My Name Is Khan… and I’m Not A Terrorist. Satu frasa yang amat dalam jika diamati dan diselidiki. Siapa Khan? Apa kaitannya dengan terrorist? Satu perbincangan yang hangat dan menarik jika dilihat dari sisi yang sepatutnya. Apa yang akan aku bincang di sini, berkenaan dengan sebuah filem yang memang dinanti-nanti oleh semua penduduk Malaysia dan juga dunia (ye ker? Karan Johar mempersembahkan sebuah filem bertemakan kemanusiaan, perpaduan dan juga toleransi dalam agama MY NAME IS KHAN. Dibintangi bintang superstar Bollywood, Shah Rukh Khan (Don, Om Shanti Om, dll), juga kehadiran aktres jelita Bollywood, Kajol (Fanaa) MNIK memberikan satu nafas segar dan berupaya membuka satu pemikiran yang baru tentang isu islam dan jugak terrorist.
Pengalaman menonton MNIK adalah satu pengalaman yang cukup membuka minda. MNIK berjaya menyuntik semangat baru dan juga pemikiran yang lebih terbuka dalam kita menilai sesuatu isu agama. Karan Johar yang sebelum ini berjaya menarik jutaan penonton menonton filemnya, berjaya menyampaikan mesej yang sarat dengan isu berat dalam masa 2 jam 30 minit ini. Penonton berjaya dipikat dalam mencari kebenaran tentang keadaan dunia kita yang semakin kucar kacir. Persoalan agama, perkahwinan, cinta, pandangan serong manusia, semuanya diungkap jelas dalam filem ini.
Karan Johar berjaya menampilkan sesuatu yang fresh dan terkini. MNIK bukan saja gah pada plot cerita yang lebih Hollywood, malah ianya dibarisi himpunan cinematography cantik dan memukau. San Francisco, Texas, Washington DC dan jugak Gueva dipapar dengan bergaya. Aku rasa, cinematography sebegini bukan calang-calang dan cukup hebat jika dibandingkan dengan filem Hollywood sendiri.
Sedikit intro kepada perjalanan cerita MNIK ini. Rizwan Khan, seorang penghidap autism, hidup bahagia bersama ibunya dan adiknya yang normal. Namun, semakin dia meningkat dewasa, si adik, Zakir Khan mengembara ke US untuk mencari pekerjaan. Rizwan akhirnya ikuti jejak adiknya selepas ibunya meninggal. Di US, Rizwan bertemu si cantik Madhira, seorang pekerja salon yang dijumpainya sewaktu bekerja. Rizwan jatuh hati pada Madhira, tetapi agama memisahkan mereka. Setelah perbagai halangan, Rizwan berkahwin dengan Madhira dan hidup bersama mereka juga adalah Sameer, anak Madhira.
Konflik bermula dengan pengeboman WTC. Kejadian 11 September menutup perspektif putih Islam. Semua memandang buruk dengan Islam dan juga disebabkan ini, Sameer meninggal dunia. Rumah tangga Madhira dan Rizwan makin goyah. Atas permintaan Madhira, Rizwan bertekad untuk berjumpa dengan presiden US untuk menyampaikan mesej ‘MY NAME IS KHAN… AND I’M NOT A TERRORIST’
Cukup bijak dalam mengadunkan karakter, Karan Johar menggunakan autism dalam membawa persoalan yang sukar difikirkan dan dijawab oleh manusia biasa. Ternyata isu panas dan juga sensitive menjadi lebur dan senang dibawa dan difahami kerana kita melihat semua ini dari perspektif seorang manusia istimewa. Jika difikirkan kembali, kalau Rizwan Khan bukan seorang autisme, tak mungkin presiden US sendri mahu berjumpa dengan dia. MNIK meyakinkan kita bahawa kadangkala impossible can become possible.
Khan mewakili Islam. Di sebalik Khan itu, Karan Johar mahu membuktikan bahawa agama Islam bukan agama terrorist. Islam itu satu kesempurnaan dan mengenetepikan segala keganasan. Aku salute dan suka sangat bila pengarah membayangkan Islam dalam satu wajah yang cukup membanggakan. Aku lihat bagaimana Khan membantu mangsa banjir di Gueva yang tinggal di dalam gereja. Cukup menggambarkan bahawa toleransi dan juga perpaduan diajar dalam Islam. Ok, kita jauhkan sikit sisi agama dari perbincangan ini. Ketepikan sekejap kerana aku bukan mahu menilai filem ini dari sudut itu sahaja.
Shah Rukh Khan, dengan penampilan yang cukup berbeza membuktikan bahawa faktor usia bukanlah penghalang untuk superhero Bollywood ini untuk terus berada di belakang. Bintang ini cukup menyuntik air mata ke dalam file mini sekaligus dialirkan kepada penonton yang tahu menilai dan melihat file mini secara terbuka. Kajol, bintang serasi bersama Shah Rukh Khan sndri, membuktikan bahawa mereka memang masih lagi poleh bersama dan sesuai dalam apa saja karakter. Watak Mandhira cukup untuk mewakili perspektif agama lain selain Kristian terhadap Islam.
Meyakinkan. Cukup banyak juga perbincangan hangat dalam filem ini. Aku suka scene bila Khan masuk ke mesjid dan dengar sekumpulan jemaah ini merancang nk buat suicide mission. Di sini, diselitkan perbincangan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan nabi Ismail. Korang tengok la sndri. Bagaimana kisah korban Nabi Ismail a.s ini disalah ertikan sehingga menjadikan mereka seorang pengebom berani mati. Best2…
Papepon, cukup mendukacitakan apabila track lagu tidak seperti yang diharapkan. Aku mengharapkan yang fileem ini mengandungi track yang penuh dengan tarian. Namun, tidak pula aku menjumpainya. Filem ini, ya, aku rasa tidak perlu semua itu. Malahan, selama 2 jam 30 minit tayangan, filem ini tidak mempunyai plot yang lewah. Setiap masa ada saja isu dan sentiasa berkait antara satu sama lain. Cukup padat dan kompaknya filem ini sehinggakan aku sndri tak boleh alihkan mata mengikuti tiap2 babak filem ni.
4.8/5