masing2 hilang ingatan. Perkembangan cerita kemudiannya bergerak apabila setiap karakter merungkai siapa sebenarnya diri mereka dan apa kaitan mereka dengan karakter lain. Itulah yang cuba diterapkan dalam ACID FACTORY. Namun, walaupun binaan plot hampir sama, namun ACID FACTORY punyai kisah yang berbeza.

Seorang lelaki (Fardeen Khan) bangun dalam sebuah tempat yaang isolated dan dikelilingi oleh beberapa orang lagi yang mengalami nasib yang sama. Dalam keadaan hilang ingatan, beberapa orang di dalam kilang yang telah dikunci itu perlu struggle mencari kembali ingatan coz antara mereka adalah orang yang telah menjadi dalang yang telah memenjara mereka di situ.

ACID FACTORY mempunyai perjalanan plot yang pantas. Penggunaan flashback yang begitu 'clueless' sehingga ke minit terakhir membuatkan penonton keliru dan akan tunggu sampai ending. Durasi yang hanya 1jam 45 minit memang sesuai sbb filem ini bukan sebuah filem yang biasa. Ianya thriller yang lebih stylo dan macho tanpa diiringi muzik2 yang cintan cinton..

Lakonan Aftab Shivdasani, Dino Morea, Diya Mirza, Manoj Bajpayee dan Danny Denzongpa meyakinkan. Tapi, aku lihat Irfan Khan amat lemah. Entah kenapa? Dia lebih terserlah sbg sorang polis dalam filem NEW YORK. Fardeen Khan pon ok... nice..

Filem ini punya aksi sehebat BLUE dan style cinematography yang hampir sama dengan filem hebat Snjay Gupta sperti KANTEE dan MUSAFIR. Namun, disebalik aksi-aksi cemas yang Hollywood-style, ada beberapa aksi yang tidak digarap ngn baik. Scene Fardeen Khan mencuri trak, dimana dia melompat dari kereta yang dipandu berseorangan, amat mengecewakan. Bayangkan pabila dia lompat, kereta itu hilang dari pandangan. Terus hilang dan tak tau apa yang jadik.. hmm..

Papepon, ACID FACTORY sebuah thriller yang best.

1 comment:

Dak Wan said...

Macam besh jewr citer nie?