Followers

Thursday, December 9, 2010

Ramaa The Saviour (2010)


Memang tak banyak Bollywood tampil membawakan kisah untuk kanak-kanak kan? Sudah semestinya ianya bukan priority kerana duit sumbangan tiket adalah dari peminat dewasa. Namun, seingat fikiran, Jajantaram Mamantaram (kisah orang yang pergi ke pulau orang kerdil ala-ala kisah klasik Inggeris, aduh.. lupa tajuk pula..). Selepas tu, rasanya belum pernah menonton filem bergenre fantasi sebegitu lagi. Namun, keberanian Ramaa The Saviour membawakan epic + fiksyen kanak-kanak nampaknya usaha yang baik untuk buka peluang tontonan kanak-kanak. Tetapi mampukah Ramaa The Saviour memberikan impak?

Ramaa The Savior adalah ala-ala Sharkboy & Lavagirl (filem Robert Rodriguez) dan Spy Kids: Game Over (juga filem Robert Rodriguez) India. Kisah yang berkonsep dunia game, satu kelainan yang cuba ditonjolkan. Sahil Khan sebagai Ramaa, satu karakter dunia game yang menentang kuasa jahat, Kali. Kisah bermula apabila 5 pelajar sekolah bermain permainan virtual yang dinamakan The Last Battle dan dibawa masuk ke dunia yang dikenali sebagai Azra. Dunia yang penuh dengan mistik ini menyaksikan pertembungan Ramaa yang perlu menumpaskan Kali. Kisah seterusnya bergerak ke sebuah pengembaraan 5 pelajar ini bersama Ramaa untuk menumpaskan Kali.

Kisahnya menarik. Malangnya ia tidak digarap dengan begitu baik. Idea yang cantik tetapi tidak mendapat garapan yang bagus. Ramaa The Saviour berterabur dari awal hingga akhir. Plotnya tidak dapat difahami dengan jelas. Karakter-karakter tidak dijelaskan karakternya dengan jelas. Perubahan plot yang tiba tiba menjadikan penonton terpinga pinga. Malah, bagi yang kosong mengenai fantasi, filem ini lebih baik ditonton dengan mata terpejam.

Visual effect dan lokasi pengambaran tidak mengecewakan. Namun, aspek editing cukup mengecewakan. Aksi dikoreograf dengan teruk. Aduh, cukup mengecewakan sekali lagi. Sahil Khan memberikan penampilan yang baik sebagai Ramaa, lelaki campuran karakter Tarzan dan Conan. Lagu/skor tidak mengecewakan. Ada trek yang menarik, Sunlena Sunlena salah satu daripadanya. Namun, bagi wanita wanita, pastinya filem ini menarik kerana Ramaa bercawat dan tidak berbaju. Muncul persoalan di sini, sesuaikah filem ini untuk kanak kanak? Oh ya, peminat penggusti WWE, The Great Khali, pastinya filem ini untuk anda!

No comments: