Followers

Wednesday, September 30, 2009

Wanted (2009)








Selepas membaca review yang telah ditulis oleh Taran Adarh.. dan aku telah menonton cite ni... sempat jugak aku menganalisis dan mencari apa yang perlu direview...sudah sampai masanya utk aku pulak nk mereview filem WANTED dari pandang mata aku. Mungkin review ini agak bertentangan ngn Taran Adarsh. Namun, pedulikan.. aku x fikir yang dia akan baca review aku.. hehehe... ok.. mari kita mulakan...

Tidak ada yang special tentang Wanted. Pertama kali aku mendengar tajuk filem ini, aku fikir Bollywood akan cuba membuat satu remake filem Wanted yang pernah hit dari pengarah Russia yang dilakonkan oleh Angelina Jolie dan Morgan Freeman. Namun, sebenarnya, Wanted adalah filem yang mengambil cite Tamil bertajuk Pokiri yang diarahkan oleh pengarah yang sama. Aku fikir, kenapa ini berlaku kepada dioarng punye industri. Main copy2 mengcopy. Bek wat story baru . Duit masuk dan cite pon fresh.

Sedikit sinopsis tentang Wanted. Salman Khan memainkan watak seorang pembunuh upahan ataupon gangster bernama Ranvhe yang ditakuti oleh semua mafia. Kira the best of killer la ni. Ape saja yang mamfia2 soh wat, dia akan wat untuk duit. Namun, dalam masa yang sama, seorang wanita, Janvhe (Ayesha Takia) mula jatuh hati kat dia ni. Pada masa yang sama jugak, mafia India yang saling bertelagah Golden Gang or Data Pawle's Gang mahu mengupah dia ni utk berbunuhan. Namun, di sebalik Ranvhe yang ganas.. identiti sebenar Ranvhe tidak siapa tahu.

Filem ini penuh dengan over dose action sequence. Namun, dengan ada great effect pada sesetengah babak. Ditambah lak ngn editing yang cukup pantas.. Wanted bukanlah satu filem yang teruk.Pokiri, filem asalnya hit di dalam bahasa Tamil dan Telegu. Wanted juga mencatatkan sejarah begitu apabila berjaya mengalahkan Blue lakonan Akshay Kumar dalam carta.

Lagu Sajid Wajid ok2 jer.. dengan kehadiran Govinda dan Anil Kapoor dalam lagu Jalwa.. dan penampilan Ayesha Takia dalam lagu Love Me. namun, music soce memang best. Lagu yang amat sesuai dengan scene dan situasi.

Lakonan Salman.. memang macho style. Namun, aku compare Ranvhe dngn watak asal dalam filem Pokiri. dan watak dalam filem ni amat lah kureng.. namun, salman amat stylo dalam aksi gasak bergasak... ayesha takia hanya deliver lakonan yang biasa2 jer.. cukup ok.. namun, impak cukup kureng.. entah kenapa.. aku kurng dapat feel watak Janvhe itu.. watak Ranvhe pon.. huhu..

overall. wanted bukan filem untuk orang yang berfikiran terlalu logik. Ia sebuah filem yang hanya untuk penggemar filem fiksyen aksi yang overdose. namun, aku suke filem ni..

4/5

No comments: