Followers

Thursday, June 2, 2011

Zokkomon (2011)


Apa yang lebih sikit ada pada filem hindi ini, ternyata pada permulaannya. jangan terkejut kerana ini adalah filem terbitan produksi Walt Disney. Ya, company yang buat filem Mickey Mouse tu la. Percayalah bahawa Zokkomon sebenarnya adalah filem Hindi terbitan produksi animasi terbesar Hollywood itu. Dengan kepercayaan yang dimiliki, aku harap menonton Zokkomon mampu memberikan energi baru dalam sinema filem Bollywood.

Zokkomon bukan superhero dewasa. Malah, villainnya juga bukanlah sehebat villain yang dilawan oleh superman, batman mahupun apa saja man yang ada di dunia. Zokkomon sebenarnya adalah jiwa kita. Sebuah identiti yang dibentuk untuk memberikan satu keyakinan kepada kanak kanak bahawa mereka mampu melakukan apa saja dan tidak mudah ditindas.

Zokkomon mengisahkan tentang seorang budak lelaki yatim yang dikenali sebagai Kunal. Pada suatu hari, pak ciknya mengambilnya untuk tinggal di rumahnya. Tetapi, di sebalik kebaikan pak ciknya, ada niat jahat yang tersembunyi. Kunal, pada suatu hari ditinggalkan di fun fair dan dikhabarkan sudah mati oleh pak ciknya kepada penduduk kampung. Namun, Kunal berjaya mencari jalan pulang dan penduduk mempercayainya ia adalah hantu. Kunal menyorok di sebuah rumah lama dan menemui seorang saintis yang dipulau. Maka, disini bermulalah adventure Zokkomon!

Keseluruhannya, Zokkomon mengecewakan pada aspek plotnya. Wataknya terlalu simple untuk kewujudan satu karakter superhero yang kompleks. Serius filem ini membosankan! Mesejnya ada, semestinya wajib bagi sebuah filem kanak kanak dan terbitan Walt Disney!

Namun, dari satu aspek lain, Zokkomon ada satu perkara kesempurnaan yang luar biasa. Apa lagi kalau sudah mendapat sentuhan Walt Disney, tentulah aspek CGInya menarik. Ada babak babak dalam filem ini ditangani dengan berkesan dengan bantuan CGI. Babak kemunculan Zokkomon setiap kali juga babak Zokkomon terbang dan beraksi adalah antara aspek yang patut dilihat dalam filem ini.

Taree Zameen Par, itulah filem pertama yang memperkenalkan kita kepada Darsheel Safary. Pelakon cilik ini memang terbaik. Malangnya, filem ini terlalu lemah untuk sebuah penghidupan watak superhero. Muzik Shankar Ehsan Loy pun tak menarik. Apapun, Zokkomon sebuah permulaan untuk filem hindi dalam arena Hollywood. Permulaan untuk evolusi filem filem superhero!

2/5

DOWNLOAD FILEM INI DI SINI: http://watchingmovieonline.blogspot.com/2011/06/zokkomon-2011-dvdrip-hindi.html

No comments: