Followers

Thursday, August 18, 2011

Thank You (2011)


Thank You memang hilarious, dan mengeletek hati. Dalam banyak banyak filem Akshay Kumar, Thank You antara yang menyerlah walaupun pelakon ini hanyalah berlakon sebagai ‘iblis baik’ yang cuba untuk membentuk huru hara dalam kehidupan setiap karakter dalam filem ini. Masih mengikut rentak komedi yang digerakkan melalui insiden insiden tak sengaja dan missconfusion, Thank You adalah sebuah kisah yang brilliant. Pada aku, lupakan pasal logik, dan berhibur sambil mengambil mesej dan iktibar dalam filem ini.

Daripada pengarah Anees Bazmee (filem sebelum ini bertajuk NO PROBLEM), juga diterbitkan Twinkle Khanna, Thank You sebenarnya lebih terarah kepada feminisme. Jujurnya aku melihat bahawa filem ini cuba mengatakan bahawa lelaki itu sebenarnya lebih berat kepada memberi masalah kepada wanita dalam perhubungan suami isteri. Bayangan perkataan ‘dog’ yang beberapa kali digunakan dalam filem ini untuk menggambarakan lelaki itu sudah jelas menerangkan maksud itu.

Namun, dari satu lagi sudut pandang, filem ini adalah kritikan rumah tangga yang amat berat tetapi dalam garapan yang ringan.

Raj (Bobby Deol), Vikram (Irrfan Khan) dan Yogi (Suniel Shetty) adalah sahabat baik juga bisnes partner. Mereka ini womanizer dan rahsia besarnya ialah, mereka semua sudah berkahwin! Hidup mereka sebenarnya cukup indah sebab mereka berjaya menipu isteri isteri mereka tentang kehidupan ‘miang’ diorang. Namun, lama kelamaan, Sanjana (Sonam Kapoor) si isteri kepada Raj mencurigai. Kishan (Akshay Kumar) diupah untuk menyiasat suaminya. Namun, apa terjadi bila suaminya juga pada masa yang sama telah mengupah Kishan untuk mengaburi mata isterinya dari kehidupan keduanya?

Sonam Kapoor antara gadis pretty yang memang menjadi factor untuk aku tonton filem ini. Gayanya dalah I Hate Luv Story masih ada baki baki. Walaupun kali ini tidak terlalu serius, tetapi alamak… cutenyerr.. Suniel Shetty, Akshay Kumar, Irfan dan Bobby Deol gandingan yang mantap.

Pritam hadir dengan trek yang mantap. Keseluruhan trek filem ini menarik. Pyar Mein, Razmia dengan kehadiran Mallika Sherawat juga trek Full Volume antara yang menarik untuk didengar.

Keseluruhannya, Thank You mungkin buat wanita wanita tersenyum sebab pemberatan ke arah feminisme. Sebuah filem kelakar yang menarik untuk tontonan semua. Tapi bagi suami suami, bersedialah untuk kena hentam dengan filem ni..

4/5

No comments: