Followers

Saturday, September 4, 2010

3 Idiots (2009)

Sempurna, penuh mesej, tangisan dalam tertawa dan penuh drama. 3 IDIOTS ada semua itu. Pengalaman menonton 3 IDIOTS sebelum pulang berhari raya adalah satu pengalaman luar biasa. Ianya adalah satu jangkamasa untuk emosi yang padat. 3 IDIOTS karya Rajkumar Hirani ini luar biasa dan cukup padat. Namun, ianya masih memberi peluang kepada penonton untuk bersantai dengan kehidupan yang dipaparkan dalam filem ini. Ianya bukan sebuah filem (pada aku), 3 IDIOTS adalah satu tamparan kepada dunia pendidikan dan juga kehidupan. Melihat dari sudut seorang mahasiswa, filem ini dekat di hati sehinggakan aku berkata sendiri, 'patut tunjuk kat lecturer nih, biar diorang paham sket!'...

Bagi yang belum mengetahui apa yang hebatnya filem ini, ini adalah penjelasan secara ringkasnya. Filem tahun 2009 ini adalah superhit Bollywood yang berjaya menggondol pelbagai anugerah di IFFA dan juga majlis anugerah yang lain. 3 IDIOTS nampak bodoh pada tajuknya. Namun, akhirnya kebodohan itu menjadi satu kejayaan buat filem ini. Dilakonkan oleh Aamir Khan yang dibantu oleh R. Madhavan dan juga Sharman Joshi, filem ini adalah arahan mantap pengarah filem Munnabhai MBBS, Rajkumar Hirani.

3 IDIOTS adalah tentang kehidupan. Itu yang dapat aku baca selepas selesai menonton filem ini. Ianya bukan berkisar tentang kehidupan cinta fantasi, ianya realiti kehidupan. Kadangkala kehidupan tak semestinya berkenaan tentang cinta. Filem ini berkisar tentang impian. Impian untuk menjadi seorang yang berjaya menggenggam segulung ijazah. Ianya dekat di hati aku, of coz.

Karya ini bukan tentang 3 orang bodoh. Kebodohan yang dipaparkan di tajuknya sebenarnya adalah kontra kepada kisah ini. IDIOTS sebenarnya adalah akronim ' I'll Do It On my Own TermS'. Ianya bukan filem pasal 3 budak bodoh yang terlepas dari pusat rawatan pesakit orang gila. Ianya bukan juga pasal cinta. Ianya adalah berkenaan dua orang sahabat lama, Farhan dan Raju dalam satu pengembaraan mencari sahabat lama, Rancho. 3 IDIOTS bermain dengan flashback yang cukup panjang. Namun, flashback ini menarik kerana ianya menyelongkar persoalan satu persatu.

Filem ini mengajar penonton tentang pilihan dalam kehidupan. Kadangkala hidup kita diatur oleh orang lain yang kadangkala jauh dari apa yang kita inginkan. Filem ini juga mengkritik sinis dunia pendidikan dan sistemnya. Tak nak cerita banyak-banyak, tapi dalam watak Boman Irani yang santai sebagai Viru Sahastrabudhhe. dekan di fakulti kisah ini berlaku, penulis sebenarnya cuba membawakan kebenaran tentang sistem pendidikan yang kadangkala dimonopoli kuasa pensyarah yang tidak suka para pelajar mereka lebih pandai daripada diri mereka.
Zoobie Doobie adalah trek pilihan untuk filem ini. Muzik yang catchy dan juga visual menarik cukup untuk membuatkan aku mengulang2 filem ini untuk dengar trek ni. All Izz Well sederhana saja. Tak berjaya ambik hati aku. Keseluruhannya, background score juga hebat dalam membantu membina adegan-adegan emosi dan juga keseluruhan cerita. Lirik oleh Swanand Kirkire begitu santai (tengok subtitle) dan Shantanu Moitra menghasilkan karya yang patut dibanggakan. Backgroundscore (Atul Raninga, Sanjay Wandrekar & Shantanu Moitra) baik.

Keseluruhannya, sempurna.. itu saja... just one word 'perfect'.

5/5

DOWNLOAD FILEM INI DI SINI: http://watchingmovieonline.blogspot.com/2010/07/3-idiots-2010-sdtv-dvdrip.html

4 comments:

Anonymous said...

sgt suke 3idiot...sokong awk...PERFECT!i love it...hehe

Anonymous said...

kgkawan sume ckp cite nih best....nak tgk la...tapi xde citenye...uhuhuhu

Mun said...

sangat suka citer nie.... kelakar sgt... bila dah penghujung.. suka gak.. citer ni bukan kisah lawak semata2.. ada moral of the story

Miera Hassan said...

ni la citer hndustan plg best..suka giler citer ni.xboring kalau tgk bnyak kali..