Followers

Tuesday, November 1, 2011

We Are Family (2010)


We are Family menggembirakan dalam first half. Second half nampak semakin membosankan kerana perkembangan cerita nampak sudah habis idea. Terlalu pekat fokusnya kepada Maya (Kajol) yang sudah bersedia untuk menghadapi hari hari kematiannya. Namun, keseluruhannya, adaptasi filem Chris Columbus tahun 1998 bertajuk STEPMOM ini memang ada moment yang ada jiwa. Sebuah kisah tentang keluarga yang bersedia untuk menghadapi pemergian, dan kisah penerimaan penggantinya.

We Are Family arahan Siddharh P. Malhotra bergerak dengan mood yang begitu baik pada awalnya. Aku suka first half filem ini. Konfrontasi between Aleya (anak Maya yang remaja) begitu banyak mesejnya. Itu reality.

Maya (Kajol) merahsiakan kisah hitamnya daripada pengetahuan anak anaknya juga suaminya berkenaan penyakitnya. Maya hidup bersama tiga orang anaknya. Walaupun dia sudah bercerai dengan Aman (Arjun Rampal), mereka saling berhubungan. Namun, kehadiran Shreya adalah satu perkara baru. Ternyata cinta mereka, walaupun sudah bercerai masih menganggap mereka adalah satu family. Mampukah Shreya (Kareena Kapoor) diterima Maya?

Sebuah kisah yang menarik. Lagu Jailhouse Rock menarik. Ianya sederhana dan senang difahami. We Are Family ada mixture of emotion dengan klimaksnya yang menyentuh jiwa.

3.5/5

1 comment:

kyrel said...

wah,, macam best.. nak tgk la