Rush dilakonkan di Malaysia. Iya, even taklah banyak mana pun scenenya, ianya tetap menarik untuk ditonton. Tetapi jangan pening kepala dengan setting beberapa tempat dalam filem ini. Ada scene yang memang dalam filem ini dinyatakan sebagai Malaysia, namun beberapa scene Malaysia juga digunakan sebagai tambahan untuk scene scene di tempat lain. Contohnya, korang akan sedar yang watak utama kita, Sam Grover naik kereta plat India tetapi masuk dalam bangunan yang ada perkataan ‘KELUAR’.
Ceritanya menarik.
Cerita politik dan media, jenayah dan juga social, dan juga cerita tentang dunia yang sebenarnya. Rush cuba untuk potray kebenaran di sebalik kebenaran media. Kiasan yang agak baik yang dilakar Shamin Desai. Ceritanya simple dan mudah. Seorang wartawan yang mencari kebenaran tersepit apabila mendapati satu kebenaran yang agak mengejutkan dalam kerjayanya. Sebuah cat and mouse game, set up, dan juga dunia media dari sudut hitam.
Ceritanya yang simple dengan lakonan Emran Hashmi yang bersahaja disamping Sagarika Ghatge dan juga Neha Dhupia, Rush berbeza denganfilem Bollywood biasa. Filem ini bergerak pantas ke hadapan dengan dialog dialog bersahaja dan real. Namun begitu, aku rasakan perkara yang merosakkan Rush adalah susunan lagu lagu yang cuba dimuatkan dalam filem ini. Serius ianya mengganggu mood bagi aku lah.
Bukannya lagunya tidak sedap. Malah, Pritam punya lakaran muzik untuk filem ini menampilkan muzik yang simple tetapi masih mampu membawa penonton ke alam yang dia mahu bentuk. Tetapi, dengan beberapa susunan lagu yang tidak berapa sesuai dan juga jarak antara lagu yang terlalu dekat dalam pada awal filem, ianya masih mengganggu. Itu saja. Lagunya sedap. Tetapi, tidaklah terlalu hebat. Simple dan sesuai dengan filem.
Aku rasakan ceritanya memanglah menarik dan berani. Tetapi, jika Rush boleh digerakkan dengan lebih ruthless dan juga garang, its gonna be great. Dalam erti kata lain, Rush cuba membongkar kebenaran yang berani, tetapi penulisan ini sendiri berhati hati. Watak Sam Grover yang lebih emosional dan permainan Crime 24 yang lebih twisty dan juga ganas mungkin memberikan lebih impak kepada kisah thriller ini. Malangnya semua itu tak muncul. Tetapi, tetap Rush tak mengecewakan.
Cuma, di akhir cerita ini, aku still tak paham kenapa KLCC muncul dalam poster sedangkan dalam filem tak ada pun. Dan, Takaful Malaysia kat poster tu, motifff!!!
No comments:
Post a Comment