Followers

Monday, November 5, 2012

Eega (2012)

Eega (lalat) adalah sebuah filem Telugu. And you know what, korang mesti akan terhibur, gelak sakan, sebak, dan juga berkata wow dengan segala lakonlayarnya yang agak menakjubkan. Menonton Eega seperti menonton kreativiti industry filem India setapak lagi ke hadapan. Eega dipenuhi visual efek yang memang superb dan juga kisah percintaan yang lain dari yang lain. Kisah revenge yang jarang didengar dipersembahkan. Inilah Eega, sebuah kisah revenge seekor lalat terhadap manusia! 


Kenapa lalat ni nak balas dendam? Hah, mesti korang tertanya tanya bukan. Eega mengisahkan Nani, yang mencintai Bindu. Namun, pada masa yang sama, Sudeep, orang pangkat besar yang samseng juga jatuh hati pada gadis yang sama. Darjat antara Nani dan Sudeep jauh beza. Demi mendapatkan cintanya, Sudeep dibunuh! Dan dengan keajaiban, Nani menjelma semula sebagai lalat dan menuntut bela atas kematiannya. 

Yep! Memang CGI dalam filem ni agak awesome! Ada gaya gaya filem 300 pun ada. Karya S.S Rajamouli ini memang lebih cermat berbanding filemnya sebelum ini, Magadheera. Visual efeknya lebih teliti walaupun ada masanya CGI tersebut terlebih sudah digunakan dalam beberapa syot, aku rasakan hampir keseluruhan filem ini dibawa dengan visual yang menakjubkan. Scene lalat kena kejar dengan dua ekor burung menakjubkan! 


Storynya mungkin agak lama. Yelah kan, cerita tentang revenge ni dah banyak dah kat dalam cinema Tamil, Telegu mahupun Hindi. Tetapi, persembahan Eega tetap fresh. Jangan mengharapkan hero yang berbadan manusia dalam filem ini. Hero manusia muncul hanya 20 minit saja dalam filem ini. Hero boleh datang dalam pelbagai bentuk termasuk lalat! Pengalaman menonton Eega mungkin buat anda menonton filem Tamil lagi pada masa depan! 

Totally I agree yang Eega is the best Telugu tahun ini. Dengan visual efek yang sederhana dan cermat, Eega menampilkan trademark S.S Rajamouli yang lebih hebat! Dengan persembahan lakonan yang diiringi komedi, aksi, dan juga drama, Eega pastinya korang buat bersimpati dengan lalat dalam filem ni. Filem ni best giler! Tak percaya? tonton tailer Eega di sini.

4/5

No comments: