Followers

Wednesday, December 9, 2009

Shoot Out At Lokhandwala (2007)



Shootout At Lokhandwala bukan satu filem biasa. Diinspirasikan dari sebuah kisah benar, cite ni amat penuh dengan keganasan dan realiti dunia mafia india. Dibintangi Vivek Oberoi, Tushar, Arbazz Khan, Sanjay Dutt dan penampilan istimewa Amitabh Bachchan, Shootout At Lokhandwala diarahkan oleh Apoorva Lakhia.

Perlu diingatkan yang Bollywood bukan satu dunia hiburan yang biasa menerbitkan kisah benar yang berlaku dalam kisah mereka. SAL ini adalah satu kelainan yang cuba ditonjolkan Sanjay Gupta. Mengambil kisah benar yang mempersoalkan tindakan pihak polis yang cuba membunuh sekumpulan pemberontak yang membawa kepada keganasan, SAL penuh dengan pelbagai persoalan.

Siapa polis yang berhak menggunakan senjata api?

Polis juga punyai dendam, kalau dendam bersatu dengan kerjanya, bagaimana?

Salahkah polis bertindak ganas?

Siapa ganaz... pemberontak atau polis itu sendiri?

Tindakan yang dilakukan oleh 3 orang polis yang menyerbu sebuah rumah tumpangan demi menangkap sekumpulan pemberontak yang telah dipermainkan ketuanya bermula dengan aman dan berprosedur. Namun, apabila anggota polis yang tidak bertauliah yang diletakkan dalam mengendalikan keadaan sedemikian, tindakan tidak wajar diambil. Dendam, sifat marah dan salah guna kuasa polis menjadikan kejadian yang berlaku pada sekitar 70an itu satu kejadian yang menggemparkan India.

Mungkin kita tidak ketahui hal ni, namun SAL buat kita berfikir. Polis dan pemberontak... sesuatu yang hampir sama... namun, kuasa dan sudut berbeza.

Lakonan Vivek Oberoi cukup mantap, malah Tushar jugak bagus. Snjay Dutt dan the rest biasa. Penampilan istimewa Abhishek Bachchan cacatkan filem ni. Frust tol bila hero sebegitu sanggup dimatikan. Huh...

Movie ni pada aku tidak memerlukan trek lagu. Filem ini harus bergerak ke hadapan dan penggunaan lagu mengurangkan impak filem ni..

No comments: