Followers

Monday, December 21, 2009

Aladin (2009)


First impression aku mengenai remake terbaru lagenda dongeng Aladin ini ialah, ia bakal menjadi sebuah filem yang berjaya memberi nafas baru bagi filem-filem yang menggunakan CGI dalam filem Bollywood. Sebelum ini, Harry Baweja pernah menghasilkan filem yang menggunakan banyak CGI efek dalam Love Story 2050. Namun, keberkesanan efek dalam Love Story 2050 ditenggelami storyline yang biasa dan struktur cerita yang terlalu simple. Love Story 2050 namun, boleh dibanggakan kerana usaha pengarah dan penerbit mencuba sesuatu yang baru dalam industri.

2009 menyaksikan kemunculan sebuah filem baru bertajuk Aladin. Menggunakan CGI sebagai tarikan, Aladin sebuah lagenda yang mempunyai nafas baru yang fresh. Cukup bagus dan memang best.

Sedikit sinopsis Aladin.

Khwaish, sebuah pekan fantasi. Di situ, tinggal seorang lelaki yatim bernama Aladin Chaterjee (Riteish Deshmukh). Aladin yang kehilangan ibu bapa disebabkan satu insiden sering dibuli oleh rakan sekolahnya, Kasim (Sahil Khan). Dalam diam, Aladin menaruh hati kepada Jasmine (Jacqueline Fernandez), seorang pelajar baru yang pada masa yang sama dipikat oleh Kasim. Tanggal hari jadinya, Jasmine menghadiahkan Aladin sebuah lampu ajaib. Lampu tersebut, tanpa pengetahuan Jasmine mempunyai jin yang tinggal di dalamnya.

Kasim yang selalu membuli Aladin menyuruh Aladin menggosok lampu tersebut. Namun, dengan tak semena-mena jin bernama Genius (Amitabh Bachchan) dilepaskan. Seperti hikayat Aladin asal, Genius memberikan Aladin 3 permintaan yang akan ditunaikan. 3 permintaan tu ape akh? Tengok sndri.

Biasa kan? Tak.. ini tambahan kerangka filem ni... Ringmaster (Sanjay Dutt) mengembara bersama kuncu2nya untuk mencari semula lampu ajaib. Kenapa? Malas nak cite.. g tengok.

Aladin mungkin sebuah filem fantasi yang menarik. Kesan khas tahap hollywood patut dibanggakan. Antara scene-scene gempak dalam filem ni..

1) adegan Ringmaster menyelamatkan seorang lelaki dari kabel eletrik terputus
2) adegan Genius menyelamatkan Aladin dari runtuhan salji
3) adegan kemunculan Aladin
4) klimaks

superb dan kemas.

Muzik Vishal Shekar superb. Menyaksikan Genie Rap yang dinyanyikan oleh Big B sendiri memang best. Hip hop dan pop dengan persembahan dan tarian yang memang best. Papepon, tidak dinafikan lagi, Vishal Shekar punya muzik dalam filem ni memang best.

Visual Khwaish digambarkan dengan baik. Wide-shot pekan Khwaish yang mempunyai penduduk Cina dan India memang bagus. Memang pekan Khwaish nampak seperti pekan kuno, namun, Khwaish juga punyai sebuah universiti dan kehidupan masakini.

Papepon, filem ni best.

4/5

DOWNLOAD FILEM INI DI SINI: http://watchingmovieonline.blogspot.com/2010/02/accident-on-hill-road-2009-hindi-dvdrip.html

No comments: