Followers

Monday, July 30, 2012

Rowdy Rathore (2012)

Daripada pengarah filem Wanted (Salman Khan), Rowdy Rathore adalah filem aksi yang memang akan menampilkan aksi aksi yang sama. Jika anda bayangkan logic akal, juga hukum fizik, korang pastinya aka mengatakan Rowdy Rathore sebuah filem yang tak masuk akal pada lagak aksinya. Tetapi itulah, Bollywood. Sesebuah filem aksi dibina untuk satu kepuasan dan bukannya untuk sebuah logika. Inilah tradisi aksi Bollywood bagi yang merindui. 


Peminat filem Tamil pastinya mengenali Prabhu Deva yang tariannya mirip Michael Jackson tersebut. Dia memang seorang pereka tari yang cukup hebat. Aku mengemari setiap koreografinya yang simple tetapi cukup unik dan cantik. Lihat saja lagu Chinta Ta Ta dan juga lain lain dalam filem ini. Cukup unik dan memang nampak seperti sebuah filem Tamil yang berbahasa Hindi. 

Aura filem Tamil hadir di mana saja dalam filem hindi ini. Ianya bagi yang tidak mengerti beza dua dunia ini, pastinya akan merasakan Bollywood dan filem Tamil sama saja. Tetapi, bagi yang tahu, pastinya akan merasakan dua dunia ini ada berbeza pada aspek tertentu. Dan, keseluruhannya, Rowdy Rathore dibikin dengan jiwa India Selatan yang cukup aku gemari. Cuma tambah Akshay Kumar untuk enjadikan filem ini sebuah filem Hindi. 

Plot Rowdy Rathore mengingatkan aku kepada Vedi (sebuah filem aksi Tamil yang pernah aku tonton suatu ketika dulu). Dua fasa filem ini,bagaimana permainannya mirip sekali. Fasa pertama filem adalah fasa gembira sehingga kepada kedatangan masalah pada akhir INTERMISSION. Selepas itu, fasa keduanya punya flashback yang panjang dan siri revenge untuk finale. Walaupun begitu, plotnya berbza sama sekali. 


Bandingkan filem ini dengan kuasa Singham, itulah Rowdy Rathore. Sebuah kisah kepolisan dan ketaatan dalam menjalankan tugas. Tetapi kali ini, kisah kepolisan ini menerima suntikan komedi yang membezakan filem ini dari filem kepolisan lain. 

Walaupun aku rasakan filem ini hebat terutama dari aksinya yang awesome!, aku dapat rasakan file mini punya fasa yang agak slow pada fasa sebelum INTERMISSION. Dengan formula klasik filem India yang punya lambakan lagu pada fasa satu, bolehlah diubati kebosanan tersebut. Manakan tidak, lagu lagu dalam filem ini kesemuanya cukup romantic dan unik. 

Rowdy Rathore mungkin bukan filem Prabhu Deva yang sempurna. Tetapi, hiburan cara Prabhu Deva tetap sesuatu yang menghiburkan untuk ditonton. Filem ini menampilkan aksi aksi yang agak ganas dan juga visual slow motion yang cukup memukau. Keseluruhannya, Rowdy Rathore memang klasik Bollywood yang agak baik. Dengan dialog yang tegas dan juga lakonan Akshay Kumar yang mantap (walaupun aku rasakan dia tak layak utk watak ini), filem ini memang masala yang tak boleh dilepaskan. 

4/5

No comments: